Friday, 25 December 2015
SATU EPISOD DUKA SEORANG ISTERI
SATU EPISOD DUKA SEORANG ISTERI
Ketika mengagih bantuan bulanan makanan asas kepada keluarga yatim dalam qariah saya minggu lepas,saya didatangi seorang wanita berusia 40an.Dia mengaku tidak memiliki anak,tetapi hidup sebatang kara dirumah sewa kerana ditinggalkan suami.Dia berasal dari Klang, berkahwin,ikut suami dan tinggal dirumah sewa dekat pekan.Suaminya telah menghilang diri.Saya memberi kepadanya beras,minyak,tepung dan gula.Sedih melihatnya.
Kelmarin dia menghubungi saya lagi minta tambang untuk balik ke Bukit Raja,Klang, kerana ada saudara disana.Dia telah tidak apa-apa disini,keseorangan.Saya membeli tiket bas dan menyuruh anak saya menghantar ke stesen bas dan dibekal sedikit duit utk belanja.Lafaz syukurnya berulang dengan esakan tangis.Moga dia dapat memula hidup baru di sana.Saya menggunakan peruntukan wang projek sedekah jariah dari rakan fb untuk membantu wanita ini.
Satu dari kisah sedih seorang yg bergelar wanita dan isteri,yg banyaknya tersembunyi disebalik sebuah rumahtangga, yg ibarat habis manis sepah dibuang.Satu episod duka kisah isteri yg diperlakukan bagai abdi,dibeli bila perlu,ditinggal bila ada dahan baru.Lebih dasyat ada isteri yg menjd ibarat hamba sahaya yg membanting tulang utk tuannya,suaminya, jika salah dipukul sesuka hati,mengadu di mahkamah syariah,buat tambah beban bukan meringankannya.Jika isteri yg buat perangai,mudah saja,ceraikan kerana kuasa cerai ditangan suami,tetapi bila suami yg buat perangai,si isteri tiada kuasa apa,yg ada pun mahkamah syariah yg rata-rata menceritakan keperitan berurusan,kerenah birokrasi, tangguh menangguh dsbnya.Dengan itu kita seolah melihat seperti wanita berkahwin bagai tidak memiliki apa-apa untuk melindungi hidupnya,bila diserah dirinya oleh walinya kpd seorang lelaki.Hakikatnya,bila akad diucap,maka suami itu sebenarnya berjanji dg Allah,bukan dg tok kadi,dg juru nikah, itulah tukaran kpd diri seorang wanita,tetapi mereka mengabai janji mereka.
Jodoh pertemuan itu ditangan Allah.Amanah besar terletak kpd suami dan mereka akan ditanya diakhirat.Isteri hanya perlu taat pada suami,menjaga kesucian diri,melaksana ibadat wajib.Mohonlah kepada Allah diberikan jodoh suami yg amanah,yg beriman,bukan soal handsome dan sasanya.Jika telah berkahwin,rafakkanlah doa yg berterusan agar suami menjadi seorang yg amanah,yg beriman,kerana itu lebih besar dari meminta ditambah rezeki.Jika telah mendapat suami yg baik,selalulah merafak rasa syukur,mohon di kekalkan keimanannya.Jangan selalu merungut kelemahan yg sedikit pada suami,kerana kita mungkin berada dlm situasi jauh lebih baik berbanding orang lain.
Hakikatnya dalam hidup kita mohon yg terbaik dari Allah dg doa,jika kita terasa kita berada dlm nikmatnya,dlm kesejahteraan,kita kena rafakkan rasa syukur.Jadi kita sentiada berada dlm situasi berdoa atau bersyukur.Mereka yg tidak berdoa adalah orang angkuh,mereka yg tidak bersyukur adalah orang yg sombong.Mereka yg tidak berdoa dan bersyukur adalah insan yg rendah iman.abdghaniharon
Labels:
Isteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment