HIDUP INI ADALAH MENUNGGU DAN TERUS MENUNGGU
Bila menonton drama tv,kisah hidup yg berpuluh tahun diringkas menjadi dua tiga jam saja.Dari watak utama masih budak hinggalah dewasa dan ditamatkan cerita.Bila mendengar cerita atau membaca kisah sesuatu,kita mengambil masa beberapa minit sahaja ,sedangkan kisah itu mungkin berlaka berminggu,berbulan atau tahun lamanya.Jadi bila kita menonton drama,membaca atau mendengar cerita,kita sebenarnya mengikuti ringkasan hidup.
Hakikatnya hidup ini tak seringkas itu.Kita kena menunggu,dan terus menunggu.Dalam kandungan,kita telah menunngu 9 bulan.Nak jd orang muda kita menunggu belasan tahun dan seterusnya.Dari miskin nak jadi senang,dari kecik nak jadi besar,dari jahil nak jadi pandai semuanya menelan masa yg panjang tidak seperti ringkasan hidup yg dilihat dlm drama dan cerita orang yg ambil masa beberapa minit sahaja.Begitulah juga biji benih yg ditanam,pukat yg dilabuh ke laut,menunggu jualan ditepi jala,menaiki bas,kereta LRT,nak dapat jamuan,semuanya mengambil masa menunggu dg sabar.Dan hidup ini menunggu hari mati,setelah mati menunggu hari perhitungan,jika dineraka menunggu masa habis siksaan utk ke syurga,jika kita disyurga, tamatlah penungguan.
Demikian Allah aturkan hidup kita.Apa yg saya nak kaitkan ialah,kita kena sabar menunggu dlm apa juga hal. Bila ditimpa sesuatu,bila mengusahakan sesuatu,bila bertindak keatas sesuatu,perlu ada masa menunggu dan kena bersabar.Bila doa dipanjatkan,jangan mengharap sejam dua,sehari dua seminggu dua termakbul.Jika mengusaha perniagaan,jangan mengharap sehari dua,sebulan dua,order datang bertimbun.Jika menanam, jangan mengharap sehari dua boleh dituai,jika membaling umpan ke laut,jangan mengharap seminit dua ikan sudah tersangkut.Kita kena menunggu dan menunggu itulah yg dikatakan sabar.Itulah kebiasaan kehidupan, menunggu dan terus menunggu dg sabar.
Banyak orang benci menunggu dan menganggap sebagai membuang masa.Dari bandingan pada hidup diatas,hidup ini dipenuhi dg aktiviti menunggu dan menunggu itu satu sunnah kehidupan.Jangan biar masa menunggu kosong,jika demikian hidup kita akan terasa bosan dan tidak terisi bagai pemancing yg membaling umpan dan duduk berkhayal menunggu ikan meragut umpan.Maka bersedialah mengisi masa menunggu dg sesuatu yg berfaedah.Jika masa menunggu tidak lama,isikan dg pembacaan,lebih baik jika dibaca quran yg dimuat turun ke telefon kerana tak perlu ada air sembahyang,isikan dg zikir dan selawat, mendengar rakaman ceramah,kuliah atau alunan quran,berfikir tentang alam,tentang berbuat baik,tegur sapa dg orang lain yg bersama kita utk menjalin ukhwah,bertanya khabar kenalan dg wassap,dsbnya.Jika masa menunggu lama,penuhkan dg aktiviti sampingan,kerja ringan,ibadat,doa yg bertali arus dan apa saja yg berfaedah.
Hidup bukan seperti drama sejam dua,hidup penuh dg penungguan, bersabarlah.Berbekallah untuk mengisi masa menunggu dg sesuatu yg berfaedah.Berbekallah masa hidup ketika menunggu mati.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment