Wednesday, 22 April 2015

DIAM DIRI YANG BURUK DI MATA ALLAH

DIAM DIRI YANG BURUK DI MATA ALLAH

Dalam hidup seharian masih banyak perkars mungkar dikeliling kita yg berlaku tetapi ada orang tak berani nak tegah,malu,takut kena marah,takut hilang pangkat,takut anak merajuk dll.Sedangkan Islam mengajar kita melakukan dua perkara utk menjd Islam sebenar iaitu menyuruh yg makruf dan menegah mungkar.Selagi kita tak lakukan dua perkara ini,kita bukan diatas prinsip Islam sebenar.Tak payah dok sembang nak tegak hukum Islam kalau perkara mungkar yg Allah datangkan depan mata pun tak sanggup nak ditegakkan.

Di satu kenduri kahwin saya melihat pelamin dipentas bukan main hebat,saya pun menegur tuan kenduri.Dia membalas teguran saya,"Cikgu,saya bukan suka sangat pelamin ni,tapi anak anak la yg hendak sangat.Tak turut nanti merajuk pulak."Majlis pula dihiasi muzik memekak telinga,sedangkan yg hadir separuh umur dan dipenghujung usia,yg sering merasa muzik mengganggu.Kenapa campur perkara ibadat dg mungkar?

.Dalam satu majlis hari koko di sekolah,diadakan majlis menari,menyanyi,teka kacang,sukan bercampur lelaki perempuan.Ustaz yg mengajar disekolah itu berkata,"Ini semua kemahuan pengetua dan pk hem.Saya tak mau kata apa."Peduli apa,kita tegur atas sifat menegak hukum Allah.Jika mesyuarat hampir melangkaui waktu solat,bersuaralah mengingatkan pengerusi mesyuarat.

Dirumah,anak perempuan terutama yg dah baligh dibiar tidak bertudung,jangan beri alasan apa pun.Anak lelaki yg tidak balik kerumah walau telah masuk waktu maghrib,tidak dicari utk pastikan mereka bersolat.Anak anak yg tidur nyenyak waktu subuh tidak dikejutkan tanpa alasan apa pun.Ibubapa boleh berkongsi panggung dirumah menonton filem atau rancangan hiburan yg mempunyai unsur mungkar sprt pakaian mendedahkan,tarian menggila,unsur seksual dll.

Bila ahli keluarga sakit,tidak usaha ditunai solat..Bila skim cepat kaya,jualan yg meragui prinsip muamalah nampak menguntungkan,begitu cepat disertai dg tidak merujuk hukum agama.Mendengar orang mengumpat,bukan nak menegur,bahkan tumpang sekaki.Berapa banyak kubur yg dibuat binaan dan terus menjd perkara mungkar yg tidak ditegah walau tiap hari bersolat di masjid. Dan berapa banyak lagi perkata mungkar yg sengaja Allah datangkan kpd kita utk menguji keimanan dan ketakwaan kita.

Kenapa tak bertegas kpd hulum Allah jika kita ketua keluarga.Menjawab bahawa itu kehendak anak,adalah jawapan cuba melepas diri dan berciri munafik.Jangan jadi bapa yg bacul yg tak berani menegur kesalahan anak,bahkan reda bersekongkol.Diakhirat nanti seorang lelaki yg dipimpin syurga,akan dipeluk kakinya oleh anak anaknya dan berkata,"Tuhan kami,lelaki ini bapa kami,didunia dulu dia tidak menyuruh kami berbuat baik dan tidak menegah membuat mungkar,masukkan dia ke neraka bersama kami."Jangan biar anak buat dosa kerana ibubapa menumpang sama.

Jika jadi pegawai,tegurlah pegawai atasan jika mereka buat salah.Soal dia nak ikut ke tidak ka,itu hal dia.Jika kita tegur,dia tak ikut,kita sudah terlepas soalan diakhirat.Jika berkawan,tegahlah perkara yg tidak betul,jangan takut berselisih faham kerana kita dipihak yg benar.Tetapi siapa bersikap mendiam diri, dia akan ditanya diakhirat nanti kerana reda dan bersekongkol,walaupun sikap diam diri nampak baik,itu hanya pada mata manusia,tidak disisi tuhan.

Jom kita jadi orang yg berani bertegas dg hukum Allah tanpa malu,tanpa segan,tanpa takut.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment