Saturday, 5 December 2015

KITA PERLU ORANG LAIN UNTUK KE SURGA

KITA PERLU ORANG LAIN UNTUK KE SURGA Ketika sedang memeriksa barangan makanan yg hendak di agih kpd fakir mislin dan yatim di rumah saya, seorang wamita separuh umur memberi salam.Bila salamnya dibalas dia bercerita dia datang dari kampung berdekatan,merupakan ibu tunggal dg 3 orang anak yatim.Bila dia mendengar berita saya memberi bantuan unifom,dia ingin mendapatkannya.Dia merungut tidak ada mana-mana pihak dalam kampungnya yg membantu kehidupannya anak beranak,pihak masjid pun tidak pernah beri bantuan.Hanya mengharap jiran tetangga sesekaki sekala.Kesian saya melihatnya,dan kebetulan masih ada peruntukan yg belum habis,bolehlah saya beri kpdnya. Kebanyakan kita hanya mementingkan diri,kita saja nak masuk syurga,kita bekerja untuk menambah harta sendiri,kita tidak peduli keadaan keliling..Hakikatnya Allah menyuruh berpimpin tangan ke syurga.Buktinya bila Allah menyuruh bersolat berjemaah,menyuruh membantu yg miskin dan yatim,menyuruh mengajak kpd kebaikan, menyuruh menegah mungkar dsbnya,menunjukkan kita kena bersama ke syurga.Bila direnung perintah ini selari dg ibarat marilah kita berpimpin tangan,berganding bahu,paut berpaut menuju syurga.Kita disuruh saling membantu,merasa saling memerlukan dan saling betul membetulkan untuk bersama mencapai kebaikan,bukan hidup sendirian bagai enau dlm belukar,melepas pucuk masing-masing.šŸ˜”abdghaniharon Maka dg itu,setiap orang kena ada peranan untuk masyarakat,samada cara persendirian atau menyertai jamaah,persatuan atau organisasi dalam masyarakat.Masjid atau surau boleh memainkan peranan dan fungsi pusat kegiatan masyarakat dimana semua aktiviti masyarakat yg bersifat kebajikan dan memanfaatkan boleh dikendali oleh pihak masjid atau surau dan ini akan melepaskan tanggungjaeab yg terbeban ke bahu anak qariah..Sertailah perkumpulan atau badan yg berbuat kebajikan,saling membantu dan membina kearah kebaikan.Islam kita tidak akan sempurna dg ibadat tanpa berusaha menegah mungkar,maka kita perlu bersama orang lain untuk menegah mungkar utk lebih kuat.Kita akan ditanya apa yg kita buat utk saudara yg lain terutama yg miskin dan yatim,maka kita perlu berganding bahu melaksananya.Kita akan ditanya tentang solat jamaah dan perkara lain yg perlu berjamaah. Guru saya pernah memetik kata dari pejuang Islam,”Apakah kamu yang basah janggutnya menangis di Masjidil Haram kerana takutkan Allah lebih baik dari kami yang bermandi darah di medan jihad?”Kata-kata ini boleh juga dipadan dg keadaan kita,apakah kamu yg bermukim dirumah, di masjid dg teriak tangisnya kerana takutkan Allah lebih baik dari kami yg menjelajah masyarakat membantu yg yatiim dan miskin, menongkah arus menentang maksiat,bergadai golok membiaya pendidikan Islam,menjelajah cerok rantau mengajak manusia kembali kpd jalan yg benar? .Perbandingan dua situasi ini adalah antara mereka yg mementingkan diri dg ibadat utk dirinya dg mereka yg berjuang dijalan Allah. Fikirkanlah,mana lebih baik. Jika hari ini ada ibu dg anak yatimnya hanya menyuap bubur nasi,tidur berbantalkan lengan bertilamkan bumi,jika hari ini ada fakir miskin yg terus menanti sesuatu huluran tangan yg meringan beban hidup ini,apakah kita rasa kita boleh belenggang tangan meniti titian sirat sendirian?Jika ada kisah dimana seorang lelaki yg telah dipimpin ke syurga,tiba-tiba dari neraka berlari keluar anak isterinya dan memaut perut betisnya lalu berkata,"Ya Allah,lelaki ini bapa kami, suami kami,ketika didunia dia hanya beramal untuk dirinya,dia tidak mengajak kami beramal,tidak menegah kami berbuat mungkar,hari ini kami tuntut kpdMu ya Allah!"Lalu lelaki itu diperintah dihumban ke dlm neraka bersama anak isterinya.Dari kisah ini apakah kita tidak terasa diakhirat nanti ada berbagai pihak dikeliling hidup kita didunia akan juga bangun menuntut kpd Allah,"Dia adalah jiranku sebelah rumah,selorong,setaman, sekampung se qariah,semasa didunia dulu dia hidup sendirian,tidak pedulikan kami,tidak mengajak kami berbuat baik walau dia berbuat ibadat berterusan sendirian,dia tidak menegah kami melakukan mungkar walau dia tidak berbuat mungkar,dia tidak membantu kami walau Engkau memberinya banyak rezeki.dia...............Ya Allah kami tuntut hak kami yg engkau perintahkan pada hari ini"Agaknya apa yg akan terjadi kpd kita. Mai kita dok renung sekejap,Aku ni pentingkan diri ka tidak.Jika amal ibadat aku dah cukup baik,apakah tuntutan kepada masyarakat keliling telah aku tunai?Tuntutan berjamaah,fakir miskin,yatim,berzakat,menyeru yg baik,menegah mungkar,berkongsi rezeki,apa jihad yg dah dibuat,apa sumbangan kpd muamalah,pendidkan,akhlak, dsbnya.Kita tetap perlukan orang lain sebagai jambatan untuk ke syurga.abdghaniharon

2 comments:

  1. penting buat dakwah sama sama cikgu. Kita buat dakwah tabligh sekejap jah di sini ajak jiran, kawan-kawan satu taman perumahan, satu sekolah, maktab, universiti , kampung, bandar .. ganjarannya ... Allah sahaja yg sediakan. Janji Allah tetap benar.

    ReplyDelete
  2. penting buat dakwah sama sama cikgu. Kita buat dakwah tabligh sekejap jah di sini ajak jiran, kawan-kawan satu taman perumahan, satu sekolah, maktab, universiti , kampung, bandar .. ganjarannya ... Allah sahaja yg sediakan. Janji Allah tetap benar.

    ReplyDelete