Saturday, 4 April 2015

BUKAN TANGGUNGJAWAB ALLAH MENEGAH MUNGKAR

BUKAN TANGGUNGJAWAB ALLAH MENEGAH MUNGKAR

Seorang kawan dalam berbual bersungut mengenai seorang rakan lain,"Dia rajin solat,ikut kuliah,ikut ceramah,di lidah sentiasa bercakap hal perjuangan Islam,pakai ketayap tetapi aku selalu juga dengar dia bercakap hal kelucahan,perempuan,cerita cari tempat makan sedap,bercakap perkaka lagho,mengumpat,rokok setiasa di mulut dan entah apa lagi.Sepatutnya tak macam tu."Saya rasa banyak orang macam ni,saya cuba jawab.

Jika kita pernah melihat proses membersih sarang burung layang-layang,najis yg terlekat dibuang sedikit demi sedikit,bulu kecil yg terlekat pada sarang,dicabut satu demi satu.Masa yg diambil agak panjang dan akhirnya sarang burung itu bersih.Begitulah manusia,bila kita telah diberi hidayah,maka ditangan kita Allah tinggalkan utk berusaha membersih diri dari kekotoran lalu.Jangan anggap aku dah solat,dah puasa,dah insaf,dah taubat,cukuplah.Kita masih membawa kotoran lalu.Ya mungkin dosa tuhan ampun,tetapi tabiat tuhan tidak ubah,kelakuan buruk Allah tidak ubah,kita yg kena ubah sesuai dg hidayah yg tuhan beri.

Dengan yg demikian bila kita diberi keinsafan,kita telah melaksana tuntutan tuhan,maka kita juga kena tinggalkan tabiat dan kebiasaan buruk.Kita kena muhasabah,mencari yg tidak betul ibarat orang yg membersih sarang burung yg menyepit satu demi satu bulu kecil yg terlekat pada sarang dg penuh sabar.Maka satu demi sati tabiat buruk kena ditinggal.Hentikan mengumpat,hentikan bercakap lagho,bercakap hal nafsu syahwat,nafsu makan,tinggalkan rokok,memberi rasuah bila ditangkap polis trafik,banyak tertawa,dan sebagainya

Binalah akhlak yg baik selaras dg hidayah yg tuhan beri.Bila tuhan sebut solat itu menegah mungkar,bukan tanggungjawab Allah menegah mungkar kerana kita solat,tetapi menjadi tanggungjawab kita tidak melakukan mungkar kerana kita telah solat,telah insaf.Jika ikhlas menerima hidayah Allah,ikhlas pada ibadat solat,maka kita pasti tidak keberatan untuk meninggal yg mungkar.Tinggalkan satu demi satu,semak berulangkali,beristighfar bila terbuat juga kerana kebiasaan bukan mudah nak diubah.Setiap waktu,tolehlah melihat ke belakang,apa yg kita lakukan yg tidak selaras dg tuntutan tuhan,tidak selaras utk menjadi insan yg baik.

Jangan berhenti berusaha untuk jd lebih baik setelah kita menunai perintah Allah.Teruskanlah usaha membersih diri,meninggalkan tabiat dan perlakuan buruk satu demi satu supaya kita mencapai tahap dimana amal ibadat kita,perlakuan,personaliti,dan seluruh hidup kita selaras dg sifat orang yg mendirikan solat,orang yg menjunjung agama.

Ingatlah,minyak tak akan bercampur dg air,kebaikan tak akan bersama kejahatan dlm diri seseorang.Orang ikhlas hatinya kpd Allah,orang yg baik disisi Allah,tidak akan ada sifat dan perbuatan mungkar bersamanya.Bila bersolat tapi masih ada perbuatan tidak elok,kita belum mencapai tahap orang yg bersolat yg sebenar,yg diterima Allah.Tukarannya ialah tinggalkan mungkar meskipun walau sekedar sebatang rokok,sepatah kata yg menyakitkan,selangkah untuk memenuhi nafsu makan kerana sedap,sepintas hati terasa riak dsbnya.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment