JANGAN HANYA DUDUK MENANGISI NASIB
Saya amat risau dengan keadaan jalan dalam kampong yg rosak teruk dibeberapa tempat.Di surau,di majlis,banyak orang yg bersungut masalah jalan rosak yg menyusahkan penduduk dan pelajar sekolah.Saya berjumpa dg JKK,mencerita masalah,tetapi dg gahnya dia berkata dia dah buat permohonan.Berjumpa pula dg setiaussha ADUN,dia pula menyalahkan Jkkk kerana itu bidang Jkk dan peruntukan melaluinya.Letih.Akhirnya pada suatu hari muncul seorang India dg lori membawa tar didepan rumah bertanya untuk tar halaman rumah.Segera terfikir jalan yg rosak,saya minta tar itu digunakan disatu dari tempat yg rosak,tak mampu nak perbaik semua kerana mahal.
Subhanallah!Esoknya saya menerima suatu massage dari rakan fb yg nak beri Rm 3k wang riba utk saya guna bagi maslahat umum.Bila dia memasukkan sebahagian wang itu ke akaun saya,saya pun memulakan usaha membaki jalan dlm kampung.Bila kerja bermula,tetiba datang seorang lelaki ke rumah menghulur ratusan ringgit untuk bantu perbaiki jalan.Allahuakbar.Bakal selesailah masalah ini..
Iktibarnya ialah jika kita duduk menangisi nasib,jika kita duduk terus bercakap,bersungut,menyumpah,menyalah si anu,si anu,jika kita hanya duduk mengharap dan berdoa, tidak tergerak satu langkah,satu usaha, maka nasib kita tidak akan berubah.Bila ada suatu masalah,suatu yg perlu penyelesaisain,ayuh bangkit dg usaha walau kecil dg mengharap pertolongan Allah.Jangan duduk menganalisa kalau aku buat pun tak berjaya,tak berkesan.Kita menghukum dari awal,kita tidak berserah kpd Allah,orang motivasi berkata kita selalu meletak pemikiran negatif,membina halangan dari awal.Dalam kes saya ini,jika saya berfikir langkah pertama untuk perbaiki satu dari tempat yg rosak sebagai tidak menyelesai masalah,jalan itu akan tetus terbiar,tetapi langkah pertama itu telah membuka pertolongan dari Allah yg mendorong orang lain menyumbang walaupun saya tidak minta.
Jadi,setiap masalah,harapan mestilsh dimulakan penyelesaian dg satu usaha yg termampu,jangan fikir kesannya kerana itu hak Allah,kita hanya usaha.Jangan menilai ussha kita,biar Allah menilai,dan memberi pertolongan.Janganlah hanya duduk berdoa,bersungut,menangisi nasib.Ingatlah kisah burung pipit yg membawa air dlm paruh untuk berusaha memadam api yg membakar nabi ibrahim,logiknya tidak akan berupaya memadam,tetapi Allah memberi pertolongan dg kekuasaanNya.Usahalah setakat berpadan dg tahap kita,pipit setakat membawa air dlm paruh.š£abdghaniharonš£
Jika kita menadah tangan untuk tingkatkan iman,apa usaha yg kita buat.Tambah ilmu,baca quran,buat kebaikan,bersedekah jariah dsbnya.Jika kita memihon ampun kpd Allah,apa yg kita buat utk memdapat pengampunan.Tinggalkan mengulang buat dosa,tambahkan ibadat sunat,tegah kemungkaran yg didepan mata kita.Jika mohon dilimpah rezeki,jangan hanya melimpah air mata disejadah,tetapi buatlah satu langkah usaha untuk Allah memberi jalan.Jika makan gaji bulan,jangan mengharap rezeki bertambah dg bergantung pada gaji itu,buatlah satu usaha sampingan yg lain,moga Allah mudah dorong rezekinya.Jika kesian fakir miskin anak yatim,jangan sekedar kesian,apa yg kita dah buat.Jika sedih melihat keadaan surau,masjid,sekolah agama,apa yg kita dah buat?
Kekadang kita seolah pandai meminta kpd Allah tetapi kita tidak membuka jalan kpd Allah untuk menunaikannya,kita tidak mewujud sebab untuk Allah mempernankannya.Mungkin orang berkata Allah maha kuasa,dia boleh buka jalan.Betul,tetapi Allah selalunya menganugerah berasas usaha,Allah nak lihat usaha.Jika hanya duduk meminta,berdoa,Allah sudah makhbulkan,maka kita semua tak perlu buat apa,duduklah berdoa shj.Tidak akan tumbuh sawi dipinggiran singki dapur,tidak akan melompat ikan dilaut ke dlm belanga, tidak akan ada pelanduk menyerah nyawa di halaman rumah, melainkan dg usaha.Doa dan mengharap itu hanyalah utk menyatakan pengharapan dan berserah kdd Allah.Ia mesti disertai usaha walau sekecil manapun.Tanyalah diri apa usaha yg aku telah buat dari permintaan dan doa yg dilafazkan?abdghaniharon
No comments:
Post a Comment