Wednesday, 12 August 2015

PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID (SAMBUNGAN)

PENGIMARAHAN MASJID(sambungan artikel sebelum ini) Saya dasarkan program pengimarahan kpd masjid sbg pusat kegiatan masyarakat,semua zktiviti masyarakat Islam dlm qariah dibawa ke masjid utk menghidupkannya.Politik demokrasi berparti diletak diluar pagar,masuk ke masjid sbg muslim yg menyembah Allah yg satu.Bila selesai,ambillah balik politik tersebut.Saya simpulkan program ini dibawah 9 tajuk dan dihurai cara ringkas kerana terlalu panjang.Semua ini bukan teori,ia telah dipraktik di masjid al barakah. PROGRAM PERIBADATAN: Seruan utk solat waktu selalu dibuat.Penambahan jemaah bergantung kpd aktiviti pengimarahan.Untuk solat jumaat program tindakan telah diterangkan dlm post sebelum ini dan dikuatkuasakan.Akibatnya ramai yg bersalam dg imam dan saya jika datang jumaat utk punch card.Jika ada kematian,solat jenazah waktu solat waktu untuk perangkap anak qariah bersolat.Jika kematian hari jumaat,jenazah disolat disolat waktu jumaat menjadikan anak khariah terperangkap lagi,dan diharap akhirnya mereka belajar bersolat jenazah.Kuliah terpaksa solat jenazah dibuat sebelum qutbah jumaat dg nota.Program qiyamullail,tadarus,solat-solat sunat,program korban,aqiqah dibuat sprt masjid lain. PROGRAM BUDAYA AGAMA:Program ini menghimpunkan masyarakat utk menjayakan aktiviti dimasjid.Program sambutan Maulud,Maal hijrah,bubur asora, jamuan hari raya qariah dan anak perantau,,kenduri tahlil,kenduri kahwin,kelas jahitan,kelas masakan dsbnya dibuat dimasjid utk menjadikan masyarakat berulang ke masjid. PROGRAM EKONOMI:Program ini bertujuan menjana kewangan kpd masjid dan utk menjadikan masyarakat berulang ke masjid walaupun hanys utk membeli barang.Minimarket masjid ditubuh dg modal sumbangan orang ramai dan kempen dibuat supaya masyarat membeli disitu untuk bantu masjid dan melaksana muamalah Islam.Disamping itu kewangan dijana menerusi jualan t shirt yg berlambang masjid utk mereka berbangga dg masjid mereka.Disamping itu t shrt ini membawa maksud hadis dibelakang sprt "Senyuman adalah sedekah," "Memandang wajah ibubapa dan quran adalah satu ibadah" dsbnya.Ini satu media dakwah dari pesan nabi "sampaikan dariku walau satu ayat" PROGRAM PENDIDIKAN:Kuliah ilmu dibuat dlm berbagai kuliah ikut tahap.Untk kanak-kanak ada taski masjid,untuk remaja dibuat kuliah utk remaja dan pemuda shj,orang tua tak boleh hadir.Kelas pemuda dan pemudi diasing.Kuliah utk orang tua waktu malam,termasuk ceramah.Ada juga kuliah khas muslimat shj.Selain itu kuliah juga dibuat diluar masjid,dirumah,di tempat lepak,di surau,yg dibiayai oleh masjid. Selain itu ada kursus kahwin,kursus haji dan umrah,kursus sembelehan, kursus pengerusan jenazah,disamping kursus tujuan ekonomi sprt penanaman ,kerjaya,kelas komputer,kelas tiusyen,bacaan yasin utk peperiksaan, dsbnya.Program pendidikan ini juga menjadikan orang muda kena berulang ke masjid. ☺😊😀ABD GHANI HARON☺😊😀 PROGRAM KEBAJIKAN:Dibawah program ini,masjid cuba membantu masyarakat selain menunai tanggungjawab,juga menjadikan golongan yg dapat bantuan terasa terhutang budi kpd masjid.Data anak yatim dan fakir miskin,orang tua yg sendirian dikutip dan diurus bantuannya dari sumbangan orang ramai serta zakat.Program derma darah dibuat untuk membantu hospital,masjid menyedia van jenazah utk kemudahan anak qariah,mencari sponsor utk memasang lampu jalan ditiap tiang letrik kearah masjid untuk mencerahkan jalan,dg ini anak qariah terutama muslimat tidak takut ke masjid waktu malam dan subuh.Gotong royong pembersihan kuhur,jalan dlm kampung juga dianjur oleh masjid. Saya tak sempat melaksana program sedekah jariah barangan terpakai setelah tiada jawatan dimasjid,dg itu saya buat dihadapan rumah saya. PROGRAM KESIHATAN:Menerusi program ini dibuat pemeriksaan kesihatan,tekanan darah,paras gula dll dg kerjasama doktor dari anak qariah dan swasta.Ceramah berkaitan kesihatan dibuat dimasjid seperti kelebihan susu ibu, kencing manis,lemah jantung dsbnya.Berkhatan juga dianjur dimasjid dan berkampung beramai-ramai. Saya tak sempat melaksana program kerusi urut kaki dan badan(Takashima)program mesin kesihatan Al jabbar,mesin pemeriksaan darah tinggi,wakaf air bertapis dan kangen water yg akhir perkara ini dibuat dipejabat perniagaan saya berhampiran masjid dan dirumah saya,setelah saya tidak memegang jawatan lagi di masjid. PROGRAM SUKAN;Program ini utk menarik remaja dan sbg usaha kebajikan penduduk.Masjid menjadikan tanah wakaf sebsgai padang bola,membina gelanggang takraw dan badminton di halaman masjid dg syarat guna bukan waktu solat.Ditubuh juga pasukan bola masjid yg membawa ciri keislaman dari segi pakaian dan mereka berdolat di padang jika sesuai.Dianjur juga liga bola masjid sebagai media dakwah. Kesimpulannya,semua program yg dibuat menjadikan masjid pusat kegiatan masyarakat.Nak solat,nak main,nak beli barang,nak bantuan,nak mengaji,nak kahwin,nak .....hingga nak mati semuanya kena pi masjid.Mereka sentiasa berulang ke masjid dg berbagai tujuan.Maka terimarahlah masjid.Bukan senang nak buat,perlu team,kesungguhan,kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepu pantai,kalau nak pegang ajk masjid untuk seronok,megah,lebih baik tak payah,Allah tetap akan tanya kerana kamu mengambil amanah.Siapa yg perlu penjelasan program yg saya tulis,tanyalah saya.Ada lagi program,tak larat nak tulis,lagipun panjang orang tak suka.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment