SEDAP HANYALAH SEJENGKAL.
Bersembang dg seorang sahabat pagi ini sambil makan cucur udang,beliau menceritakan suatu kisah nabi yang pada satu masa telah dijamu dg buah dan baginda dilihat makan sendirian tidak mempelawa sahabat yg bersama.Bila meninggalkan tempat itu sahabat bertanya kenapa baginda makan seorang dan tidak mempelawa mereka.Baginda menjelaskan buah tersebut masam,dikhuatiri mereka akan mengeji nya.Lihatlah betapa etika mengadap makanan yg ditunjukkan nabi iaitu tidak boleh mengeji makanan .Ini disebabkan takrifan sedap itu relatif,bagi kita sedap,bagi orang lain tidak,bagi kita masin bagi orang lain ok.Bagi kita yg masam tak sedap tetapi bagi orang lain sedap.Jadi takrifan sedap itu tidak objektif,dg yg demikian tak boleh kata tak sedap pada makanan.Jika tak suka,diam dan tinggalkan,jangan merumit mulut mengumpat mengeji.
Hadis Bukhari”Dari Umamah bahawa Nabi apabila selesai makan baginda mengucapkan "Segala puji bagi Allah yg memberikan makanan yg suci lagi diberkati,tidak diremehkan tidak pula dianggap kurang berguna,ya tuhan kami”.Jelas tidak boleh mengeji,memperkecil kan dan menganggap tak berguna pada makanan.Sedap itu hanya antara lidah dan kerongkong,bila masuk dalam perut,sudah tak terasa apa pun.Arwah Us Nikmat Yusof ulamak terkenal diutara pernah berkata sedap itu hanya sejengkal jari .Sebab itu ada pembesar jahilliyah dulu makan dg banyak kemudian menjolok kerongkong supaya muntah,dan boleh makan lagi kerana mereka hanya hendak kesedapan bukan kenyang.Orang yg mengomel tentang sedap,bermakna dia makan utk sedap seperti pembesar jahilliyah itu,tetapi matlamat makan sebenarnya adalah untuk kenyang dan bertenaga,tak perlu soal sedap.
Mereka yg mengeji makanan dikhuatir akan putus rezeki kerana mengeji makanan samalah mengeji rezeki tuhan.Jika anda pergi jamuan kenduri,apa yg dihidang adalah rezeki kita yg Allah beri.Makan jika suka,makan sikit jika tak suka atau tak makan langsung.Jangan mengumpat,jangan mengeji,kata makan tak sedap,makan jilat palit,masin,masam,tawar dan entah apa kalimah lagi.Itu mengeji rezeki tuhan namanya,dan ingat kita terus mengharap rezekiNya.
Makan banyak kerana sedap,makan banyaklah yg menjadi racun.Darah tinggi,kencing manis,lemah jantung,gout,rosak buah pinggang,obesiti dll semuanya kerana makan lebih,kerana makan sedap.Asasnya ialah tidak menepati matlamat makan utk apa.Padan muka.Nabi dah pesan dlm hadis lain,makan bila lapar,berhenti sebelum kenyang.Jika dituruti taklah terkena gastrik,taklah terlebih kolestrol,lemak,gula dlm darah dll.Makanlah utk tenaga dan kesihatan,bukan kerana sedap.Namun kita lihat berapa ramai manusia menjelajah merata restoren mencari kesedapan,jadi jangan komplen kalau ditimpa penyakit kerana kita yg mencari penyakit.
Maaflah .Saya nak mengajak semua berfikir sebelum terlajak. Terlajak kereta boleh berpatah balik, terlajak makan buruk padahnya dan buruk rupanya,gemok gedempol,topoi,gunduk.............
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment