Friday, 11 December 2015

MENYAPA GELAMA PIPI MERAH DI ALAM MAYA

MENYAPA GELAMA PIPI MERAH DI ALAM MAYA "Kita dipisah laut dan pantai,pagar dan dinding,jarak dan hukum,suatu hari nanti mungkin kita akan terbang bersama". Itulah antara ayat yg ditemui dalam whatsapp suami saya yg saya curi tengok ketika dia dlm bilik air." Cerita seorang surirumah kpd saya dalam meminta nasihat mengenai masalah suaminya yg berwhatsapp dg isteri orang. Masalah kemajuan perhubungan dlm meruntuhkan rumahtangga semakin hari semakin serius,cuma tidak didedah,yg kita lihat akhirnya kadar perceraian makin meningkat.Bukan salah teknologi, kerana ilmu semuanya dari Allah utk kesejahteraan manusia,tetapi manusialah memilih untuk memanfaatkannya atau menyalahgunakannya.Sebuah telefon pintar boleh membina masjid tetapi boleh menjd fitnah kpd agama,boleh menjalin ukhwah tetapi boleh juga memecah belah,boleh membawa pemiliknya ke syurga atau juga ke neraka,semua terletak pada yg menggunakannya. Anda lebih tahu yg mana baik yg mana buruk.Saya kadar mengingatkan.Para suami,dlm menyapa gelama pipi merah di alam maya,ingatlah diri kita,tanggungjawab dan taraf kita.Jangan bermain api,nanti membakar diri.Orang yg dah berumahtangga ibarat bara api,jika dibiar dia akan terus jadi bara,jika dihembus berulangkali,ia akan menyala,maka dalam meneroka alam maya,sapaan biarlah ikhlas,bukan madah penuh berhelah,umpan berkail bersalut madu.Ingatlah nafsu tidak pernah tua,yg tuanya diri kita,tetapi jgn juga jadi tua keladi,tetapi jadilah tuanya padi, makin tua makin tunduk berisi.Malulah kpd anak isteri dan yg lebih utama malulah kpd Allah. Kpd para isteri,teknologi seolah membebaskan semua orang ke alam maya.Seorang isteri tidak lagi terperok di rumah pada hakikatnya. Ingatlah bila Islam melarang isteti keluar rumah tanpa kebenaran suami,kecuali keperluan hidup,walaupun larangan itu nampaknya bersifat fizikal,isteri yg solehah sepatutnya mengambilkira juga hal ini.Tidak salah meneroka ilmu,mendapat perkhabaran,menjalin ukhwah sesama wanita,menjalin silaturrahim,menyeru yg makruf,menegah yg mungkar tetapi jangan menyapa sebarang orang di alam maya khususnya yg berbeza jantina,melainkan atas niat yg baik dan terkawal.Jika Islam melarang sebarang bentuk godaan fizikal seperti pandangan,senyuman,liuk lentok, maka begitu juga soal godaan dialam maya.Gaya bahasa,gurau senda,gambar dsbnya tetap menjadi jarum halus syaitan utk menyuntik racun pada rumahtangga. Kpd yg bujang,ingatlah pemuda yg baik adalah mereka yg menunduk pandangan,yg takut kpd Allah,pemudi yg baik adalah yg memelihara kesucian diri,memelihar agamanya. Bila telefon di tangan,tiada siapa yg nampak,tiada siapa yg boleh menyekat,ditangan kitalah memilih utk menjadikannya laluan kesyurga atau ke neraka.Dua malaikat yg disisi tetap tidak akan leka mencatat tiap sentuhan jari anda dan jari itulah akan memetik buah disyurga atau dibakar hangus di neraka.Kemajuan teknologi ini menjadikan syaitan lebih mudah kerjanya mengheret manusia bersamanya kerana maksiat dan kejahatan boleh dibuat tanpa keluar dari rumah, tidak seperti zaman Abu Jah dan Abu Lahab dahulu,tapi dosanya mungkin sebesar itu juga.Namun teknologi juga membolehkan kita melaung kebaikan,menyeru kpd kebenaran seluas isi dunia ini,melebihi suara para nabi, menakluk ruang lebih luas dari Iskandar Zulkarnain,tetapi semua terletak kpd diri kita,nak merebutnya atau nak melihatnya shj.😆abdghaniharon😆 Akhirnya wahai para suami,isteri dan seluruh muslimin muslimat, marilah kita semua memanfaatkan apa yg kita miliki,dlm kontek tulisan ini alat perhubungan, kpd jalan mentaati Allah.Kita akan kembali kepadaNya,kita akan ditanya.Keseromokan dunia ini akan tamat juga.Buat suami yg dok berhubung dg bini orang, berhentilah,pandanglah anak bini yg telah diamanahkan oleh Allah,buat isteri dok menjengok laki orang, jengoklah sekitar rumah sendiri.Bukankah lebih baik memperbaiki tumah sendiri yg sedia ada dari meruntuh dan membina semula yg belum tentu lebih sempurna.Memang tabiat manusia,suka pada apa yg orang miliki,sedangkan yg ada pada kita lebih baik.abdghaniharon Sharelah,mungkin boleh menjadi teguran secara tidak langsung,moga menjadi saksi dihari akhirat kelak kita pernah menegur,walau dg artikel yg pendek ini kerana nak tegur cara terus takut berkelahi pula.Yg terima artikel ni,mau sendiri faham,jangan marah yg share,marah penulisnya!,jika nak terasa nak marah.

1 comment:

  1. As slm alaikum tuan, Alhamdulillah, baru semalam Allah telah menemukan saya dengan blog tuan. Ini adalah kali pertama saya membacanya dan saya sangat menyukai setiap penulisan tuan kerana terdapat ketelusan & kejujuran di situ. Saya berharap supaya tuan janganlah berhenti menulis sehingga akhir hayat. Saya percaya bahawa tuan menulis untuk kebaikan. Semoga Allah SWT suka di atas apa yang tuan lakukan dan tuan mendapat tempat di sisiNya. Semoga Allah SWT melimpahkan segala kebaikan kepada tuan & keluarga, dunia & akhirat terutamanya. Aamiin.

    ReplyDelete