Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Wednesday, 9 December 2015

RM50 UNTUK ANAK BELAJAR DI LUAR NEGARA.

RM 50 UNTUK ANAK BELAJAR DI LUAR NEGARA. Melangkah ke ruangan mesin atm sebuah bank,saya terpandang seorang haji yang saya kenali sedang mendeposit wang.Berkali-kali saya lihat mesin menolak wang yang di masuk,lalu saya menegurnya untuk membantu.Note Rm 50 yg dimasukkannya saya lihat agak lusuh.Lalu saya minta wang tersebut dan memberi wang Rm50 yg ada pada saya dan saya tolong depositkan.Rupanya dia mendeposit untuk anaknya.Saya langsung bertanya,anaknya mengaji dimana,lalu dijawabnya,"Di Mesir cikgu.Dia minta duit kelmarin,saya ada semangga banyak tu saja,maklum padi dok hijau lagi.Pi mengaji dengan duit sendiri,tak dapat bantuan apa."Subhanallah! Wajahnya jelas risau dan sedih,matanya mula berair tetapi cepat pula dia menyapu dg jarinya..Bila dia menyebut padi masih hijau bermaksud dia bergantung kpd hasil padi utk biayai nak belajar .Ini satu dari beribu kepayahan ibubapa yg membiayai sendiri pengajian anak di timur tengah kerana demi agama.😣abdghaniharon😣 Balik ke rumah hari tu,saya masih memikirkan hal itu.Apalah yg anaknya dapat buat dg Rm 50?Perkataan semangga yg digunakannya yg bermaksud 'hanya sebanyak itu shj' jelas menunjukkan dia telah putus ikhtiar.Itulah pengorbanan seorang ayah utk memberi pendidikan anak, yg tersembunyi dari semua anak kerana mereka jauh dan mereka hanya tahu meminta.Beringatlah mereka yg menjadi pelajar,beringatlah mereka yg telah tamat belajar.Jangan berasa aku berjaya kerana kerja keras belajar bersungguh dg melupakan jerihpayah ayah berhujan panas,bermandi peluh untuk memenuhi permintaan anak untuk belanja.Sebulan ratusan ringgit bahkan ribuan utk ayah ibu bila bekerja tidaklah dapat menebus pengorbanan mereka,bahkan mereka bukan mengharap dibalas dg rm.Rafakkanlah budi yg luhur kpd mereka,itulah balasan yg diharapkan. Kita mengistihar negara kita negara Islam,tetapi universiti yg berkaitan Islam hanya sebuah,selebihnya hanya fakulti yg tak dapat menampung jumlah pelajar yg banyak.Dari sebelum merdeka,kita terpaksa pergi ke timur tengah untuk belajar,guna belanja sendiri.Sepatutnya kerajaan mewujudkan universiti sendiri khusus bidang agama utk menampung lebih ramai pelajar.Bila program J Qaf dilaksana oleh kementerian pelajaran dulu,masalah besar ialah kekurangan siswazah bidang agama hingga program tersebut tidak berjalan seperti sepatutnya,tetapi kita boleh tambah universiti yg berbagai utk ilmu dunia,sedangkan tidak juga ujud universiti khusus utk ilmu agama selain universiti islam antarabangsa yg penuntut terpalsa bersaing dg pelajar dari luar utk memasukinya.Kenapa tiada universiti yg seperti universiti Azhar dibuat disini sedangkan kita punya ramai ilmuan yg berupaya mengendalikannya,mengupgrade institusi pondok kpd universiti atau kolej.☺abdghaniharon Disebabkan perlunya sebahagian kita merantau jauh utk belajar ilmu agama kerana perlunya sebahagian dari kita mendalami ilmu agama seperti yg difirman dlm ayat 122 surah Taubah,maka menjadi tanggungjawab umat Islam membantu mereka dg sumbangan,zakat dan apa saja,agar mereka mencapai tujuan dan balik ke negara ini sebagai orang yg berilmu agama utk berkhidmat kpd masyarakat.Ada orang akan berkorban apa saja utk hantar anak belajar agama diluar negara kerana tiada ruang dinegara sendiri,ada pelajar sanggup merantau sejauh ini maka kita yg tidak sedemikian,ambillah peranan untuk menyokong mereka,moga Allah berikan kebaikan kpd kita semua. Bagaimanapun,janganlah pula mereka yg habis belajar,bila dah bekerja,duduk dirumah merasa cukup dg gaji yg diperolehi,tidak mahu berkhidmat di masjid,surau atau institusi lain utk menyebar ilmu dan dakwah.Jangan menuntut ilmu agama hanya untuk dibuat cari makan,sedangkan kita ada tanggungjawab yg lebih besar kpd umat Islam. Akhirnya,sehari selepas saya menemui haji ini,Allah datangkan kpd saya seorang rakan fb yg minta saya agihkan wang zakat utk asnaf ibn sabil sebanyak 3k,lalu saya agihkan wang zakat ini kpd pelajar kita di jordan dan mesir termasuk anak haji berkenaan.Sesunghuhnya Allah Maha Mendengar rintihan hambanya,lalu dibuka jalan yg tidak disangka-sangka.abdghaniharon

Thursday, 8 October 2015

TAK MAU SEGERA DAPAT ANAK

TAK MAHU SEGERA DAPAT ANAK

Seorang kawan rapat sekerja dulu pernah mengadu tidak mendapat anak setelah berumah tangga hampir tujuh tahun.Berbagai ikhtiar telah dibuat, cara kampung,cara moden,singseh,ayur veda hingga keluar negara. Walaupun saya tahu,soal anak itu anugerah Allah itu jawapan yg mudah,tetapi Allah menyuruh berusaha.Saya ada pandangan lain tetapi berat untuk menyuarakan.Bila suatu hari dia bertanya lagi kemungkinan usaha yg lain ,saya mengemukakan pandangan saya yg bukan lagi ikhtiar berubat tetapi melihat dosa lalu.Saya bertanya,"Ada tidak cikgu masa baru kahwin bersama suami berniat tak mahu dapat anak awal,berusaha untuk tidak pregnant.Ada tidak berniat nak dapat anak selepas beberapa tahun.Pernahkan cikgu gugurkan kandungan atau berusaha ke arahnya?Makan ubat perancang,ubat pencegahan hamil?"

Dia diam,tunduk.Bila dia mengangkat muka,air mata sudah berada dikelopak dan mengangguk perlahan.Allahuakbar!Dia seperti terus dapat membaca maksud pertanyaan itu walaupun saya belum memberi jawapan.Saya mengheret sesalannya dengan menyuruh dia bersama suami bertaubat,memohon ampun kepada Allah.Itulah ubat yg tidak perlu dicari dimanapun tetapi ada pada diri.Moga bila Allah mengampuni,lalu dimakbulkan doa mereka.Ini ibarat balasan Allah dari kemurkaanNya kerana menolak anugerah zuriat,campurtangan urusan Allah.Esakannya dimeja guru menyebabkan saya beralih meninggalkannya.

Orang muda yg baru berkahwin sering berpegang kpd masa muda kena enjoy.Kahwin jangan cepat dapat anak,susah nak kemana.Biarlah dua tiga tahun dulu,maka mereka beriktiarlah supaya tak dapat anak lagi.Mereka lupa, itu hak Allah.Bila mereka berusaha,Allah makbulkan dg kemurkaannya,maka terjadilah mereka tiada zuriat ketika mereka mengharapkan.Mereka ini lupa bahawa,Allah yg merancang hidup mereka,dan perancanganNya yg terlebih baik.Apakah mereka fikir mereka boleh mengatur bila nak dapat anak,atur jantinanya,atur kekerapannya.Itu amat melampaui kuasa Allah.

Berkahwin hakikatnya untuk menambah zuriat umat.Berkahwin itu bukan suka-suka,bukan kerana nafsu.Berkahwin itu suatu sunnah,suatu ibadat yg menganjak taraf manusia hingga ibadat solat orang berkahwin 27 darjat lebih tinggi dari dari orang bujang.Orang berkahwin saling membina pahala bila mereka bersama,kasih mengasihi.Mengelak dapat anak awal bersifat nafsu, ibarat mengheret ikatan perkahwinan ke tebing jurang yg dalam kerana antara suami isteri tiada ikatan yg kukuh dg kelahiran zuriat.Anak pengikat kasih.Ada juga yg berusaha untuk tidak dapat anak kerana kerjaya.Apa pun alasan untuk tidak dapat anak awal tentunya seolah berusaha mengatasi ketentuan Allah. Kecualilah mereka yg dinasihat pakar perubatan yg boleh memudaratkan.

Saya mengajak mereka yg belum berkahwin,merenung perkara ini.Bila anda bersedia untuk berkahwin,sepatutnya kita telah bersedia menanggung apa yg terhasil dari perkahwinan,apa yg dianugerah Allah dariNya.Berkahwin itu ibadat,jangan jdkan kerana nafsu.Mereka yg berkahwin kerana nafsulah akhirnya porak peranda,bila tuntutan nafsu tidak dapat dipenuhi.Kepada mereka yg terlanjur terikut nafsu,yg masih tiada anak,saya mengajak muhasabah diri,ada tidak terlintas dihati dulu seperti kisah di atas,bertaubatlah,mohon keampunan kpd Allah dg sesungguhnya,disamping ikhtiar yg lain.Akhirnya apa pun takdirNya,redolah.Cuma mereka yg tiada zuriat akan kehilangan suatu kelebihan setelah mati iaitu tiada anak yg mendoakan bagi mereka,tetapi Allah Maha Adil,tentu meteka ada kelebihan dari aspek lain sprt sedekah jariah dan menyampai ilmu yg bermanfaat.

Jangan berpegang anak anak ramai hidup susah,kerana janji Allah setiap mulut yg dijdkan,dijdkan rezeki baginya.Saya ada 9 anak,hidup tak susahpun.Kerjaya pun ok,saya sampai ppd,isteri pk hem dan bersara umur 50.Setiap anak jarak lebih kurang 2 tahun kerana semua menyusu ibu selama dua tahun seperti yg disarankan dlm agama.Susuan ibu saya rasa satu kaedah yg Allah buat sebagai perangcang keluarga,bila anak berhenti menyusu, baru datang anak yg baru.

Akhirnya rakan saya itu mendapat juga anak dua orang ketika usia pertengahan 30an.Setelah mendapat anak,dia membuka cerita, menggugur kandungan ketika awal berkahwin dulu,mrnelan pil pencegagan kehamilan.Bila kita rasa sesuatu hajat tidak kesampaian,jangan berfikir hanya kearah usaha yg kita buat sahaja,seperti dlm kontek ini berusaha dg cara perubatan.tetapi duduklah merenung dosa kita kpd Allah yg mungkin menghalang semua usaha.Tidak ada jalan lain melainkan memohon ampun.Anda mungkin ada alasan,ada hujah unyuk mempertahan apa yg anda buat,saya hanya ingin mengajak kita kembali berserah kpd Allah tentang ketentuan hidup,mengutamakan takdirNya dari mencipta takdir sendiri.abdghaniharon

Sunday, 21 June 2015

APAKAH SOALAN WAJIB PADA ANAKMU SETIAP HARI

APAKAH SOALAN WAJIB PADA ANAKMU SETIAP HARI?

Selepas solat Isyak malam itu,emak duduk merenung dan mengimbas kata-kata tok tadi.Kelopak mata mula berisi air.Selepas solat Magrib tadi,dia menefon anak di Kuala Lumpur yg masih belajar,tok baru melangkah masuk ruang tamu dan duduk berhadapannya.Bila telefon diangkat.Tipah memulakan bicara dg bertanya sihat tidaknya,dah makan ke belum,duit masih ada ka,bertanya hal motor,hal pengajian,hal kawan- kawan.Akhirnya Tipah menamatkan perbualan dg pesan,"Tidur awal,esok nak ke kelas lagi.".

Sebaik dia menamat perbualan,tok bersuara,"Aku tak dengar pun soalan sudah solat maghribkah.Solat dimana,tak ke surau atau masjid?.Soalan itu lebih utama kerana kamu akan ditanya di akhirat,tetapi soalan lain hanya untuk melegakan hati kita sahaja,dan akan habis pada dunia ini.."
Airmata keinsafan dari kata tok yg jarang bersuara itu mula membasahi pipi bila memikir dia tidak pernah bertanya soalan itu kpd anaknya selama ini.


Kita selalu terkeliru yang mana lebih utama,perlu jadi priority.Dalam konteks anak,soalan solat itu letaknya paling atas dan wajib ditanya,bukan soal makan,sihat tidaknya,soalan lain..Jika non muslim soalanya bila berjumpa,'dah makan' mungkin muslim khusus pada anak yg menjd tanggungjawab ibubapa,soalan solat itu wajib dan didahulukan.Pada saya,soalan dah solat kpd rakan juga sesuai sebagai peringatan secara spontan dan dakwah secara tidak langsung.

Anak yg tinggal bersama telah wajiblab disuruh bersolat,bahkan dipukul bila berumur 10 tahun,diturut kepadang permainan supaya balik bersolat maghrib,letakkan syarat bila beri kebenaran keluar agar tidak meninggalkan solat.Bila anak nak keluar rumah utk shopping atau lainnya,pesanan paling utama bukan jaga diri,tetapi jangan tinggal solat,bersolatlah disurau pusat beli belah dsbnya.Anak pergi camping,mancing,kerabat gunung,tengok bola.....pesanlah tentang solatnya.

Jika anak jauh diperantauan,telefonlah utk mengingatkan hal solat.Itu lebih utama,dan menjadi saksi bahawa kita mengambil berat hal solat anak anak.Bil telefon kerana tujuan ini akan menjd saksi kpd kita diakhirat kelak,susahpayah dan pengorbanan ini moga Allah balas dg kelembutan hati kpd anak dan ganjaran yg baik.Bahkan jika anak diluar negara,hantarlah massage,call,wassap utk memperingatkan solat Anak saya yg jauh diperantauan bila di telefon dan tanya dah solat ka tidak, berkata "Looooo abah telefon nak tanya tuuuu saja."Ini latihan dan penekanan yg baik kpd anak utk mengutamakan solat. .Jika tuhan menyuruh azan 5 kali sehari utk mengingatkan seluruh manusia bersolat,ingatkanlah anak anak tentang solat kerana ibubpanya akan ditanya.Utamakan solat dlm pesanan melebihi yg lain kpd anak.ABD GHANI HARON(copy paste dg meninggalkan nama penulis difatwa haram oleh majlis fatwa Mesir.Share jalan terbaik tak perlu izin)

Wednesday, 13 May 2015

MELEPAS ANAK DI PADANG PERMAINAN

MELEPAS ANAK DI PADANG PERMAINAN

Seketika dulu,saya biasa membawa anak ke Tambun Lost World.Selepas melepasi pintu utama,saya memulakan arahan dan pesanan.Jaga diri , ikut peraturan yg ditentukan, pakaian ditentukan, makan ditentukan dan diberi bekal, wang,jangan buat itu ini,jangan tinggal itu ini,jelajahlah tempat ini yg disukai.Masuk waktu solat,berhenti solat,beri bantuan jika diperlukan .Kalau perlu bantuan,bertanyalah, dan berbagsi hal lagi.Akhirnya diperingatkan,abah akan datang ambil petang nanti.Mereka cepat menghilang dlm kesibukan.

Bila petang saya datang,suka tak suka,kena balik,walau ada yg meronta,ada yg bermuka masam kerana masih seronok nak bermain..Didalam kereta,saya akan mula bertanya,memeriksa apakah suruhan dan larangannya semua dipatuhi,hinggalah ke rumah.Pujian dan ganjaran diberi kpd anak yg patuh,hukuman pun dijatuhkan kpd yg tidak patuh.

Anda mungkin juga biasa melakukan begini,mungkin ditempat lain.Secara tidak sedar,keadaan ini hampir menyamai hakikat hidup kita di dunia ini.
Allah melepaskan kita didunia ini dg berbagai pesanan, tegahan dan suruhan, nanti Dia akan memanggil pulang,tetapi apakah kita beringat.Kita kebanyakan lalai kerana kita ditinggalkan terlalu lama di taman permainan didunia.Jika tuhan memanggil sejak awal,mungkin kealpaan tak sebanyak mana.Bila lama menjelajah dunia,menikmati berbagai keseronokan,yg makin bertambah,makin lupalah kita bahawa kita akan dipanggil balik,hingga tercacat terluka,baru mengingat jalan pulang.Berapa banyak larangan telah abaikan,berapa banyak suruhan telah ditunaikan,berapa banyak bekal telah dihabiskan.

Pun begitu,ramai yg tak bersedia utk dipanggil balik,bila dijemput,terbelalak mata mereka.Bertuahlah mereka yg diturut,diseru,diajak,diperingat utk kembali,tetapi ramai yg diperingatkan pun terus memekak telinga,buat tak tahu saja.Kita bagaimana,sudah bersedia untuk dipanggil kembali terutama yg harinya hampir senja,matahari telah kemerahan di ufuk barat.
ABD GHANI HARON


Monday, 27 April 2015

ANTARA YANG DIRIBA DAN YANG DI SISI

ANTARA YANG DI RIBA DENGAN YANG DISISI
(Disiar semula dg sedikit suntingan)
Anda mungkin pernah merasa atau melihat ibubapa yg memelihara anak anak yg kadangkala memberi layanan berbeza antara yg sulong dg yg bongsu,yg lelaki dg yg perempuan,yg cerdik dg yg kurang,yg oku dg yg sempurna.Kali ini saya nak perturunkan hadis riwayat Anas bin Malik mengenai layanan terhadap anak,katanya, "Pada suatu hari ketika seorang lelaki duduk dg Rasulullah,tiba-tiba datang anak lelakinya lalu dia menciumnya dan didudukkan di ribanya.Tak lama kemudian datang pula anak perempuannya,lalu didudukkan disampingnya.Nabi yg melihat hal ini bersabda,"Kamu tidak adil kepada anakmu."(Riwayat Baihaqi)

Jika sekedar berbeza layanan mencium dan duduk di riba dg duduk disamping pun ditegur oleh Rasulullah,maka mungkin pada kita banyak lagi ketidakadilan kpd anak-anak yg dilakukan tanpa sedar atau sedar.Anak yg cerdik dipuji,yg kurang cerdik diherdik dicaci,yg perempuan dibeli itu ini,yg lelaki dibiar bermain lumpur,yg berjawatan dibangga,yg kerja boroh,dicebek mulut,yg cantik,yg come,dibawa ke majlis,dipapar di fb,yg sedikit hodoh,tak sempurna ditinggal dirumah,berat hati nak snap camera,sedangkan semua anak adalah kurniaan tuhan.Siapa pun tidak tahu ketentuan nasibnya.Subhanallah!

Bila anak memprotes berebut dg saudara lain itu antara ciri ketidakadilan.Dg demikian ada ibubapa membeli pakaian yg serupa,memberi pilihan tempat duduk dikereta,pilihan memilih makanan direstoren dll.Berhati-hatilah.Saya faham perkara adil kpd anak adalah sukar terutama yg ramai anak,tetapi tanganilah agar mereka tidak masam perasaan,fahamkan mereka,dengar hujah dan permintaan serta bantahan mereka,sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui.Yg penting jangan menunjukkan ciri ketidakadilan yg jelas.

Telah banyak teladan kita melihat anak yg disanjung kerana bijak dlm pelajaran,cantik,akhirnya tidak peduli ibubapa yg tua bila berjawatan besar,sedangkan anak yg kurang cerdik,akhirnya tinggal dg ibubapa yg tua dan memelihara mereka.Itu balasan tuhan, sindiran tuhan kpd ketidakadilan kita dahulu kpd anak. Bahkan ada anak yg dihantar mengaji pondok kerana tak dpt 5A dlm UPSR(dg sindiran hang pi jd lebai pondok sudahlah) akhirnya menjadi penyejuk mata ayah bonda,dan ketika solat jenazah ibu bapanya,dia yg mengimamkannya,sedanngkan anak yg dibangga hanya menunggu dikubur dg cangkul ditangan untuk menimbus tanah kubur ibubapanya.Allahuakbar.

Saya cuma ingin mengajak anda semua menoleh kebelakang melihat kembali layanan kpd anak utk membetulkan kesilapan agar hadis ini dipatuhi.Kpd mereka yg akan ada anak, beringatlah utk berlaku adil meskipun pada kadar ciuman sayang dan antara yg diriba dg yg didudukkan disisi.Isk,isk,isk !
ABD GHANI HARON

Saturday, 28 March 2015

PENYESALAN SEORANG AYAH DI PENGHUJUNG USIA

PENYESALAN SEORANG AYAH DIPENGHUJUNG USIA( Satu pengalaman)
Saya terjumpa artikel saya 2013 semasa nak upload semula ke blog http://abdghani1202.blogspot.com/ .Saya siar kembali kisah ini utk teladan bagi mereka yg tak pernah membacanya.
Saya pesakit kegagalan buah pinggang dan perlu dailisis 3kali seminggu di hospital swasta Metro.Suatu hari saya berjemaah dg seorang tua yg saya rasa pesawah,semasa menunggu giliran dailisis di surau hospital.Dia memberitahu dia juga tunggu giliran.Terkejut saya kerana kos dailisis tinggi Rm200 sekali,sebulan Rm 2650 termasuk suntikan recomon,setahun Rm 31800.Bila saya tanya adakah dia pencen kerajaan ,dia menidakkan.Bila saya tanya,macam mana dia membayarnya,dia tunduk dan mula nampak titisan airmata deras mengalir diwajah tuanya.

Dia berkata dg nada separuh sebak,dia ada 4 anak.Tiga orang dari mereka sangat cerdik dan belajar di asrama penuh.Anak yang bongsu lembab dlm pembelajaran,upsr dapat 4C,pmr lulus cukup makan,Spm langsung tak ada gred.Dia selalu memarahinya,mengherdik,memukul dan menyalahkannya kerana tidak seperti abang dan kakaknya.Maki hamun bertali arus. Dia merasa anak ini tidak berguna dan bakal menyusahlannya.Masa berlalu.Tiga orang anaknya yg dibangga menjadi jurutera di industri swasta,manakala anak bongsu yg lemmah dlm pelajaran menjadi pelayan pejabat di sekolah setelah gagal spm.

Beberapa masa berlalu,dia disahkan rosak buah pinggang dan perlu dailisis dg kos tinggi.Anaknya yg berjawatan besar diharap membantunya,tetapi bila kos tahunan lebih 30k,mereka sendiri mula menyatakan ketidakmampuan.Dia tidak langsung bertanya anak bongsu kerana gajinya cukup makan saja.Selang beberapa hari.anak bongsu ini telah membawa bapanya ke Hospital Pakar Metro. utk buat dailisis.Dia terkejut dan bagai tak percaya.Anaknya menyatakan kerajaan membayar kos rawatan bapanya kerana anaknya pegawai kerajaan walaupun hanya sekadar pelayan pejabat.Mulai hari iyu,selang sehari dia dihantar oleh anak bongsunya ke Metro.

Orang tua itu benar benar menyesal kerana anak yg menjadi sisa sumpah seranahnya,yg dikata tak berguna dan menyusahkan,kini menjadi penyelamat dan penyambung hidupnya.Sedangkan anak yg dibamgga langsung tidak berupaya.Bila saya bisik kpdnya,kos membiayai rawatan pakcik tiga kali ganda lebih dari gaji anak bongsunya,dia langsung sebak dan rebah dibahu saya.Ratapannya jelas dia menyesal,dia menyalahkan tuhan kerana memberi anak yg tidak cetdik sedangkan tuhan merancang bahawa anak itulah yg akan berbakti kpdnya.Saya pulak diheret untuk menangis bersamanya.

TELADANNYA :Jangan buruk sangka pada tuhan.jangan kecewa dg anugerah tuhan.Tuhan berfirman'Setiap mulut yg aku jadikan,Aku jadikan rezeki baginya.'Tuhan merancang bukan utk sehari dua tetapi seumur hidup.Bukan kita menentukan masa depan anak,bukan kita menentukan jaya tidaknya dia.Bukan cerdik,bukan sempurna tubuh badan,bukan putih hitamnya yg menentukan kebahgiaan seorang anak,tetapi bagaimana akhirnya dia berbuat baik kpd ibubapa dan menjd insan beriman menentukan segakanya..Bersyukurlah dg apa yg dianugerahkan kpd kita.
ABD GHANI HARON