Saturday 1 August 2015

HARAPKAN PAGAR,PAGAR MAKAN PADI

HARAPKAN PEGAR,PEGAR MAKAN PADI Saya abd ghani haron pernah menjadi guru,pengetua dan pegawai pelajaran daerah, dg itu saya melalui berbagai kes seksual pelajar yg sebahagiannya tersembunyi dari pengetahuan awam.Saya dedahkan tiga dari berpuluh pengalaman saya utk mengisi status kali ini utk direnungi. Kes pertama pelajar Tingkatan 4 menjadi mangsa nafsu serakah bapanya setiap hari bila balik sekolah.Dia dipaksa masuk bilik dan menelan pil.Yg lebih dahsyat bukan dia seorang tetapi sebelum ini kakaknya kena berkhidmat kpd bapanya selama lebih dua tahun tetapi bila bapanya berpindah kpd dia,kakaknya telah terlepas.Bapanya tentera bahagian perubatan, dg itu dia dan kakaknya dipaksa menelan pil pencegahan kehamilan.Lebih terkejut lagi ialah emaknya tahu mengenai hal ini dan buat tak nampak serta memberi laluan.Tidak diketahui apa sebabnya. Polis dihubungi,seorang inspektor wanita hadir bersama seorang sb mendengar cerita pelajar ini yg saya hanya ikuti separuh jalan sahaja kerana tak terdaya utk mendengarnya.Siapa percaya bapanya yg berketayap putih ketika kerja dan nampak wara tetapi bernafsu seperti bapa khinzir. .Apa yg menyedihkan lagi,pelajar ini akhirnya menolak untuk membuat laporan polis utk membolehkan tindakan dibuat kerana katanya,siapa yg akan bela mereka jika bapanya dipenjarakan dan dibuang kerja.Puas kami memujuk.Gagal.Akhirnya kami menemui bapanya,tetapi dia selamba menafikan.Apakah anaknya yg ketiga terus menjadi mangsa kebinatangan bapanya?Saya tidak tahu kerana berpindah sekolah beberapa bulan selepas itu. Kes kedua berlaku di sekolah kebangsaan..Kes ini ditemui oleh guru juga sama seperti situasi pertama.Pelajar baru 11 tahun.Menjadi hamba seks bapanya sejak umur 9 tahun kerana dia dan adik lelaki tinggal dg bapa setelah perceraian.Bapa ditangkap polis setelah diadu oleh guru,tetapi direman utk perbicaraan.Pelajar ini kemudian tinggal dg datuknya di kg berdekatan dan masa itu dia dah naik ting 1 di sekolah........tempat saya mengajar dan jd Pen Kanan HEM.Suatu hari kaunselor saya datang menceritakan bahawa datuknya yg 7aan pula yg dia menumpang berlindung,melakukan hal yg sama seperti bapanya.Saya seperti tak percaya,tetapi berpakat dg seorang polis,kami mencari datuknya dan berjumpa di kilang tempat dia menjd jaga.Gertakan oleh polis menyebabkan dia mengaku.Allahuakbar! Saya merasakan dunia ini gelap seketika bila melihat anggukkannya. Akhirnya saya memohon kpd pihak polis dg keizinan mahkamah utk mengambil pelajar ini tinggal dg saya sbg pelindung sementara kes berjalan.Dia dipindah ke sekolah berasrama dan pengetua disitu berusaha memulihkan fizikal dan mentalnya secara rawatan hemeopathy.Bapanya dipenjara 18 tahun,datuk terlepas kerana tidak diadu. Kisah ketiga seorang pelajar tingkatan 3 telah dimaklum oleh kaunselor mengandung.Siasatan menpati dia di jual oleh bapanya kepada seorang bomoh yg kami rasa bapanya mengambil duit dari bomoh tersebut.Pelajar ini akhirnya bersalin di hospital.Pihak polis dimaklumkan tetapi menghadapi kesukaran kerana dihalang oleh bapanya dan melarang anak memberi maklumat.Apa yg terjadi seterusnya saya tidak pasti kerana sekolah tak noleh campurtangan siasatan polis,yg pasti bapanya tetap bebas,bomoh tersebut menghilang diri. 😅😅ABD GHANI HARON😅😅 Inilah tiga kisah haruan makan anak dan cucu yg saya kendali sendiri,bukan utk mengaib tetapi utk teladan.Kalaulah anda sendiri melihat situasi pelajar ini dimasa itu,kalaulah anda mendengar sendiri rintihan mereka,kesedihan mereka,keperitan yg dirasai mereka, fizikal mereka yg diratah oleh bapa sendiri,dan betapa serba salahnya mereka........Ya Allah, saya berkali-kali meninggalkan ruang perjumpaan utk meraung didlm bilik,menekup kepala ke meja.Begitu berat anak anak yg belum mengenal dunia ini,disiksa,disiksa oleh ayah dan datuk sendiri.Ada satu lagi kes abang makan adik setiap kali masa ketiadaan ibubapa,sepupu makan sepupu dirumah datuk.Anda fikirlah sendiri teladannya.Yg heran,saya tidak menemui kes begini dikalangan bukan Islam. Iktibarnya,jika ada anak perempuan beringatlah berwaspadalah.Simpan satu peratus kecurigaan kpd orang yg paling anda percayaai. Saya mencerikan kes pelajar yg teraniaya,tetapi kes yg sendiri gatai,sendiri cari pasai,memang banyak dan tak mau disebut.Ibu terutamanya,beri perhatian khusus kpd anak perempuan.Guru,terutama kaunselor,sebaiknya membuat pemerhatian dan secara rambang mencari kebarangkalian untuk membantu pelajar yg teraniaya ini.Jangan percaya kpd manusia hanya dg melihat penampilannya kerana manusia boleh berlakon.Bila mencari jodoh,jangan main tengok muka cantik,handsome,terus terkam,nabi menyuruh melihat keturunannya,agamanya untuk mengelak situasi keturunan penzina. Akhirnya,jika anda ada anak perempuan,ingatlah mata syaitan manusia sentiasa mengintai.Menjaga sekandang kerbau lebih mudah dari seorang ank perempuan,musuhnya dari berbagai arah,termasuk pagarnya.abdghaniharon.

No comments:

Post a Comment