Friday 25 December 2015

UTAMAKANLAH YANG RUKUN

UTAMAKANLAH YANG RUKUN Dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah setelah berniat umrah di Bir Ali,mutawif telah mengajak jemaah mengucapkan talbiah labbaikallah hummalabbaik....Setelah itu beliau memaksa semua lelaki pergi seorang seorang ke depan bas,memimpin ucapan ini dg mike.Lintang pukang sebutan,tertinggal perkataan,salah sebutan dsbnya,mungkin kerana tidak biasa,tidak fasih,tidak tahu.Bahkan satu pakcik sampai kesudah tak boleh sebut labbai kala syari kalakalakbaik.Saya menolak,bukan kerana saya tak tahu tetapi saya rasa salah memaksa orang buat yg sunat yg membawa jatuh maruahnya,apa tidaknya kerana dlm bas ada perempusn dan kanak-kanak.Kita kekadang terkeliru yg wajib dg yg sunat,lafaz itu hanyalah sunat,tak sebut tak apa. Bila paksa orang,ada yg termalu kerana bukan semua orang boleh memimpin bacaan,memimpin talbiah.Menjaga maruah orang itu wajib,jangan diwajibkan sesuatu yg sunat..Masa beribadat bukan masa latihan,mencuba.Perkara begini sering berlaku dlm kursus.Ambillah pengajaran. Ada beberapa contoh lagi kekeliruan antara sunat dan wajib dlm ibadat.Ada orang bertanya,masa imam baca surah fatihah,adakah wajib kita dengar atau kita baca doa iftitah.Semasa imam baca surah,mana lebih dituntut mendengar imam atau membaca surah fatihah.Jawapannya, jika imam telah mula baca surah fatihah,kita wajib dengar bukan dok sibok baca doa iftitah kerana hukum diam mendengar quran dibacakan itu wajib berbandi g kita buat yg sunat membaca doa iftitah.Jika imam membaca surah,sedangkan kita belum selesai baca fatihah maka kita kena baca surah fatihah dari mendengar imam baca surah,kerana baca fatihah itu rukun solat,kecuali kita sudah habis baca fatihah.Sebab itu dlm solat berjemaah, tumpu kpd mendengar bacaan surah fatihah oleh imam jika imam telah mula membacanya,tinggalkan doa iftitah. Tumpukan bacaan fatihah kita sendiri,jika belum selesai,daripada mendengar bacaan surah oleh imam. Dalam umrah orang bertanya,perlukah diniat lagi utk tawaf dan saie setelah berniat ihram.Sebenarnya tawaf dan saie adalah rukun umrah,maka bila dah berniat umrah,tawaf dan saie termasuk dlm rukunnya,maka pada dasarnya tak perlu niat lagi untuk tawaf dan saie.Bandingannya ialah jika kita niat bersolat,kita tak perlu lagi berniat pada rukun solat seperti rukuk,sujud,tahiyat dan rukun lain kerana semuanya termasuk dlm niat solat.Begitulah juga dlm ibadat yg lain,jangan rumitkan, serabutkan. Begitulah juga kita suka merumitkan ibadat dg perkara sampingan seperti solat jenazah dg doa yg meleret sedangkan rukunnya amat ringkas.Ini menjadikan orang muda dan baru belajar terasa susah.Rukun nikah juga yg diberatkan dg kaedah jawapan,ayat dan kata yg tetap,kena serentak dg goyang tangantok imam dsbnya.Berbaliklah kpd perkara pokok dan asas.Permudahkanlah.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment