Wednesday 15 April 2015

SUDAH MATI PUN KENA BAYAR UPAH KA?

AIIYAA!! SUDAH MATI PUN KENA BAYAR UPAH.KAA?

Apakah kelaziman mengurus mayat ditempat anda?Ditempat saya,waris akan ditanya dulu nak belanja banyak mana,masa kebumi,siapa imam.Belanja utk kain kafan dan keranda(rm400),upah gali kubur(rm100) ,upah mandi(rm100), hadiah utk imam(rm10),utk talkin(rm15),yg paling banyak utk jemaah solat jenazah seorang rm 4.00, sewa kereta jemaah solat dan utk solat hadiah biasanya 21 orang(rm 5.00).Lagi banyak jemaah solat dijemput,lagi banyak kena bayar. Ah Too cakap pd saya,"Lu orang sudah mati pun kena upah juga.Itu macam kita punya agama ada sama juga."!Sakit hati juga dengar tapi macam betoi apa yg dia kata.

Perbelanjaan banyak kerana kena jemput jemaah luar qariah yg kena dibayar sewa kereta dan saguhati kerana nak bagi ramai,lebih dari 100 orang.Ini disebabkan anak qariah atau sanak saudara si mati tidak hadir utk solat jenazah.Kelaziman menjemput orang luar dibuat waktu dulu kerana penduduk kg dulu tak ramai,jd jemput orang luar bagi ramai kerana ada kelebihan jika yg solat jenazah itu ramai.Tapi zaman ini penduduk dah ramai tak perlu jemput orang luar. Masalahnya,ramai tak boleh solat jenazah atau tak mahu solat jenazah atau tak ambil berat.

Usaha mesti dibuat untuk menghenti tabiat 'mengupah'orang luar utk solat,kerana hukum fardu kifayah terletak pada anak qariah.Pihak masjid kena usaha utk didik dan ajar anak qariah bersolat jenazah seperti mereka boleh hadir jika solat jumaat.Kumpulan USM(urusan solat mayat)yg ujud dari kalangan orang tua dan pencen yg seolah menjdkan ini satu kerjaya ,patut dihentikan supaya setiap qariah ada tanggungjawab sendiri,jika tidak semua orang mengambil jalan mudah utk mengupah solat jenazah dan dg itu sampai bila pun kelaziman ini tidak dpt dihentikan dan orang muda tetap tak mahu solat jenazah.

Urusan menjemput orang luar ini juga telah menyebabkan mayat lewat dikebumi kerana menunggu urusan dan perjalanan mereka sedangkan mayat dituntut disegerakan pengkebumian.Bahkan jika kumpulan USM ini ada beberapa tempat utk solat,maka ada mayat kena dilewatkan lagi.Pada saya, selagi ibadat dibayar,walau dg apa istilah pun,saguhati,hadiah,ganjaran,duit minyak dsbnya,ia tetap mencacatkan keikhlasan kerana saya pernah saksikan jemaah solat jenazah yg bersungut kerana envelope tidak berwang.

Nak ajak semua pembaca,pastikan anak lelaki kita boleh solat jenazah,pastikan mereka hadir solat jika ada jenazah di kg.Jangan terima sagihati.Moga bila kita mati,jika anak tak boleh mengimamkan solat jenazah kita,dia dapat berdiri dibelakang imam pun bersyukurlah.Jangsn ada anak yg mengusung jenazah ibubapanya kekubur,dia menunggu diliang dg cangkul ditangan utk mengambus ibubapanya sedangkan orang lain sedang bersolat jenazah keatas ibubapanya,ini adalah anak yg saheh celaka!

No comments:

Post a Comment