Thursday, 2 April 2015

KENA AJAK,TOLAK DAN HERET

KENA AJAK,TOLAK DAN HERET
Ada satu rombongan pelawat melawat kolam ternakan ikan dan buaya di Langkawi.Satu dari kolam itu memelihara ikan arapaima gigas yg besar mungkin beratus kilo besarnya.Ketika rombonmgan itu berkeliling melihat kolam ikan tersebut,tuan punya kolam menyatakan ikan arapaima gigas ini garang.Dia menawarkan siapa berani terjun dalam kolam ini dan berenang ke sebelah sana kolam,akan diberi hadiah sebuah motosikal jika selamat.Semua yg hadir berpandangan sama sendiri.Mereka lihat ikan itu diam saja di penjuru kolam.Ada seorang dua berkata,try la tengok.

Tiba-tiba dicelah ramai itu seorang pemuda telah terjatuh dalam kolam tersebut.Dia dg pantas berenang ke ke tebing sana seebelum sempat ikan tersebut menyambarnya.Ahli rombongan itu bersorak,dan meloncat kegembiraan bila ia memanjat tebing kolam dg selamat.Tuan kolam datang mengucapkan tahniah padanya,tetapi disambut dg rasa marah.Pemuda mengangkat suara bertanya,”Siapa yg tolak aku tadi?Aku nak tau sapa yg tolak,aku tak peduli hadiah tu.?”Semua yg ada berpandangan sama sendiri dan tidak mengaku.

PENGAJARAN: Pemuda itu sebenarnya ditolak ke kolam bukan dia sendiri terjun,dan ternyata pula dia boleh melakukannya dg selamat.Setengah orang perlu ditolak ,baru dia akan melakukannya walaupun pada hakikat dia boleh melakukannya tanpa ditolak.Banyak orang menyimpan sifat malu.sifat tak mau menun juk,sifat biarlah orang lain,sifat mengalah,sifat rendah diri.Keseluruhan sifat ini dalam persaingan khusus utk perkara baik adalah negatif.Jika ramai yg bersifat begini,kita sukar bergerak ke hadapan.Sebenarnya dalam organisasi dan masyarakat,penghadang besar adalah sifat sedemikian,Aku tak mau toljol diri,nanti orang kata nak menunjuk,sedangkan ramai yg ada kebolehan.Akibatnya kiya ketandusan pemimpin.

Dg itu dlm memimpin,kita kadangkala kena memaksa seseorang,atau menjadikan ia terpaksa supaya ia boleh menunjukkan kebolehannya.Beri orang dibawah kita suatu tugas,jangan layan rayuannya, beri anak satu kerja,biar dia selesaikan,beri seseorang dlm pimpinan masjid utk melakukankan suatu tugas masyarakat.Insyaallah kita akan dapati mereka akan menunjukkan bakatnya.Berilah kepercayaan,nescaya mereka boleh buat.Jangan asyik-asyik orang itu sahaja yg diberi tugas,akibatmya kita tidak dapat mengembangkan potensi ramai orang.

Jadi dlm memimpin orang,kita kena ajak,lepas tu kita kena tolak ,kalau tak berjal;an juga kita kena heret.kita kena paksa dia kerana ada orang tahap segannya sampai begitu.Semasa memimpin masjid dulu,jawatankuasa yg saya anggotai telah memutuskan siapa yg tak datangh solat jumaat 3 kali berturut akan dinasihat selamat selama 3 minggu lagi.jika tidak hadir juga tindakan akan diambil dimana ajk dan imam masji tidak akan menghadiri majlis kenduri kendaranya,tidak akan menikahkan anaknya(dia kena menikah di pejabat kadi)dan jika ia mati tidak akan dibaca tahlil baginya dan dikubur di satu penjuru kubur utk orang yg tidak solat Jumaat.Allahyarham Mufti Selangor,Ishak Baharom menyatakan sokongannya bahkan dia berkata sepatutnya dia dibukur berasingan.Akibat peraturan ini .semua anak qariah hadir jumaat kecuali 16 orang.Mereka ini akhir ada yug mati ketika di Siam,ada yg mati di atas bukit dan mayat dimakan biawak dan ada yg mati tersandar ditiang letrik ketika azan maghrib berkumandang.
KESIMPULAN:TIDAK SEMUA ORANG AKAN MENAWARKAN DIRINYA.ADA YUG KENA DIAJAK,DITOLAK DAN DPAKSA,BARULAH KITA AKAN DAPAT BANGUNKAN PETENSI LEBIH RAMAI ORANG.JIKA GURU HANYA MENGAMALKAN PRINSIP MENGAJAK,TANPA MENOLAK DAN MENGHERET,RAMAILAH MURIDNYA AKAN GAGAL.BEGITU JUGA DIMANA PUN
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment