Monday 13 April 2015

BANYAKKAN TEMPAT SUJUD

BANYAKKAN TEMPAT SUJUD

Allah menjadikan langit tujuh lapis,Allah menjadikan bumi tujuh lapis.Allah juga menjadikan tujuh lautan,Allah menjadikan tujuh neraka,Allah menjadikan surah Fatihah yg perlu diulang ulang dlm solat tujuh ayat,Allah menjadikan hari sebanyak tujuh hari dan Allah menjadikan manusia dg tujuh anggota utama,dua tangan,dua kaki,dua lutut dan satu wajah.

Kenapa Allah memilih angka tujuh,hanya Dia yg mengetahui tetapi saya ingin mengajak anda memikirkan mengapa tuhan turut menjadikan tujuh anggota manusia ,yg ketujuh-tujuhnya mesti menyentuh bumi semasa sujud dalam solat atau sujud yg lain seperti sujud syukur,sujud tilawah .Ini bermakna sujud itu adalah satu kedudukan dan perbuatan yg besar disisi Allah.Banyakkan lah bersujud, jangan sujud dalam solat sahaja.Bersujud syukur,bila baca quran,kita akan menemui tempat bersujud tilawah,jangan dok tunggu nak sujud pagi jumaat saja bila tok imam baca ayat sajdah,baru nak sujud tilawah. Banyakkan solat sunat supaya kita boleh banyak bersujud.

Sujud juga waktu yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya. "Sesungguhnya saat yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud." (HR Muslim).

Imam Syaukani memnjelaskan bahawa tempat-tempat kita bersujud di bumi ini akan menjadi saksi diakhirat jd banyakkan lah tempat bersujud.Saya pernah melihat orang orang ahli ibadat dalam qiyamullail yang berubah tempat solat malamnya dari satu tempat ke tempat lain,mungkin untuk menjadikan banyaknya tempat ia bersujud di dunia ini.Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu berkata, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Jika di antara kamu ingin mengerjakan solat sunat selepas solat fardu, maka bergerak lah ke hadapan, atau ke belakang, atau ke kanan, atau ke kiri.”(Imam al-Baihaqi.)Hadis ini menguatkan fahaman perlu dibanyakkan tempat bersujud.

Jadi saya ingin mengingatkan supaya kita memperbanyak tempat sujud walau dlm masjid,maksudnya berubah tempatlah terutama dlm tiap solat sunat.Bila bermusafir,membuat perjalanan ke mana pun,masukkan agenda singgah di masjid untuk bersolat meskipun solat sunat untuk menambah tempat sujud.
Jika melancong keluar negara,jangan tak masukkan jadual menziarahi masjid,meskipun masjid itu tidak menjadi tarikan pada istilah pelancongan tetapi ia mempunyai makna besar pada Islam.Jika kita boleh mengatur jadual utk melihat kehebatan manusia membina tembok besar,membina Eifil Tower,melihat makan Taj Mahal,melihat piramid kuburan Firaun,kenapa tidak kita menziarahi rumah-rumah Allah dibumi ini kerana itu lebih besar dari segalanya yg dicipta manusia.Jadi “Islamkanlah”.program pelancongan anda,jangan biarkan kpd tour agensi sahaja.Tidak salah berjalan melihat bumi Allah yg lain,Cuma tambahkan kpd kunjungan ke masjid ,rumah Allah di bumi moga perjalanan kita lebih berkat.

Kenapa tidak juga kita tambah tempat sujud di kebun,di bendang,di lapangan terbang,bus station,stadium,dll dg berdolat disana.Perjalanan saya ke Syria dan Mesir saya melihat petani disana bersolat di ladang mereka.Orang Patani dari Thai yg mengambil upah menanam padi di Kedah,bersolat di batas bendang.Saya juga ingin menyarankan agar kita membuat pengembaraan menjelajah masjid, dari sebuah rumah Allah ke rumah Allah yg lain,yg tentunya lebih baik dari dok kerabat gunung,meneroka hutan hingga tersesat jalan.Nabi menyebutkan sebaik-baik musafir itu musafir ke tiga masjid iaitu ke Masjidil Haram,Madjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa.Tak mampu nak ziarah rumah Allah di tanah suci,ziarahlah rumah Allah di bumi ini yg termampu.Ia akan menjafi saksi ketaatan kita kpdNya.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment