Thursday, 6 August 2015
CUTI SAKIT YANG TAK SAKIT
CUTI SAKIT YANG TIDAK SAKIT
Semasa bertugas dulu,disuatu pagi seorang kerani telah masuk berjumpa saya.Beliau baru balik mengerjakan umrah.Dia bercerita keseronokan berada di tanah suci.Setelah agak panjang berbual,nada suara sedikit berubah. Katanya,"Cikgu saya nak bercakap satu perkara yang memalukan diri saya tetapi biarlah saya tanggung."Dia berhenti sejenak menarik nafas.Saya menunggu dg penuh debar, dlm hati bertanya bala apakah pula yang datang.
"Begini cikgu,masa pergi umrah hari tu,cuti saya tidak cukup dua hari dg tarikh umrah.Cikgu perasankan saya ambil cuti sakit dua hari.Sebenarnya saya tidak sakit,hari tu saya bertolak ke Jeddah.Bila di tanah suci,saya teringat bahawa ini adalah pembohongan,saya cuti sakit padahal tidak sakit.Saya rasa saya berbuat dosa untuk berbuat kebajikan sedangkan tok guru kata matlamat tak menghalal cara.Jadi saya nak mohon maaf kpd cikgu dan saya nak ganti cuti mc saya itu dg bekerja hari Sabtu.Saya juga akan mengganti beberapa hari lagi yg saya ambil mc tetapi tidak sakit.Saya benar-benar menyesal"Matanya redup, pandangan penuh mengharap dan diwajahnya terbayang keikhlasan.
Islam berpegang kpd prinsip matlamat jika baik,jalan mencapainya juga kena baik.Kadang nampak remeh tetapi amalan baik yg dibuat menjadi cacat.Ambil mc kerana nak berqiyamullail,nak makan kenduri,ziarah kematiain,anak demam,hujan,malas nak pi kerja dsbnya tetap tidak dihalalkan .Carilah jalan lain yg mengharuskan sprt minta cuti yg lain yg di peruntukan,minta pelepasan dari ketua pejabat,atau cuti tanpa gaji,itu lebih baik dari ambil mc.Mc tipu ini juga mencemar rezeki kerana pendapatan hari itu lahir dari berbohong.Dibimbangi Allah memberi sakit yg sebenar yg cuti mcnya memanjang.Nauzubillah!
Ada banyak lagi contoh matlamat tak menghalal cara.Ada buat konsert amal dg mengadakan konsert muzik dg penyanyi mendedah aurat dan penonton yg bercampur adalah tidak sesuai meskipun tujuan baik.Ada penceramah yg berceramah mengenai keruntuhan akhlak, menunjuk gambar berbagai kelakuan tidak senonoh,mendedah aurat,jika nak beritahu hal perzinaan,tak boleh tunjuk gambar orang berzina,tetaplah haram.Dlm fb nak tunjuk kemalangan teruk,dipapar gambar terdedah aurat,nak tunjuk artis berperangai buruk ditunjuk pakaian terdedah auratnya.Tujuan mungkin baik,cara tak baik.
Ada orang copy paste karangan orang lain dg membuang nama penulis,letak nama sendiri dan berselindung dibalik kata-kata kebaikan kena dikongsi,tuhan maha tahu,nama tak penting.Matlamat baik,utk sibar ilmu,cara salah,tetaplah salah.Kebaikan tidak akan duduk semangkuk dg keburukan.Nak dapat kontrak,,tetaplah tidak halal hasil yg diperolehi,walaupun tujuan baik untuk cari rezeki.Nak lepas diri dari disaman,beri rasuah, tetaplah tidak boleh diterima walaupun kerana kita nak pergi solat.Membeli rumah,kereta dg sistem riba tetaplah tidak diharuskan kerana kita ada pilihan jalan yg diharuskan oleh Islam walaupun mungkin kena bayar lebih.
Bila berniaga,menipu secara terang seperti menutup lubang pd durian dg daun kering,menyuntik ayam dg air untuk nampak berisi, melayor ayam yg dah beberapa hari tak habis dijual utk mengabui mata pembeli,melumur daging dg darah supaya nampak baru,mencampur straw dlm bawang goreng untuk rangup adalah langkah yg tetap tidak diharuskan oleh agama.Membeli barang yg harga tunai berbeza dg harga hutang adalah berciri riba walaupun kita berniat baik untuk mudahkan bayaran dg berselindung dg berbagai alasan.Bersalaman jantan betina bukan muhrim dg alasan hari raya,tetaplah tidak diizinkan.
😩abdghaniharon😩
Banyaklah lagi contoh betapa kita terbuat perkara yg tidak diharuskan demi mencapai matlamat yg baik.Islam itu suci,tidak ada kompromi dg perkara yg tidak baik.Semaklah diri,jangan mudah mudah memberi alasan utk mengharuskan sesuatu perkara hanya kerana matlamatnya baik.Telitilah jalan pelaksanaannya supaya ianya juga baik,bersihkan dari perkara yg meragukan.Seorang pengumpul hadis menolak untuk mengambil hadis dari seseorang hanya kerana ia melihat orang itu memanggil ayam peliharaannya dg menabur pasir utk menangkapnya.Katanya jika binatang pun ia boleh menipu,apa lagi manusia.Kisah ini menunjukkan betapa perlunya kita berhati-hati dalam melaksana kebaikan.Peliharakan amal kebajikan supaya bersih seluruhnya.
ABD GHANI HARON
Labels:
Mc
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment