Showing posts with label Orang lain. Show all posts
Showing posts with label Orang lain. Show all posts

Saturday, 5 December 2015

KITA PERLU ORANG LAIN UNTUK KE SURGA

KITA PERLU ORANG LAIN UNTUK KE SURGA Ketika sedang memeriksa barangan makanan yg hendak di agih kpd fakir mislin dan yatim di rumah saya, seorang wamita separuh umur memberi salam.Bila salamnya dibalas dia bercerita dia datang dari kampung berdekatan,merupakan ibu tunggal dg 3 orang anak yatim.Bila dia mendengar berita saya memberi bantuan unifom,dia ingin mendapatkannya.Dia merungut tidak ada mana-mana pihak dalam kampungnya yg membantu kehidupannya anak beranak,pihak masjid pun tidak pernah beri bantuan.Hanya mengharap jiran tetangga sesekaki sekala.Kesian saya melihatnya,dan kebetulan masih ada peruntukan yg belum habis,bolehlah saya beri kpdnya. Kebanyakan kita hanya mementingkan diri,kita saja nak masuk syurga,kita bekerja untuk menambah harta sendiri,kita tidak peduli keadaan keliling..Hakikatnya Allah menyuruh berpimpin tangan ke syurga.Buktinya bila Allah menyuruh bersolat berjemaah,menyuruh membantu yg miskin dan yatim,menyuruh mengajak kpd kebaikan, menyuruh menegah mungkar dsbnya,menunjukkan kita kena bersama ke syurga.Bila direnung perintah ini selari dg ibarat marilah kita berpimpin tangan,berganding bahu,paut berpaut menuju syurga.Kita disuruh saling membantu,merasa saling memerlukan dan saling betul membetulkan untuk bersama mencapai kebaikan,bukan hidup sendirian bagai enau dlm belukar,melepas pucuk masing-masing.😡abdghaniharon Maka dg itu,setiap orang kena ada peranan untuk masyarakat,samada cara persendirian atau menyertai jamaah,persatuan atau organisasi dalam masyarakat.Masjid atau surau boleh memainkan peranan dan fungsi pusat kegiatan masyarakat dimana semua aktiviti masyarakat yg bersifat kebajikan dan memanfaatkan boleh dikendali oleh pihak masjid atau surau dan ini akan melepaskan tanggungjaeab yg terbeban ke bahu anak qariah..Sertailah perkumpulan atau badan yg berbuat kebajikan,saling membantu dan membina kearah kebaikan.Islam kita tidak akan sempurna dg ibadat tanpa berusaha menegah mungkar,maka kita perlu bersama orang lain untuk menegah mungkar utk lebih kuat.Kita akan ditanya apa yg kita buat utk saudara yg lain terutama yg miskin dan yatim,maka kita perlu berganding bahu melaksananya.Kita akan ditanya tentang solat jamaah dan perkara lain yg perlu berjamaah. Guru saya pernah memetik kata dari pejuang Islam,”Apakah kamu yang basah janggutnya menangis di Masjidil Haram kerana takutkan Allah lebih baik dari kami yang bermandi darah di medan jihad?”Kata-kata ini boleh juga dipadan dg keadaan kita,apakah kamu yg bermukim dirumah, di masjid dg teriak tangisnya kerana takutkan Allah lebih baik dari kami yg menjelajah masyarakat membantu yg yatiim dan miskin, menongkah arus menentang maksiat,bergadai golok membiaya pendidikan Islam,menjelajah cerok rantau mengajak manusia kembali kpd jalan yg benar? .Perbandingan dua situasi ini adalah antara mereka yg mementingkan diri dg ibadat utk dirinya dg mereka yg berjuang dijalan Allah. Fikirkanlah,mana lebih baik. Jika hari ini ada ibu dg anak yatimnya hanya menyuap bubur nasi,tidur berbantalkan lengan bertilamkan bumi,jika hari ini ada fakir miskin yg terus menanti sesuatu huluran tangan yg meringan beban hidup ini,apakah kita rasa kita boleh belenggang tangan meniti titian sirat sendirian?Jika ada kisah dimana seorang lelaki yg telah dipimpin ke syurga,tiba-tiba dari neraka berlari keluar anak isterinya dan memaut perut betisnya lalu berkata,"Ya Allah,lelaki ini bapa kami, suami kami,ketika didunia dia hanya beramal untuk dirinya,dia tidak mengajak kami beramal,tidak menegah kami berbuat mungkar,hari ini kami tuntut kpdMu ya Allah!"Lalu lelaki itu diperintah dihumban ke dlm neraka bersama anak isterinya.Dari kisah ini apakah kita tidak terasa diakhirat nanti ada berbagai pihak dikeliling hidup kita didunia akan juga bangun menuntut kpd Allah,"Dia adalah jiranku sebelah rumah,selorong,setaman, sekampung se qariah,semasa didunia dulu dia hidup sendirian,tidak pedulikan kami,tidak mengajak kami berbuat baik walau dia berbuat ibadat berterusan sendirian,dia tidak menegah kami melakukan mungkar walau dia tidak berbuat mungkar,dia tidak membantu kami walau Engkau memberinya banyak rezeki.dia...............Ya Allah kami tuntut hak kami yg engkau perintahkan pada hari ini"Agaknya apa yg akan terjadi kpd kita. Mai kita dok renung sekejap,Aku ni pentingkan diri ka tidak.Jika amal ibadat aku dah cukup baik,apakah tuntutan kepada masyarakat keliling telah aku tunai?Tuntutan berjamaah,fakir miskin,yatim,berzakat,menyeru yg baik,menegah mungkar,berkongsi rezeki,apa jihad yg dah dibuat,apa sumbangan kpd muamalah,pendidkan,akhlak, dsbnya.Kita tetap perlukan orang lain sebagai jambatan untuk ke syurga.abdghaniharon

Thursday, 6 August 2015

KITA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA ORANG LAIN

KITA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA ORANG LAIN Ketika menuruni tangga masjid selepas singgah bersolat dalam perjalanan,terserempak dg seorang buta yg dipimpin isterinya hingga ke tangga masjid.Dikedua bahu dan tangannya ada beg yg berisi barang jualan berupa kerepek dan kuih kering,diletak di tangga,isterinya beredar utk bersolat.Saya menegurnya dan berbual sebentar sementara dia melepas lelah. Walau matamya buta,hatinya cukup melihat,petah berbicara.Mereka berniaga barangan makanan kering dari rumah ke rumah dan tempat makan untuk menyara hidup bersama 3 anak.Saya membeli sebungkus kerepek dan sengaja memberi wang kertas yg sedikit besar nilainya,dlm teraba dia rupanya mengenali oleh nilai wang kertas itu. Saya berkata,"Baki wang tu,ambillah sebagai sedekah saya."Beliau membalas,"Encik, saya tidak meminta sedekah kerana kami masih berupaya untuk kerja dan ada rezekinya.Encik mungkin nampak saya buta,susah,tetapi saya diberikan Allah pelengkapnya,isteri saya yg tidak buta utk menunjuk jalan bagi kami berusaha.Encik juga ada pelengkapnya,encik mungkin berada,pelengkapnya mereka yg miskin,yg memerlukan sedekah jariah,kerana jika tiada mereka,encik tidak boleh berbuat amal sedekah jariah.Encik juga perlukan isteri pelengkap hidup,kita saling memerlukan ."Ya Allah,terangnya hati orang yg buta matanya ini memahami hidup.Saya gagahkan memasukkan wang baki ke poket bajunya. Bila isterinya selesai solat,dia memimpin suami dg tongkat ke tempat wuduk dan seterusnya ke dalam masjid .Bahagia hidup mereka,tanpa keluh kesah.Saya termangu ditangga,merasa diri ini amat kerdil berbanding mereka walaupun buta matanya.Tergenang airmata melihat isteri yg setia menunggu suami bersolat setelah membetul tubuh suaminya ke arah kiblat.Yaa Allah! Ternyata mereka lebih bahagia dg apa yg dikurniakan kpd mereka. Kita saling melengkapi dlm hidup,tidak ada siapa boleh berkata dia tidak memerlukan sesiapa untuk hidup.Lelaki perlukan wanita untuk hidup bersama dan mereka saling melengkapi.Kelemahan suami,biarlah ditampung oleh isteri dan sebaliknya dg kesabaran sbg tonggak utama,maka terjalinlah hidup yg harmoni,bahgia bagai sibuta ini dg isterinya.Jelaslah tujuan Allah tidak menjadikan manusia satu jantina shj,tetapi ada lelaki dan perempuan supaya mereka saling memerlukan,membina kasih sayang dan lengkap melengkapi.Dan nabi menyebut berkahwin itu sunnah ku....... Benarlah kata-kata orang buta ini,kita yg berada perlukan mereka yg miskin dan yatim untuk beramal sedekah,tidak sia-sia Allah jadikan golongan miskin melainkan pelengkap hidup yg harmoni kpd yg berada.Allah jadikan mereka yg tidak tinggi pelajaran untuk menjadi golongan pekerja,supaya melengkap keperluan mereka yg berada,maka jadilah mereka bibik, tukang kebun,tukang cuci,pekerja majlis bandaran,boroh binaan dsbnya.Jika semua manusia berada,siapakah pula yg mahu menjadi pekerja.Subhanallah! Berhentilah dari memandang rendah golongan yg rendah jawatan dan pekerjaannya,kerana tanpa mereka,kita tidak akan dapat hidup sempurna,mereka melengkapi hidup kita,menjulang kesempurnaan hidup kita.Jangan pandang sebelah mata kpd mereka. Jika menjadi doktor sekalipun,apalah mereka jika tiada yg menjadi pesakit.Allah jadikan pesakit pelengkap kpd adanya doktor,anak-anak yg perlu diasuh,dididik pelengkap kpd adanya guru,pembeli keperluan kpd adanya penjual dan pengeluar,adanya rakyat kpd adanya pemimpin.Jadi,apa juga pekerjaan kita,berhentilah dari mendabik dada,berbesar diri dg jawatan dan kuasa kita kerana siapalah kita jika yg melengkapi jawatan kita tidak ada.Siapalah doktor tanpa pesakit,siapalah guru tanpa murid,siapalah penjual tanpa pembeli,siapalah ketua jabatan tanpa kerani dan pembantu pejabat,siapalah pemimpin tanpa rakyat.Rendahkanlah diri,kita sama shj disisi Allah,cuma berbeza pada amanah yg ditanggung. 🐰abdghaniharon🐰 Bila melihat orang yg tidak menunai perintah Allah,itulah pelengkap kpd hidup kita yg diamanah Allah iaitu menyeru kpd yg makruf,menegah yg mungkar.Jangan mengeji,mencaci,tetap janganlah mengasing diri,sebaliknya serulah mereka dg berhikmah kpd jalan benar,maka kita telah melengkapi amanah yg ditetapkan Allah. Biar mata buta,hati jangan buta.Banyak yg dilihat oleh mata adalah tipu daya dunia,tetapi yg melihat dg hati akan lebih menghayati hidup ini.Buta mata bukan kecatatan,tetapi kelebihan yg Allah beri kpdnya dari melihat maksiat,menurut nafsu dlm hidup,sebaliknya Allah membuka mata hatinya.ABD GHANI HARON