Saturday, 11 April 2015

MENTAFSIR DAN MEMBANDING KUCING YANG BERAK KENCING MERATA

MENTAFSIR DAN MEMBANDING KUCING YANG BERAK KENCING MERATA

Pada suatu pagi ketika nak keluar rumah(dulunya di Sg Petani),terdengar bunyi riuh di rumah jiran.Suara jiran marah marah diikuti bunyi kucing yg kesakitan di tangkap dan dipukul dimasuk dlm guni utk dibuang .Saya menjengok dan bertanya hal..jiran saya bersungut,"Kucing ini aku kutip di market ketika masih kecik dan kebuluran ,aku beri makan dan tempat tinggal.Dia sihat dan membesar, cantik tubuhnya.tetapi dia berak dan kencing merata tempat.Itulah aku godam dan nak lempaq semula ke market."

Saya cuma tersengeh kepadanya,dan menyampok,"Ini ibarat yg tuhan nak tunjuk kpd kita,kita dilahirkan tanpa apa-apa,tuhan memberi rezeki,perlindungan, kesihatan, akal fikiran,harta dan kemewahan,tetapi akhirnya apa yg kita balas kepadaNya.Kita tinggalkan suruhannya,kita lakukan apa yg ditegahnya tetapi Allah tetap memberi kita rezeki yg melimpah ruah,makanan,kenikmatan walaupuin kita derhaka dan engkar kpdNya.Dia masih tidak memukul dan membuang kita seperti mana kita lakukan kpd kucing yg berak kencing merata."Jiran saya terus naik angin,"Hang nak bela kucing ni,hang ambik."Dia menghilang ke dlm rumah.

Setiap peristiwa yg berlaku kpd kita,perlu ditafsir,difikir kerana itu kaedah tuhan meneguf dan mengajarkan sprt dlm quran disebut 'sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir".
Jika anda bela kucing dan berkelakuan seperti ini,muhasabahlah diri,tuhan memberi peringatan kpd kita,dg kiasan pada binatang kesayangan.Pejamkan mata,berapa keingkaran kpd tuhan telah kita lakukan hari ini,minggu lepas,bulan lepas,tahun lepas?Berapa banyak pula yg tuhan telah beri kenikmatan kpd kita.Ada tuhan telah hukum kita.Tuhan tetap memberi tangguh.Jangan pukul kucing,jangan maki hamunnya,kerana perbuatan kita mungkin sama dg kucing yg layak di sumpah seranah dan di hukum oleh Allah.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment