Thursday, 6 August 2015

KITA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA ORANG LAIN

KITA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA ORANG LAIN Ketika menuruni tangga masjid selepas singgah bersolat dalam perjalanan,terserempak dg seorang buta yg dipimpin isterinya hingga ke tangga masjid.Dikedua bahu dan tangannya ada beg yg berisi barang jualan berupa kerepek dan kuih kering,diletak di tangga,isterinya beredar utk bersolat.Saya menegurnya dan berbual sebentar sementara dia melepas lelah. Walau matamya buta,hatinya cukup melihat,petah berbicara.Mereka berniaga barangan makanan kering dari rumah ke rumah dan tempat makan untuk menyara hidup bersama 3 anak.Saya membeli sebungkus kerepek dan sengaja memberi wang kertas yg sedikit besar nilainya,dlm teraba dia rupanya mengenali oleh nilai wang kertas itu. Saya berkata,"Baki wang tu,ambillah sebagai sedekah saya."Beliau membalas,"Encik, saya tidak meminta sedekah kerana kami masih berupaya untuk kerja dan ada rezekinya.Encik mungkin nampak saya buta,susah,tetapi saya diberikan Allah pelengkapnya,isteri saya yg tidak buta utk menunjuk jalan bagi kami berusaha.Encik juga ada pelengkapnya,encik mungkin berada,pelengkapnya mereka yg miskin,yg memerlukan sedekah jariah,kerana jika tiada mereka,encik tidak boleh berbuat amal sedekah jariah.Encik juga perlukan isteri pelengkap hidup,kita saling memerlukan ."Ya Allah,terangnya hati orang yg buta matanya ini memahami hidup.Saya gagahkan memasukkan wang baki ke poket bajunya. Bila isterinya selesai solat,dia memimpin suami dg tongkat ke tempat wuduk dan seterusnya ke dalam masjid .Bahagia hidup mereka,tanpa keluh kesah.Saya termangu ditangga,merasa diri ini amat kerdil berbanding mereka walaupun buta matanya.Tergenang airmata melihat isteri yg setia menunggu suami bersolat setelah membetul tubuh suaminya ke arah kiblat.Yaa Allah! Ternyata mereka lebih bahagia dg apa yg dikurniakan kpd mereka. Kita saling melengkapi dlm hidup,tidak ada siapa boleh berkata dia tidak memerlukan sesiapa untuk hidup.Lelaki perlukan wanita untuk hidup bersama dan mereka saling melengkapi.Kelemahan suami,biarlah ditampung oleh isteri dan sebaliknya dg kesabaran sbg tonggak utama,maka terjalinlah hidup yg harmoni,bahgia bagai sibuta ini dg isterinya.Jelaslah tujuan Allah tidak menjadikan manusia satu jantina shj,tetapi ada lelaki dan perempuan supaya mereka saling memerlukan,membina kasih sayang dan lengkap melengkapi.Dan nabi menyebut berkahwin itu sunnah ku....... Benarlah kata-kata orang buta ini,kita yg berada perlukan mereka yg miskin dan yatim untuk beramal sedekah,tidak sia-sia Allah jadikan golongan miskin melainkan pelengkap hidup yg harmoni kpd yg berada.Allah jadikan mereka yg tidak tinggi pelajaran untuk menjadi golongan pekerja,supaya melengkap keperluan mereka yg berada,maka jadilah mereka bibik, tukang kebun,tukang cuci,pekerja majlis bandaran,boroh binaan dsbnya.Jika semua manusia berada,siapakah pula yg mahu menjadi pekerja.Subhanallah! Berhentilah dari memandang rendah golongan yg rendah jawatan dan pekerjaannya,kerana tanpa mereka,kita tidak akan dapat hidup sempurna,mereka melengkapi hidup kita,menjulang kesempurnaan hidup kita.Jangan pandang sebelah mata kpd mereka. Jika menjadi doktor sekalipun,apalah mereka jika tiada yg menjadi pesakit.Allah jadikan pesakit pelengkap kpd adanya doktor,anak-anak yg perlu diasuh,dididik pelengkap kpd adanya guru,pembeli keperluan kpd adanya penjual dan pengeluar,adanya rakyat kpd adanya pemimpin.Jadi,apa juga pekerjaan kita,berhentilah dari mendabik dada,berbesar diri dg jawatan dan kuasa kita kerana siapalah kita jika yg melengkapi jawatan kita tidak ada.Siapalah doktor tanpa pesakit,siapalah guru tanpa murid,siapalah penjual tanpa pembeli,siapalah ketua jabatan tanpa kerani dan pembantu pejabat,siapalah pemimpin tanpa rakyat.Rendahkanlah diri,kita sama shj disisi Allah,cuma berbeza pada amanah yg ditanggung. 🐰abdghaniharon🐰 Bila melihat orang yg tidak menunai perintah Allah,itulah pelengkap kpd hidup kita yg diamanah Allah iaitu menyeru kpd yg makruf,menegah yg mungkar.Jangan mengeji,mencaci,tetap janganlah mengasing diri,sebaliknya serulah mereka dg berhikmah kpd jalan benar,maka kita telah melengkapi amanah yg ditetapkan Allah. Biar mata buta,hati jangan buta.Banyak yg dilihat oleh mata adalah tipu daya dunia,tetapi yg melihat dg hati akan lebih menghayati hidup ini.Buta mata bukan kecatatan,tetapi kelebihan yg Allah beri kpdnya dari melihat maksiat,menurut nafsu dlm hidup,sebaliknya Allah membuka mata hatinya.ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment