ALLAH SENTIASA MEMBUKA PELUANG
Ketika di MRSM Balik Pulau kelmarin menghantar anak mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 4,ada seseorang telefon dari kampung memaklumkan ada kematian seorang kaum keluarga di Sg Buluh,Selangor.Saya memang tak sempat nak hadir,tetapi siapa jangka Allah membuka ruang juga kpd saya untuk merebut ganjaran ziarah bila mereka memerlukan kereta yg lebih besar untuk ditumpangi oleh ramai kaum keluarga.Saya menawarkan Exora saya yg ada dirumah .Saya berbuat demikian kerana mengambil contoh seorang sahabat yg pernah saya cerita dulu yg sangat berkira dlm soal merebut ganjaran dari Allah.Kisahnya begini.Ketika hendak membawa anak yatim dan ibu mereka membeli uniform sekolah,saya terpaksa meminta pertolongan seorang kawan.Dia membawa kereta kerumah saya,tempat berkumpul.Ketika nak bertolak,saya minta dia membawa kereta Exora saya,tetapi dia menolak.Katanya,"Jika aku bawa kereta hang,aku dapat sikit atas tenaga aku sahaja,tapi kalau aku guna kereta aku untuk bawa anak yatim ini,tentu aku dapat lebih banyak dari Allah."Allahuakbar!!,Berkira sungguh dia dg ganjaran Allah.
Disatu peristiwa lain saya terserempak seorang doktor di hospital yg membeli kerusi roda utk kanak-kanak.Bila saya bertanya,katanya ,"Untuk seorang pesakit saya yg tidak mampu."Seorang guru juga pernah saya temui di kedai yg menjual unifom sekolah dan dia membeli beberapa pasang unifom.Bila ditanya,jawapannya,"Untuk dua pelajar yatim yg daif sangat pakaiian mereka."
Apa yg saya nak bicarakan di sini ialah kekadang tuhan sengaja datangkan peluang kpd kita tanpa pemberitahuan.Ia terhidang kpd kita,cuma kita kena cepat mentafsir dg ilmu dan keimanan.Peluang berbuat baik itu harus direbut segera,ia juga adalah ujian tuhan kpd kita.Jangan bertangguh,nak fikir panjang,jika ianya kebaikan,rebutlah kerana sekejap saja akan hilang.Dalam bidang apa yg kita lakukan,tuhan pasti akan menghidangkan peluang,tuhan akan terus menguji kita.Atau dimana juga kita pergi,apa juga yg kita buat,kita akan temui kesempatan berbuat baik,cuma ditangan kita sendiri untuk membuat keputusan.
Jangan pandang tuhan hanya menguji kpd peristiwa yg besar,sakit ,mati,ditimpa musibah.Perkara yg kita anggap kecil juga adalah dlm siri ujian tuhan untuk memberi peluang,untuk mengukur keimanan,untuk memilih hamba yg baik.Sentiasalah bersedia dlm fikiran bagaimana kita boleh berbuat baik,bagaimana kita boleh merebut kesempatan berbuat baik,bagaimana kita boleh mencipta perkara baik meskipun ianya kecil pd mata manusia tetapi besar pd pandangan tuhan.Seorang kerani ditempat kerja saya dulu akan membawa nasi digaul ikan utk kucing yg berkeliaran dikawsan pejabat tiap pagi,adalah satu lagi contoh mereka yg merebut peluang.
Tetapi banyak kita yg alpa.Misalnya,saya juga membawa cucu saya yg masih kecil dan terpaksa menunggu dlm kereta ditengah panas ketika di mrsm sementara menunggu isteri mengurus pendaftaran.Bila saya melihat ada satu parking guru berbumbung yg kosong,saya pun masuk kesana dan menunggu dlm kereta.Tidak berapa lama satu kereta berhenti dibelakang dan membunyikan hon,rupanya tuan kereta tempat parking.Saya pun mengundur kereta dan menunggu semula ditengah panas.Kereta tersebut masuk ke tempatnya.Dalam hati saya berkata,dia diuji oleh tuhan hanya dg tempat parking,milik kerajaan,tetapi dia tetap menuntut haknya sedangkan jika ia berfikir kearah berbuat baik,berlapang dada,dan belas kesihan kpd anak kecil,tentu Allah memberi tukaran yg lebih besar.
Kesimpulannya,sentiasalah tanam difikiran utk berbuat baik.Analisa setiap perkara yg datang kpd kita utk direbut dan dijdkan kebaikan,meskipun sekedar menghenti kereta kerana kura-kura yg melintas,secubit ikan utk kucing yg merenung kita dimeja makan digerai,sekeping dua syiling utk peminta yg menadah tangan.
ABD GHANI HARON.
No comments:
Post a Comment