MENCARI BUAH ANGGUR YANG DIJUAL DALAM PINGGAN
Saya suka membeli buah dg seorang peniaga di market.Ketika memilih anggur hijau panjang yg masih bertangkai dlm kotak yg dipamer dan ditimbang sekilo,seorang perempuan tua turut berdiri di tepi saya seperti nak membeli anggor juga.Dia bertanya kpd penjual," Buah yang dalam pinggan ada dak?"Penjual menjawab,"Tak ada,buah ni semua elok,baru sampai.Kami tak jual dlm pinggan lagi,sekilo Rm18."Dia menyambung pertanyaan,"Dua tinggit jual dak?"Penjual itu membalas acuh tak acuh,"Tak jual."
Orang tua itu meletak buah anggor yg di pegang dan berlalu dg langkah yg berat.Saya mengekorinya dg pandangan.Cepat-cepat saya mencapai buah anggur yg telah dibungkus dan segera mencelah di orang ramai menurutinya dan berjumpa dgnya di hujung market menolak basikal buruk mungkin untuk balik."Mak Cik!"Saya menyerunya.Dia beralih."Ini buah anggur,saya sedekah." Matanya tepat memandang saya dan mengorak senyum separuh jalan,kemudian menjadi tangisan kecil.Juraian air mata bersatu dg peluh segera disapu dg hujung tudungnya yg lusuh.Katanya,"Alhamdulillaaaaah! Pak Cik di rumah pesan nak makan anggur,sakit dia makin berat.Mak Cik mai cari kot ada anggur yg orang jual dlm pinggan,yg buruk sikit-sikit tapi masih boleh makan,murah.Mak Cik tak cukup duit."
Subhanallah!Tepat dugaan saya,orang tua ini mesti ingin memenuhi hajat orang sakit kerana yg buah ini tak akan dibeli jika sekadar nak jadi pencuci mulut bagi mereka yg tidak mampu.
Untuk apa Allah takdirkan dia kehadapan saya situasi begini,melainkan sebagai ujian betapa kita dg mudah membeli itu ini,memilih apa yg kita suka,sedangkan ada insan yg tidak berupaya membeli,tidak berupaya memilih.Mereka terpaksa mengukur nilai duit dg apa yg boleh dibeli dgnya,kita mengukur kehendak apa saja kerana mampu membayarnya.Bersyukurlah.Penuhi hajat orang moga Allah penuhi hajat kita suatu hari nanti.Ingatlah bahawa bersedekah itu bukan mesti datangnya hamba Allah menadah tangan,tetapi kekadang Allah datangkan dg kejadian seperti ini,berfikirlah dan cepatlah bertindak utk berbuat baik sebelum ia menghilang.
Kisah ini mengingatkan saya satu kisah dulu yg saya pernah poskan.Saya perturunkan sekali lagi.
Ketika duduk menunggu dilobi hospital,disebelah saya ada sepasang suami isteri yg masih muda yg saya lihat baru keluar dari melawat seseorang."Emak ni merapu.Nak makan yg pelek-pelek.Ada ka nak makan pek nga cicah kuah gulai ikan." Si isteri mula membebel.Suaminya yg pelat selatan bertanya,"Apa bendanya peknga tu." Lempiang, johor kata lempeng."Sahut isterinya."Mana ada orang makan benda begitu zaman ni,nak cari tang mana, tak pernah orang juai.Akai tak berapa betoi orang tua ni."Sambungnya isterinya dg muka chom(muka masam).Saya cepat memintas sebelum bebelannya memanjang dan menambah dosa pd ibunya,"Di Kepala Batas,ada.Encik pi dalam market tempat makan.Murah sangat.Tak baik cakap macam tu pada emak."
Orang sakit memang terasa nak makan benda yg dia biasa makan dulunya,apalagi zaman 50an dan 60an memang menyorok (sarapan)dg peknga,cucok kodok dsbnya.Penuhi harapan merekadihujung usia,apalagi dlm keadaan sakitnya.Saya pernah membeli duriah dua biji(ada 10 ulas)yg diminta oleh anak yg kanser dg harga Rm101.00 hanya utk memenuhi permintaannya.Permintaan si sakit eloklah dipenuhi sedapat mungkin apa lagi jika ia ibubapa,anak kerana bimbang kita akan menyesal seumur hidup.
AMBILLAH IKTIBAR DARI DUA KISAH YANG SAYA PAPARKAN INI DAN BERSEDIALAH MENGHADAPINYA SUATU HARI.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment