Tuesday, 4 August 2015

MERINDUI KERENAH AYAH IBU

MERINDUI KERENAH AYAH IBU Diusia begini teringat arwah ayah dan emak.Beberapa perlakuan ayah dan emak dulu yg tidak disukai kini dirindui dan menjadi kenangan.Pesan nabi ada 4 perkara yg bila dipandang menjadi kebajikan iaitu wajah ibu bapa,alquran,kaabah dan laut.Tapi mereka telah tiada.Titisan air mata kesal kerana sesekali membantah dan bersungut suruhan mereka tidak akan mengembalikan kita kpd situasi itu,tetapi imbauan kenangan tetap mengusik jiwa. Hukuman ayah jika kami berkelahi amat mudah.Tiada leteran.Tiada pukulan.Siapa yg berkelahi,disuruh mandi dan bila makanan dihidang,yg berkelahi kena makan nasi berkongsi sepinggan dua orang,atau tiga orang bergantung kpd jumlah yg terlibat.Tidak ada usul siapa salah.Sepinggan nasi makan berdua atau bertiga,terpaksa bertolak ansur untuk tunduk menyuap secara bergilir makan cara bersila. Lauk kena kongsi.Kuah kena setuju banyak mana.Terpaksalah berbaik semula.Mujarab betul kaedah ini.Bila kami mula nak bergaduh ayah cuma cakap,"Nak makan nasi sepinggan pula?"Tak jadi gaduh. Ayah kerja teruk di bendang membajak dg kerbau.Jadi dia akan bancuh kopi o sendiri yg dicampur telor merah ayam kampung dan sedikit lada hitam dan garam yg katanya sesuai untuk orang yg kerja berat.Bila ayah bancuh kopi telor ini,kami semua kena minum kerana emak tak benar bancuh minuman lain.Anda boleh bayangkan rasanya,terpaksa telan kerana ayah dok tunggu dan lihat.Tapi memang rasa lebih sihat dan banyak berpeluh setelah meminumnya.Bila cerita pd anak isteri sendiri,mereka buat geli geleman.Kalau saya buka warung kopi,nak cuba resepi ini,kira lebih kaw dari kopi kapal api. Kami 5 beradik,perempuan yg sulong seorang shj.Bila kakak berkahwin, berpindah,kerja dapor kami yg jantan kena buat.Emak dan ayah makan gulai rempah giling.Bila mak kata nak masak gulai hari ni,saya dan abang dah tak sedap hati,apa tidaknya mak akan suruh kami giling rempah. Berpeluh mengheret anak batu giling pergi balik,dg cabainya dan rempah biji.Nak bantah,takut mak beritahu ayah.Kekadang sorong tarik anak batu,cabai yg separuh lumat lekat diperut,panaslah perut dg cabai.Dulu kedai mamak saya biasa lihat mamak giling rempah,cabainya yg bertepek diperut buncitnya diraup dan di campur semula dlm rempah yg digiling,itu yg menambah sedap gulai mamak.Kik,kik,kik. Ayah suka makan ikan haruan masak cuka,orang kedah sebut jeruk ikan ruan.Nak buat masak cuka perlu bawang merah,bawang putih dan halia yg banyak baru sedap.Kamilah kena kupas,meleleh air mata.Sampai hari ni kami sekeluarga suka makan masak cuka hinggakan adik saya,sepanjang bulan puasa,tiap hari emak kena buat masak cuka.Kira kesukaan yg berketurunan. Ayah juga suka makan biji cempedak rebus bila musim buah.Berpinggan habis dikunyah.Kesannya,meriam asli gegak gempita,kalau ayah kentut satu rumah boleh dengar,senyum bila teringatkan kisah ini..Makan biji cempedak rebus akan menyebab kentut yg bertalu-talu dan luar biasa volumenya. Itu semua menjadi kenangan.Rindu kpd situasi itu,tetapi tidak berupaya mengulangi.Jika dunia boleh diputar mahu rasanya kembali ke masa itu.Anda juga tentu ada kenangan dg ibubapa.Biar seburuk mana mereka,yg pasti kita merindui kerenah mereka.Pesan saya kpd anda yg masih ada ibu ayah,ingatlah suatu hari nanti anda akan merindui kerenah mereka walaupun kini kita mungkin rasa tidak senang dg kerenah mereka.Layanlah tuntutan mereka semasa mereka masih ada,jangan esok menyesal tidak buat itu ini yg diminta ibuayah.Perhambakanlah diri kpd mereka terutama bila usia semakin diufuk barat.Apa yg kita miliki kini,adalah dari peluh dan air mata serta darah pengorbanan mereka.Pandanglah wajah mereka kerana pesan nabi ada 4 perkara yg bila dipandang menjadi kebajikan iaitu,wajah ibubapa,al quran,laut dan kaabah. Apa kenangan anda bersama ayah ibu,kongsikan dlm komen jika tidak keberatan moga jika ada adik bang kakak anda yg terbaca,mungkin menitis air mata.Maaf kerana bercerita kisah diri. Al fatehah untuk Hj Haron b Nayan dan Hjj Salasiah Abd Rahman. ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment