Thursday, 8 October 2015

TAK MAU SEGERA DAPAT ANAK

TAK MAHU SEGERA DAPAT ANAK

Seorang kawan rapat sekerja dulu pernah mengadu tidak mendapat anak setelah berumah tangga hampir tujuh tahun.Berbagai ikhtiar telah dibuat, cara kampung,cara moden,singseh,ayur veda hingga keluar negara. Walaupun saya tahu,soal anak itu anugerah Allah itu jawapan yg mudah,tetapi Allah menyuruh berusaha.Saya ada pandangan lain tetapi berat untuk menyuarakan.Bila suatu hari dia bertanya lagi kemungkinan usaha yg lain ,saya mengemukakan pandangan saya yg bukan lagi ikhtiar berubat tetapi melihat dosa lalu.Saya bertanya,"Ada tidak cikgu masa baru kahwin bersama suami berniat tak mahu dapat anak awal,berusaha untuk tidak pregnant.Ada tidak berniat nak dapat anak selepas beberapa tahun.Pernahkan cikgu gugurkan kandungan atau berusaha ke arahnya?Makan ubat perancang,ubat pencegahan hamil?"

Dia diam,tunduk.Bila dia mengangkat muka,air mata sudah berada dikelopak dan mengangguk perlahan.Allahuakbar!Dia seperti terus dapat membaca maksud pertanyaan itu walaupun saya belum memberi jawapan.Saya mengheret sesalannya dengan menyuruh dia bersama suami bertaubat,memohon ampun kepada Allah.Itulah ubat yg tidak perlu dicari dimanapun tetapi ada pada diri.Moga bila Allah mengampuni,lalu dimakbulkan doa mereka.Ini ibarat balasan Allah dari kemurkaanNya kerana menolak anugerah zuriat,campurtangan urusan Allah.Esakannya dimeja guru menyebabkan saya beralih meninggalkannya.

Orang muda yg baru berkahwin sering berpegang kpd masa muda kena enjoy.Kahwin jangan cepat dapat anak,susah nak kemana.Biarlah dua tiga tahun dulu,maka mereka beriktiarlah supaya tak dapat anak lagi.Mereka lupa, itu hak Allah.Bila mereka berusaha,Allah makbulkan dg kemurkaannya,maka terjadilah mereka tiada zuriat ketika mereka mengharapkan.Mereka ini lupa bahawa,Allah yg merancang hidup mereka,dan perancanganNya yg terlebih baik.Apakah mereka fikir mereka boleh mengatur bila nak dapat anak,atur jantinanya,atur kekerapannya.Itu amat melampaui kuasa Allah.

Berkahwin hakikatnya untuk menambah zuriat umat.Berkahwin itu bukan suka-suka,bukan kerana nafsu.Berkahwin itu suatu sunnah,suatu ibadat yg menganjak taraf manusia hingga ibadat solat orang berkahwin 27 darjat lebih tinggi dari dari orang bujang.Orang berkahwin saling membina pahala bila mereka bersama,kasih mengasihi.Mengelak dapat anak awal bersifat nafsu, ibarat mengheret ikatan perkahwinan ke tebing jurang yg dalam kerana antara suami isteri tiada ikatan yg kukuh dg kelahiran zuriat.Anak pengikat kasih.Ada juga yg berusaha untuk tidak dapat anak kerana kerjaya.Apa pun alasan untuk tidak dapat anak awal tentunya seolah berusaha mengatasi ketentuan Allah. Kecualilah mereka yg dinasihat pakar perubatan yg boleh memudaratkan.

Saya mengajak mereka yg belum berkahwin,merenung perkara ini.Bila anda bersedia untuk berkahwin,sepatutnya kita telah bersedia menanggung apa yg terhasil dari perkahwinan,apa yg dianugerah Allah dariNya.Berkahwin itu ibadat,jangan jdkan kerana nafsu.Mereka yg berkahwin kerana nafsulah akhirnya porak peranda,bila tuntutan nafsu tidak dapat dipenuhi.Kepada mereka yg terlanjur terikut nafsu,yg masih tiada anak,saya mengajak muhasabah diri,ada tidak terlintas dihati dulu seperti kisah di atas,bertaubatlah,mohon keampunan kpd Allah dg sesungguhnya,disamping ikhtiar yg lain.Akhirnya apa pun takdirNya,redolah.Cuma mereka yg tiada zuriat akan kehilangan suatu kelebihan setelah mati iaitu tiada anak yg mendoakan bagi mereka,tetapi Allah Maha Adil,tentu meteka ada kelebihan dari aspek lain sprt sedekah jariah dan menyampai ilmu yg bermanfaat.

Jangan berpegang anak anak ramai hidup susah,kerana janji Allah setiap mulut yg dijdkan,dijdkan rezeki baginya.Saya ada 9 anak,hidup tak susahpun.Kerjaya pun ok,saya sampai ppd,isteri pk hem dan bersara umur 50.Setiap anak jarak lebih kurang 2 tahun kerana semua menyusu ibu selama dua tahun seperti yg disarankan dlm agama.Susuan ibu saya rasa satu kaedah yg Allah buat sebagai perangcang keluarga,bila anak berhenti menyusu, baru datang anak yg baru.

Akhirnya rakan saya itu mendapat juga anak dua orang ketika usia pertengahan 30an.Setelah mendapat anak,dia membuka cerita, menggugur kandungan ketika awal berkahwin dulu,mrnelan pil pencegagan kehamilan.Bila kita rasa sesuatu hajat tidak kesampaian,jangan berfikir hanya kearah usaha yg kita buat sahaja,seperti dlm kontek ini berusaha dg cara perubatan.tetapi duduklah merenung dosa kita kpd Allah yg mungkin menghalang semua usaha.Tidak ada jalan lain melainkan memohon ampun.Anda mungkin ada alasan,ada hujah unyuk mempertahan apa yg anda buat,saya hanya ingin mengajak kita kembali berserah kpd Allah tentang ketentuan hidup,mengutamakan takdirNya dari mencipta takdir sendiri.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment