Friday, 25 December 2015

KITA HANYA MELIHAT WAKTU PADA JAM

KITA HANYA MELIHAT WAKTU PADA JAM Seorang mutawif dlm program umrah menyebut,"Kita selalu melihat jam hanya untuk mengetahui waktu,tetapi kita tak pernah ambil tahu bentuk jam,warna,guna huruf roman atau nombor, jenamanya dan sebagainya.Kita selalu melihat jam untuk capai maksud sahaja iaitu untuk tahu waktu..Kita tak ambil tahu perkara sekeliling jam itu."Apa yg nak dimaksud dari bandingan ini ialah kita selalu menumpu kepada tujuan sesuatu dilakukan,tetapi tidak mengambil peluang perkara sampingan dikeliling perkara tersebut.Jom kita tengok contoh ini dlm hidup. Bila kita pergi makan kenduri,kita sentiasa berfikir soal makanan yg disediakan,ada makanan sampingan ke tidak,tuan rumah pun bertanya,dah makan atau belum,orang yg kita jumpa pun demikian,kerana makan jadi tujuan.Kita lupa nak bertegur sapa utk merebut peluang berkenalan, menjalin silaturrahim yg besar pahalanya,lebih teruk bila jamuan dibuat secara layan diri,menyebabkan semua orang lebih fikir dirinya dari berinteraksi dg orang lain.Banyak orang lupa dan tak rebut peluang mengucapkan tahniah dan doa kpd pengantin sedangkan itu adalah sunnah. Tercapai niat utk makan kenduri,disia-siakan peluang lainnya yg datang depan mata.Kita balik membawa perut yg berisi. Bila pergi ke masjid untuk solat jumaat,kita betul betul ikut kelaziman dengar qutbah dan sembahyang jumaat.Tidak diambil kesempatan utk beriktikaf, baca quran,bersolat sunat,berzikir,melakukan sesuatu khidmat pada masjid,bersedekah,bertegursapa dsbnya.Bila hadir solat jemaah,ada orang hanya datang dan bersolat,kemudian balik.Peluang ibadat lain yg ujud kerana solat jemaah itu dilupakan kerana menumpu kpd tujuan.Bukan salah,bahkan dapat pahala tetapi dpt pahala sedikit sedangkan kita boleh mengaut pahala lebih dg amalan sampingan yg lain. Bila orang pergi umrah,mereka hanya fikir nak berumrah shj.Dengan itu ada orang tak tahu nak buat apa semasa diluar urusan umrah,pergi solat meneru-neru dan balik.Tak boleh nak duduk lama dlm masjid beriktikaf,bersolat sunat,membaca quran,berzikir,bersedekah dll kerana matlamat hanya umrah dan amalan sampingan itu tidak menjadi kebiasaan.Sedangkan nabi menyebut "umrah kpd umrah,menghapus dosa antara keduanya",itulah ganjaran umrah.Dg itu buat sekali dua cukuplah,tetapi lebihkan masa beriktikaf,membaca quran,bersolat sunat,kerana itu ganjaran lebih berpanjangan dan besar.Kebanyakan orang keliru dg tujuan,terlalu menumpu kpdnya hingga lupa yg disamping kekadang lebih besar ganjarannya.Umrah ada gabjarannya,tetapi kesempatan berada di dua masjid ini lebih besar ganjarannya jika kita mahu merebutnya.Sama juga dg kenduri, beri makan itu ada gabjarannya,tetapi menjalin ukhwah dan silaturrahim dari kenduri itu lenih besar dan luas ganjarannya.😯abdghaniharon☺ Tiap hari kita pergi kerja dg tujuan untuk dapat rezeki,utk bela anak bini.Ini tujuan utama dan kita capai tiap bulan dg gaji yg diperolehi.Tetapi kita mungkin terlupa perkara ganjaran sampingannya seperti jadilah orang yg amanah pada tugas,tepat waktu,tidak mengambil kesempatan, memudahkan,ambil kesempatan untuk berbuat baik,menjalin ukhwah,menyebar dakwah, menegah mungkar,memberi senyuman,memenuhi permintaan orang,menyelesai masalah dll yg diniat kerana Allah,maka seharian bekerja bergunung ganjaran berbanding gaji sehari yg mungkin beratus rm sahaja.Matlamat utk dpt rezeki tercapai,biarlah ganjaran sampingan turut tercapai.Bukankah ini lebih baik.Cuba renungkan,betapa kita mensia-siakan peluang,mungkin kita telah buat petkara sampingan itu,tetapi terlupa berniat kerana Allah,sebaliknya berniat kerana kerja,maka tercapai matlamat kerja terapi tidak menjadi kebajikan. Saya nak ajak anda berhenti sejenak utk memikir hal ini.Ada banyak hal kita hanya memikir tujuannya tetapi terlupa perkara sampingan.Jika nak kedai pun,rebutlah peluang memberi sakam dijalan,membuang halangan walau kecil,senyum pada mereka yg ditemui sbg sedekah,berkata yg baik,bertanya khabar,memberi laluan,menumpangkan seseorang dsbnya.Sebungkus barang tetap diperolehi dari kedai,tetapi mungkin sebukit ganjaran telah dijanji diakhirat nanti dari perjalanan untuk membeli barang tersebut.abdghaniharon (menulis dari Madinah)

No comments:

Post a Comment