Monday, 27 April 2015

KEBANYAKAN ORANG PLAN NOT TO WORK

KEBANYAKAN ORANG PLAN NOT TO WORK,TO DO,TO GIVE

Awal pagi ini,teringat arwah emak dulu membela itik jawa betina sekawan.Awal pagi emak menyuluh kedalam lau (reban)mencari telor itik.Saya dan abang diberi seorang tiga biji utk dijual dikedai dlm perjalanan kesekolah,dapatlah 15 sen utk bekal makan disekolah. Sedih mengenangnya,tetapi itulah satu perancangan emak saya utk pastikan anaknya ada belanja disekolah.Ayah menyimpan padi dlm kepok sebagai perancangan utk makan 6 selama bulan sekeluarga.

Kita kena merancang utk melakukan,plan to work.Tetapi banyak dari kita tidak merancang,membiar sesuatu berjalan ikut keadaan,bahkan ada yg plan not to work,tidak merancang utk melaksana bahkan membina alasan.Jika nak masak utk makan tengahari,makan malam,nak shopping,nak jumpa doktor,kita merancang ,maka bila nak ibadat,nak mengadap tuhan,nak buat kebaikan juga kena merancang,ditetapkan.Bila nabi berkata,antara yg kena disegerakan ialah solat,maka kena dirancang solat didahulukan,kecuali halangan yg membolehkan.Jangan bagi alasan sekejap lagi lepas drama tv habis,waktu solat panjang dsbnya.Kena rancang utk solat dimana,bila,ruang yg ada dlm merangcang hidup sehari.Juga kena dirancang solat sunat supaya ada masa dan tidak terlupa,contoh ketika mana nak solat dhuha.

Merancanglah utk bangun malam.Jangan harap jika terjaga baru nak solat,pasti tak akan terjaga.Merancanglah dg berqailulah iaitu tidur sekejap waktu siang sbg persediaan utk bangun malam,tidur awal sebaik solat Isyak dan berniatlah utk bangun awal pagi utk qiam.Ini baru dikata kita benar benar nak bangun malam.Jika mengharap terbangun,sedangkan tidak merancang,tidak berniat,itu merancang utk tidak melakukan.Plan to do

Merancanglah utk bersedekah.Saya melihat satu post yg melaksanakan sedekah subuh dimana setiap orang dlm keluarga telah ada satu tabung,setiap awal subuh,mereka memasukkan sedekah yg kecil kedalamnya.Pada hujung bulan tabung ini dibuka dan dibelikan barangan utk disedekah kpd yg miskin dan yatim.Ini contoh terbaik bagi mereka yg merancang utk bersedekah.Kalau kita jujur pd kata,sedekah itu memurah rezeki,kita kena merancang dg menetapkan kadar sedekah setiap bulan atau minggu atau hari.Pastikan,buat jadual,buat aturan sprt sedekah subuh tersebut dll.Ini baru disebut merancang utk bersedekah.Kalau setakat berkata jika ada lebih aku bagi sedekah,selalunya manusia tak pernah merasa ada lebih,itu adalah plan not to give.

Merancanglah utk kerja kebajikan dan tanggungjawab.Sumbangan utk ibubapa hendaklah dipastikan,jangan beri alasan bila ada,abah dah cukup duit pencennya,abah tak perlu duit banyak sebab dah tua dll.Melawat ibubapa hendaklah dijadualkan,jangan hanya berkata bila ada cuti,bila ada masa,depa ok saja.Semua ini merancang utk tidak memberi,tidak menunaikan tanggungjawab sedangkan ibu bapa kita dulu merancang hidup anaknya,memastikan duit poket kesekolah supaya tidak lapar,memastikan anak sampai kesekolah dg menghantar ke pintu sekolah,menunggu anak balik dg masakan tersedia dsbnya tanpa alasan.Mereka merancang utk kebahgiaan anak.

Akhirnya,jom kita merenung,apakah kita merancang utk beribadat,utk melaksana tanggungjawab agama seperti kita merancang utk datang bekerja.Atau kita sentiasa memberi alasan.Banyak dari kita merancang utk tidak melakukan dg membina alasan.
 ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment