JIKA UMUR DITANGGUH SEKETIKA,AMALAN APA YANG TERBAIK
Kebanyakan orang kerap mengucapkan kpd orang lain,"Moga panjang umur,murah rezeki."Nampak simple dan ok,tetapi ucapan ini seperti sia-sia kerana umur tidak boleh dipanjangkan dg doa orang.Bahkan umur itu telah termaktub dlm ilmu Allah.Hanya ada satu jalan yg boleh memanjangkan umur iaitu dengan bersedekah seperti dlm kisah nabi Ibrahim yg dimaklumkan oleh malaikat bahawa pemuda yg datang menemuinya itu akan diambil nyawanya esoknya,tetapi kerana pemuda itu bersedekah,umurnya telah dipanjangkan.
Bahkan dari segi hakikat umur kita bukan makin panjang,makin pendek kerana hari bertambah,bermakna kematian makin dekat.Sebab itu lebih sesuai didoakan kesejahteraan kpd orang lain dg ucapan salam ketika bertemu dan berpisah atau ucapan fi amanillah(semoga dlm peliharaan Allah) ketika berpisah.Sebagai muslim kita ada ucapan yg tersendiri dan lebih baik dari menterjemah ucapan dari barat.(Saya sertakan risalah yg pernah saya buat dulu ketika memulakan kerja dakwah)
Bersedekah bukan sahaja memanjang umur tetapi amalan bersedekah adalah amalan yg dipilih oleh orang telah mati ketika memohon kepada Allah untuk kembali semua ke dunia.Perhatikan firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah...(surah al munafikun:10)
Tidak pula mereka memilih amalan lain seperti berkata supaya aku dapat mengerjakan solat,atau supaya aku boleh berumrah,atau supaya aku dpt berpuasa dan sebagainya.Jika mereka yg telah merasai hakikat mati,meminta untuk menangguh kematian sekejap bagi bersedekah,bermaksud sedekah adalah amalan yg besar ganjarannya,penebusannya.š£abdghaniharonš£
Emak saya berpesan,"jangan hang tidur pada satu malam,jika hari itu belum bersedekah"menyebabkan saya buat projek sedekah air bertapis utk memastikan hal ini.Utamakan bersedekah dlm hidup moga kita tidak termasuk golongan yg meminta kpd Allah ditangguh umur untuk bersedekah kerana kita pasti menyesal ketika malaikat maut tiba disisi, sedangkan harta kita bertimbun lagi.Buatlah sesuatu yg memastikan tiap hari ada sedeksh yg kita buat meskipun sekedar secebis roti,sebungkus nasi lemak,sebotol air minuman.
Jadi longgarkanlah genggaman,berkongsilah dg apa yg kita ada,bahkan berilah kpd orang apa yg telah kita tidak mahu guna,tidak padan,tidak sesusi lagi pada kita.Lihat dlm setor,apa yg akan tunggu masa untuk mereput,lihat dlm almari apa yg menjadi istana lipas,lihat dlm kabinet berbagai tupperware,pinggan mangkok,cawangelas yg tidak diguna.Semua ini kelak menuntut jawapan dari Allah kerana kita memiliki sesuatu yg lebih dari keperluan dan terbiar merosak,sedangkan diluar sana,ada hamba Allah yg tidak mencukupi segalanya. abdghaniharon
No comments:
Post a Comment