Tuesday, 7 April 2015

MAKANAN KITA ADA PERASA TAIK ITIK DAN AYAM

MAKANAN KITA ADA PERASA TAIK ITIK DAN AYAM
Semasa berunding untuk membeli telor masin dari sebuah syarikat pembuat telor masin yg besar milik orang Cina tetapi memiliki sjjil halal Jakim di Bagan Samak,Parit Buntar,Perak,saya bertanya taukenya mengapa setengah telor masin buatannya,isi telor nampak kemerahan dan cantik warnanya sedangkan ada telor masin kelihatan kehitaman.Jawabnya,"Telor itik sangat kotor sebab dia bertelor mana saja,atas dia punya taik.Itu sebab kita mau basuh dulu itu telor sebelum bikin telor masin.Ada orang bikin telor masin terus taruh garam,tarak basuh itu telur.Itu macam,taik sama garam sudah pelan-pelan masuk dlm telor.Itu pasai telur merah jadi itam,telor putih nampak kurang putih,nampak tak cantik."

Prinsip hukum alam yg diguna dlm pembuatan telor masin ialah proses resapan iaitu dari pekat kpd yg cair.Larutan air garam yg pekat akan meresap ke dalam telor.Jika telor tak dibasuh,air garam akan bercampur najis itik yg melekat ditelor dan meresap sama ke dlm telor menjadikan isi telor berubah warna.Apa hukumnya,fikir sendiri dg bandingan jika ikan gelama di peram dg garam tanpa buang isi perut,dihukumkan najis seluruhnya,maka telor yg diperam dg najis taik itik bercampur garam sama prinsipnya.

Jadi berhati-hatilah bila memilih telor masin.Sebaiknya cari yg ada sijil halal.Jakim,jika tidak pastikan pembuatnya membasuh telor dahulu atau lebih meyakinkan buat sendiri.Berhati-hatilah dlm memilih makanan dan apa yg nak dimasukkan ke perut.Jangan termakan telor masin perasa taik itik.

Begitulah juga telor patut dibasuh oleh mereka yg jual murtabak atau roti telor,kerana ayam bertelor menerusi saluran najis,kulit telor tetap bernajis,tangan si penebar roti penuh minyak ketika pegang telor dan selepas itu melenyek roti pula.Walau anda tak makan roti telor,tetapi tangan itu juga melenyek roti canai pada anda setelah membuat roti telor utk orang lain.Roti telor dan roti canai perasa taik ayam.Eeeeeeeeik.Saya tak makan roti canai,saya makan tosai terutama tosai masala.Dah berapa banyak kita makan taik ayam dan itik.Mereka yg jual roti telor dan murtabak,basuhlah telor,supaya ramai terselamat dari makan taik ayam.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment