Saturday 31 October 2015

JANGAN JADI LALAT

JANGAN JADI LALAT

Biasalah jika ada orang beririhati atau hasad jika ada orang dapat anugerah perkhidmatan,ada orang tukar kereta baru,beli moto besar,ada jiran beli tv besar,perbesar rumah dsbnya.Hasad atau iruhati yg sedemikian ditegah Allah kerana itu seolah tidak menyukai anugerah Allah kpd seseorang,lebih teruk jika berharap apa yg orang lain miliki itu akan hilang atau musnah..Islam mengajar kita tumpang gembira dg nikmat Allah yg diberikan kpd orang lain,bukan beririhati kpdnya.

Tetapi Nabi menyuruh kita beririhati juga kepada dua jenis orang.Jika kita berhasad kpd dua manusia ini,maka sifat hasad yg dijadikan Allah kpd kita itu digunakan dg tepat,bertepatan tujuan Allah ujudkan sifat hasad kpd manusia.Sabda nabi,"
 “Tidak ada hasad kecuali dalam dua perkara: seorang lelaki yang diberikan ilmu oleh Allah tentang al-Qur’an sehingga dia pun membacanya sepanjang malam dan siang maka ada tetangganya yang mendengar hal itu lalu dia berkata, “Seandainya aku diberikan sebagaimana apa yang diberikan kepada si fulan niscaya aku akan beramal sebagaimana apa yang dia lakukan.” Dan seorang lelaki yang Allah berikan harta kepadanya maka dia pun menghabiskan harta itu di jalan yang benar kemudian ada orang yang berkata, “Seandainya aku diberikan sebagaimana apa yang diberikan kepada si fulan niscaya aku akan beramal sebagaimana apa yang dia lakukan.”.”(HR. Bukhari)
Dalam hadis lain disebut juga orang yg diberi ilmu dan dia amalkan serta ajarkan.😬abdghaniharon😬

Bila melihat orang pandai baca quran,bila melihat orang selalu baca quran,beririhatilah kpdnya dg meniru perlakuannya,besaing untuk melakukannya.Jangan memberi alasan,jangan bertangguh bila tua baru nak belajar baca.Jika tak pandai baca,tak lancar,kenapa tak usaha bagi pandai,tak usaha bagi lancar.Apakah membiar masa berlalu akan menyebab kita pandai baca,lancar baca.?Usaha yg berterusan shj jalan yg ada.Jika kita tidak berusaha utk membaca quran setiap hari,terlepaslah kita satu peluang untuk beririhati pada perkara baik.

Begitu juga bila melihat orang bersedekah,beririhatilah kpdnya.Saya pernah melihat di satu bulan ramadan,dimasjid saya selalu orang memberi sedekah selepas solat asar.Suatu hari seorang remaja yg dihantar ibunya memberi sedekah kpd jemaah solat hanya dua ekor ikan gelama kering belah belakang dlm plastik.Tidak lain,ini adalah sifat irihati yg baik,yg ingin sama melakukan amalan yg orang lain boleh buat dg kemampuan yg dia ada.Maka berhentilah memberi alasan,aku tidak apa yg nak disedekahkan,jika demikian kita terkepas satu peluang beririhati pada perkara baik.

Jika pun kita tidak boleh buat dua perkara tersebut,janganlah beririhati kpd nikmat Allah yg diberi kpd orang lain,jangan berharap nikmat itu hilang dari mereka.Jika tidak mampu berbuat baik, jangan pula berbuat kerosakan.Ulamak membanding hal ini dg ibarat jika kita tidak boleh menjadi garam yg menyelamatkan ikan dari menjadi busuk,jangan jadi lalat yg merosakkan ikan.Sifat hasad dan irihati yg selain dari dua perkara yg diharuskan itu adalah ibarat lalat yg merosakkan ikan dg meletak berenga yg menjd ulat.Sifat irihati akan menjana fitnah,umpatan,lebih teruk bertindak merosakkan seperti mengguna ilmu hitam kpd orang lain dsbnya.

Mungkin ada orang berkata,saya tak ada orang nak beririhati,jiran saya pun tak baca quran,saya pun jarang nampak orang bersedekah dg hartanya.Malang sekali.Sebab itu Islam menganjurkan bersahabat dg orang yg baik, orang yg boleh dicontohi,yg boleh membimbing kpd kebaijan.Jika berkurung dirumah,dlm lingkungan sahabat yg setaraf amal ibadat dg kita shj,kita tidak akan ke mana.Carilah orang yg boleh kita berhasad dg kebaikan dan ibadat yg dilakukannya, bukan sekedar menjadi rakan sembang bawah pokok dihalaman,sembang fb dan wassap,sudahnya masuk angin keluar asap.abdghaniharon

RAGI DAN PULUT BERCANTUM MELAHIR TAPAI YANG MANIS

RAGI DAN PULUT BERCANTUM MELAHIRKAN TAPAI YANG MANIS

Memerah otak untuk mencari idea nak menulis sudah berjam,tak juga dapat.Terfikir juga,apakah Allah tidak datangkan ilham kerana hari ini saya belum berjumpa sesiapa pun,terperap dirumah.Tetiba telefon berbunyi dan ada whatsapp masuk.Tapi apa yg ditulis tidak difahami,bila saya bertanya,rupanya tersilap tekan dan pengirimnya meminta maaf.Saya segera membalas dg maksud memaafkan dan serentak itu datang untuk mengulas hal ini,kelebihan memaafkan.

Allah jadikan manusia dg sifat kekurangan,antaranya ialah membuat kesilapan,melakukan kesalahan,tetapi ia ditebus dg sifat meminta maaf.Semua orang akan terbuat silap,tetapi Allah menawarkan ganjaran besar bagi mereka yg memaafkan.Rasulullah s.a.w bersabda:Siapa yang memberi kemaafan (ke atas kesalahan orang), padahal ia mampu bertindak balas (di atas perbuatan tersebut), Allah akan memaafkannya, dihari yang susah” (Riwayat Thobroni)

Allah menyebut dlm surah An nur "..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?" Dan dlm surah As Syura"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah ..."

Ada orang melihat bila orang lain yg berbuat silap kpdnya lalu meminta maaf,sebagai peluang utk balas balik,maka terhamburlah leteran,sindiran,amaran,lebih teruk bercerita pada orang lain hal orang minta maaf kpdnya.Ini beroleh dosa,tidak beroleh kebajikan.Sedangkan bila ada orang meminta maaf,ia ibarat Allah datangkan peluang untuk kita memaafkan dan dapat ganjaran diampun dosa kita,diberi pahala yg besar.Marilah kita melihat bila orang minta maaf itu sebagai peluang berbuat baik,bukan peluang membalas dendam,peluang memuaskan hati.

Bila kita memaafkan,kita sudah menadam semua tuntutan kpdnya,bila kita memaafkan semua orang,kita telah tidak ada sangkutan lagi dg sesiapa.Jika lebih ramai yg kita maafkan,lebih besarlah ganjaran kpd kita,lebih luaslah pengampunan Allah pada dosa kita.Jadi maafkan semua orang meskipun mereka tidak meminta maaf,dan mohon maaf kpd semua kesilapan kita kpd semua orang.Saya pernah menulis,alangkah baik setiap pertemuan dg orang lain diakhiri dg memihon maaf kerana kita mungkin buat kesilapan yg tidak disedari walaupun sekadar tersilap memilih kata atau nada suara yg sedikit keras atau gerak badan yg tidak menyenangkan orang lain.😊abdghaniharon😊

Marilah kita mengambil sikap bahawa yg membalas setiap sesuatu keburukan yg dilakukan kpd kita hanyalah Allah,kita jangan berusaha membalas keburukan dg keburukan juga.Umpatan jangan dibalas dg umpatan,fitnah jangan dibalas fitnah,Tetapi balaslah keburukan dg kemaafan dan berlapang dada.Kecuali bila sesuatu tindakan buruk yg menyebabkan ancaman nyawa dan harta,gunakanlah saluran perundangan dan hukum,serah kpd pihak berkuasa,bila pelaku terhukum,maafkanlah dia.Balaslah kebaikan orang kpd kita dg kebaikan juga, dg pujian dan rasa syukur.

Dunia ini tentu lebih aman bila kita saling bermaafan.Hidup kita juga akan lebih tenang.Merendah dirilah untuk memohon maaf kerana lebih tinggi iman seseorang,lebih lagilah dia merendah diri.Meminta maaf selalu dipandang sebagai memalukan,tetapi hakikatnya ia suatu sifat baik disisi Allah.Mereka yg memaafkan pula diangkat dg berbagai kelebihan seperti dlm hadis diatas,bukannya seperti setengah orang menganggap yg memaafkan itu lemah,penakut,bacul..Jadi berhentilah dari bermusuhan,bermasam muka,berselisih faham,marilah bersama bergandingan mendapat keampunan Allah dan ganjaran yg besar disisinya..Maka dg itu perselisihan antara kita menjadi satu rahmat kerana ada yg mohon maaf,ada ada yg memaafkan dan Allah merahmati mereka berdua ibarat ragi dan pulut yg bergabung menjadi tapai maka lahirlah rasa manis.Allahuakbar!Allahuakbar! abdghaniharon

CATATAN: Pesanan buku Bicara Mata Hati edisi 1 dan 2 boleh dibuat dg mengirim alamat ke wassap/sms 0124120846 utk dipos.Tiada harga ditetapkan,hanya sumbangan utk projek sedekah jariah,wakaf air bertapis,quran dan kerusi roda kpd yg memerlukan.

BERBIMBANG TIDAK KENA PADA TEMPATNYA

BERBIMBANG TIDAK KENA PADA TEMPATNYA

Apa yang anda bimbang dalam hidup ini?Bimbang harta dicuri atau hilang atau musnah.Bimbang nak buat kerja apa untuk hidup.Bimbang anak berjauhan kerana belajar atau bekerja.Bimbang terkena penyakit yg menyebabkan tidak boleh kerja.Bimbang perniagaan tak untung,tanaman tak menjadi,bimbang bencana alam .Dan berbagai kebimbangan lain.

Hakikatnya kita tidak perlu berbimbang pada semua perkara yg disebut diatas,yg merupakan kebimbangan tentang hidup kita dan keduniaan.Ini kerana semua perkara ini telah diatur oleh Allah.Hidup kita,susah senang,sakit demam,rezeki dsbnya telah diatur Allah.Alam keliling kita,tanaman,haiwan ternakan,semuanya dikawal dan ditentukan Allah.Kita hanya perlu melaluinya dg usaha dan bertawakkal,berserah kpd Allah.Kita tidak mampu mengubahnya.Sekuat mana kita berbimbang,ia tetap berlaku jika Allah telah tentukan.😅abdghaniharon😅

Sepatutnya kita kena lebih berbimbang takut iman tergelincir,maka itu kita kena selalu berdoa agar semakin diteguh iman.Kita patut berbimbang takut tidak boleh bersolat,tertinggal solat,contoh bila dlm majlis yg panjang,rasa gelisah bila waktu solat makin singkat,bila dlm perjalanan gelisah meninjau surau dan masjid,bila sakit yg melarat apa lagi yg membawa keadaaan bersolat atas kerusi,atas katil.Nak pergi mana,nak buat apa,kita patut berbimbang hal nak bersolat terlebih dulu.

Sepatutnya kita kena lebih berbimbang tak boleh berpuasa penuh bulan ramadan,bukan berbimbang kepayahan berpuasa.Sepatutnya kita kena berbimbang tidak boleh berzakat kerana tiada harta,tiada tanaman yg ditanam,tiada emas yg disimpan,tiada perniagaan yg diuruskan.Bukan ligat berfikir nak kepas diri dari zakat,kerana berzakat itu rukun Islam.Jangan berpuashati dg kadar membayar zakat fitrah kerana itu tahap orang paling lemah,setaraf simiskin.Siapa yg hanya mampu mengeluar fitrah shj,dia setaraf orang miskin.Jadi berusahalah menjadi orang berharta supaya dapat keluar zakat dan terlepaslah kita dari tahap miskin.

Sepatutnya kita kena berbimbang tak sempat mengerja haji yg juga rukun kelima.Sepatutnya kita kena berbimbang tidak boleh baca quran bila umur tua,mata dah tak nampak baris,atau mungkin kerana kencing manis,mata telah seperti buta.Lebih teruk masa muda dulu tak mau baca quran,lebih seronok baca akhbar,twitter,fb,whatsapp.Ingat bila mata tak boleh membaca quran,apa lagi ibadat sunat dlm bentuk bacaan yg dapat dibuat, melainkan zikir shj sedangkan membaca quran itu disebut nabi lebih utama.

Kembalilah kpd kebenaran,hakikat bahawa kita sepatutnya lebih berbimbang takut tidak boleh melaksana rukun agama,ibadat, yg diperintah Allah,daripada berbimbang perkara hidup dan dunia kerana hidup kita dan dunia ini urusan Allah.Kita tidak mampu mengubah walau dg air mata darah.Semua kebimbangan tentang hidup kita dan dunia ini,kita serahkan kpd Allah dan meminta yg terbaik moga diperkenankanNya. Setiap kali solat kita melafaz janji "Sesungguhnya solatku,ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah."Sepatutnya dg janji ini.kita tidak berbimbang apapun,melainkan bimbang iman tidak kukuh,tidak boleh bersolat,berpuasa,berzakat,berhaji, membaca quran dan ibadat yg lain,kerana semua ini menjadi bekal utk hidup berkekalan di alam akhirat..abdghaniharon

CATATAN: Pesanan buku Bicara Mata Hati edisi 1 dan 2 boleh dibuat dg mengirim alamat ke wassap/sms 0124120846 utk dipos.Tiada harga ditetapkan,hanya sumbangan utk projek sedekah jariah,wakaf air bertapis,quran dan kerusi roda kpd yv memerlukan.

Wednesday 28 October 2015

VIP CIPTAAN MANUSIA

VIP CIPTAAN MANUSIA

Menghadiri satu majlis sambutan maal hijrah,saya melihat tetamu VIP duduk berasingan semasa majlis dan mendapat jamuan berasingan dikhemah khas dg dome dan menu yg berbeza dari orang ramai.Tertanya dlm hati,siapalah mereka yg merasa diri mereka sangat penting hingga kena berada ditempat asing dari kebanyakan orang sedangkan pada sisi Allah manusia sama sahaja,yg terlebih baik ialah yg bertakwa,beriman,berilmu dan beramal soleh.

Kita meniru budaya barat dan meninggalkan apa yg diajar oleh Islam.Islam tidak mengajar dan membeza manusia dari segi kuasa,hartanya,pangkat kedudukannya.Ini dicipta oleh manusia sendiri,diimpot dari budaya lain,maka timbullah istilah VIP,protokol majlis dsbnya untuk membeza manusia.Mereka yg merasa jd orang VIP patut sedar bahawa mereka itu sama shj seperti orang lain,kentut tetap busuk, bila mati,tidak membawa apa,soalan kubur tetap sama.Iman dan takwalah yg membeza kita.☺abdghaniharon☺

Mereka yg berkuasa,berkedudukan ini yg patut merendah diri, mengelak diberi penghormatan berlebihan.Disebabkan mereka suka disanjung,dilayan secara berbezalah,maka mereka terus mendapat layanan berbeza dari orang kebanyakan.Hal ini melarat hingga ke majlis keagamaan.Majlis maulidurrasul pun ada VIP,majlis kahwin ada khemah VIP dg menu berbeza,orang ramai makan berbaris,lauk dikawal macam makan di asrama sekolah,majlis jamuan raya ada meja VIP sedang anak yatim yg dijemput dberatur mengambil makanan dlm pinggan kertas dg menu ala kadar tapi majlis dinamakan merai anak yatim.Dalam masjid ada VIP siap dibooking sejadah dibaris depan walau datangnya lambat,sejadahnya pun berbeza tarafnya.Lihat shj pada muqaddimah ucapan,yang mulia,yang berbahagia,yang berhormat,yg teramat mulia dsbnya yg jelas membeza manusia,sedarlah diri apakah mereka itu mulia,bahagia pada sisi Allah?Sedangkan orang barat hanya menyebut ladies and gentlement.Dlm hal ini kita lebih teruk dari barat dlm kontek sanjungan yg penuh kepuraan.

Allah menyebut supaya kita menerima Islam secara sepenuhnya,bukan celup celap.Janganlah ujudkan perbezaan dlm majlis selain kadar sesuai utk penghormatan shj.Ciri pengasingan tempat duduk,tempat makan,menu makanan,berbeza buah tangan,patut dielakkan.Kecualilah majlis kerana meraikan seperti pengantin,orang nak bersara dsbnya yg diberi keutamaan atas dasar yg diraikan,bukan atas dasar VIP.Siapa berani berhenti dari mengucap pujian pada VIP diawal ucapan yg penuh kepuraan,hipokrit kerana yg layak dipuji hanya Allah.Siapa berani buat majlis jemput orang kenamaan makan berbaris.Jika majlis kahwin sanggup buat baju anak beranak adik beradik sama dan sedondon,kenapa makan tak sama,tempat duduk tak sama dan buah tangan tidak sama.?abdghaniharon.


Tuesday 27 October 2015

TUMPANG SEMANGKOK BERBUAT DOSA

TUMPANG SEMANGKOK BERBUAT DOSA

Saya menekan butang no giliran ketika hadir ke pejabat Tabong Haji untuk mengeluarkan sedikit simpanan,setelah mengambil slip giliran saya pun duduk.Seorang lelaki yg hadir kemudian dilihat menekan no giliran dan saya lihat dia mengambil dua nombor.Dia kemudian duduk sibelah saya.Beberapa orang kemudian tiba dan mereka jug mengambil no giliran.Bila seorang pemuda muncul dan nak mengambil no giliran,tetiba lelaki yg disebelah saya yg mengambil dua nomnor tadi bangun dan menyapa pemuda itu.Mereka memang saling mengenali,lalu lelaki itu memberi no giliran yg lagi satu yg telah diambilnya.Mereka duduk menunggu dan kedengaran pemuda itu mengucap terima kasih kerana ia dapat nomnot yg lehih awal dari sepatutnya.Saya hanya memandang.

Mari kita menafsir hal ini.Dari satu aspek mudah,kita nampak,lelaki ini baik,mahu tolong orang,mungkin dia rasa dia buat kerja baik.Bila di kaji dari aspek hukum,lelaki ini telah melakukan satu perkara yg tidak adil kpd orang lain,yg zalim ,yg merampas hak orang lain.Prinsip no giliran adalah prinsip siapa datang dulu,dia didahulukan.Dalam kontek ini lelaki ini telah merampas hak beberapa orang yg datang lebih awal dari pemuda ini,lalu diberi kpd rakannya,dg itu pemuda itu akan mendapat khidmat lebih dulu walau datang lewat.Meletak sesuatu yg bukan pada tempatnya ,itu zalim.merampas hak orang,meski sekedar giliran tanpa redo pihak yg berhak,itu perbuatan zalim yg tidak disedari bahkan dirasa seperti kita berbuat baik.

Begitulah juga dlm konteks lain seperti menanda tempat solat disaf depan walau kita datang lewat,memotong barisan kerana kita kenal orang dalam,mengambil lebih dari bilangan yg dihadkan seperti jamuan teh yg dihadkan dua kuih utk seorang,tidak mahu keluar dari lift yg lebih muatan walaupun kita yg terakhir masuk yg menyebab lift tidak mshu bergerak,hingga menyebabkan orang yg lebih awal masuk terpaksa keluar,memotong que kenderaan dalam kesesakan kecuali motor yg boleh menyelit dan berbagai contoh lahi dimana kita mengambil hak orang tanpa sedar.😊ABDGHANIHARON😊

Disamping itu ada ketika kita tidak sedar menyebab dan mengheret orang berbuat dosa.Bila berbual,kita mengumpat,maka secara tidak langsung yg bersama kita terpalit dosa,kecuali mereka yg segera menegur atau bangkit meninggalkan orang yg mengumpat.Kalauvterus menunggu dan mendengar apalaki menambah umpatan,ibarat berganding tangan ke neraka.Mungkin juga ada orang melencongkan perbualan kpd perkara lucah,sindiran yg menyakit hati dsbnya,maka yg bersama dgnya,tumpang semangkok beroleh dosa.Mendedah aurat dikhalayak juga mengheret orang lain berbuat dosa,setiap kali terpandang auratnya yg terdedah.Dia berdosa bertali arus,orang lain berdosa bila melihat dan berulang melihat.Banyalah lagi contoh.

Kita mungkin hanya menjana pahala dg ibadat khusus atau kekadang saja berbuat baik.Tetapi secara tidak sedar kita menjana dosa ketika memandu,berbual,berurusan dg orang, dan diberbagai aktiviti dibanyak tempat.Cuba anda renung hari ini dari pagi,apa kebaikan yg dibuat,tetapi dosa sudah banyak mana.Dosa lidah,telinga, mata, tangan dan kaki.Itu dosa yg kita buat sendiri,ada juga dosa yg orang lain tolong buat bagi kita,dosa yg kita buat utk orang lain,sprt mengumpat,mendedah aurat,menyakit hati orang,fitnah,dll. Berhati-hatilah,jika suatu amalan baik yg kevil boleh membawa ke syurga,ada amalan yg sama noleh mengheret ke neraka.Pilihlah unyuk berbuat baik shj.Jangan buat dosa,jangan menyebab orang berdosa,jangan mengheret orang supaya berdosa.Renungkanlah.abdghaniharon.

Monday 26 October 2015

ANDA MUNGKIN TERKENA SANTAU

ANDA MUNGKIN TERKENA SANTAU

Saya bersama seorang kawan singgah di satu deretan kedai tepi jalan di satu bandar diutara untuk makan tengahari.Kami masuk ke satu gerai dan meninjau lauknya,nampak macam tak biasa dg menunya,lalu kami berjalan keluar.Saya menghala gerai sebelahnya,tetapi tangan saya ditarik oleh rakan saya dan mengajak menuju ke gerai yg selang beberapa buah dari gerai pertama yg kami masuk tadi.Semasa duduk menunggu makanan yg dipesan,rakan saya berkata,"Aku tarik tangan hang tadi kerana orang pesan di kawasan ini,jika kita masuk satu gerai dan tak jadi makan,jangan masuk kedai segelahnya tapi pergi jauh sedikit.Bimbang terkena santau kerana irihati dlm berniaga."Ini sebagai langkah berjaga.

Santau adalah ilmu hitam tradisi,yg boleh membunuh yg diguna dlm berbagai perbuatan jahat,pertelingkahan termasuklah dlm mengatasi pesaing perniagaan.Santau adalah kaedah membunuh secara senyap.Santau biasanya dimasukkan dlm makanan secara tidak sedar,secara seakan sihir,dikata boleh dihantar dg angin,dg hembusan,yg terkena akan merana kerana bahan serbuk kaca halus, miang buluh dll meresap dlm tubuh dan kekadang mengeluarkan darah pada roma terutama setelah mati atau batuk berdarah,muntah darah.Pengubatan moden kurang berkesan,tetapi bomoh santau kerapkali lebih berkesan.Mereka yg terkena akan merana sepanjang hidup jika gagal diubati.

Jika santau diguna pada musuh,itu adat bermusuh tetapi jika diguna kpd pelanggan gerai akibat irihati dalam persaingan niaga,ini amatlah malang dan mendukacitakan serta zalim.Pelanggan yg tidak tahu apa terseret dlm pertelingkahan mereka dan menjadi mangsa.Diutara tanah air,hal ini agak popular,maka berhati-hatilah bila makan digerai atau kedai.Berlindunglah dg Allah,lafazkan doa makan,ada guru yg memberi petua membaca ayat quran tertentu sebagai usaha perlindungan.Kurangkan makan diluar sedapat mungkin terutama jika kita ada yg dimusuhi atau berjawatan yg ada kuasa bertindak ke atas orang lain.Akhirnya berserah kpd Allah,yakin hanya Allah yg mengizin berlaku sesuatu,kerana sihir tidak akan dpt mengatasi takdir Allah.☺abdghaniharon☺

Memang tabiat orang kita yg kekadang tidak dapat bersaing dg cara sihat.Fitnah,sabotaj,perbuatan memburuk hinggalah penggunaan santau digunakan untuk saling mengatasi pesaing.Perbuatan begini berdosa dan tidak membawa keberkatan dlm perniagaan.Mereka meletak rezeki pada tangan mereka,usaha mereka sedangkan ianya di tangan Allah.Sebagai pelanggan,pilihlah tempat makan yg nampak lebih bersifat Islamik mengatasi soal sedap,makan bukan kerana nafsu,kerana mencari kesedapan,tetapi nabi menyebut kerana lapar.Apakah mungkin kesilapan kita juga yg menurut nafsu makan,nafsu kerongkong yg sejengkal,akhirnya kita terperangkap dlm kancah permusuhan perniagaan,diuji Allah dg makanan yg disantau,diracun.

Jadilah peniaga yg baik,amalkan ciri keislaman pada perniagaan,jangan irihati pada pesaing kerana kita semua ada rezeki yg ditentukan Allah,tiada siapa boleh merebut rezeki kita.Biarlah pelanggan kita bertambah sihat dg makanan yg baik yg kita sediakan,dan kita menikmati rezeki yg berkat.Kepada mereka yg selalu makan diluar,beringatlah,kerana pesan orang tua,sesuatu itu kerap berlaku bila kita terlupa,terlalai.Pelanduk jika ia beringat,tidak akan terkena jerat.Hakikatnya jika kita sentiasa mengingat Allah,berserah kpdNya,berlindung kpdNya,maka itulah sebaik-baik pemberi perlindungan,sebaik-baik tempat berserah.Kongsikan pengalaman anda,petua yg anda tahu utk manfaat semua.abdghaniharon

Iklan:Buku BICARA MATA HATI EDISI KEDUA yg merupakan sambungan edisi pertama dulu sudah boleh dipesan.Edisi dikeluarkan utk mencari sumbangan bagi projek sedeksh jariah dg menambah aktiviti sedekah quran dan kerusi roda,selain barangan terpakai dan wakaf air bertapis.Wassap /sms /tel 0124120846

MENANGIS MELIHAT ORANG MENGAMBIL SEDEKAH

MENANGIS MELIHAT ORANG BEREBUT MENGAMBIL SEDEKAH

Petang itu loceng pagar rumah berbunyi,saya lihat sebuah kereta mewah yg jarang ada dijalan menyusur masuk bila pagar rumah dibuka.Saya berdiri di porch rumah untuk menyambut tetamu yg tidak dikenali.Sepasang suami isteri yg seperti orang berada,keluar dan memberi salam serta menyatakan hajat untuk menyumbang pakaian terpakai.Ada dua beg dibawa ke porch rumah.

Kami berbual sambil berdiri.Beberapa orang sedang memilih pakaian terpakai ditempat gantungan.Isteri kpd tetamu saya diam merenung tajam kearah mereka yg memilih pakaian di tempat sedekah jariah barangan terpakai yg saya buat depan rumah.Saya berbual dg suaminya.Bila pembantu saya membawa sebeban pakaian terpakai yg siap dipasang penyangkut baju keluar untuk disangkut ditempat pameran,mereka yg memilih pakaian segera berebut.Isteri tetamu saya kelihatan mengesat air mata dan meletak tangan pada mulutnya.Suaminya yg terperasan, menggosok-gosok belakang isterinya sambil menepuk perlahan,seolah memujuk,tetapi saya melihat air matanya deras menuruni pipi .Ya Allah.

Saya tak perlu bertanya sebab dia menangis kerana gerak tubuh telah difahami.Dia tersentuh hati melihat mereka yg memerlukan,mereka yg tidak berada,yg miskin,mengutip pakaian yg orang lain sudah tidak mahu gunakan dan lebih menyayatkan mereka berebut mendapatkannya.Ini membayangkan betapa besar,dan sukanya hati mereka walau mendapat sesuatu yg telah terpakai.Inilah yg menyentuh hati wanita ini,sedangkan saya melihatnya hampir setiap hari. 😤abdghaniharon😤

Mungkin dia yg hidup mewah (berdasar kereta yg mereka pakai,)tidak pernah melihat hal sebegini.Mungkin dia menginsafi diri.Allah bawa dia bersama suami melihat situasi yg mungkin tidak pernah dilihatnya mungkin untuk menyedarkan mereka dan ternyata air mata yg mengalir itu membuktikan keinsafan yg mendalam.

Nak ajak anda semua mencubit satu iktibar dari kisah ini.Kita perlu turun melihat kepayahan hidup orang lain untuk menginsafi diri,untuk bersyukur dg apa yg kita ada.Sesekali kunjungilah keluarga yg yatim,yg miskin,menziarah rumah anak yatim,rumah kebajikan untuk mengasuh diri.Sesekali ziarahlah kaum keluarga dikampung untuk melihat kepayahan hidup mereka.Jika anda seorang guru,ziarahlah ke rumah murid yg miskin,yatim untuk mendidik diri,memahami dan membantu.Jika kita seorang pegawai,ziarahlah kakitangan bawah yg mungkin sempit hidupnya untuk kita lebih rasional dlm tindakan.Jika anda seorang yg tiada jawatan,ziarahlah jiran sekampung untuk mengambil tahu dan membantu.

Janganlah hanya bergaul dg orang yg setaraf kita shj,buat persatuan yg setaraf kita shj,persatuan utk berbangga dg apa yg kita miliki,berarak berkonvoi sana sini,lepak-lepak sambil lawan tayang kehebatan jentera kita.Tetapi binalah persatuan untuk kerja kebajikan,kerja sukarela.Tak perlu berkonvoi pun kalau nak buat kerja kebajikan,seperti dua insan yg hanya berjalan kaki membersih ratusan masjid.Apa kata kita buat persatuan atau kelab adik beradik dg aktiviti kebajikan walau sebulan sekali,pilihlah mana destinasi kerja kebajikan kita.Ini lebih mendidik diri dan keluarga dan menjadi suatu amal kebajikan.

Wanita itu dan suaminya meninggalkan saya dg kereta mewah yg menjakar,Ketika isterinya mengangkat tangan melambai meninggalkan laman rumah saya,tangannya yg lagi sebelah masih mengesat air mata,apalagi bila mereka yg berebut pakaian turut melambainya.Jika saya bercerita kisah seorang ibu muda yg bapanya lumpuh,emak terlalu tua,abang oku cacat fikiran dan suami terpenjara,yg datang meminta pampers untuk bapa kpd saya,saya rasa wanita ini mungkin meraung.Kata ibu muda itu,"Cikgu,kesian ayah,pehanya melecaq kerana saya tak mampu tukar pampers lebih kerap."Saya hanya mengucapkan InsyaAllah.Allah maha pengasih,selang dua hari seorang hamba Allah rakan fb, memberitahu dia sudah bankin rm 100 untuk saya sedekah kpd siapa pun diikuti seorang lagi rm150 dg ayat yg sama sedangkan saya tidak minta.Saya gunakan sebahagian wang ini untuk membelu pampers bagi ibu muda ini.Kalaulah saya bercerita kisah ini kpd tetamu saya itu............moga anda yg mengikuti kisah ini terdetik suatu keinsafan bahawa Allah tidak meminta apa yg kita miliki,tetapi Allah meminta usaha kita semua untuk membantu yg memerlukan dan dari usaha inilah Allah datangkan bantuanNya.Hakikatnya bukan Allah minta harta kita untuk bantu simiskin,tetapi Allah minta usaha kita kerana apa yg kita beri menjadi simpanan kekal,bahkan diganti dg rezeki yg berganda.Itulah hakikat sedekah menyubur harta..abdghaniharon
Catatan:melecaq maksud melecet kulit.
PESANAN BUKU BICARA MATA HATI EDISI 2 BOLEH DIBUAT SEKARANG. WASSAP 0124120846

Saturday 24 October 2015

NIAT BUKAN SEKEDAR RUKUN IBADAT

NIAT BUKAN SEKEDAR RUKUN IBADAT

Berbual dg seorang rakan yg dailisis juga,dia bertanya bagaimana saya dapat menahan dari banyak minum air.Utk makluman,mereka yg rosak buah pinggang dinasihat minum tidak lebih sebotol air mineral kecil shj sehari.Bila saya menjawab saya berpuasa selang sehari,mengikut sunnah nabi Daud,dia berkata,"Kuat betul cikgu."Saya membalas,"Bukan diri saya yg kuat,tetapi niat telah menyebabkan saya kuat, nabi sebut sesuatu amal bergantung kpd niat dan letaklah niat kerana Allah,nescaya kita mencapainya."

Mari kita fahami maksud yg lebih dalam dg pesan nabi sesuatu amalan itu bergantung pada niat.Niat adalah rukun ibadat dan ia akan menentukan sahnya ibadat.Tentu sekali niat kerana Allah.Itu semua orang faham.

Tetapi pada pengamatan saya niat ini juga penting dalam aspek lain yg lebih dalam selain menjadi rukun.Niat ini juga berperanan dlm membantu kita melaksana ibadat.Mungkin anda perasan bila kita niat berpuasa dg ikhlas,kita tidak terasa lapar,tidak terasa nak makan,nak minum.Kita hanya terasa sedikit letih shj.Kita tidak dlm keadaan tunggu untuk makan.Inilah kelebihan yg Allah beri kpd orang yg berniat untuk berpuasa.Inilah yg saya maksudkan niat telah membantu ibadat,niat berpuasa menyebabkan kita tidak terasa nak makan dan minum walau makanan didepan mata.Tetapi jika kita tidak berniat berpuasa,kita hanya tak mau makan kerana nak diet,nak kurus,atau sibuk,akhirnya kita akan terasa lapar dan perlu makan.

Jadi jelas niat berperanan untuk diri kita tidak meminta makan dan minum.Niat menyebabkan tubuh kita bertindak selaras dg apa yg diniatkan dg izin Allah.Bila kita niat berpuasa,bermakna tidak akan makan dan minum,tubuh dan fikiran kita juga segera di set,diprogramkan tidak meminta makan dan minum hingga penghujung hari.Kita ambil contoh lain.Jika kita memakai baju cantik dg niat menunjuk,tubuh kita pun bertindak sedemikian,dg lenggoknya,angkat dadanya.Tetapi jika kita pakai sebagai memenuhi tuntutan menutup aurat,kita tidak terasa apa apa pun.Jika solat dirumah yg sendirian,diawal pagi,lebih khusyuk kerana tidak diganggu niat dg rasa nak menunjuk,rasa orang dok tengok.

Jadi niatlah setiap sesuatu kerana Allah maka tubuh kita akan bertindak mengikut niat.Saya boleh berpuasa selang sehari,walau dlm dailisis,kerana niat yg membantu dan saya rasa jauh lebih sihat dari tidak berpuasa.Seolah penyakit rosak buah pinggang ini satu rahmat pula.Pernahkah anda terperasan bila kita berniat nak bersedekah,akhirnya Allah datangkan penerimanya,bila kita berniat untuk bangun bersolat malam,Allah takdirkan tubuh kita terjaga di awal pagi,bila kita berniat sesuatu yg baik,akhirnya kita ketemui kebaikan itu.Jadi niat juga menyebabkan terlaksananya sesuatu hajat,ia seperti permintaan yg dilaksana dengan perbuatan,maka Allah permudahkan untuk mencapainya.

Jadi,sentiasalah meletakkan niat berbuat baik,kerana apa yg kita niat,kita akan perolehinya berdasar hadis Dari Umar bin Khattab dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rosululloh bersabda: ’Sesungguhnya seluruh amal itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan sesuai niatnya. Oleh karena itu, barangsiapa yang berhijrah karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah karena (untuk mendapatkan) dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang menjadi niatnya.’”

Bila ibadat khusus kita berniat,bila nak buat perkara lain yg sunat,yg bukan ibadat khusus pun kita kena niat kerana Allah,bila bersedekah niat kerana Allah kita akan ikhlas,bila bermusafir kerana Allah,moga kita terpelihara,bila menegur kerana Allah,moga Allah buka hati yg ditegur,bila makan kerana Allah,moga kita tidak banyak makan,makan bukan kerana sedap dan mungkin Allah lindungi kita dari sesuatu yg tidak baik yg ada dlm makanan itu,dsbnya.Jika Allah jdkan niat sbg rukun ibadat,Allah seolah memberi tunjuk ajar syarat utama untuk mencapai hajat iaitu niat kerana Allah.Ayuh,letaklah segalanya dg niat kerana Allah walau sekecil mana,nescaya kita perolehinya.abdghaniharon.
Bantulah saya mengembang projek sedekah jariah dg pembelian buku Bicara Mata Hati Edisi 2.Beri alamat,saya pos,terima buku,baru bankin.











Friday 23 October 2015

ISLAM BUKAN AGAMA PESTA

ISLAM BUKAN AGAMA SAMBUTAN/PESTA

Seorang orang kampung saya yg datang jemput makan kenduri tahlil berkata,"Saya jemput tok bilai,tok siak orang masjid,semua tak dapat hadir kerana katanya mereka puasa.Tak ada orang nak jadi kepala baca tahlil.Cikgu boleh kot?"Saya cepat membalas,"Saya pun puasa,bukankah hari ini 10 muharram,disunatkan berpuasa,bukan sunat buat kenduri."Dia menjawab,"Looo saya tak tau."Dalam hati saya berkata dua kali jahil.

Kita mengaku Islam tetapi kalender harian yg mengatur hidup kita, bukan kalender Islam,kalender masehi.Dengan itu aturcara hidup Islam yg diatur dlm kalender hijrah tidak dipedulikan.Tarikh penting seperti maal hijrah dan maulud mungkin diingat kerana bercuti,tetapi tarikh hari ukuf,hari asyura,israk mikraj dan berbagai tarikh lagi langsung tidak diambil peduli.Maka dengan itu tuntutan sunat yg ada pada tarikh tersebut diabaikan seperti 10 muharram yg dituntut berpuasa,hari arafah yg juga dituntut berpuasa dsbnya.Disamping itu ada juga tuntutan amalan yg baik dibuat pada bulan tertentu mengikut kalender Islam dan yg disebut dlm hadis.

Anak-anak kita mungkin lebih mengingat hari kekasih,hari ibu,hari merdeka,hari lahir mereka.Ibubapa mungkin lebih ingat tarikh kahwin,birthday suami isteri,anak dan bersedia menyambutnya dari mengetahui tarikh penting Islam dan bersedia utk menyambutnya.Mereka biarkan tarikh itu berlalu seperti tiada ada apa kaitan dg mereka.Kebanyakan kita mungkin masih ingat tarikh 1511 Melaka jatuh ketangan Portugis,tetapi apa peristiwa yg berlaku pada 10 muharram pada sisi Islam?

Pun begitu ada juga yg mengingat tarikh penting Islam tetapi tersalah arah bila tarikh ini dijadikan seperti pesta sambutan.Bila tiba 10 muharram,mereka lebih sebok nak buat bubur sora dari nak berpuasa,bila tiba ramadan,mereka lebih sebok nak buat pasar ramadan,nak berniaga itu ini,dari nak berpuasa secara sebenar.Bila tiba sepuluh terakhir ramadan mereka lebih sebok dg kuih raya dan pelita raya dari mengejar 10 terakhir,bila tiba hari arafah,mereka lebih bersiap nak raya,nak kenduri korban dari berpuasa hari arafah.Bila tiba awal muharram,maulud,israk mikraj mereka lebih seronok bercuti,mengunjung pasaraya dari mengikuti program penghayatan peristiwa tarikh tersebut.

Kita tahu agama itu jalan hidup,hidup itu ibadat.Maka setiap aturcara hidup dlm kalender Islam itu kena jadi ibadat,itu yg utama.Islam bukan agama sambutan dan pesta sprt pasar ramadan,pesta pasang pelita raya,berarak sambut maulud,menyanyi lagu hijrah,beramai buat bubur sora dsbnya.Buat bubur sora bukan keutamaan sambutan 10 muharram,puasa itu lebih utama.Berubahlah dg menjadikan hidup kita ibadat,tarikh penting bukan buat keramaian tetapi untuk dihayati sebagai ibadat. .abdghaniharon






Ã’

Thursday 22 October 2015

BSU ASAM KETIAK SAPA BUSUK

BAU ASAM,KETIAK SAPA BUSUK

Suatu pagi,semasa jadi pegawai prlajaran daerah dulu,saya didatangi seorang pegawai dibawah.Katanya,"Minta tuan haji tolong tegur sikit hal bau badan pada pegawai dan kakitangan kita masa morning prayer,kerana ada seorang pengetua yg datang berurusan menegur hal ini."Kekadang kita terlupa,sibuk menumpu pada kerja,tumpu pd apa yg boleh dilihat oleh mata,terlupa aspek ketidakselesaan orang kpd persekitaran kita khususnya bau badan.P.Ramlee petnah berseloroh dlm lagu Bujang Lapok.....bau asyam ketiak sapa busuk.

Semua orang akan berbau badannya dari sumber peluh,ketiak,darah haid dan bau mulut.Tak payah cerita baunya,memang tak menyenangkan khususnya bila beralih petang.Ketiak sudah masam, bau peluh hangit menyengat hidung dan hidung saya sangat sensitif pada bau haid hingga tekaan saya pd seseorang tepat.Bau badan ini tidak terasa oleh yg empunya tubuh kerana dia telah lali atau mangli dg bau tersebut,tetapi orang lain terasa begitu menusuk hidung,ibarat alah bisa tegal biasa. .Begitu juga orang lelaki mungkin lebih cepat mengesan bau darah haid dari wanita kerana hal yg sama.

Bersucilah dan mandilah dg sempurna,saya rasa saya tak perlu mengajar disini hal ini.Berbagai sabun ada dipasaran.Emak saya petua,bau badan boleh dihilangkan dg memakan limau kasturi(limau kerisik) dg kulitnya dan bila berpeluh,tidak berbau.Saya dah cuba dan memang betul.Mungkin anda boleh kongsiberbagai petua lagi dlm komen utk kita semua mengatasi masalah bau badan.Pada wanita yg datang bulan,rajinlah menukar pad,malu tercium bau pada orang lain.Jangan jadi macam budak pakai pampers hingga ke petang.Begitu juga hal mulut yg perlu dipastikan tidak berbau,jangan sampai orang kata mulut bau longkang.Kalau kita bercakap orang meletak tangan dihidung sekali sekala atau kerap beralih,itu besar bemungkinan mulut kita berbau.Tiada jalan lain,melainkan memberus dg betul,kerap dan mengelak makanan yg berbau, dan ambillah gula-gula yg sesuai.

Masalah bau ini disebut nabi "Barangsiapa makan bawang putih atau bawang merah, maka janganlah ia mendekati masjid kami & hendaklah ia shalat di rumahnya” [Al-Bukhari)
Semua yg beraroma busuk, hukumnya sama dgn hukum bawang putih & bawang merah, seperti mengisap rokok,makan petai,jering, juga orang yg ketiaknya berbau atau lainnya, yg mengganggu orang lain yg di dekatnya, maka ia dimakruhkan utk shalat berjama’ah, sampai ia mengggunakan sesuatu yg dpt menghilangkan bau tersebut.Yang wajib baginya ialah menghilangkan baunya sedapat mungkin, agar ia dpt melakukan shalat berjama’ah sesuai yg diwajibkan oleh Allah.Jika bau mulut dan badan menjadi sebab tidak dibenar solat berjamaah kerana mengganggu orang lain,samalah juga keadaan rasa terganggu orang lain yg berkurung dlm satu pejabat seharian menghidu bau tidak menyenangkan selama 8 jam,atau orang yg perlu bertemu dg kita membawa pengalaman busuk dlm urusannya,atau bila berada dlm satu kereta,dlm lift dsbnya.

Pakailah bauan atau pewangi yg menghalang bau badan.Itu satu sunnah.Bagi wanita, pakailah pada kadar untuk sekitar diri,tidak tercium oleh orang lain.Semaklah bau badan kita dg bertanya kawan rapat kerana diri kita sudah lali.Bila beralih hari,ambillah langkah utk mengekalkan tubuh tidak berbau.Jika pejabat yg buka kasut,pastikan stokin ditukar tiap hari,jangan berbau ikan masin satu pejabat,ini antara sebab jabatan kerajaan disuruh memakai kasut dlm pejabat.Yg jd anak dara tu lebih lagilah,jika tubuh berbau,yg sebulan sekali pun terbau,bimbang tak bersuami sampai ke tua,yg dah kahwin pun sama,bau badan isteri akan mencacatkan maruah suami dikalangan rakannya.Lelaki yg berkahwin yg berbau badan juga merencatkan maruah isteri ,saya pernah dengar kerani saya bersungut,"Macam mana bini dia boleh tahan bau badannya."Saya hanya jawab, "Tikus tidak pernah bersungut bau busuk ditong sampah kerana setiap hari dia di sana."

Perkemaskanlah diri,odit diri dg bertanya orang lain,tak guna malu kerana sebenarnya kita patut malu tubuh berbau.Jangan harap pakaian saja cantik,berjenama,dari butik terkenal,berkot bertali leher hebat, tubuh molek,sasa,kulit muka putih seputihnya,hansome tapi jika tubuh bau hangit, ketiak bau masam,mulut bau longkang,lebih teruk yg tersembunyi pun bau menyesak nafas, tak guna seduit kata orang utara,semua yg hebat itu dirosakkan oleh bau yg tidak menyenangkan.Biar baju tak lawa,tubuh tak hebat,tetapi orang suka mendekat,itu lebih baik dari mereka yg hebat pada pandangan mata tetapi bangkai hidup pada hidung orang lain.Kerbersihan perkara pertama dlm ibadat,bukan yg nampak shj,yang berbau juga termasuk dlm sifat bersih.Mohon maaf jika saya tersentuh perkara sensitif.abdghaniharon.
Sharelah supaya kita sama-sama mengodit diri dalam hal bau badan,nak tegur,terasa segan.





Wednesday 21 October 2015

PELUANG BERBUAT BAIK BILA PEN YG DISEDIA HABIS DAKWAT

PELUANG BERBUAT BAIK DARI PEN YANG DISEDIA HABIS DAKWAT.

Saya hadir ke pejabat imigresen hari ini untuk perbaharui pasport kerana bercadang nak berumrah bulan disember nanti.Menunggu giliran untuk mendapat pasport,saya duduk dikerusi menunggu dekat kaunter mengisi borang.Pegawai yg mengurus kata dlm satu jam baru siap.Ketika jemu membelek komen fb,otak ligat berfikir apa yg aku boleh buat baik disini.Nak bertegur sapa,yg menunggu wanita belaka,sekadar senyum shjlah.Seorang lelaki yg datang ke kaunter menulis tetiba bertanya kpd saya,"Encik,ada pen dak.Pen yg depa sedia habis dakwat."Saya memang tak bawa pen.Dia mungkin segan nak bertanya orang lain,lalu berjalan keluar.

Segera Allah gerakkan hati saya melihat ini sebagai peluang berbuat baik yg saya tunggu.Saya bergegas keluar mencari kedai yg jual pen.Beli tiga batang dan berpatah balik ke kaunter tadi.Pen yg habis dakwat diganti baru,ada dua yg habis dakwat.Syukur kerana Allah buka kesempatan berbuat baik ketika berada disini,Allah makbulkan harapan saya untuk berbuat baik. Iktibarnya,selalulah berfikir untuk buat baik,nanti Allah buka jalan untuk berbuat baik.

Seterusnya,kemana kita pergi,selalulah mengintai peluang dan kesempatan untuk berbuat baik.Pen itu akan memudahkan banyak orang,pihak pejabat mungkin tidak sedar pen telah habis dakwat,apa salah kita rebut kesempatan ini untuk menjadi kebajikan kepada berpuluh mungkin beratus orang yg akan menggunakannya.Saya nak cadang,bawa pen lebih bila berurusan di kaunter pejabat yg memerlukan pengisian borang,jika ada kesempatan seperti yg saya ceritakan,rebutlah.Mungkin pen saya rm 1shj,tetapi itu bukan nilainya disis Allah.Jangan sis-siakan kesempatan berbuat baik walau sekecil mana pun.

Apa lagi agaknya kesempatan yg boleh direbut.Saya pernah bercerita kisah orang meninggalkan rm 50 kpd penjual air tebu sebagai bayaran kpd siapa yg datang minum,sebagai sedekah jariah..Mungkin meninggalkan selipar di tandas masjid atau surau,cebok air dikolah masjid,kerusi lipat untuk orang yg tidak berupaya bersolat berdiri,jam dinding untuk surau,takwim waktu solat di musolla,meletak kopiah dimusolla dsbnya.😢abdghaniharon😢

Saya bercerita bukan utk menunjuk,tetapi utk memberi contoh teladan,jangan pandang aspek negatif.Jangan remehkan suatu perkara kecil yg menjadi amal kebajikan, kerana amalan besar belum tentu menjamin syurga kerana bercampur berbagai rasa riak,ujub.Dalam satu ceramah Dato Harin Din menceritakan seorang raja bermimpi supaya sebuah masjid dinamakan dg nama seorang miskin yg berulangalik setiap hari melalui tepi bangunan masjid yg sedang didirikan.Setiap kali ia lalu,dia mengutip ketulan bata yg terpelanting keluar dan melontar kembali ke dalam masjid yg dlm pembinaan.Jelas sekali,amal kebaikan yg kecil yg dibuat penuh tulus ikhlas,ganjarannya sangatlah besar.Maka tinggalkan satu kebaikan yg kecil disuatu tempat,jika ada kesempatan,moga Allah beri ganjaran yg besar meskipun sekedar memegang pintu lift dari tertutup utk memudah orang lain masuk atau keluar..abdghaniharon

Tuesday 20 October 2015

MENIRU SESUATU DARI DORAEMON

MENIRU SESUATU DARI DORAEMON

Satu pagisekolah dikejutkan dengan satu jeritan,"Mana Cikgu Ghani!!!"Dilaman sekolah sebuah lori kecil berhenti ditengah laman dan lelaki yg menjerit tadi memegang sebilah lading.Semua mata bertumpu kepada lelaki itu.Saya yg berada didalam pejabat,cepat berjalan keluar diekori pengetua.Sebaik lelaki itu nampak saya dia menjerit lagi kpd saya sambil mngangkat pedang,"Hang rampas buku anak aku,macam mana dia nak mengaji,hari ni aku nak ajaq hang!!".Dia menerpa kepada saya,tetapi Puan Pengetua cepat memintas.Katanya,"Encik,terangkan pada saya dulu,apa halnya."Puan Pengetua berdiari di depan saya.
Rupanya dia mengamuk kerana buku anaknya dirampas akibat ditinggal dlm kelas dan tidak dibawa balik,sedangkan kelas diguna pula oleh sesi petang.Pengetua yg arahkan dikumpul buku itu disimpan dipejabat dan yg mengambil buku itu atas arahan pengetua adalah guru lain.Saya hanya penolong kanan hal ehwal murid waktu itu,dan tudak tahu menahu hal itu.

Satu contoh yg berlaku kpd saya waktu kerja dulu dimana ibubapa bersikap terburu,terlalu mempercayai apa yg anak cakap,tidak ada sisatan,tiada perundingan.Mungkin kini tidak ada orang menyerang sedemikian,tetapi serangan cara menyebarkan cerita tidak sahih dlm fb lebih memalukan. Keadaannya sama,tindakan tanpa siasatan,hanya mendengar cerita sebelah pihak anak,terburu untuk bercerita meminta sokongan.Banyak orang tidak mahu mengguna saluran yg betul,mengadu kpd pengetua,ppd,jabatan pelajaran,kenapa kena mengadu kpd fb.

Saya tidak bertujuan membela guru kerana saya bekas guru,tetapi Islam mengajar bila timbul satu aduan,cerita, disuruh siasat dahulu.Walaupun yg bawa berita itu anak kita,kita tidak boleh terus mempercayai,terus menghukum.Berhubung dg pihak sekolah,tanya,beri masa utk sisatan,dengar penjelasan.Kita bukan perlu menang tetapi kita perlu kebenaran.Kebenaran hanya akan terserlah bila kedua pihak memberi penjelasan.Itu prinsip adil.Jika anak kita bersalah,biar dia dihukum ikut peraturan,jika guru bersalah biar dia diambil tindakan ikut peraturan atau kedua pihak saling bermaafan.☺ABDGHANIHARON☺

Guru,besar cabarannya bila menghadapi kerenah 40 pelajar dg perangai yg berbeza dlm kelas sedangkan anak sendiri yg boleh dibilang sebelah jari pun kekadang kita hilang kawalan.Maka berlapang dadalah dlm hal ini,jika guru terlajak,tersilap,terhilang kawalan,berilah ruang utk memaafkan dan mengheret ke media atau mahkamah kecuali kes yg sangat berat.Berbalah dg sekolah akan mewujud tekanan kpd anak kita sendiri yg akan merencatkan pembelajarannya.

Sebaiknya ibubapa memantau perkembangan pelajaran anak dirumah supaya kerja sekolah dipastikan diselesaikan, mendengar masalah mereka,menasihat dsbnya.Bahkan saya rasa mungkin ibubapa juga kena ada pengalaman bagaimana suasana pembelajaran dlm kelas.Semasa menjadi pengetua dulu,saya meniru satu idea dari program kartun Doraemon iaitu Hari Ibu bapa Masuk Kelas.Pada hari itu sekolah dibuka utk ibu bapa masuk dan duduk dibelakang kelas mengikuti pembelajaran,kerusi disedia.Guru mengajar seperti biasa.Dari sini ibubapa akan merasai pengalaman duduk berjam mendengar yg dilalui anak mereka setiap hari,kerenah pelajar dlm kelas, kepayahan pembelajaran, kepayahan guru utk menerang dan memahamkan dan berbagai hal lagi.Moga dg ini ibubapa lebih memahami situasi anak,situasi guru dan situasi kelas,tekanan yg dihadapi,bahkan boleh lihat juga keadaan tandas,makmal, bengkel dsbnya.Sekolah menjd lebih terbuka,tiada yg tersembunyi.

Kesan program ini saya lihat ada ibubapa yg tawarkan utk upgrade keadaan bilik darjah anaknya,yg minta pibg tolong upgrde tandas murid, yg hadir kebanyakan memuji program ini kerana pengalaman belajar waktu dulu tidak sama dg sekarang.Guru-guru saya lebih berhati hati kerana ada ketika ibubapa akan bersama dlm kelas dan mereka kena lebih bersungguh.Jalinan hubungan guru dg ibubapa dan sekolah serta pelajar menjadi lebih baik untuk bersama menambahbaik persekitaran,kerjasama dan meningkatkan pencapaian anak mereka.

Marilah kita saling meletak kepercayaan,saling melaksana tanggungjawab,menjauh buruk sangka,menjadi insan yg adil dlm tindakan.Jika semua orang melaksana tanggingjawabnya,bertindak ikut peraturan,berpegang kpd hukum tuhan,kita akan hidup lebih aman,tiada masalah yg tidak boleh diselesaikan.abdghaniharon

Monday 19 October 2015

TERJATUH KE PERIGI BUTA KERANA TAK IKUT GPS

TERJATUH KE PERIGI BUTA KERANA TIDAK MENGIKUT GPS

Ketika menasihat seorang penagih dadah,dia berkata,"Cikgu,kalau semua orang masuk syurga,siapa yang masuk neraka?Bukankah Allah dah buat neraka.."Astaghfirrullah!! Teringat Hj Awang Tok Wali kata pada saya suatu hari,"Allah buat neraka,bukan kerana Dia suka manusia masuk ke dalamnya,Dia suruh masuk syurga.Kita yang ketegaq."Saya dok fikir perkara ini berminggu kerana dia tidak menghurai,senyum dan bangkit berlalu.

Memang Allah buat neraka,tetapi Allah tidak minta,tidak suruh hambanya supaya masuk neraka.Nabi tidak ajar umatnya supaya masuk neraka.Bahkan Allah turunkan quran sebagai peringatan,panduan supaya manusia berbuat baik,menurut perintah dan akhirnya ke syurga.Allah turunkan nabi untuk menyeru dan menunjuk ajar,memberi contoh teladan supaya manusia masuk syurga.Allah sediakan ganjaran berganda-ganda bila berbuat baik,berbuat ibadat,tetapi bila buat dosa,balasan kadar bilangan yg sama.Allah sedia pengampunan,disuruh kita memohon ampun,bertaubat setelah insaf dan Dia Maha Pengampun meskipun dosa sebesar bukit Uhud.Sebegitu besar dan luas jalan yg dibuka ke syurga,dipimpin,ditawar ganjaran,diampunkan bila meminta ampun,semua ini kerana Allah mahu semua hambanya masuk syurga.

Tetapi manusia memilih jalan sendiri.Mereka yg engkar bertuhankan Allah menjadi kafir.Mereka mencipta tuhan yg lain.Sebahagian manusia mengakui Allah tuhan mereka,tetapi mereka engkar suruhanNya,langgar laranganNya,tidak rasa berdosa untuk meminta ampun,tidak berbuat baik.Maka mereka sendiri menempah jalan sempit,jalan yg tiada petunjuk,jalan yg ditegah,yg diancam,itulah jalan menuju ke neraka.Dalam quran,dalam hadis nabi penuh dg peringatan dan ancaman tentang neraka.Jelas disini,manusialah yg memilih jalan ke neraka,memilih untuk masuk ke dlmnya.Bukan Allah membina neraka kerana mahu hambaNya menghuninya,tetapi hambanya sendiri yg memilih untuk menghuninya kerana mereka engkar kpd Pencipta mereka,Allah.😡abdghaniharon😡

Ditangan kita ada pilihan,nak berbuat baik atau tidak,nak turut perintah Allah atau tidak,akhirnya nak syurga atau neraka.Bila merantau dlm fb,anda boleh memilih utk berbuat dosa atau pahala.Pilihan dihujung jari,tapi kesannya membina jambatan ke syurga atau neraka.Bila bertembung pembuli jalan,anda ada pilihan hendak maki hamun yg menitis dosa atau bersabar, memuji Allah yg merintis jalan ke syurga.Bila duduk rehat dirumah mengadap tv,pilihan juga dijari kita,rancangan maksiat atau nasihat.Bila duduk bersembang,mengumpat,mencaci ibarat berpakat merintis jalan ke neraka,tetapi menasihat,mengingat perkara agama akan bersama meneroka jalan ke syurga.

Pilihan ditangan kita.usah berdolak-dalik seperti insan yg saya sebut dipermulaan bicara.Kita yg lebih suka memberi alasan mengelak berbuat baik,menangguh ibadat,menurut nafsu,kemegahan dsbnya.Jangan salahkan Allah membina neraka,salahkan diri yg memilih untuk menghuninya.Setiap langkah,tindakan, anda ada dua pilihan,pilihlah syurga,pilihlah berbuat baik,patuh perintah Allah.Jangan salahkan sesiapa jika anda terjatuh dlm perigi buta kerana tidak mengikut gps tetapi memilih jalan sendiri.abdghaniharon

Sunday 18 October 2015

KHINZIR JANGAN MEMBEBEL

KHINZIR JANGAN MEMBEBEL KUCING ADA MISAI,KAMBING ADA JANGGUT,KERA BEREKOR PANJANG.

Duduk menunggu giliran dailisis hari tu,seorang makcik membebel pasal dia kena tahan di wad hospital kerajaan,kena lalui berbagai prosedur,periksa itu ini,doktor tak pandai,misi menyebok dsbnya.Dalam hati saya bertanya,siapalah awak nak komplen kerja hospital.Kalau kecemasan lagi,ke mana awak akan diusung,ke tempat yg awak ludah itulah juga akan dibawa.
Sehari dua yg lalu pula ada cerita kes kena pagut ular yg dirawat di hospital yg kononnya tidak dirawat dg betul,tidak dibuat bersungguh,tak sempurna rawatan.Antara banyak komen saya lihat ada seorang doktor pakar yg mengulas dan menjelaskan,saya rujuk dg anak saya yg juga doktor di unit kecemasan hospital,ternyata prosedur rawatan telah dipatuhi.Siapa yg berhak memutus sesuatu rawatan itu sempurna,ikut prosedur?Hanya orang yg ahli,dlm konteks ini doktor.Kita hanya tukang bebel yg menumpang teksi ke pinggiran neraka.

Banyak dari kita suka mengulas perkara yg kita bukan ahli,kita tidak mengetahui secara sebenar secara berilmu.Nabi menyebut serah sesuatu itu kepada ahlinya,kpd orang yg mengetahuinya.Jika kita ke hospital utk berubat,serahkan kpd doktor utk berikhtiar,kpd misi kerana mereka ada prosedur yg perlu dipatuhi.Jika ada sedikit pengetahuan,simpanlah,kerana doktor dan misi tu lebih mengetahui,itu bidang mereka.Begitulah juga bila menerima rawatan,siapalah kita nak menyatakan sempurna atau tidak,sedangkan kita tidak berilmu dgnya.Hanya kucing yg lebih tahu mengapa misainya panjang,hanya kambing yg lebih tahu kenapa dia berjanggut,hanya kera yg faham kenapa ekornya panjang,khinzir yg di kandang tak perlu menyebok,membebel kerana ekor awak pendek,tak ada misai dan janggut.

Jika tak berpuashati,gunakan saluran yg betul yg tidak membawa dosa.Komplen kpd pengarah hospital,biar mereka siasat.Cerita di fb hanya seronok lihat orang sokong kita tetapi hakikatnya seronok berduyun ke lubang neraka.

Nak ajak pembaca semua untuk menyerahkan urusan kpd ahlinya.Biar doktor buat kerjanya, biar tukang rumah buat kerjanya,biar pentadbir buat kerjanya,biar jaga dg urusannya,biar tukang pakir dg prosedurnya,casier dg aturannya.Jika kita bukan ahli dlm sesuatu bidang,usahlah bercakap berlebihan kuah dari sudu.Sekadar menyatakan kehendak,bertanya yg tidak faham itu sebaiknya.Gunakan saluran betul untuk menyatakan hak..Janganlah menghukum itu tak betul,buat gini lebih betul,sedangkan ilmu kita baru sebaris dua.Saya petik sebahagian dari hadis nabi “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” (BUKHARI)Jika kita bukan ahli,berhentilah membebel,tumpang sekaki dalam komen,kita akan menghancurkan seperti doktor dihospital yg merawat pagutan ular itu dihentam semaunya.☺abdghaniharon☺

Begitu juga dalam hal agama.Belajar agama tak sejauh mana,mungkin baca disana sini petikan,baca komen orang,dengar ceramah celup celap sana sini,tanpa belajar secara terus,secara bertekun,belajar ilmu secara berturutan,sudah berani membuat teguran,komen yg akhirnya mendedah tahap ilmunya yg dibumi tidak berpijak,ke langit tidak sampai.Rasulullah bersabda “Akan keluar suatu kaum akhir zaman, orang-orang muda yang pemahamannya sering salah paham.  Mereka banyak mengucapkan perkataan “Khairil Bariyyah” (maksudnya: suka berdalil dengan Al Qur’an dan Hadits). Iman mereka tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana meluncurnya anak panah dari busurnya. Kalau orang-orang ini berjumpa denganmu perangilah mereka (luruskan pemahaman mereka).” (Hadits Sahih riwayat Imam Bukhari ).

Jom jadi orang yg bijak tidak banyak bercakap,tetapi banyak mendengar dan berfikir.Mereka tidak terburu, mereka tudak merendahkan orang lain,mereka tidak suka menyatakan dia lebih berilmu,mereka tidak menghukum itu salah,tetapi lebih kpd membetulkan.Bila orang menulis suatu ilmu,fahami dulu apa yg disampaikan,apa tujuan,jangan sesekali mencari kelemahannya.abdghaniharon


Saturday 17 October 2015

ISTERI BUKAN ABDI

ISTERI BUKAN ABDI

Dari bilik pengetua,saya lihat seorang guru perempuan tergesa-gesa berjalan masuk ke sekolah,terlewat,lalu saya panggil untuk mengambil tahu sebab.Bila tubuh kecil,sedikit kurus itu masuk ke bilik,saya lihat tudungnya sentiasa dipegang disebelah kiri,ditarik menutup seluruh pipi,seperti menyembunyikan sesuatu.Soalan saya dibalas dg mohon maaf dg nada sedih.Bila saya bertanya untuk berkongsi kesedihannya,dia mula bersuara. Katanya,"Cikgu,saya dipukul suami pagi tadi."Sambil membuka sedikit tudungnya menampakkan pipi yg lebam dan bahagian tepi mata yg kebiruan."Saya ibarat abdi kpd suami.Dia mengambil semua wang gaji saya,kad kredit yg dia suruh saya buat utknya.Dia berbelanja sesuka hatinya, hingga belanja rumah saya anak beranak makan apa yg ada.Cikgu lihat baju saya yg tidak berganti,saya datang sekolah dg motor dihantar oleh anak.Kereta yg saya beli,hanya untuk dia berpoya.".Dia tunduk dengan tangis yg tersedu.Saya beralih menahan sebab,apa lagi bila melihat lebam pipinya bila tangannya melepas tudung yg menutupnya kerana mengesat lelehan air mata.Ya Allah!

Satu kisah dari entah berapa banyak kisah sedih isteri yg dijdkan bagai abdi.Saya ingin meninjau hal ini sebagai suatu simpati dan peringatan.Jodoh pertemuan di tangan Allah,tetapi nabi mengajar kita memilih berdasar pegangan agama,keturunan untuk menjadi pasangan.Jangan main tangkap saja,tergoda oleh pujukan,harta dan janji manis kerana itu bukan keutamaan..Letaklah pilihan kekuatan pegangan agama dihadapan.Bila nak kahwin,jangan cemarkan majlis walimah dg perkara maksiat,membazir,bermegah bimbang Allah membalasnya dg kecelaruan hidup berumahtangga,kerana yg buruk akan menlahirkan yg buruk.Bila goyah istana yg dibina,menolehlah balik melihat asas binaan rumahtangga dulu sebab berkahwin itu satu ibadat.Mohonlah keampunan bila terasa silapnya,moga kecacatan binaan ini kembali dipulihkan.

Isteri bukan abdi,bukan sumber rezeki.Mereka menyerah diri dg redo utk diperlaku sbg isteri menurut hukum Allah.Isteri adalah perkongsian hidup bahkan terletak pada suami mencari sumber untuk hidup.Pada suami terletak punca kuasa kerana amanah dlm akad yg diterimanya dari wali wanita yg dinikahi."Aku terima nikahnya"adalah suatu ikrar bersaksi, memindah tanggungjawab seseorang yg ditatang oleh walinya,maka sisuami yg sanggup menerima tanggungjawab ini mestilah menunaikannya.Setiap kita adalah pemimpin,apalagi suami ,dan kita akan ditanya tentang kepimpinan kita.Setiap suami akan ditanya hal kepimpinan rumahtangganya.Menjadikan isteri sumber hidup tanpa redonya adalah lelaki dayus,mengguna kuasa cerai,kuasa berkahwin lagi tanpa mengikut yg ditetapkan Allah,hanya mengikut akal dan nafsu sendiri,akan diadili dihadapan Allah.

Jika isteri curang,mudah saja,ceraikan,tetapi jika suami menjadi musang,proses menuntut cerai amat rumit,lebih lagi dg kerenah pejabat agama yg terkenal dg lembabnya perkhidmatan mereka.Kes isteri yg menjadi hamba suami,dipukul sesuka hati,ditinggal mencari nafkah sendiri, terus menimbun menjadi fail yg hanya Allah tempat berserah.Apapun mereka yg sebegini sepatutnya bangun menuntut hak di mahkamah syariah,mengguna semua saluran yg ada sbg satu ikhtiar.

Akhirnya,simpati saya kpd semua isteri yg terasa teraniaya.Bermuhasabahlah diri,mohon keampunan atas kesilapan lalu,mohon Allah bukalah jalan keluar,berusahalah dg apa yg terdaya tetapi letaklah pengharapan tinggi kpd Allah utk mengubah.Sesungguhnya yg mengubah hati manusia hanyalah Allah.Lelaki yg bersembunyi dibalik kuasa aku suami,wajib kena taat,bersembunyi diibalik kuasa aku boleh kahwin lagi sebagai ugutan,bahkan menambah isteri sbg kebanggaan,lelaki yg membiar isteri bergelut mencari rezeki utk menyuap anak,tunggulah,akan sampai juga kamu ke mahkamah Allah,jika pun kamu tidak terseret ke mahkamah syariah di dunia ini.Sharekan untuk peringatan dan teguran secara lebih lembut kerana kes begini sukar ditegur berdepan. abdghani haron


Friday 16 October 2015

PERISTIWA BURUK MENJADI RAHMAT

PERISTIWA BURUK MENJADI RAHMAT RUPANYA.

Bersembang lepas solat subuh,masing-masing bercerita kisah tak sangka.Sahabat saya yg pertama bercerita dia kemalangan dalam perjalanan nak pergi makan kenduri di Tanjong Dawai.Kereta terbabas masuk ke parit kerana mengelak lembu yg melintas.Kereta tersangkut dlm parit dan tak boleh bergerak,kena tarik.Tak jadilah ke rumah kenduri.Esoknya gah cerita keracunan makanan dirumah kenduri tersebut hingga ada yg mati,beratus orang yg kehospital termasuk diwadkan.Barulah dia sedar dan bersyukur bahawa kemalangan itu satu rahmat.

Sahabat yg terakhir bercerita satu pagi,bila nak pergi kerja di Penang,kereta tak boleh dihidupkan.Terpaksa naik motor walau hujan rintik-rintik.Digagahkan juga.Masa balik dari pejabat,cuaca baik,tetapi telah berlaku kemalangan di atas jambatan yg menyebabkan kesesakan lalulintas berkilometer.Tetapi motor boleh bergerak menyelit dibarisan kereta.Bila dia melepasi kesesakan itu,baru terasa bahawa keretanya yg rosak itu satu rahmat Allah,jika tidak, mungkin dia terlepas waktu solat kerana tersangkut dlm kesesakan kenderaan.

Kita selalu membuat tafsiran secara apa yg kita dapat lihat, kita rasai pada sesuatu petistiwa.Akibatnya kita merasa sesuatu buruk yg menimpa kita sebagai suatu yg malang,yg sedih,yg mendukacitakan.Ini kerana kita hanya memikir perancangan kita,kita terlupa perancangan Allah.Bukan semua perancangan kita akan berlaku,berjalan,kerana perancangan Allah kadang kala mengatasi perancangan kita.Maka terjadilah perkara seperti peristiwa diatas, janji Allah"Kamu merancang,Aku pun merancang,perancangan Aku lebih baik".Maka kita lihat dlm dua peristiwa itu,perancangan Allah lebih baik.Bila perancangan kita terhalang,ingatlah Allahmengatasi perancangan kita dengan perancanganNya.

Kita melihat sesuatu pada berdasar apa yg nampak shj,sepatutnya kita kena melihat sesuatu dg lebih mendalam,yg tidak nampak pada mata iaitu takdir Allah.Bila terjadi sesuatu peristiwa yg kita rasa buruk,jgn terus mengeluh kesal,sedih,menggelupur bagai pelanduk kena jerat.Duduklah bertenang,berfikir,sebutlah pujian pd kebesaran Allah,sebutlah rasa berserah kpd Allah laa haula wala quuwatailla billah.Berharaplah apa yg terjadi itu menjadi satu rahmat yg belum kita ketahui.Jangan sesekali berburuk sangka kpd Allah pada setiap peristiwa yg kita rasa buruk kerana kita belum tahu perancangan apa yg Allah letakkan kpd kita.😯abdghaniharon😯

Bila Allah ingin mengubah haluan hidup kita,ditakdirkan suatu peristiwa.Ayah saya kehilangan kerbau yg membantu mencari rezeki untuk ambil upah membajak dan menyisir sawah,tetapi rupanya kehilangan kerbau itu telah menyebabkan ayah saya berubah menjadi tukang rumah,yg lebih luas rezekinya utk menampung anak yg ramai.Allah Maha Pengasih,Maka Penyayang,maka atas sifat ini tiadalah Dia menganiayai hambaNya,tetapi kita yg cepat berburuk sangka.Cuba menoleh hidup anda yg lalu,pernahkah anda terasa Alkah telah mengubah haluan hidup anda?

Pun begitu,ada ketika Allah takdirkan sesuatu untuk menegur hambanya,menguji dan menghukum kesalahan utk kita kembali membetulkan.Allah menyediakan neraka bukan kerana Dia hendak hambanya masuk neraka,buktinya Allah mengirim rasul,menurunkan quran utk memberi tunjuk ajar, memberi amaran.Tidak cukup dg itu ditakdirkan dlm hidup berbagai peristiwa utk peringatan,tetapi ada manusia terus melakukan yg ditegah,tidak melakukan apa yg disuruh,maka mereka sendiri memilih untuk ke neraka.Maka berbaik sangkalah kpd semua perkara yg terjadi kpd kita kerana kita tidak tahu perancangan Allah,yg pasti Allah sentiasa mahu hambanya menjadi insan yg baik, diri kita yg sentiasa tersalah arah.abdghaniharon



Thursday 15 October 2015

DAPAT PERCUMA BUKAN MESTI RENDAH NILSINYA

DAPAT PERCUMA,BUKAN MESTI RENDAH NILAINYA

Ketika ditanya pemberita Sinar,mengapa cikgu buat banyak kerja kebajikan,menulis dalam fb dlm keadaan kurang sihat berbanding orang lain. Saya membalas,"Saya bayar rm 200 setiap kali dailisis untuk hidup sehari lagi iaitu esok.Lusa saya kena datang bayar lagi utk hidup hari berikutnya.Saya perlu bayar harga yg mahal untuk hidup,maka saya kena manfaatkan setiap minit yg saya beli itu,tetapi orang lain memperolehi hidup percuma,mereka tidak perlu bayar,tidak perlu berulang ke hospital."

Jom kita fikir hal ini.Kesihatan kita dapat percuma bila Allah beri hidup.Nikmat sihat hanya terasa bila tidak sihat.Itu bukti kita tidak menghargai sesuatu yg kita dapat percuma.Disebabkan sihat itu percuma,tak terasa nikmatnya,bila sakit,kena bayar doktor,bayar ubat,kena berselimut ditilam,baru terasa nikmat sihat.Tabiat manusia bila berada dlm nikmat,tidak terasa,bila ditarik balik,baru nak rasa dulu aku dlm nikmat rupanya.Sebab itu Allah beri sakit untuk peringatan bahawa kamu dlm nikmat,bersyukurlah, jangan rosakkan diri.Nabi suruh ziarah orang sakit untuk mengingatkan diri betapa kita dlm nikmat kerana tidak sakit.

Kebanyakan kita mendapat agama Islam secara keturunan,secara percuma.Lahir terus jadi Islam sebab emak bapa Islam.Tak perlu bersusahpayah mencari agama,tak perlu meninggalkan kaum keluarga untuk menjadi Islam,tak perlu perang untuk mengamal Islam,pendek kata kita mendapat Islam tanpa pengorbanan.Disebabkan Islam diperolehi tanpa pengorbanan,dapat percuma,nilainya pun jadi rendah.Macam barang lain yg dapat percuma.Emak saya selalu membanding dg kata,"Islam hangpa macam muallaf basuh berak shj"bila marah kami adik beradik, maksudnya,cara seorang muallaf bersuci itu lebih baik,lebih betul dari tahap agama yg kami anak-anaknya pegang.Sindiran tajam yg melekat dihati hingga kini.Dan saya nak sindir anda juga.Seorang anak Iban yg saya pelihara,saya Islamkan,suatu hari minta berhenti sekolah kerana tak sempat solat Subuh,kerana sayangnya pd agama,tetapi anak kita mungkin dikejut bangun utk kesekolah,bukan untuk solat subuh.Betul tak,kita akan sebut,"Ali!Ali,bangun,dah lewat ni nak ke sekolah!"😆abdghaniharon😆

Untuk memegang agama secara kukuh,kita perlu pengorbanan.Yg wajib berkorban tenaga dan harta untuk tunaikan rukun agama,solat,puasa, zakat,haji.Itu pengorbanan wajib untuk mendidik bagi menyayangi agama.Selanjutnya berkorbanlah untuk melaksanakan amalan sunat sebagai lajakan atau momentum dari amalan wajib tadi dg solat sunat,bersedekah,berpuasa sunat,berumrah.Ini akan menambah nilai betapa kita menghargai agama yg dipegang.

Seterusnya pengorbanan yg perlu dibuat adalah menyeru yg makruf dan menegah yg mungkar yg merupakan cabaran yg lebih hebat untuk kita menambah nilai kuatnya kta berpegang kpd Islam.Ini kerana dua tindakan ini akan mengundang kata nista, caci maki,sindiran bahkan kita akan disakiti dg berbagai cara.Inilah pengorbanan yg lebih besar yg merupakan suatu jalan jihad.Siapa yg berani menempuhnya akan menikmati keteguhan pegangan agama,menikmati kedudukan keimanan yg tinggi,siapa yg tidak berani akan terus berada ditahap yg lemsh.

Disebabkan kebanyakan orang Melayu dapat Islam percuma,maka saya mengajak anda memikir untuk menambahnilai pegangan agama dg berkorban utk melaksana yg wajib,melaksana yg sunat dan melaksana menyeru yg makruf,menegah yg mungkar.Mereka yg bukan berbangsa Melayu,yg menukar agama keturunan mereka kpd Islam telah berkorban besar meninggalkan kaumnya demi agama,maka kita yg tidak dapat melakukan seperti mereka,perlu mencari pengorbansn yg lain utk mengukuh pegangan agama.Didiklah anak supaya bersusah sedikit dlm belajar agama untuk mendidik sifat berkorban,biar berulang ke rumah guru quran,tinggalkan dipondok atau sekolah agama atau tahfiz dg sedikit kepayahan,biasakan ke pelbagai program keagamaan.Laburkanlah harta demi mendidik anak dlm agama sebagsi suatu pengorbanan.Fikirkan juga aoa pengorbanan yg kita buat untuk agama dg sisa hidup yg madih ada.Ingatlah apa yg dapat percuma bukan rendah nilainya,cuma kita yg tak tahu menilai.abdghaniharon.

Wednesday 14 October 2015

JANGAN MENANGGUH REZEKI ORANG

JANGAN MENANGGUH REZEKI ORANG LAIN

Seorang tukang rumah yg duduk berbual dg saya di surau bersungut,"Tak ada duit hari ni.Buat kerja perbaik dapur rumah,dah siap seminggu,tuan rumah tak bagi upah lagi."Kesian mendengar,saya tawarkan duit untuk belanja tetapi dia tolak kerana katanya masih ada yg boleh dimakan anak-anak di rumah.

Mai kita merenung insiden ini.Banyak orang suka menangguh bayaran kepada sesuatu kerja dengan bersembunyi dibalik kalimah tangguh sat bayaran sehari dua,seminggu dua.Itu hutang namanya.Dari upah mesin rumput,perbaik paip,letrik,kerja pembaikan kecil hinggalah ke kontrak kenduri kahwin .Sabda Rasulullah,”Berilah upah sebelum kering peluhnya dan beritahulah upah itu hasil kerjanya”(Riwayat Baihaqi.)
Jelas nabi mengarahkan supaya upah disegerakan sebaik kerja ditunaikan.Jika kerja itu suatu ibadat,sebaiknyalah ditunaikan segera upahnya supaya amalan kita terangkat ke langit,tidak terhutang.Mereka yg melakukan kerja adalah kerana memerlukan duit,maka penuhilah tujuannya.☺abdghaniharon☺

Mengupah atau meminta khidmat juga seperti jual beli yg perlu ditunaikan.Jika ianya beres,menjadi ibadat,menjadi kebaikan,jika tertangguh,tertangguh juga kebaikan bahkan bila yg memberi khidmat amat mengharap,yg menerima khidmat mungkin mula terpalit dosa,engkar suruhan nabi.

Kenapa bila nak ke Tesco,ke Giant,kita pastikan ada duit baru pergi.Bila nak ke KFC,PizzaHut,ada duit baru pergi.Bila beli,bila order makan terus bayar tunai.Tapi bila buat kenduri tahlil,kenduri kahwin,bayaran kpd caterer tangguh sehari dua,seminggu dua,tulis cek tarikh kehadapan.Nak kira duit salam.Sepatutnya,kenduri yg merupa suatu ibadat tidak boleh ditangguh bayarannya supaya tamat dan sempurna ibadat tersebut.Menangguh bayaran seperti merelakan syaitan menyelinap masuk merosak ibadat tersebut.

Dari sudut lain,Allah menurunkan rezeki kpd orang yg mengambil upah bekerja dg memberi khidmat itu melalui kita yg meminta khidmat.Maka jika kita tangguhkan bayaran upah,ibarat kita menangguh rezeki yg Allah turunkan kpd dia,dan rezekinya ada dlm tangan kita.Berbimbanglah takut Allah menghukum kita kerananya.Jika kita bertugas dijabatan yg mengurus pembayaran, berusahalah memenuhi amanah menyegera pembayaran,jika kita ketua disuatu pejabat,arahkanlah segera pembayaran kerana hadis ini juga merangkumi hal ini.Bahkan jika dihalusi,bil letrik,air,telefon juga perlu dilunasi segera sebaik bil disampaikan untuk menjadi muslim yg lebih baik,memenuhi tuntutan lunaskan upahnya sebelum kering prluhnya,iaitu bersegera membayar.

Begitulah juga hal lain,segerakan membayar upah biar sekecil mana upah tersebut.Bila kita memberi kerja,kita telah menyedia wang upahnyaJika gaji bulanan,tunaikan bayaran pada tarikh yg dijanjikan.Hidup ini ibadat.Setiap perbuatan yg baik adalah ibadat,sempurnakanlah ia tanpa cacat,sebaiknya menurut sunnah,menurut yg dianjurkan oleh Rasulullah.Seorang sahabat saya suatu hari minta pinjam duit dipekan kerana katanya nak tukar tayar motor yg koyak tak cukup duit,bila saya tanya minta tangguh sat bayaran pada mekanik tu, katanya,"Cikgu,menangguh upah bercanggah tuntutan sunnah,minta berhutang, seketika aku rasa lebih baik dari menangguh upah." Fikirkanlah.abdghaniharon

JANGAN DUDUK MENANGISI NADIB

JANGAN HANYA DUDUK MENANGISI NASIB

Saya amat risau dengan keadaan jalan dalam kampong yg rosak teruk dibeberapa tempat.Di surau,di majlis,banyak orang yg bersungut masalah jalan rosak yg menyusahkan penduduk dan pelajar sekolah.Saya berjumpa dg JKK,mencerita masalah,tetapi dg gahnya dia berkata dia dah buat permohonan.Berjumpa pula dg setiaussha ADUN,dia pula menyalahkan Jkkk kerana itu bidang Jkk dan peruntukan melaluinya.Letih.Akhirnya pada suatu hari muncul seorang India dg lori membawa tar didepan rumah bertanya untuk tar halaman rumah.Segera terfikir jalan yg rosak,saya minta tar itu digunakan disatu dari tempat yg rosak,tak mampu nak perbaik semua kerana mahal.

Subhanallah!Esoknya saya menerima suatu massage dari rakan fb yg nak beri Rm 3k wang riba utk saya guna bagi maslahat umum.Bila dia memasukkan sebahagian wang itu ke akaun saya,saya pun memulakan usaha membaki jalan dlm kampung.Bila kerja bermula,tetiba datang seorang lelaki ke rumah menghulur ratusan ringgit untuk bantu perbaiki jalan.Allahuakbar.Bakal selesailah masalah ini..

Iktibarnya ialah jika kita duduk menangisi nasib,jika kita duduk terus bercakap,bersungut,menyumpah,menyalah si anu,si anu,jika kita hanya duduk mengharap dan berdoa, tidak tergerak satu langkah,satu usaha, maka nasib kita tidak akan berubah.Bila ada suatu masalah,suatu yg perlu penyelesaisain,ayuh bangkit dg usaha walau kecil dg mengharap pertolongan Allah.Jangan duduk menganalisa kalau aku buat pun tak berjaya,tak berkesan.Kita menghukum dari awal,kita tidak berserah kpd Allah,orang motivasi berkata kita selalu meletak pemikiran negatif,membina halangan dari awal.Dalam kes saya ini,jika saya berfikir langkah pertama untuk perbaiki satu dari tempat yg rosak sebagai tidak menyelesai masalah,jalan itu akan tetus terbiar,tetapi langkah pertama itu telah membuka pertolongan dari Allah yg mendorong orang lain menyumbang walaupun saya tidak minta.

Jadi,setiap masalah,harapan mestilsh dimulakan penyelesaian dg satu usaha yg termampu,jangan fikir kesannya kerana itu hak Allah,kita hanya usaha.Jangan menilai ussha kita,biar Allah menilai,dan memberi pertolongan.Janganlah hanya duduk berdoa,bersungut,menangisi nasib.Ingatlah kisah burung pipit yg membawa air dlm paruh untuk berusaha memadam api yg membakar nabi ibrahim,logiknya tidak akan berupaya memadam,tetapi Allah memberi pertolongan dg kekuasaanNya.Usahalah setakat berpadan dg tahap kita,pipit setakat membawa air dlm paruh.😣abdghaniharon😣

Jika kita menadah tangan untuk tingkatkan iman,apa usaha yg kita buat.Tambah ilmu,baca quran,buat kebaikan,bersedekah jariah dsbnya.Jika kita memihon ampun kpd Allah,apa yg kita buat utk memdapat pengampunan.Tinggalkan mengulang buat dosa,tambahkan ibadat sunat,tegah kemungkaran yg didepan mata kita.Jika mohon dilimpah rezeki,jangan hanya melimpah air mata disejadah,tetapi buatlah satu langkah usaha untuk Allah memberi jalan.Jika makan gaji bulan,jangan mengharap rezeki bertambah dg bergantung pada gaji itu,buatlah satu usaha sampingan yg lain,moga Allah mudah dorong rezekinya.Jika kesian fakir miskin anak yatim,jangan sekedar kesian,apa yg kita dah buat.Jika sedih melihat keadaan surau,masjid,sekolah agama,apa yg kita dah buat?

Kekadang kita seolah pandai meminta kpd Allah tetapi kita tidak membuka jalan kpd Allah untuk menunaikannya,kita tidak mewujud sebab untuk Allah mempernankannya.Mungkin orang berkata Allah maha kuasa,dia boleh buka jalan.Betul,tetapi Allah selalunya menganugerah berasas usaha,Allah nak lihat usaha.Jika hanya duduk meminta,berdoa,Allah sudah makhbulkan,maka kita semua tak perlu buat apa,duduklah berdoa shj.Tidak akan tumbuh sawi dipinggiran singki dapur,tidak akan melompat ikan dilaut ke dlm belanga, tidak akan ada pelanduk menyerah nyawa di halaman rumah, melainkan dg usaha.Doa dan mengharap itu hanyalah utk menyatakan pengharapan dan berserah kdd Allah.Ia mesti disertai usaha walau sekecil manapun.Tanyalah diri apa usaha yg aku telah buat dari permintaan dan doa yg dilafazkan?abdghaniharon

Monday 12 October 2015

SERONOK MELIHAT ORANG LAIN TERSENYUM

SERONOK MELIHAT ORANG LAIN TERSENYUM

Seorang pemberita yg menemubual saya mengenai projek sedekah jariah yg saya buat bertanya sebab saya buat projek berkenaan.Bila saya menjawab saya suka melihat orang lain bergembira,dia kelihatan terpinga seperti mrmerlukan penjelasan lanjut.Saya kongsi penjelasan itu disini moga bermanfaat juga kpd pembaca semua.

Menggembirakan orang lain diberi ganjaran syurga seperti yg disebut nabi. Daripada Aisyah r.a. “Sesiapa yang memasukkan kegembiraan ke dalam keluarga orang Islam, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga.” (At-Tabrani).Apakah ganjaran yg lebih besar selain dari ganjaran syurga?

Menggembirakan orang lain juga adalah amalan yg disukai Allah.Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya antara amalan yang paling disukai Allah ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati mukmin, iaitu melepaskan dia dari kesedihan, atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya, atau memberinya makan ketika dia kelaparan.” (Al-Baihaqi)

Selepas kita istiqamah dg amalan fardu,amalan apa yg disukai Allah ialah menggembirakan insan lain
Sabda nabi “Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah selepas amalan-amalan yang fardhu ialah menggembirakan seorang muslim, engkau berikan pakaian untuk menutup auratnya, atau engkau mengenyangkannya ketika dia kelaparan, atau engkau tunaikan hajatnya.” At-Tabrani.

Dari hujah hadis diatas nyata menggembirakan orang itu sesuatu amalan yg patut diutamakan, dijanjikan syurga,dan disukai Allah.Inilah sebabnya saya memilih untuk menggembirakan orang lain sebagai amalan utama selepas amalan fardu.Apa langkah yg boleh kita buat untuk menggebirakan orang?

Berilah senyuman kpd sesiapa shj dg ikhlas.Senyuman itu suatu sedekah,senyuman itu meredakan kemarahan, meringan tekanan,menjalin kemesraan dan menghilang prasangka buruk.Mudah,ringkas tetapi ganjarannya,kita menggembirakan orang lain.☺abdghaniharon☺

Berilah penghargaan kerana manusia suka menerima penghargaan.Menghargai dan memuji anak,menghargai setiap usaha pekerja dan kakitangan,menghargai rakan taulan.Bukannya susah,hanya perkataan yg baik,melahir rasa terhutang budi,kagum,rasa perlu dicontohi,memberi semangat dsbnya adalah contoh penghargaan yg mudah dan mampu menggembirakan orang lain..Jika berupaya berilah hadiah meskipun kecil kerana manusia suka menerima pemberian dan ia akan bergembira. Hadiah kerana kejayaan kerana kita berkongsi kegembiraan,hadiah ulangtahun kelahiran kerana melahir rasa ambil berat tarikh penting dlm hidup orang lain, atau membawa buah tangan kerana berziarah dan berbagai usaha yg boleh membuat orang tersenyum.

Buatlah kebaikan kpd orang lain,mereka akan bergembira.Ringankan beban hidup mereka dg sumbangan walau sedikit,penuhi jemputan mereka sedapat mungkin anda akan melihat jekas kegembiraan mereka,penuhi permintaan mereka sedapat mungkin anda akan dapati mereka akan bersyukur penuh kegembiraan.

Lihalah luasnya ruang untuk menggembirakan orang lain dan besarnya ganjaran yg menanti.Apa perlu kita bermuka masam,barat memanjang.Ayuh,ketka berhenti ditrafik light,beralihlah memberi senyuman kpd pemandu di sebelah, doakan kesejahteraan tiap orang muslim yg kita berselisih jalan dg memberi salam,berbudi bahasa ketika membeli dan 1001 satu perbuatan yg boleh menggembirakan orang lain.Selalulah tanam dlm fikiran pada setiap detik untuk berbuat baik,membuat orang tersenyum,membuat orang lain gembira,yg lebih baik membuat mereka menitis air mata kegembiraan serta bersyukur.abdghaniharon.




Sunday 11 October 2015

BERAPA DUIT SANGAT MEREKA DAPAT

BERAPA DUIT SANGAT MEREKA DAPAT

Didepan rumah terlihat wanita petani berpeluh-peluh mengheret troli penuh bahan jualan dari rumah ke rumah.Dalam hati terdetik rasa simpati,terdetik fikiran berapalah pendapatan yg diperolehinya dg kerja seteruk itu.
Teringat emak saya dulu menjual laksa di gerai buruk bawah pokok rambai tiap petang.Tak banyak pun yg laku,sekilo lebih sikit sahaja.Untung satu dua ringgit shj.Bila disuruh berhenti niaga,jawapan yg selalu terbit,dari duduk saja tak dapat apa,buat pi lah,dapat juga sekupang dua.

Bila saya usahakan jual tulisan cara binding untuk dapat sumbangan bagi membeli kaki palsu anak dan nak bayar pinjaman pelajarannya,ada orang menyatakan berapa sangat cikgu boleh dapat.Pasaran buku di Malaysia tidak luas,cikgu kena jual banyak buku yg sukar dicapai.Tapi saya teruskan dg berserah kpd Allah kerana saya tidak ada keupayaan lain lagi.

Bila melihat sepasang orang buta menjual keropok dan tisu di pejabat JPJ, seorang yg duduk menunggu bersama saya berkata,berapa sangat mereks dapat,jualan tentu sikit,untung tentu amat sedikit.

Berdasar tiga insiden diatas,satu kesimpulan kita kita boleh buat ialah kita suka membuat tanggapan kpd sesuatu usaha dg ukuran fikiran kita yg bersifat kebendaan,ukuran duit,ukuran diri kita yg telah jauh berjaya.Emak saya mungkin untung seringgit dua,saya mungkin dapat seribu dua dari puluh ribu yg diperlu,sibuta itu mungkin untung beberapa sen shj.Betul pada fikiran kita,pada sifat kendaan kita.😊abdghaniharon😊

Tetapi fikiran ini tidak betul pada sisi agama.Allah menyuruh berusaha sahaja,
 dg kadar mampu yg Allah juga tentukan.Mereka dlm tiga insiden ini mempunyai kenampuan sebegitu shj untuk berusaha.Maka mereka laksanakan.Allah lah yg memberkati,mencukupkan keperluan mereka dg sebab usaha mereka.Kita memberi pandangan berdasar fikiran kita tanpa menimbang bahawa Allah yg akan menentukan hasil kpd usaha mereka.Kita membatas rezeki atas keupayaan fikiran kita yg terbatas,sedangkan rahmat Allah amat luas.Duit niaga laksa yg untung sekupang dua itulah emak saya membiayai saya belajar di um hingga grad.Jualan tulisan saya hampir mencapai sasaran dimana Allah datang dari seluruh pelusuk negara mereka yg bermurah hati,dan sibuta suami isteri itu saya lihat masih berjual yg sama setelah berbulan,menunjukkan jualan kecil mereka mampu membiayai hidup mereka.Itulah rahmat Allah,bukan usaha menentu hasil jayanya pada ukuran fikiran manusia,Allah menuntut usaha untuk menjadikan jalan bagi Allah memberikan keberkatan pada usaha mereka dan hanya Allah yg mencukupkan.Bukan kecil atau besarnya usaha menentukan kejayaan,tetapi rahmat Allah,kita dituntut berusaha.

Berhentilah dari memperlekeh,memandang rendah usaha orang lain kerana kita hanya melihat usaha tetapi kita tidak dapat melihat kuasa Allah disebaliknya. Mulakankan apa usaha pun dg satu langkah kecil.Semua orang yg berjaya bermula dari langkah dan usaha kecil sambil berharap Allah merahmati dan membuka jalan yg lebih luas.Hidup ini telah ditentukan kitaran masa untuk berjaya,sesiapa yg cuba mencari jalan ringkas,mereka akan kecewa sudahnya seperti ceria cepat kaya,mlm dsbnya.

Bila melihat usaha orang lain untuk hidup,detikkanlah doa bagi mereka,ya Alkah cukupkanlah keperluan mereka.Itu yg terlebih baik,menjadi amal kebajikan,dari bersungut berapa duit sangat dapat,tak ada kerja lain ka, kerana kita tidak tahu masalah dan kekangan hidup mereka,kita tidak berhak menentu rezeki mereka, maka yg lebih positif,detikkan doa dlm hati buat mereka.Jangan berfikir dari untung sekupang dua,baik duduk saja,kerana sekupang dua nilai manusia,tetapi keberkatan dari sekupang dua itu mungkin lebih besar dari apa yg kita fikirkan,seperti arwah emak saya yg mampu membiyaii saya belajar walau dg sekupang dua.Setiap usaha jangan mengharap untung dunia shj,haraplah untung akhirat kerana menurut sunnah,menurut suruhan Allah.abdghaniharon

BERUMAH BESAR,HAKIKATNYA MISKIN

BERUMAH BESAR,BERKERETA BESAR HAKIKATNYA MISKIN

Seorang kawan sekolah dulu yg bertemu bercerita,"Aku kesian melihat Talib,hidup miskin,buat bendang saja.Rumah pun kecik di kampung.Aku jumpa depa naik kapcai empat beranak ketika keluar pekan."Saya membalas,"Aku rasa Talib ni mungkin lebih kaya dari kita pada sisi hakikat,dia tentu tak ada hutang kereta,tak ada hutang beli rumah macam kita."Kawan saya tu terlopong seketika,tetapu akhirnya mengangguk perlahan,ternyata kenyataannya salah.

Dari pandangan kemanusiaan,kebanyakan kita yg ada pendapatan tetap,kereta rumah ditakrif sebagai orang berada atau sekurangnya tidak di kata miskin.Yg tiada pekerjaan,tua, menjadi petani,nelayan yg kais pagi makan pagi dikata miskin.Tetapi dari pandangan mata hakikat,keadaan ini jadi terbalik.Mereka yg ada jawatan,ada kereta,rumah,harta itu lebih miskin jika mereka berhutang beli kereta puluhan ribu,beli rumah ratusan ribu.Lagi kaya lagi banyak hutang kerana hutang bagai suatu kebiasaan.Kemewahan yg mereka miliki hakikatnya dari hutang,bukan kekayaan yg hakiki disis Allah,kejayaan yg sebenar.Bila mengadap Allah,mereka yg tidak berhutang,iaitu orang yg disifatkan miskin pada dunia dulu akan menjadi kaya kerana mereka dibebas dari dituntut hutang dihadapan Allah.

Hadis nabi,"Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah)Jelas disini,orang yg berhutang didunia akan menjadi semakin miskin di akhirat,kerana amal baik akan menjadi tukaran,harta di dunia telah tidak berguna,sedangkan mereka yg miskin di dunia,yg tiada hutang akan terus memiliki amal baik yg dibuat didunia dan mereka akan menghuni syurga.

Hadis nabi,"Barangsiapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal iaitu sombong, ghulul (khianat), dan hutang, maka dia akan masuk surga.” (HR. Ibnu Majah )
Jelas bahawa mereka yg mati tanpa meninggalkan hutang itu suatu dari syarat mendapat syurga.

Jom kita merenung diri.Hutang rumah hingga pencen,hutang kereta tak sempat habis,berhutang semula kerana tukar kereta baru.Hutang ptpn masa belajar dulu puluh ribu.Apakah kita nak mengaku diri orang berada,tidak miskin bahkan nampak orang lain pula miskin ,sedangkan hakikatnya merekalah yg miskin,papa kedana disisi Allah.Apa kata kalau hayat berakhir sebelum pencen,hutang kereta tak selesai,hutang ptpn,mara tak sempat diberes,belum cerita hutang melabur kerana kononnya nak tambahvkaya.

Sebaliknya lebih teruk jika dia berniat tidak mahu membayar.Hadis nabi,"Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) sebagai pencuri.” (HR. Ibnu Majah )

Marilah kita melihat dari segi hakikat,jangan melihat dari segi kebendaan ,dunia.Dengan itu kita akan dapat merasa hakikatnya siapa yg lebih miskin,siapa yg mewah dg bayangan kepura-puraan.Berusahalah mengelak berhutang dg hidup secara yg ada,berusahalah utk melangsai hutang supaya kita menjadi kaya di dunia dan kaya diakhirat.Bila melihat mereka yg tidak berada,hidup kadar seadanya, ingatlah mereka mungkin jauh lebih mulia dari kita.Bila terpaksa berhutang,sediakan jalan,bekal,wasiat agar hutang ini tertebus.Jangan terhutang walau seringgit,tukarannya amal baik,jangan terniat tidak mahu membayar,tukarannya ibarat dosa seorang pencuri.Jika satu pihak kita beramal soleh,satu pihak lagi,berusahalah membebaskan diri dari hutang.Kebanyakan kita adalah miskin pada mata Allah tetapi tidak sedar diri.abdghaniharon






DIRI INI AKU YANG PUNYA

DIRI AKU,AKU YANG PUNYA!

Duduk bersembang dirumah kenduri,seorang yg duduk bersama bercerita, jemaah tabligh ada ziarah ke rumahnya petang sebelumnya.,"Depa ni pelek la.Dok kalut ajak orang pi masjid,pi dengar mengaji,suruh pikiak hal mati.Apa depa sebok, diri aku,aku yg punya.Nak jadi kurap ka,aku punya pasai."Marah betul dia.Saya hanya menyampok,"Diri ini bukan milik kita,milik Allah."Dia sikit tergamam,mungkin dia ingat saya nak sokong dia.

Sebahagian kita memang merasa tubuh ini milik kita.Lidah kekadang terlajak bila marah bekata,diri aku,aku punya; harta aku punya. Dijaga,dibelai,dibelek,dimegahkan.Bahkan ada yg tayang dg gaya pakaian dan tidak berpakaian.Jika diri ini milik kita,bermakna kita berkuasa penuh menentukan apa yg terjadi kpd tubuh kita.Tetapi mengapa kuku tetap tumbuh panjang walau kita tidak suka,ketiak tetap busuk kalau tak disabun,rambut tetap panjang walau kita tak mau panjang, kita hendak sihat memanjang tapi tetap juga sakit yg berbagai.Ini bukti yg kuat tubuh kita bukan milik kita,bukan hak kita.Ada kuasa lain yg mengatasi,yg berkuasa atas tubuh kita dan menentukan semua perkara.Itulah Allah.Tubuh kita milik Allah yg dipinjam dg syarat disuruh pelihara dg baik, berbuat ibadat,berbuat baik dan jangan dirosakkan.

Jika tubuh kita hakikatnya dipinjam Allah dan Dia masih berkuasa mentukan itu ini,kita tidak berkuasa penuh, begitulah juga perkara lain atas dunia ini.Harta yg dlm genggaman kita,yg tertulis milik kita,hakikatnya bukanlah mutlak milik kita,catatan itu tidak dialam kubur.Semua harta boleh musnah,hilang sekelip mata.Allah yg memusnahkan, menghilangkan,menunjukkan harta itu bukan sepenuhnya milik kita tetapi pinjaman yg Allah beri dg syarat utk kebaikan.Bahkan bila mati,Allah tidak izin dibawa bersama walau diusung ke pinggir kubur,bahkan ditanam bersama mayat.Masihkah kita berkata harta milik kita,masihkah kita tidak mahu berkongsi,mengguna untuk berbuat kebajikan?

Begitulah juga bila diberi kuasa,kuasa itu bukan mutlak milik kita.Allah pinjamkan,suatu hari,kita akan kehilangannya bila jawatan hilang.Jadi bila berkuasa,berjawatan, pergunalah dg kebaikan,kerana kuasa itu pinjaman sahaja,Allah masih memegang hak terhadapnya.Pergunakanlah utk berbuat baik,menunai amanah,berbuat kebajikan.

Maka jika dihisab,direnung apa yg menjadi milik kita yg mutlak,yg berkekalan?Allah telah sebut milik yg berkekalan dibawa hingga ke mati catatannya ialah amal soleh,sedekah jariah,kerja kebajikan.Itulah harta yg berkekalan.Semua ini boleh diperolehi dg menggunakan tubuh,harta dan kuasa yg dipinjam Allah kpd kita untuk sementara ketika hidup.Bukan Allah memberi tiga perkara ini hanya untuk bermewah, digenggam,dimegah,ditunjuk tetapi disuruh mengambil manfaat darinya untuk memiliki harta yg kekal iaitu amal kebaikan.Ibaratnya seseorang meminjamkan seekor kerbau kpd kita,jika kita manfaatkanjya utk membajak bendang,memerah susu maka dapatlah hasilnya kpd kita,tetapi jika kerbau itu hanya dibela dg gemuk dan dimegah dan ditunjuk kpd orang bahawa kita pandai bela,akhirnya bila tuan kerbau mengambil balik kerbaunya,kita tidak dapat apa-apa pun.

Saya mengajak anda bermuhasabah.Pandang diri,harta yg ada,kuasa yg ada,sebanyak manakah telah dijana amal kebajikan dari pinjaman yg Allah beri ini sebelum pinjaman diambil balik.Anjaklah diri untuk berfikir secara hakikat,bukan apa yg dilihat oleh mata,tetapi apa yg terkanding dlm isinya,jasadnya.abdghaniharon.

Thursday 8 October 2015

TAK MAU SEGERA DAPAT ANAK

TAK MAHU SEGERA DAPAT ANAK

Seorang kawan rapat sekerja dulu pernah mengadu tidak mendapat anak setelah berumah tangga hampir tujuh tahun.Berbagai ikhtiar telah dibuat, cara kampung,cara moden,singseh,ayur veda hingga keluar negara. Walaupun saya tahu,soal anak itu anugerah Allah itu jawapan yg mudah,tetapi Allah menyuruh berusaha.Saya ada pandangan lain tetapi berat untuk menyuarakan.Bila suatu hari dia bertanya lagi kemungkinan usaha yg lain ,saya mengemukakan pandangan saya yg bukan lagi ikhtiar berubat tetapi melihat dosa lalu.Saya bertanya,"Ada tidak cikgu masa baru kahwin bersama suami berniat tak mahu dapat anak awal,berusaha untuk tidak pregnant.Ada tidak berniat nak dapat anak selepas beberapa tahun.Pernahkan cikgu gugurkan kandungan atau berusaha ke arahnya?Makan ubat perancang,ubat pencegahan hamil?"

Dia diam,tunduk.Bila dia mengangkat muka,air mata sudah berada dikelopak dan mengangguk perlahan.Allahuakbar!Dia seperti terus dapat membaca maksud pertanyaan itu walaupun saya belum memberi jawapan.Saya mengheret sesalannya dengan menyuruh dia bersama suami bertaubat,memohon ampun kepada Allah.Itulah ubat yg tidak perlu dicari dimanapun tetapi ada pada diri.Moga bila Allah mengampuni,lalu dimakbulkan doa mereka.Ini ibarat balasan Allah dari kemurkaanNya kerana menolak anugerah zuriat,campurtangan urusan Allah.Esakannya dimeja guru menyebabkan saya beralih meninggalkannya.

Orang muda yg baru berkahwin sering berpegang kpd masa muda kena enjoy.Kahwin jangan cepat dapat anak,susah nak kemana.Biarlah dua tiga tahun dulu,maka mereka beriktiarlah supaya tak dapat anak lagi.Mereka lupa, itu hak Allah.Bila mereka berusaha,Allah makbulkan dg kemurkaannya,maka terjadilah mereka tiada zuriat ketika mereka mengharapkan.Mereka ini lupa bahawa,Allah yg merancang hidup mereka,dan perancanganNya yg terlebih baik.Apakah mereka fikir mereka boleh mengatur bila nak dapat anak,atur jantinanya,atur kekerapannya.Itu amat melampaui kuasa Allah.

Berkahwin hakikatnya untuk menambah zuriat umat.Berkahwin itu bukan suka-suka,bukan kerana nafsu.Berkahwin itu suatu sunnah,suatu ibadat yg menganjak taraf manusia hingga ibadat solat orang berkahwin 27 darjat lebih tinggi dari dari orang bujang.Orang berkahwin saling membina pahala bila mereka bersama,kasih mengasihi.Mengelak dapat anak awal bersifat nafsu, ibarat mengheret ikatan perkahwinan ke tebing jurang yg dalam kerana antara suami isteri tiada ikatan yg kukuh dg kelahiran zuriat.Anak pengikat kasih.Ada juga yg berusaha untuk tidak dapat anak kerana kerjaya.Apa pun alasan untuk tidak dapat anak awal tentunya seolah berusaha mengatasi ketentuan Allah. Kecualilah mereka yg dinasihat pakar perubatan yg boleh memudaratkan.

Saya mengajak mereka yg belum berkahwin,merenung perkara ini.Bila anda bersedia untuk berkahwin,sepatutnya kita telah bersedia menanggung apa yg terhasil dari perkahwinan,apa yg dianugerah Allah dariNya.Berkahwin itu ibadat,jangan jdkan kerana nafsu.Mereka yg berkahwin kerana nafsulah akhirnya porak peranda,bila tuntutan nafsu tidak dapat dipenuhi.Kepada mereka yg terlanjur terikut nafsu,yg masih tiada anak,saya mengajak muhasabah diri,ada tidak terlintas dihati dulu seperti kisah di atas,bertaubatlah,mohon keampunan kpd Allah dg sesungguhnya,disamping ikhtiar yg lain.Akhirnya apa pun takdirNya,redolah.Cuma mereka yg tiada zuriat akan kehilangan suatu kelebihan setelah mati iaitu tiada anak yg mendoakan bagi mereka,tetapi Allah Maha Adil,tentu meteka ada kelebihan dari aspek lain sprt sedekah jariah dan menyampai ilmu yg bermanfaat.

Jangan berpegang anak anak ramai hidup susah,kerana janji Allah setiap mulut yg dijdkan,dijdkan rezeki baginya.Saya ada 9 anak,hidup tak susahpun.Kerjaya pun ok,saya sampai ppd,isteri pk hem dan bersara umur 50.Setiap anak jarak lebih kurang 2 tahun kerana semua menyusu ibu selama dua tahun seperti yg disarankan dlm agama.Susuan ibu saya rasa satu kaedah yg Allah buat sebagai perangcang keluarga,bila anak berhenti menyusu, baru datang anak yg baru.

Akhirnya rakan saya itu mendapat juga anak dua orang ketika usia pertengahan 30an.Setelah mendapat anak,dia membuka cerita, menggugur kandungan ketika awal berkahwin dulu,mrnelan pil pencegagan kehamilan.Bila kita rasa sesuatu hajat tidak kesampaian,jangan berfikir hanya kearah usaha yg kita buat sahaja,seperti dlm kontek ini berusaha dg cara perubatan.tetapi duduklah merenung dosa kita kpd Allah yg mungkin menghalang semua usaha.Tidak ada jalan lain melainkan memohon ampun.Anda mungkin ada alasan,ada hujah unyuk mempertahan apa yg anda buat,saya hanya ingin mengajak kita kembali berserah kpd Allah tentang ketentuan hidup,mengutamakan takdirNya dari mencipta takdir sendiri.abdghaniharon

Wednesday 7 October 2015

MOHONLAH UNTUK BERBUAT KEBAJIKAN

MOHONLAH UNTUK BERBUAT KEBAJIKAN

Keadaan jerebu yg teruk disekitar kampung.Saya demam batuk dan sakit kerongkong.Berkurung dlm rumah menimbulkan rasa jemu.Terfikir apa benda baik nak buat hari ini,sedekah apa nak dibagi hati ini ketika tubuh tidak berdaya dan terkurung dlm rumah.

Sebuah motor masuk ke halaman rumah dan memberi salam.Sata menjengok keluar.Seorang lelaki.Katanya,"Cikgu, minta daun liu sikit,nak buat mandi anak kerana demam kuning."Saya cepat mengizinkan dan keluar ke rumah untuk mematah ranting kecil dain liu yg berjuraian di sisii rumah. Memang pokok liu ini saya tanam untuk tujuan perubatan dan hanya saya seorang saja yg tanam dikg saya.

Subhanallah!Saya baru berfikir apa yg nak disedekah,Allah datang penerimanya ketika saya tak berdaya keluar rumah. Kita kena selalu berfikir untuk berbuat baik,mohon kepada Allah untuk dimudahkan berbuat baik.Walau dimana kita berada,dlm kereta,dipejabat,dipasaraya,menghadiri majlis, fikirlah apa yg bokeh kita berbuat baik,mohon Allah tunjukkan.Ini kerana untuk berbuat baik juga kita kena mohon dg Allah sebab dia yg menggerak segalanya untuk menunai hasrat kita.☺abdghaniharon☺

Bila kita berharap sepanjang masa untuk berbuat baik,kita akan terhindar dari berbuat mungkar.Detikkan dihati pada setiap memulakan gerak kerja dg permintaan,Ya Allah bukakankan kpd aku jalan berbuat baik dan tutuplah jalan kemaksiatan.Insyaallah,kita akan ditemukan jalan itu. Yg banyak berlaku kita tidak minta kepada Allah untuk berbuat kebajikan tetapi kita mungkin hanya minta keteguhan iman, mohon ampun, terhindar perkara mungkar.Mungkin kerana berbimbang akan hilang harta maka banyak orang tidak minta berbuat baik,kerana kebanyakan perkara berbuat baik akan menghilangkan harta kita.

Ramai orang bertanya,cikgu ada banyak idea buat kerja kebajikan.Itu bukan idea saya,itu dorongan Allah dari doa supaya dibuka jalan untuk berbuat baik.Kita selalu berdoa untuk mendapat itu ini dari Allah,jom kita tambah sikit kpd minta jalan kpd Allah untuk kita beri apa yg ada pada kita.Minta supaya kita boleh bersedekah jariah,boleh buat kerja amal kebajikan,minta dihilang sifat kedekut dan malas.Berdoalah supaya kita boleh berbuat amal kebajikan,dipermudahkan dan dibuka jalannya.Jika peluang berbuat baik datang ke depan mata jangan pula diabaikan kerana bimbang Allah tidak datangkan lagi perkara utk berbuat kebaikan kpd kita.abdghaniharon
.

JIKA UMUR DITANGGUH

JIKA UMUR DITANGGUH SEKETIKA,AMALAN APA YANG TERBAIK

Kebanyakan orang kerap mengucapkan kpd orang lain,"Moga panjang umur,murah rezeki."Nampak simple dan ok,tetapi ucapan ini seperti sia-sia kerana umur tidak boleh dipanjangkan dg doa orang.Bahkan umur itu telah termaktub dlm ilmu Allah.Hanya ada satu jalan yg boleh memanjangkan umur iaitu dengan bersedekah seperti dlm kisah nabi Ibrahim yg dimaklumkan oleh malaikat bahawa pemuda yg datang menemuinya itu akan diambil nyawanya esoknya,tetapi kerana pemuda itu bersedekah,umurnya telah dipanjangkan.

Bahkan dari segi hakikat umur kita bukan makin panjang,makin pendek kerana hari bertambah,bermakna kematian makin dekat.Sebab itu lebih sesuai didoakan kesejahteraan kpd orang lain dg ucapan salam ketika bertemu dan berpisah atau ucapan fi amanillah(semoga dlm peliharaan Allah) ketika berpisah.Sebagai muslim kita ada ucapan yg tersendiri dan lebih baik dari menterjemah ucapan dari barat.(Saya sertakan risalah yg pernah saya buat dulu ketika memulakan kerja dakwah)

Bersedekah bukan sahaja memanjang umur tetapi amalan bersedekah adalah amalan yg dipilih oleh orang telah mati ketika memohon kepada Allah untuk kembali semua ke dunia.Perhatikan firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah...(surah al munafikun:10)
Tidak pula mereka memilih amalan lain seperti berkata supaya aku dapat mengerjakan solat,atau supaya aku boleh berumrah,atau supaya aku dpt berpuasa dan sebagainya.Jika mereka yg telah merasai hakikat mati,meminta untuk menangguh kematian sekejap bagi bersedekah,bermaksud sedekah adalah amalan yg besar ganjarannya,penebusannya.😣abdghaniharon😣

Emak saya berpesan,"jangan hang tidur pada satu malam,jika hari itu belum bersedekah"menyebabkan saya buat projek sedekah air bertapis utk memastikan hal ini.Utamakan bersedekah dlm hidup moga kita tidak termasuk golongan yg meminta kpd Allah ditangguh umur untuk bersedekah kerana kita pasti menyesal ketika malaikat maut tiba disisi, sedangkan harta kita bertimbun lagi.Buatlah sesuatu yg memastikan tiap hari ada sedeksh yg kita buat meskipun sekedar secebis roti,sebungkus nasi lemak,sebotol air minuman.

Jadi longgarkanlah genggaman,berkongsilah dg apa yg kita ada,bahkan berilah kpd orang apa yg telah kita tidak mahu guna,tidak padan,tidak sesusi lagi pada kita.Lihat dlm setor,apa yg akan tunggu masa untuk mereput,lihat dlm almari apa yg menjadi istana lipas,lihat dlm kabinet berbagai tupperware,pinggan mangkok,cawangelas yg tidak diguna.Semua ini kelak menuntut jawapan dari Allah kerana kita memiliki sesuatu yg lebih dari keperluan dan terbiar merosak,sedangkan diluar sana,ada hamba Allah yg tidak mencukupi segalanya. abdghaniharon

Monday 5 October 2015

KITA SUKA MEMINTA,SUKA MENYURUH

KITA SUKA MEMINTA,SUKA MENYURUH

Ada sebuah sekolah bercadang nak buat program Maal Hijrah yg memerlukan perbelanjaan lingkungan Rm dua ribu.Mereka datang berjumpa saya meminta sumbangan.Saya bertanya beberapa soalan antaranya berapa pegawai yg mereka ada dan disebut hampir seratus orang .Saya cuma senyum kpd mereka,dg harapan mereka faham dg soalan itu,tetapi sayangnya mereka tak faham.Saya ulas sedikit disini untuk iktibar.

Jika mereka ada seratus pegawai,perlu Rm2 ribu dibahagikan seorang cuma rm20 shj.Tak bolehkah menyumbang sebanyak itu sedangkan purata mereka berpendapatan ribu-ribu.Tak terasa malukah mereka meminta kpd orang luar yg pendapatan tak menentu,bahkan ada yg pencen,sedangkan dlm genggaman mereka lebih banyak dan masuk tiap bulan.Banyak dari kita selalu memikirkan nak cari orang buat sumbangan,derma ,dari memikir diri sendiri atau kakitangan sendiri yg menyumbang.Mereka sanggup merendahkan martabat mereka untuk menjadi peminta sedangkan mereka memiliki pendapatan yg lumayan.Mereka melepaskan peluang berbuat baik dan beri kpd orang lain.Jadi kalau tempat kerja anda nak buat program agama yg tiada peruntukan, berpakatlah beri sumbangan,jangan mudah memikir utk meminta,apa lagi minta kat salesman dan syarikat pembekal yg ada unsur rasuah.

Kita selalu suka suruh orang buat baik,rebut berbuat baik,kita setakat suruh shj seperti contoh diatas.Jika saf depan kosong,banyak orang lebih suka offer orang kain kedepan,dia tetap dibelakang sedangkan saf depan lebih ganjaran.Ini bukan bersopan,ini tak ada ilmu.Kita seronok tunjuk orang tanam pokok berbuah lebat,bela ikan berhasil,tetapi kita setakat seronok tengok saja,puji,buat ulasan shj.Kaki tetap tidak berganjak.Tengok orang buat projek kebajikan,kita puji,kita ulas,tapi tangan kita tetap berpeluk tubuh.

Yang lebih teruk cakapnya bergegar dunia,cakap tak serupa bikin.Bukan yg duduk dibalai lintang masjid shj atau yg dikedai kopi shj,yg dok ceramah merata tu pun serupa.Sebahagian perceramah suruh orang buat itu ini,dia buat apa.Sebahagian penceramah menjadikan ceramah pekerjaan,punca pendapatan hingga jd kaya pakai Vellfire.Tak buat kerja lain.Jangan mengambil kesempatan .Konon beri alasan kami pendakwah,kami menyeru kpd Islam.Baik,jika begitu,siapa pendakwah terbaik,tentunya Rasulullah.Rasulullah berniaga, menternak,mentadbir negara,berjihad,bersedekah hingga tiada apa yg nak dimakan dirumah,memelihara anak yatim dsbnya.Adakah nabi hanya berceramah shj,bergantung hidup dg dakwah.Ooops,saya cikgu,bukan ustaz.

Antara sebab dakwah tidak berkesan adalah kerana orang yg bercakap tapi dia tidak buat.Berapa banyak seruan berbuat baik tetapi tak berkesan.Allah menyebut,"Wahai orang beriman,jangan kamu kata apa yg kamu gidak buat,kemurkaan Allah kpd orang yg berkata terapi dia tidak buat".Allah telah kutuk mereka yg cakap tak serupa bikin.Bagaimana orang tak berniaga boleh motivate orang lain berniaga?Saya mengajak anda semua,kembali kpd sunnah rasul yg mendakwah secara qudwah hasanah,contoh ikutan yg baik.Tak perlu cakap banyak,angkat suara pang pang.Bila kita bercakap,kita telah buat.Bila cakap berniaga,kita telah berniaga,bila cakap sedekah,kita telah bersedekah,bila cakap tahajjud,baca quran,kita telah lakukan.Buat pada diri, kekuarga,baru kpd masyarakat.Mohon maaf kpd yg terasa.abdghaniharon