Wednesday, 9 December 2015

RM50 UNTUK ANAK BELAJAR DI LUAR NEGARA.

RM 50 UNTUK ANAK BELAJAR DI LUAR NEGARA. Melangkah ke ruangan mesin atm sebuah bank,saya terpandang seorang haji yang saya kenali sedang mendeposit wang.Berkali-kali saya lihat mesin menolak wang yang di masuk,lalu saya menegurnya untuk membantu.Note Rm 50 yg dimasukkannya saya lihat agak lusuh.Lalu saya minta wang tersebut dan memberi wang Rm50 yg ada pada saya dan saya tolong depositkan.Rupanya dia mendeposit untuk anaknya.Saya langsung bertanya,anaknya mengaji dimana,lalu dijawabnya,"Di Mesir cikgu.Dia minta duit kelmarin,saya ada semangga banyak tu saja,maklum padi dok hijau lagi.Pi mengaji dengan duit sendiri,tak dapat bantuan apa."Subhanallah! Wajahnya jelas risau dan sedih,matanya mula berair tetapi cepat pula dia menyapu dg jarinya..Bila dia menyebut padi masih hijau bermaksud dia bergantung kpd hasil padi utk biayai nak belajar .Ini satu dari beribu kepayahan ibubapa yg membiayai sendiri pengajian anak di timur tengah kerana demi agama.šŸ˜£abdghaniharonšŸ˜£ Balik ke rumah hari tu,saya masih memikirkan hal itu.Apalah yg anaknya dapat buat dg Rm 50?Perkataan semangga yg digunakannya yg bermaksud 'hanya sebanyak itu shj' jelas menunjukkan dia telah putus ikhtiar.Itulah pengorbanan seorang ayah utk memberi pendidikan anak, yg tersembunyi dari semua anak kerana mereka jauh dan mereka hanya tahu meminta.Beringatlah mereka yg menjadi pelajar,beringatlah mereka yg telah tamat belajar.Jangan berasa aku berjaya kerana kerja keras belajar bersungguh dg melupakan jerihpayah ayah berhujan panas,bermandi peluh untuk memenuhi permintaan anak untuk belanja.Sebulan ratusan ringgit bahkan ribuan utk ayah ibu bila bekerja tidaklah dapat menebus pengorbanan mereka,bahkan mereka bukan mengharap dibalas dg rm.Rafakkanlah budi yg luhur kpd mereka,itulah balasan yg diharapkan. Kita mengistihar negara kita negara Islam,tetapi universiti yg berkaitan Islam hanya sebuah,selebihnya hanya fakulti yg tak dapat menampung jumlah pelajar yg banyak.Dari sebelum merdeka,kita terpaksa pergi ke timur tengah untuk belajar,guna belanja sendiri.Sepatutnya kerajaan mewujudkan universiti sendiri khusus bidang agama utk menampung lebih ramai pelajar.Bila program J Qaf dilaksana oleh kementerian pelajaran dulu,masalah besar ialah kekurangan siswazah bidang agama hingga program tersebut tidak berjalan seperti sepatutnya,tetapi kita boleh tambah universiti yg berbagai utk ilmu dunia,sedangkan tidak juga ujud universiti khusus utk ilmu agama selain universiti islam antarabangsa yg penuntut terpalsa bersaing dg pelajar dari luar utk memasukinya.Kenapa tiada universiti yg seperti universiti Azhar dibuat disini sedangkan kita punya ramai ilmuan yg berupaya mengendalikannya,mengupgrade institusi pondok kpd universiti atau kolej.☺abdghaniharon Disebabkan perlunya sebahagian kita merantau jauh utk belajar ilmu agama kerana perlunya sebahagian dari kita mendalami ilmu agama seperti yg difirman dlm ayat 122 surah Taubah,maka menjadi tanggungjawab umat Islam membantu mereka dg sumbangan,zakat dan apa saja,agar mereka mencapai tujuan dan balik ke negara ini sebagai orang yg berilmu agama utk berkhidmat kpd masyarakat.Ada orang akan berkorban apa saja utk hantar anak belajar agama diluar negara kerana tiada ruang dinegara sendiri,ada pelajar sanggup merantau sejauh ini maka kita yg tidak sedemikian,ambillah peranan untuk menyokong mereka,moga Allah berikan kebaikan kpd kita semua. Bagaimanapun,janganlah pula mereka yg habis belajar,bila dah bekerja,duduk dirumah merasa cukup dg gaji yg diperolehi,tidak mahu berkhidmat di masjid,surau atau institusi lain utk menyebar ilmu dan dakwah.Jangan menuntut ilmu agama hanya untuk dibuat cari makan,sedangkan kita ada tanggungjawab yg lebih besar kpd umat Islam. Akhirnya,sehari selepas saya menemui haji ini,Allah datangkan kpd saya seorang rakan fb yg minta saya agihkan wang zakat utk asnaf ibn sabil sebanyak 3k,lalu saya agihkan wang zakat ini kpd pelajar kita di jordan dan mesir termasuk anak haji berkenaan.Sesunghuhnya Allah Maha Mendengar rintihan hambanya,lalu dibuka jalan yg tidak disangka-sangka.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment