TABIAT MAKAN UNTUK TIDUR ADALAH TABIAT KUCING
Semalam ketika balik menghantar cucu ke rumah anak di Sg Petani,saya melalui beberapa kedai makan dan restoren.Penuh semuanya dan orang Melayu belaka .Waktu itu belum masuk Isyak.Menjadi trend orang Melayu sekarang keluar makan malam.Saya nak komen sikit.
Keluar makan tu ok.Tetapi saya rasa budaya makan malam begini ada sikit tak betul dari segi Islam kerana sepatutnya waktu itu si suami dan anak lelaki dituntut berada di masjid atau surau kerana berjamaah solat maghrib dan Isyak,mengikuti kuliah dan pengajian.Kenapa tidak makan dirumah?Mungkin ada yg menjawab sekali sekala,tetapi perkara yg tak elok tak boleh juga dibuat walau sekali sekala.Apa lagi mengorbankan tuntutan jemaah.Yang sekali sekala inilah akan menjadi semakin seronok dibuai oleh sang iblis.Kenapa tidak memilih masa lain?
Makan malam sebenarnya tidak baik dari segi kesihatan kerana kita makan sebenarnya untuk tenaga, utk bekerja,tetapi makan malam kerana nak tidur.Jadi inilah punca kegemukan,obesiti.Hakikat makan utk ada tenaga kerana nak bekerja,bukan kerana nak tidur.Sepatutnya makan lebih kurang saja,larat tarik kainm selimut sudah cukup.Tanya doktor,betul tak amalan makan waktu malam adalah satu punca kegemukan,darah tinggi dan kencing manis,tambahan pula makan yg berbagai mak nenek.(berbagai macam)
Budaya makan diluar waktu malam ini tak pernah ada dalam budaya melayu,ia budaya orang bukan Islam.Kita menirunya.Sepatutnya kita makan waktu petang sebelum maghrib supaya boleh ke masjid dg selesa,supaya makanan yg dimakan tercerna semasa kita masih aktif,dg itu sebahagian tenaga telah digunakan,tidaklah terkumpul sebagai lemak.
Lagipun makan diluar,kita tak pasti sumber bahan digunakan halal semuanya,kicapnya,sosnya, minyaknya dan sebagainya.Kaedah memasak,kebersihan,pencemaran dan faktor jangkitan kena diambil berat.Ia adalah risiko makan diluar.
Terus terang saya katakan budaya makan diluar adalah budaya melayan nafsu,teringin itu ini.Tak salah pun,tapi pilihan tidak tepat kerana anda meninggalkan tuntutan jemaah,mengambil risiko kesihatan,halal haram dll.Mungkin ada orang akan berkata,saya pergi selepas solat Isya,ok,tapi anda makan hanya utk tidur.Tabiat makan utk tidur ini adalah tabiat kucing.Hehe
Nanti akan ada orang hujah,saya nak rapat hubungan keluarga,nak penuhi tuntutan keluarga,nak rai itu ini,bla bla bla.Pilihlah waktu yg lebih baik,tengah hari,petang?Saya tak mau cakap yg lain selain hujah solat jemaah,masalah kesihatan dan apa yg disebut sebelum ini.Masyarakat Arab saya lihat di Mekah dan madinah,tidak mengamalkannya.Nabi dan sahabat ada amal ka?
Sepatutnya kita kena berusaha dan bersiap utk memenuhi tuintutan agama dahulu.Makan awal dg niat utk mudah ke masjid bukankah kelak diberi ganjaran oleh Allah.Pahala yg besar dan pengampunan diberi kpd mereka yg menunggu waktu utk bersolat,bukan menunggu untuk makan sedap.He he.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment