NILA HANYA SETITIK,YANG ROSAK SUSU SEBELANGA
Ini kisah sebenar.Semasa saya menjadi setiausaha masjid dulu,saya pernah berusaha memungut sumbvangan bagi membina semula masjid yg sangat uzur.Berbagai usaha dan kaedah sumbangan dibuat.Bila masjid siap,pihak masjid masih memerlukan beberapa microphone untuk azan dan kuliah.Seorang anak qariah yg berniaga, suatu hari menemui saya ketika saya ke pekan membeli ikan dan menyerahkan wang RM5000.00,katanmya utk menampung pembelian mic dan apa saja yg perlu.Saya pun terima dg berbesar hati.Petang itu juga saya ke Sg Petani mencari microphone yg terbaik.Malam itu mic berkenaan telah berfungsi dg baik.
Esok pagi,seperti biasa saya datang lebih awal kerana seorang jemaah masjid suka bertarhim sebelum subuh.Bila ke tempat PA system,saya terkejut kerana mendapati getah yg membalut wayar mic semuanya seperti dimakan sesuatu,yg tinggal hanya wayar tembaganya dari mic hingga ke PA.Pagi itu mic tersebut tak boleh digunakan.Selepas subuh saya bercerita kepada beberapa jemaah hal tersebut.Seorang jemaah bertanya,siapa penderma.Saya menyatakan tanpa syak.Dia terkejut dan berbisik dg saya dan menyatakan orang itu baru kena loteri 4 no ekor Rm70000.Dipagi itu juga saya mencari peniaga berkenaan dikedainya dg membawa baki wang yg ada.Saya berterus terang bertanya padanya.Walaupun dia terkejut tetapi akhirnya mengakui,dia kena loteri tetapi katamnya duit yg dia bagi bukan duit loteri tetapi duit simpanannya.Saya tetap menyerahkan wang baki yg ada dan menamatkan kata kata bahawa nila setitik rosak susu sebelanga.Saya meninggalkannya walau dia merayu.
Betapa tuhan tidak redo sumber yg haram menjadi sebahagian rumahnya.Allah Maha Kuasa,ia datangkan semut utk menunjukkan kebenciannya,ketidakredoaannyua.Betapa tuhan tidak mahu kesucian sumbangan orang lain bercampur dg kemaksiatan.
Saya menyeru kita mengambil iktibar.Janganlah rezeki kita yg bersih dititik walau setitik sumber yg haram.Mungkin kita tidak tikam ekor,tetapi pernah tak kita mengambil mc tanpa sakit,pernah tak kita balik awal dari waktu sebenar sebagai pekerja,pernah tak kita mengambil komisyen dalam urusan pembelian ditempat kerja,pernah tak kita melaksanakan urusan peribadi atau keluarga dalam masa tugas,pernah tak kita mengambil pen atau alat tulis pejabat ke rumah utk kegunaan sendiri atau keluarga,pernah tak tuntutan perjalanan tak menepati perbatuan sebenar?Pernah tak.........
Muhasabahlah,Jika terlanjur,berhentilah,bertaubatlah,mohon ampun,mohon ketua jabatan maafkan.Jika masa pejabat terguna utk peribadi atau balik awal,gantikanlah dg datang awal atau balik lewat.Jika dah terambil harta pejabat,gantikan dan mohon ampun pd Allah.
Takut;ah kepada Alah,seandainya dia mengirim sesuatu untuk memakan apa yg kita perolehi secara haram seperti dlm kisah ini
MAAFKAN SAYA ,SEKADAR MEMPERINGATKAN!ANDA MUNGKIN TAK PERNAH BUAT.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment