Sunday, 30 August 2015
MENELADANI IBU KUCING DENGAN LIMA ANAK
MENELADANI IBU KUCING DENGAN LIMA ANAK.
Dua ekor ibu kucing saya beranak 5 ekor dan 3 ekor.Dah sebulan lebih ibu kucing tu tak kemana,menunggu anaknya,sebulan lebih juga anak kucing itu hanya minum susu ibu.Bayangkan 5 ekor berkerumun ibunya,itupun semuanya membesar dg baik,montel,tidak sakit.Itulah fitrah yg Allah tetapkan pada kucing,rezeki yg tetap mencukupi baginya.Ibunya hanya makan apa yg diberikan,ikan,nasi atau daging tapi mampu membekal susu utk lima ekor anak hingga sebulan lebih,tanpa perlu makanan lain utk anaknya.
Jika demikian fitrah yg Allah tetap kpd kucing sbg makluknya,begitu juga rasanya Allah tentukan kpd manusia.Allah takdirkan setiap ibu yg melahirkan,hadir bersamanya susu ibu yg cukup segala keperluan bagi bayi secara percuma,lengkap semua aspek yg diperlu seorang bayi dan disarankan dlm quran supaya bayi disusui hingga dua tahun atau lebih.Bayi yg menyusu dari ibu memperolehi susu secara terus dari tubuh ibu dlm keadaan segar dan panas,tidak timbul susu masam atau rosak.Menyusu dari ibu tidak memerlu peralatan dan mudah diberikan dimana juga.Anak yg menyusu dipeluk rapat yg merupakan simbul jalinan kasih sayang..
Tetapi banyak orang memilih susu lembu dan susu rumusan atas berbagai alasan.Susu bayi yg dijual memang mahal,perkakas seperti botol,puting dan alatan sampingannya juga mahal.Maka kos membesar anak yg menyusu botol pun meningkat.Penyediaannya juga sukar,memerlu air panas,perlunya penjagaan kebersihan,susu yg tidak habis dimakan terpaksa dibuang dan membazir.Selalu berlaku pencemaran yg menyebabkan bayi tidak selesa perut,kembung kerana tidak sesuai dg susu,sedangkan Allah buat susu bersama bayi yg lahir pastinya berpadan dan sesuai,tetapi ada orang lebih suka memberi dalih.
Quality susu rumusan ini tentunya tidak akan dapat menyamai susu ibu dan ada pandangan bahawa susu lembu sedikit sebanyak mempengaruhi perlakuan manusia yg menjadi perdebatan suatu ketika lalu.Sehebat mana pandangan,kajian untuk mengatakan susu formula adalah terbaik,tetaplah tidak betul kerana jika kita mempercayainya bermakna kita seolah mengakui ciptaan manusia lebih baik dari ciptaan Allah.Sehubungan itu,bila membuat keputusan nak menyusu dg susu formula,berhati-hatilah pada niat kerana rezeki anak telah dikirim bersama,apakah kita nak menolaknya,memilih yg lain.Mungkin jika faktor kurang air susu boleh diterima,atau atas nasihat doktor kerana sesuatu,tetapi alasan lain patut difikir sedalamnya.Bimbang kita menolak rezeki dari Allah yg lebih baik dari srmua aspek.😊abdghaniharon😊
Kpd mereka yg akan berkeluarga,timbang dan fikirkan.Allah Maha Adil,setiap mulut yg dijadikanNya,dijadikan rezeki baginya.Mengapa sibuk meninjau rak susu bayi,mengapa berbimbang banyak belanja nak beli perkakas bayi.Mengapa cari pasal menambah kos bela anak.Usah berbimbang anak ramai,terlepas cakap kata anak banyak nak makan apa,janji Allah rezeki tetap diberi kpd yg dijdkanNya.Pengalaman saya,ibu yg menyusu 2 tahun juga menyumbang kearah kelahiran selepas 2 tahun dimana setiap anak saya seramai 9 orang berselang 2 tahun dan lebih.Saya lihat ibu kucing saya juga hanya bunting pula setelah dia berhenti menyusu anaknya.
Bila suatu masa bermuhasabah,merenung kembali masa lalu,bersedih dg kelakuan anak,berikan sedikit pertanyaaan apakah kerana kesilapan menolak rezeki Allah yg dikirim bersama kelahirannya dan memilih susu lembu telah menyumbang 0.001 peratus kpd perlakuannya,apakah ini satu kifarah kpd penolakan anugerahNya dan dibiar terbazir,apakah ini juga menyumbang kpd kanser.Hanya sekadar menungan,jika tidak betul,berlapang dadalah. abdghaniharon
Labels:
Kucing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment