Thursday 2 April 2015

MENGURIS KEMATIAN CARA M,ELAYU

MENGURUS KEMATIAN CARA MELAYU
Bicara kali ini akan melihat kebiasaan orang Melayu selepas kematian seseorang.Selepas kematian mereka paling sibuk nak bagitau adik beradik,tangguhkan pengkebumian kerana adik beradik itu ini tak sempat sampai hinggalah 24 jam.Nak panggil orang solat jenazah,solat hadiah,nak sedia upah.Nak buat kenduri arwah bermalam,-malam.Nak buat kepok di kubur.Ada tempat nak upah orang baca quran dikubur.Pacak payung dikubur.Dan entah apa lagi.
Apa yg sebenarnya dituntut oleh Islam.Selepas kematian,perkara utama ialah segerakan pengkebumian.Kadar meunggu tidak boleh lama kerana hadis menyatakan jika si mati orang yg baik ,maka ia lambat mendapat ganjaran Allah kerana lambat dikebumikan,manakala jika ia orang tidak baik dibimbangi jika Allah turunkan bala kpdnya,akan terkena juga kpd yg lain.Jadi,segerakan,tak dituntut menunggu adik beradik kerana kalau mereka datang pun,bukan yg mati boleh hidup semula.Ikutlah apa yg nabi suruh,kenapa nak beri alasan,kita lebih baik dari nabi?

Urusan jenazah seperti mandi,kafan dan menggali kubur adalah patut di upah kerana libat perbelanjaan dan tenaga yg banyak. .Tetapi banyak tempat di Malaysia turut mengupah solat jenazah dan solat hadiah dalam envelop yg dihulurkan.Ini kerana mereka memanggil orang luar utk solat jenazah utk meramaikannya.Rugilah orang miskin,tak boleh upah ramai orang?Di utara,solat jenazah ni macam bisnes dah kpd orang pencen,buat kumpulan dan menunggu panggilan solat jenazah.Ini bercanggah tetapi menjadi amalan kerana nak membanyakkan orang solat jenazah.Sepatutnya tanggungjawab solat jenazah terletak pada bahu anak qariah dan adik beradik si mati serta pengunjungnya.Tidak ada upah.Ziarah kematian sepatutnya diakhiri dg solat jenazah,sebab itu kena segera.Kebanyakan orang ziarah utk duduk beramai,bersembang ,pekena secawan dua,balik.Masjid mesti mendidik anak qariah utk solat jenazah supaya tradisi upah solat dihentikan,setiap bapa kena pastikan anaknya boleh solat jenazah kerana bila ia mati,anaknyalah yg lebih afdal menyembahyangkannya.Yg selalu kita lihat,anak memikul keranda bapa atau ibu,bila sampai di masjid ditinggalkan mayat didlm masjid,dia terus kekubur menunggu diliang utk menguburkan bapanya.Ini tanda anak yg celaka. Sah celaka.

Selepas pengkebumian,sibuk pula nak kenduri arwah,malam 1,2,3,14,40, dan100.Ini bukan ajaran nabi.Kalau baik tentu nabi buat,sahabat buat.Ada orang mengulas komen saya sebelum, ini,katanya kita baca tahlil,duduk ramai ramai ,kan baik.Tapi nabi tak buat.Kita selalu terpengaruh agama lain yg boleh kirim pahala,boleh upah orang buat pahala utk simati.Kalaulah kenduri arwah boleh menolong,rugilah orang miskin kerana tak boleh buat kenduri selalu,rugilah si miskin kerana tak boleh upah orang solat jenazah,solat hadiah,baca quran dikubur,dan dg itu nampak macam tak adil pula tuhan jdkan kita miskin.Yg miskin habis masuk neraka kerana tak boleh buat kenduri,tak boleh upah itu ini.Ini pengaruh bukan Islam.Kembalilah,bila mati anak adam putuslah amalnya kecuali sedekah jariah,ilmu yg bermanfaat yg diajar pd orang dan anak yg soleh yg mendoa baginya.Tak ada cerita upah pun.
Sepatutnya selepas kematian,uruskan pembayaran hutang simati,faraidkan hartanya menurut hukum,buat upah mengerjakan haji jika ia belum haji,wakafkan sebahagian harta nya utk kebajikan dan ajaklah anak anak berdoa utknya.

AKhIrnya ada tempat menyediakan peruntukan pula nak buat kepok dikubur,nak bina bumbung.Hukumnya haram kerana ia tanah wakaf,bukan hak kita.Bahkan kubur itu mungkin akan dikuburkan orang lain pula di suatu masa nanti.Apa binaan pun haram,apalagi menghiasnya.Diharuskan pada kadar meletak tanda utk tujuan mengenali atau mengingat.Cuba ziarah kubur terutama di bandar besar ,kubur orang islam tiada bezanya dg bukan Islam,penuh binaan,apakah binaan ini boleh meringankan siksaan atau menambah siksaan pd si mati?
WAHAI ORANG BERIMAN,TERIMALAH ISLAM SECARA MENYELURUH,BUKAN SEPARUH SEPARUH , JADILAH ISLAM 100%.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment