Thursday, 2 April 2015

HANTARAN KAHWIN SITI FATIMAH

HANTARAN KAHWIN SITI FATIMAH
Ketika Rasulullah menikahkan anaknya Siti Fatimah dg Siayidina Ali,baginda menjemput Abu Bakar,Umar,Uthman dan Usamah untukl membawa perbekalan Siti Fatimah.Mereka membawa alat penggiling gandum,kulit yg disamak,sebuah bantal yg isinya sabut dan biji kurma,sebuah kendi danm sebuah piring.Abu Bakar yg melihat perkara ini m,enangis dan berkata,”Wahai Rasulullah,inikah perbekalan anakmu Fatimah?”Rasulullah menjawab”Wahai Abu Bakar,inipun sudah cukup bagi oranmg yg masih berada didunia.”
Maka Siti Fatimah puin keluar sebagai mempelaidg mengenakan pakaian dari bulu yg sudah bertampal sebanyak 12 tempat.

Bandingkanlah dg hantaran kita.Hebat,cantik,mahal.berdulang-dulang.bereben,bertingkat.Mungkin ada campur sikit perasaan riak,menunjuk,kalau tak ada baguslah berilah tanpa ada unsur lain termasuk nak bersaing dg bakal besan.Lihat juga jangan ada yg membazir seperti ukiran makanan yg elok pada mata,tapi tak boleh dimakan,atau tak lalu nak telan.Hiasan yg melampau akhiornya ke bakul sampah,agaknya tuhan tanya ke tidak?
Orang kita juga suka meletak harga anak ,mungkin kerana nak jaga status,takut orang kata.Piiiiraaaah,status pada mata manusia,apa guna, jika tuhan mengejinya,sedang anak nabi pun setakat yg diceritan dlm hadis diatas.Yg pelek bercinta bagai nak rak, bertahun tahun,tapi bila nak kahwin letak harga tinggi sampai bakal menantu kena berhutang,lepas kahwin,dok bayar hutang bertahun.Nak jadi menantu kita,nak jaga anak kita,logiknya nak letak harga buat apa?Saya tahu ada juga orang buat pek tikam pek(*tanya orang utara sapa tak faham)>ini sah nak tunjuk harga tinggi.
Bila kenduri pula ada yg membazir dari segi cenderahati.Bagi bunga telor,zaman la mana orang makan telur walaupun itu budaya,balik dibuang,patutnya budaya ni pun kena buang..Ada yg bagi cokelat,junk food, banyak orang tak ada anak kecil,dibuang begitu saja,lagi pun junk food is not good for children.Ada yg bagi bekas kecil yg juga dibuang akhirnya.Ada yg beri kek,buah,camca,garfu, senduk,minyak wangi yg ternyata boleh dimanfaatkan.Fikirkanlah,jangan main turut orang sahaja.

Unsur haram dalam majlis patut dielakkan.barsanding,muzik memekak telinga,sbg contoh.Diutara ada acara minum daun ketum pula dirumah kenduri,saya malas nak komen kerana ustaz pun tumpang sekaki.Kalau dlm kajian kesihatan kata mudarat,adakah kita nak tunggu nabi turun pula ka utk kata benda ini tak baik? Berfikirlah demi kebaikan bukan keseronokan,itu dasar agama.

Sebaiknya tuan rumah menyediakan tempat solat utk tetamu dan petugas baik dirumah atau didewan utk pastikan semua orang solat.Ini majlis walimatulurus,majlis ibadat.Tuan rumah pun kena solat.Pengantin pun kena solat,ramai tak solat takut hilang mekap.Jika kita tinggal sembahyang,.bermakna gagallah majlis itu,conform tiada berkat kepadanya.Tuan rumah sepatutnya mengumumkan kemasukan waktu solat supaya orang bersolat,jangan ada seorang pun tak bersolat kerana kenduri kita.

Post ini bertujuan supaya semua pembaca lihat hantaran Siti Fatimah,hayati air mata Saiyidina Abu Bakar,bandingkan dg apa yg kita buat.Saya tak suruh buat macam nabi buat,tapi bersederhanalah,jangan melampau.Sederhanakan kad jemputan, hantaran, belanja,mas kahwin,kenduri kendara(jangan kawal makanan kpd tetamu dg mencedok), cendera hati.Persiapkan supaya majlis kita berkat,sedia tempat dan kemudahan solat,peringatkan, jauhkan benda haram,jangan ikut apa orang buat,jangan ikut apa artis buat,ikut apa nabi buat.Hapuskan perasaan aku takut orang kata,kerana itu dari syaitan.Tanamkan rasa aku takut tuhan kata,aku takut nabi terasa.
MERANCANGLAH SUPAYA MENDAPAT PAHALA,BUKAN MERANCANG SUPAYA BERDOSA.
HABIS DUIT BERIBU,BEBAN DOSA MENUNGGU,ANAK MENANTU MENANGIS TAK BERLAGU
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment