Thursday, 3 December 2015

KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH

KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH Memerah fikiran dari kelmarin hingga membawa ke awal pagi,saya masih tidak menemui apa yg nak ditulis hari ini.Sedapatnya saya ingin menulis setiap hari.Akhirnya saya menemui satu kesimpulan bahawa kita tidak akan memperolehi semua perkara yg kita ingini kerana jika kita boleh melaksana semua perkara yg kita ingini,itu membawa kpd sifat kesempurnaan,sedangkan yg sempurna hanya milik Allah.Kita tetap mempunyai sifat lemah,sebagai makluk yg dicipta Allah.Jika ada orang yg berkata ia tidak pernah gagal,itu satu dusta,jika ada orang berkata aku tidak mahu gagal,itu satu kesombongan.Terimalah hakikat,kita tetap tidak sempurna. Suatu masa saya pernah bercerita dg Hj Awang,seorang yg wara',mengenai program saya yg gagal.Dia hanya senyum dan berkata,"Kegagalan itu menjadikan kita makhluk,kembali kpd kpd sifat makluk yg tidak sempurna.Jangan sedih,bahkan bersyukurlah kerana itu juga takdir Allah. Ingatlah bahawa kita tidak sempurna,kita akan temui kegagalan suatu hari,kita tetap ada kelemahan,dan kita kena redo orang lain juga ada kelemahan yg menepati sifat makhluk yg tidak sempurna.Bersabarlah,dan berlapang dadalah." Yang sempurna hanya Allah,dan dia tunggal,satu shj.Sedangkan yg lain yg diciptanya semuanya berpasang,saling memerlukan,saling melengkapkan kerana ketidaksempurnaan mereka.Secantikmana manusia,ada celanya,sekuat mana manusia,ada lemahnya,secerdik mana manusia,ada yg tidak diketahuinya. Maka jangan bersedih bila gagal,bila tidak mendapat apa yg diingini,kembalilah kpd Allah.Bila melihat kelemahan orang, terimalah hakikat bahawa kita semua tidak sempurna, berlapang dadalah,bertolak ansurlah.Menerima kegagalan,kekurangan,ketidaksempurnaan bermakna kita akur bahawa kita adalah makluk,kita akur bahawa yg sempurna hanya Allah.Bila gagal,itu memenuhi sifat manusia. Bahawa Allah sengaja mencipta ketidaksempurnaan sifat kpd kita untuk manusia menginsafi diri.Kesempurnaan hanya milik Allah.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment