Tuesday, 18 August 2015
TIDAK CUKUP DUIT NAK BAYAR UBAT
TIDAK CUKUP DUIT NAK BAYAR UBAT
Diklinik pakar kulit swasta saya duduk dikerusi dekat kaunter menunggu giliran utk rawatan sakit kulit..Disebelah saya seorang pemuda yg nampak bergaya,mungkin sorang professional.Seorang mak cik yg mungkin telah 60an duduk disebelah saya, menunjukkan sebahagian tangannya yg mengelupas kulit dan berkeruping,seperti psoriasis bila saya tanya sakit apa.Kesian saya lihat,mungkin dibahagian badan lain pun terjadi kerana dia kerap menggaru.
Perbulaan kami berlarutan kerana menunggu agak lama.Katanya,dia dah ke hospital beberapa kali tetapi tidak sembuh.Ada orang menyuruhnya datang klinik ini,lagipun masa menunggu dihospital sangat lama.Dia tinggal dg anak perempuan kerja mengambil upah mengopek ikan bilis,dapatlah sebulan empat ratus lebih untuk makan dua beranak dan duduk rumah pprt.Bila gilrannya tiba,dia masuk berjumpa doktor.Tidak lama dia keluar dan berdiri di kaunter ubat menunggu ubat diberikan.Saya mendengar pembantu klinik yg didalam kaunter menyebut,"Ini ubat sapu, yg ini ubat makan dua kali sehari,semua 75 ringgit"Dia kelihatan terpinga dan bertanya utk pengesahan.Sekali lagi disebut 75 ringgit..Saya berbisik dg pemuda disebelah saya,mungkin dia tak cukup duit kerana dia hanya menggenggam duit,langsung tidak pun membuka dompet.
Mak Cik itu melangkah meninggalkan kaunter dg murung.Ditangannya tiada bungkusan ubat.Pemuda disebelah saya bingkas bangun bertanya dikaunter,apa masalah mak cik itu dan diberitahu dia tak cukip duit.Saya keluar dari klinik dan memanggil Mak cik itu yg masih ada didepan klinik, mengajaknya masuk semula utk membantu.Sambil menunjuk duit dlm genggaman,katanya,"Mak cik tak cukup duit nak bayar ubat,ada dua pulah dua ringgit saja,makcik ingat cukup.Tak tau pula mahal sampai macam tu.Di rumah pun bukan ada duit dah,seminggu lagi baru dapat duit upah ".Air matannya mula tergenang di matanya,cepat disapu dg hujung tudungnya.
Pemuda yg disebelah saya rupanya telah membayar duit ubat mak cik itu semasa saya keluar dan dia menghulur bungkusan ubat kpdnya.Mak cik itu mengambilnya dg wajah berambu air mata dan mengucap terima kasih.Bila ia melangkah pergi,saya minta nak berkongsi bayaran dg pemuda itu,tetapi katanya," Encik,saya sangat sibuk dg kerja hingga tidak pernah menemui orang yg sesusah ini.Biarlah saya bayar semua."Ya Allah,Engkau aturkan pemuda ini utk membantu mak cik itu dlm kedukacitaannya.Sesunghuhnya Engkau Maha Pengasih.Allah menguji kita dimana-mana saja😢😢😢abdghaniharon😢😢😢
Dimana-mana hospital kerajaan hari ini penuh dg pesakit,dlm wad,yg menunggu rawatan pesakit luar,bahkan yg menunggu di klinik pakar hinggala bilik pembedahan pun quenya memanjang.Parking penuh sesak.Sepatutnya kerajaan telah menambah hospital lagi bagi tiap daerah selaras pertambahan penduduk dan berbagai cukai dikenakan. Di samping itu masalah kekurangan doktor pakat amat dirasai kerana ramai yg beralih kerja dihospital dan klinik swasta.Tekanan pesakit yg banyak menyebabkan qualiti rawatan tidak dapat ditumpukan.
Mereka yg berduit,mudah shj ke klinik dan hospital pakar dg bayaran tinggi,tetapi bagaimana dg yg berpendptan rendah,yg tinggal dikg.Bersesak dihospital,menunggu appointment yg berminggu bahkan berbulan.Jika keadaan hospital kerajaan tidak diatasi,mungkin kita kena memikirkan untuk menambah item perbelanjaan dg membeli insuran takaful untuk keluarga supaya bila sakit boleh ke hospital pakar.Pekerja swasta pastikan mencarum dg perkeso supaya dibiayai rawatan perubatan,bahkan yg berniaga sendiri pun patut mencarum dg perkeso utk menjamin rawatan perubatan.Pegawai kerajaan memang telah dibiayai dihospital kerajaan.
Saya nak mengajak anda semua memikir hal apakah jaminan bila diri kita ,suami isteri dan anak ditimpa sakit kronik yg memerlu rawatan pakar dan alatan yg mahal kerana hari ini banyak penyakit yg kronik.Allah yg menakdirkan,Dia yg menyembuhkan,tetapi ikhtiar juga patut berpadanan,bukan setakat jampi air sejuk,telan panadol shj.Kita bukan tidak percaya kpd takdir,tetapi kena bersedia dan berusaha menghadapi kemungkinan agar tidaklah berlaku kematian yg trajis hanya kerana tiada cukup wang utk dapat rawatan.Saya pernah lihat seorang ibu yg rossk buah pinggang dibiar terkedang dirumah menunggu mati hanya kerana tidak mampu membayar kos dailisis sedangkan mesin dihospital penuh. abdghaniharon
Labels:
Ubat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment