Saturday, 8 August 2015

YANG BAIK DIBALAS BAIK,YANG JAHAT JUGA DIBALAS BAIK

YANG BAIK DIBALAS BAIK,YANG BURUK JUGA , DIBALAS BAIK KISAH 1.Di satu mesyuarat,seorang pengetua bercerita kepada saya,"Aku dengan guru tak bagi muka langsung,tak kena itu ini aku marah, aku bantai.Tetapi ada satu perkara yang mereka buat yang menyebabkan aku berubah.Suatu hari mereka jemput aku ke bilik perpustakaan selepas waktu sekolah.Rupanya mereka buat surprise birthday party aku yg aku sendiri terlupa.Ada potong kek,ada bacaan doa oleh ustaz dan mereka beri hadiah.Allahurabbi,aku terasa malu kerana selama ini aku berkeras dengan mereka tetapi mereka balas dengan sanjungan dan meraikan aku.Lepas tarikh tu aku serik nak marah-marah lagi."Saya senyum mendengar,dlm hati berkata padan muka hang. Kisah 2.Saya marah-marah anak saya yang mengambil duit saya tanpa minta izin.Kerana menurut hati yg panas,saya pukul dg getah paip air.Dia hanya menahan dan berkata,"Minta ampun abah,minta ampun abah,tak buat dah,tak buat dah".Malam itu dia terlena di kusyen di depan tv.Dari kain yg terselak jelas baluran dibetis kesan pukulan paip getah.Perasaan sesal menyelubung,marahkan diri sendiri yg tak dapat mengawal marah.Semalaman tak dapat tidur kerana resah dan gundah.Dari tarikh itu saya tidak lagi memukul anak,sesal tak kesudah. Kisah 3.Ada seseorang telah mengumpat seorang sahabat nabi hingga sampai ke pengetahuannya.Beliau tidak marah,atau membalas umpatan,tetapi telah mengirim se dulang kurma kpdnya.Akibatnya dia terasa bersalah kerana mengumpat sahabat tersebut.Saya juga petnah mengambil contoh melakukan begini,cuma saya hantar dia ke umrah sesuai tarafnya.Bila balik,dia trlah berhenti mengumpat saya dan termalu dg perbuatannya.Ada juga yg mengumpat saya,tetapi bila dia dimasukkan ke hospital,saya ziarahi.Bila sembuh dia tidak lagi mengata saya. ☺abd ghani haron☺ Dari tiga pengalaman saya ini saya bentuk satu kesimpulan,keburukan tidak boleh dan tidak berkesan dibalas dengan keburukan,tetapi kena dibalas dg kesabaran dan berbuat baik kpd mereka yg berbuat berbuat perkara buruk kpd kita. Kemarahan jangan dibalas dengan kemarahan,orang marah kita,jangan kita turut memarahinya,maki hamunnya.Jika demikian kita bersamaan dgnya.Ketika kita dimarahi,dimaki,tetapi kita bersabar,ketika itu malaikat bersama kita,tetapi disaat kita membuka mulut utk memarahi kembali,malaikat telah berlepas diri,syaitan yg mengambil tempat dihati kita.Maka terkeluarlah perkataan yg buruk,perlakuan yg buruk yg tidak dapat dikawal oleh akal.Bila menghukum,hukumlah dg akal bukan dengan hati,emosi,bukan kerana nak puaskan hati.Bila menghukum dg marah,syaitan yg meniupkan api kemarahan supaya lebih marak. Api lawannya air.Keburukan lawannya kebaikan.Itu sunatullah yg ditetapkan oleh Allah.Maka bila orang tersilap,maafkanlah,jangan marah kerana kesilapan itu lumrah.Bila orang berbuat yg buruk kpd kita,bersabar dan berbuat baiklah kpd dia kerana jika dibalas dg perbuatan buruk juga,tiada penghujungnya.Ubat kpd pertelingkahan adalah mengalah dan memohon maaf.Ubat kepada kemarahan adalah kesabaran.Ubat kepada kata nista adalah berbuat baik.Dalam agama diajar yg baik dibalas baik,yg buruk bukan dibalas buruk, biar Allah yg balas,kita hanya bersabar tetapi lebih baik jika kita balas yg baik.Hanya pada Allah yg buruk akan dibalas buruk.Kita hanya diperintah berbuat baik,tidak diperintah berbuat buruk meskipun kita di pihak benar.Kecuali bila kita dizalimi,diancam nyawa,harta benda,agama,maka kita kena mempertahankan diri dan menentang mereka. Akhirnya,jadilah insan yg sabar,yg sentiasa berbuat baik.Telanlah semua keburukan yg mendatang dg kesabaran dan musnahkan ia dg berbuat baik kpd semua orang termasuk yg membenci kita.abdghaniharon 😣hentikan copy paste tanpa nama asal penulis.Fatwa Saudi menghukum haram

No comments:

Post a Comment