Friday, 10 April 2015

DAPAT PERCUMA TIADA NILAINYA

DAPAT PERCUMA,TIADA NILAINYA

 Satu hakikat yg semua orang saya rasa bersetuju ialah kita tidak menghargai atau menyayangi sesuatu yg kita perolehi tanpa mengeluarkan wang ringgit yg banyak,tiada pengorbana,tiada susahpayah atau dapat free.Buku teks sekolah yg diberi percuma oleh kerajaan,seolah tiada nilainya,tidak dijaga dg baik oleh pelajar,hujung tahun bagi balik samaada elok atau tidak .Hadiah percuma dari supermarket disepah begiutu saja,tiada nilainya.

Saya bukan nak bercakap pasal buku tetapi kehidupan kita.Bandingannya pada kehidupan kita ialah apa yg kita perolehi percuma,tidak dibayar,tiada pengorbanan,kita memandang rendah nilainya.Nikmat kesihatan yg kita perolehi percuma,banyak orang abaikan sebab dapat percuma,bila lahir dah sihat.Berapa banyak pakar kesihatan menasihat,bahkan dalam hadis nabi mengingatkan,jangan makan sembarangan,jangan makan banyak,overweight,jangan membazir,,jangan minum terlalu manis.Kata kata emak saya dulu bila makan malam tak sedap,”Makanlah apa yg ada,setakat larat tarik kain selimut,sudah”Tapi kita abaikan>nafsu makan tak dikawal .Sudahnya kena darah tinggi,gemuk gedempol hingga susah berjalan,kencing manis,sakit jantung.Bila sakit,barulah kita tahu nikmat sihat.Inilah manusia,bila terantok baru terngadah.Jika demikian kita mungkin sudah terlewat.Pergi ke hospital,berapa ramai manusia yg menyesal kerana tidak menjaga kesihatan,kerana tak menjaga faktor makanan.Bila sakit,nak salahkan tuhan semuanya,konon aku redo,tapi cuba fikir berapa lama tuhan bagi sihat,tapi tidak dijaga,bila sakit baru nak berjaga.Nasib baik tuhan beri sakit sebagai notis amaran ada orang terus kembali kerahmatullah tanpa sakit.

Begitu juga hal agama.Kerana kita dapat free,dilahirkan terus jadi Islam,maka harga agama menjadi murah,rendah nilainya.Saya pernah bercerita anak angkat saya.Iban. yg meninggalkan keluarganya,kaumnya kerana Islam dan tin ggal bersama orang yg asing baginya,begitu menjaga agamanya.hingga sanggup nak berhenti sekolah kerana tak sempat solat subuh..Dia mendapat Islam dg pengorbanan,dibayar dg harga yg tinggi.Orang Melayu yg menjadi Islam keturunan,kerapkali tidak mendahului agama dlm urusan hidupnya.Soalan agama mungkin yg terakhir.Contoh bila nak berjalan jauh anak saya sendiri akan bertanya”Dimana kita nak makan?”Ini Islam keturunan.Anak angkat(muallaf)pula akan bertanya “Dimana kita nak solat?Kita jamak takdim atau takkhir?”Satu lagi ayat popular emak saya bila menyindir anaknya”.Islam hangpa ,macam muallaf basuh berak saja.”Saya tahu kerana kami dapat Islam percuma.

Sebab itu dlm mendidik agama,biarkan anak sedikit bersusah payah supaya ada pengorbanan.Saya pernah membawa guru ke rumah utk mengajar quran,konon tak mau anak susah,tetapi akhirnya saya mengubah kepada anak pergi kerumah guru kerana saya dapati bila guiru yg hadir ke rumah,pengajian tidak begitu berkesan,tiada pengorbanan.Pendirian itu akhirnya saya dapati tepat.
Lihatlah bagaimana maahad tahfiz,sekolah pondok mendidik pelajarnya menjadi hafiz dan ulamak.Mereka membayar ilmu agama dg harga yg tinggi,pengorbana yg tinggi.Tanya diri kita,apa yg kita dah bayar,apa yg telah kita korbankan demi Islam yg kita pegang atau kita Islam keturunan,Islam dapat free.Hehe
PEJAM MATA.CUBA TANYA SOALAN INI.BETOI KA APA YG CIKGU NI KATA,ATAU DIA NI MELALUT DIPENGHUJUNG USIA?_

No comments:

Post a Comment