Sunday, 23 August 2015
KUNCI TERBAIK
KUNCI YANG TEBAIK,SEMPURNA DAN TIADA TANDINGANNYA
Seorang jemaah mengadu kisah ia kehilangan motor,"Saya mai masjid waktu Subuh dan parking motor tempat biasa lalu naik bersolat berjamaah Subuh.Bila turun dari masjid,motor telah tiada,dicuri.Saya dah kunci motor tu,dia boleh curi juga.Macam mana ni cikgu,nabi suruh tambat unta,dlm satu kisah sebelum naik ke masjid,saya dah kunci motor sebelum naik ke masjid?."Jawapan kpd soalan ringkas ini saya kongsi untuk kita sama memikir,walaupun saya dah menulis hal ini beberapa hari lalu.
Saya faham dia merujuk kpd hadis riwayat Imam Tarmizi mengenai seorang yg bertanya nabi samada dia patut membiar untanya semasa dia naik ke masjid,nabi menyebutkan,tambatlah unta mu dan bertawakkallah.Kebanyakan dari kita mengambil fahaman separuh dari hadis ini seperti rakan saya diatas buat iaitu kunci motor,tetapi kunci motor sahaja hanyalah usaha kita.Bertawakkal atau berserah kpd Allah itu satu hal lain pula,hal yg menyentuh niat,harapan atau doa atau permintaan moga Allah selamatkan harta kita itu.Kita kena tambah dg ingatan berserah kpd Allah,ini baru menepati hadis yg menyuruh tambat dan bertawakkal,bukan tambat shj.Jadi kunci dan niatkan,doa dsbnya kita berserah kpd Allah.☺abdghaniharon☺
Dalam pengajian ilmu tauhid disebut,"usaha manusia tidak memberi bekas" dg maksud apa yg kita usahakan sebenarnya tidak menyebabkan terhasil sesuatu tetapi ia terhasil dg kehendak Allah.Kita menanam,tetapi yg menumbuhkan itu kuasa Allah.Kita mengisi minyak kereta,tetapi yg menggerakkan kereta itu adalah Allah.Kita mengunci motor,yg menentukan selamat atau tidak motor itu ialah Allah.Maka yg lebih utama berserah dan bertawakkal kpd Allah sebagai penentu , tetapi Allah menyuruh kita berusaha untuk Dia memakbulkan apa yg kita usahakan.Jadi jangan percaya apa yg kita buat akan jadi penentu kejayaan,seperti terlalu yakin kereta tak boleh dicuri kerana sistem canggih, rumah tak boleh diceroboh kerana grill dan tembok hebat sedangkan penjara paling teguh didunia Alcatraz pun boleh dibolosi banduan.Hakikatnya semuamya terletak pada penentunya,kuasa Allah,bukan pada usaha kita.Usaha hanya penyebab bukan penentu.Saya pernah menegur sebuah sekolah kebangsaan membuat kelas tambahan hingga malam,sedangkan esok peperiksaan upsr,seolah meletak kejayaan pada usaha,tidak bertawakkal.Akhirnya Allah takdirkan peperiksaan dibatal kerana kebocoran.
Jadi kunci terbaik yg tiada tandingannya bagi kita orang Islam untuk menjaga hartanya ialah bertawakkal dan berserah kpd Alkah sebagai kunci terakhir setelah berusaha memasang beberapa kunci.Begitu juga dalam hal usaha yg lain,akhirkanlah dg berserah kpd Allah.Berserah kpd Allah ini kena diniatkan,didoakan,diharapkan,jangan diam membisu,bila hilang baru sebut aku berserah kpd Allah.
Bapa saudara saya dulu yg balik dari Kula Lumpur dg kereta Toyota buruk ditanya oleh nenek saya,"Hang berani balik dg kereta cabuk ni."Dijawabnya,"Aku percaya dan yakin Allah bersama aku ."Maka setiap usaha yg baik,sertakanlah ingatan semoga Allah bersama kita,samada dalam hal kita berupaya atau tidak.Contoh memandu kereta,walau kita berupaya mengawal kereta,tetaplah berserah kpd Allah keselamatan kita,jika melepas anak ke sekolah yg kita tidak tahu apa akan terjadi kpdnya disebalik pandangan kita,maka berserahlah kpd Allah setiap hari melepaskan ia kesekolah,moga ia dlm lindungan Allah.
Kesimpulannya,akhirkan semua usaha dg tawakkal,berserah kpd Allah dan niatkan,kerana tidak terjadi suatu ibadat tanpa niat.Jangan dah usaha terus membisu.Sebab itu setiap usaha baik disertai doa,permintaan sbg bukti kita berserah kpd Allah.Mereka yg tidak berserah kpd Allah pada setiap usahanya telah menunjuk tanda kesombongan kpd Allah secara tidak langsung.abdghaniharon.
Labels:
Kunci
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment