Sunday 31 May 2015

AIR TANGAN

AIR TANGAN PENYULAM KASIH KELUARGA,MENYEMAI INGATAN PELANGGAN

Orang selalu sebut air tangan bila berkait dg masakan.Saya cukup suka gulai ikan dan masak kicap emak saya.Saya pernah suruh isteri pi belajar kat mak saya lepas kahwin sebab teringin nak makan masakan mak .Emak saya pun tunjuk ajarlah isteri saya,menantu katakan,takkan nak rahsia.Tapi sampai hari ini masakan isteri tak sama dg emak masak dulu,saya kata tak sama,bukan tak sedap.Sebaliknya kakak saya masak menepati seperti emak masak dulu.Apa puncanya,inilah air tangan,meskipun resepi sama,rasa belum tentu.Pada jari kita adanya sejenis enzim,sebab itu sejak dlm perut ibu ,bayi menghisap jari.Bila sudah makan,disunat menjilat jari.Resipi yg sama belum tentu rasanya sama,yg membeza itulah kesan air tangan.

Mamak juga berpegang kpd air tangan tapi dalam maksud yg lebih kearah sentuhan tangan.Perhatikan, bila mereka mencedok nasi dlm pinggan, ditepok sedikit atau disentuh dg tangan.Itu ada kira-kira.Bila mereka cedok lauk,sengaja mereka sentuh jari ke lauk.Ini pun ada kira.Semasa masak,mereka mengguna tangan seluruhnya utk masukkan bahan masakan,memerah limau,meramas tomato,mematah cabai hidup, memasuk garam,gula,bahan tumis dll.Itulah air tangan.Orang kata kaskas menyebab orang ketagih,saya kata bukan kaskas tetapi air tangan mamak,ibarat air tangan ibu yg memasak utk kita.Nanti ada orang kata,cikgu tau mana?Saya berguru masak dg Hamid Sultan tukang masak dari Nagapatnam India,saya tahu hingga apa ada dlm gulong kain mamak.Saya korek rahsia sampai bawak mamak ke depan Kaabah,nak suruh dia cerita rahsia mamak.

Saya tak bertujuan menyuruh tiru mamak.Tetapi elemen air tangan yg diguna mereka patut dicontohi oleh setiap ibu khususnya.Memasak utk keluarga itu amalan mulia,masakan ibu akan diingati selamanya.Jika air tangan dikatakan ada keistimewaannya, ambillah kesempatan teknik air tangan utk menyemai kasih sayang kpd ahli keluarga dg selalu memsak dirumah. Jangan ambil jalan mudah beli nasi bungkus,menjelajah merata warung dan kedai.Sehebat mana masakan diluar takkan setanding masakan yg dimasak dirumah pada sisi Allah.Difikir lebih jauh,apakah kerenggangan hubungan kekeluargaan kini mungkin satu puncanya adalah akibat anak anak yg jarang merasa air tangan ibu kerana waktu pagi sarapan dikantin,waktu tengahari,makan nasi bungkus diwarung,minum petang beli kuih ditepi jalan,makan malam abah bawa ke restoren.Mudah dan sedap makan diluar,tetapi kita melepas kesempatan yg baik utk menyulam ikatan kasih,melepas peluang yg didatangkan Alkah.
AIR TANGAN
Jika anda juga peniaga makanan,air tangan ini patut diberi perhatian.Penggunaan tangan yg bersih dalam memasak mungkin baik diamalkan utk menyemai ingatan kpd pelanggan.Berapa ramai mengutuk restoren mamak dari dulu,hingga sanggup memfitnah,tetapi jika dibanding,restoren mana paling banyak jualan dari dulu.Jawabnya nasi kandar.Sebuah restoren nasi kandar di Taman Sejati,Sg Petani,bila saya tanya jualan hariannya,katanya jika dibawah dari RM 10k sehari,dia sudah tutup.Bayangkanlah jualan bulanannya.Satu sebabnya ialah pelanggan yg kembali semula,berulangkali.
Ini hanyalah satu pandangan saya berdasar pengalaman dlm bidang catering.Jika anda tidak bersetuju,saya tidak memaksa anda menerimanya,berlaoang dadalah.
ABD GHANI HARON

Saturday 30 May 2015

PERMUDAHKANLAH

PERMUDAHKANLAH

Di sebuah masjid yg saya tumpang berjumaat,diadakan kuliah ringkas solat jenazah sebelum azan jumaat.Orang yg memberi kuliah hanya membibocara rukun solat dan langsung membuat praktikal solat cara ringkas.Anak muda yg berdekatan tempat saya dufuk berbisik,"Looo mudahnya sembahyang jenazah,tak ada rukuk,sujud,duduk,bacaan pun pendek saja."Aku dok ingat payah, tok-tok aji saja yg boleh."Saya hanya senyum pada mereka.

Inilah satu contoh mengajak dan mendidik yg baik iaitu tidak diberatkan dg prrkara sunst pada peringkat awal.Untuk mengajak orang buat ibadat,kita kena mula dg yg asas,yg rukun sahaja supaya yg nak belajar tidak rasa terlalu sukar.Bahkan tuhan menetapkan rukun dan sunat utk tujuan mempermudah.Bila dah mahir sikit,baru tambah dg sunat.Solat jenazah itu amat mudah tetspi ramai golongan muda tak melakukannya kerana takut nak belajar,banyak doa kena hafal.Sampai bila pun yg solat jenazah tinggal yg tua dsn pencen.Sepatutnya semua pengajaran bermula yg asas saja, yg rukun.Dlm mendidik anak,mulakan dg rukun shj, wajib shj.

Dalam kontek lain, pada pandangan saya solat terawih lebih mendidik jika imam tidak membaca satu juzuk semalam kerana terlalu panjang dan yg baru mendekat dg masjid merasa berat.Adalah lebih baik baca pendek tetapi ramai yg dapat tunggu hingga rakaat 20 dari baca 1 juzuk tetapi yg tamat 20 rakaat hanya beberapa kerat saja,itupun mungkin penuh lalai dan lelap..Ada bagi hujah nak qatam quran dlm terawih,jika nak qatam,sendiri bacalah diluar solat..Tazkirah itu baik tetapi rasa rasa terawih hanya sebulan dlm setahun,nak tazkirah boleh sepanjang tahun.Kalau kata nak ambil kesempetan orang berhimpun,bukankah tiap hari jumaat orang berhimpun tazkirahlah sebelum jumaat,tiap minggu.Masa solat terawih,solatlah.Meteka yg datang tu berniat nak solat.Kerana kita selit tazkirah mungkin mereka balik awal.Jika nak buat juga,mungkin kadar pesanan seminit dua .Masjid hak awam, raikanlah mereka yg baru mendekatinya, sepertimana disuruh imam membaca surah pendek dlm solat jemaah utk meraikan orang tua dan kanak kanak yg tak dpt berdiri lama.Ini hanya pendpt saya,mungkin banyak ustaz tak setuju.Berlapang dadalah.

Ketika melawat keluar negara,saya melihat orang solat dimana saja,tak perlu sejadah,tak perlu kopiah,kain,tak perlu telekung,wuduk sekedar air mineral dsbnya.Berbeza dg kita,nak solat kena cari surau,bawa pakaian khas,perlu tempat wuduk dll.Ini menjadikan solat itu susah.Di R&R saya melihat,mereka yg dlm perjalanan(musafir)bersolat siap dg berwirid walaupun yg berdiri menunggu ruang kosong utk solat begitu ramai.Tak perlu wiridlah, segera bagi ruang utk orang lain solat.Ramai yg tak jamak dan tidak berjemaah, kerana tak tahu mungkin atau tak biasa.Dg itu mereka tidak memudahkan sprt dituntut agama dan tidak menyambut kelonggaran yg dikurnia Allah.

Agama itu mudah jika kita berilmu.Permudahkanlah.Fahami yg mana rukun,wajib,sunat.Beri keutamaan kpd yg rukun dan wajib, yg sunat adalah pilihan.
ABD GHANI HARONPERMUDAHKANLAH

Friday 29 May 2015

JANGAN 8KUT RESMI ITIK SEKAWAN

JANGAN IKUT RESMI SEKAWAN ITIK

Dalam amalan harian masyrakat Melayu khususnya,ada banyak perkara yg dilakukan sercara,terbalik,bercanggah atau tidak mengikut apa yg ajar oleh Islam.Ia menjadi budaya dan nampak seperti sukar diubah.Saya tulis untuk mengajak berfikir dg harapan ada yg diperingatkan.

Jika pagi ini hujan ribut dg petir berdentum,kita tetap bersiap ke tempat kerja,meredah hujan dan ribut kerana nak cari rezeki.Tetapi banyak hari dalam hidup kita tidak hujan,tidak ribut,cuaca terang benderang,kita tetap tak pergi ke rumah Allah walau pun bilal masjid mengajak 5 kali sehari,sedangkan rezeki yg nak cari itu datangnya dari Allah.Patutnya ke masjid itu disamakan kalaupun tak lebih,seperti kita berulang ke pejabat.

Berkerja siang malan dan simpan duit bertahun tahun,bahkan meminjam dg kerajaan untuk buat rumah selesa,rumah besar didunia, yg kita cuma nak hidup dlm lingkungan 60 tahun tetapi tak pulun beribadat,mengumpul kebajikan untuk membuat rumah di syurga sedangkan rumah disyurga itu untuk didiami selamanya.Terbalik!

Waktu petang dan hujung minggu sibuk hantar anak tiusyen matematik,bahasa inggeris takut tak capai A dlm Upsr, bayar berapa saja,janji dpt A,tapi anak tak boleh baca quran,tak sempurna solat,tak faham hal bersuci,hal ibadat,buat tak kisah saja.Serah pada ustaz disekolah cukuplah.Sedangkan anak tak boleh baca quran,tak faham fardu ain,tak sempurna ibadat, ibubapanya akan ditanya didepan tuhan.Tapi anak tak dpt A dlm Upsr tuhan tak akan tanya.Eih! Eih!

Bila berlaku kematian,buat kenduri arwah bertali arus,habis beribu,sedangkan tak ada kenduri arwah atau kenduri tahlil yg diajar oleh nabi.Telah jelas pada hadis bila mati anak adam putuslah amalnya kecuali ilmu bermanfaat yg diajar,sedekah jariah dan anak yg soleh yg mendoakan baginya.Anak yg kena doa,bukan orang lain.Lebih baik jika wang itu diwakafkan utk masjid,tempat pengajian, badan kebajikan yg lebih berkekalan pahalanya berbanding dg memberi orang makan yg putus pahala sekali lalu.

Kalau nak ke Mekah kerja haji,maka dibuat kenduri,jemput orang ramai.Tetapi bila balik Mekah langsung tak buat kenduri.Hakikatnya kenduri dlm Islam satu darinya ialah kerana selamat bermusafir,bukan kerana nak bermusafir. Terbalik.Mungkin kenduri nak pi Mekah boleh bersalam dan ada bunganya,kenduri balik Mekah takut habis buah kurma.Jangan marah.

Bila pergi kenduri kahwin,bersiap dirumah dg envelope berduit untuk bersalam,malu bersalam tangan kosong,tetapi bila pergi ziarah kematian tak sibuk pun bersiap envelope berduit sedangkan orang yg jemput makan kenduri tak beri duit pun tak apa kerana dia ada lebihan duit sebab itu dia buat kenduri.Terbalik.Tetapi keluarga simati yg diziarahi mungkin perlu sokongan kewangan,maka perlu diberi hadiah wang atau sedekah untuk membantu.Kalau tak mau serbasalah,bagi duit kedua duanya.

Akhirnya utk catatan kali ini,kita memang suka terima pemberian baik dlm bentuk hadiah,sedekah atau apa saja.Senyum lebar sampai ke telinga.Tapi kita tak suka pulak memberi,sedangkan hadis nabi menyatakan tangan yg diatas itu lebih baik dari yg dibawah.Banyak orang suka jd tangan yg dibawah,suka terima saja,dia mendapat ganjaran dunia tetapi hakikatnya orang yg memberi mendapat ganjaran yg lebih besar dari Allah

Fikirkanlah lain perkara dg ilmu,jangan ikut buta tuli.Ibarat sekawan itik yg mengikut bapa itik berderet turun naik paya, bendang,parit,longkang acaq,tanpa soal.
ABD GHANI HARON

MENGHARAP ADA SAMPAH DI MASJID

MENGHARAP ADA SAMPAH DI MASJID

Ketika memasuki masjid hari itu,seseorang berkata kpd saya,"Ada sedikit sampah diruang solat.Cikgu nampak tok siak masjid tak, suruh dia buang."Saya hanya menggeleng kepala.

Ketika beriktikaf,teringat kisah Imam Muhammad bin Ismail Al Bukhari iaitu Imam Bukhari periwayat hadis.Dalam satu majlis dimasjid,dia melihat seseorang mengasah pensel dan cebisannya dibiar dilantai.Imam Bukhari tidak menegur dan dia tidak juga menyuruh siak masjid membersihkannya.Bila semua orang telah keluar dari masjid,Imam Bukhari memungut cebisan pensel tersebut.
Kebanyakan orang akan mengubah tempat solat jika nampak taik cicak dikarpet masjid,atau berlalu begitu saja atau memberitahu tok siak atau kakitangan masjid utk membersihkannya.Jika bukan kerana ganjaran yg besar,takkan imam Bukhari sengaja tak suruh orang yg asah pensel atau orang yg lain membuang cebisan pensel tetapi dia seolah mengintai peluang utk boleh membuang sa,pah dari masjid.

Satu lagi kisah berkaitan membuang kotoran dari masjid kita lihat dalam hadis dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya ada seorang wanita berkulit hitam yang selalu membersihkan dan menyapu masjid. Suatu hari Nabi tak menjumpai orang ini. Baginda bertanya, ada yang berkata bahwa orang tersebut telah meninggal dunia. Lalu, Rasulullah SAW menegur para sahabat yang nampaknya menganggap kecil derajat orang ini, “Mengapa kalian tak memberitahu padaku akan kematiannya. Beritahukan padaku dimana kuburnya?” Lalu ditunjukkan, aginda menshalatkan didekat kuburnya dan berkata; “Sesungguhnya kuburan ini kegelapan, lalu menjadi bercahaya dengan shalatku atasnya” (Muttafaq Alaih)
Perlakuan wanita ini tentulah yg terbaik.Siapa yg didoakan oleh nabi,siapa yg dipuji oleh nabi,pastilah ia baik disisi Allah.

Dari dua kisah ini,mari kita ambil iktibar.Masjid adalah rumah Allah.Semua muslim yg baik hendaklah menjaganya lebih baik dari rumah sendiri.Jangan biarkan kpd pegawai masjid saja. Rebutlah ganjaran besar dg memungut sampah,membuang kotoran bahkan membersih tandas serta persekitaran terutama setiap kali kita ke masjid.Bahkan apa salah jika kita meluang masa utk tugas ini sekali seminggu.Bawa anak sekali utk biasakan.Dari bawa anak isteri berjoging utk berpeluh,lebih baiklah bawa bergotong-royong membersih rumah Allah.Sesekali tidakkah terasa rumah kita lebih bersih,berkilat,cuci-calat (loghat utara),rumah Allah berselewang dg sampah dan semak samun.
Di masjid kg saya ada seorang jemaah yg datang masjid jam 5 pagi hanya utk menyapu dlm masjid,atur itu ini,sedangkan tik siak mungkin masih berdengkor,tetapi dua tidak pernah bersungut..Saya pernah baca cerita seorang wanita yg kerjanya membuang sampah dari masjid setiap hari,tetapi suatu hari imam masjid menemuinya menangis ditangga masjid.Bila ditanya,katanya,dia tidak menemui sampah dimasjid hari itu utk dibuang.Subhanallah,ketika orang mengintai sampah di masjid utk mendapat ganjaran,kita ditahap mana?
ABD GHANI HARON

Tuesday 26 May 2015

MEMBALING BATU KRPADA KERA DIPOHON BERBUAH

MEMBALING BATU KEPADA KERA DI POHON BERBUAH

Menonton drama Indonesia, Aisyah walau ada unsur tidak logik,tetapi dasar ceritanya yg berpaksi atas prinsip keburukan dan kejahatan orang jangan dibalas dg kejahatan tetapi hendaklah dibalas dg kebaikan cukup baik .Prinsip ini adalah ajaran nabi dan ditunjukkan dlm banyak kisah sepanjang hidup nabi.Kejahatan jika dibalas dg kejahatan,maka tidak ada jalan penyelesaian tidak ada noktahnya.Diumpat jika dibalas dg mengumpat,berlarutanlah kata mengata.Fitnah dibalas fitnah,bertaburanlah keburukan.Kemusnahan jika dibalas dg kemusnahan,binasalah kedua-dua pihak.

Kejahatan hendaklah ditangani dg kesabaran kerana janji Allah akan diberi kemenangan.Memadai jika ia jenayah,diambil tindakan perundangan,namun kita masih boleh berbuat baik dg mereka.Kejahatan akan terhenti bila kita tidak bertindak balas,sebaliknya redo dan menasihat serta memperingatkan ke arah kebaikan.Jangan menyimpan dendam untuk membalas,serahkan kpd Allah untuk menentukan.Hati kita akan jadi ringan dan lapang kerana tidak bersusah hati dg kejahatan orang,tidak ada dendam,yg ada hanyalah berfikir untuk berbuat baik kpd semua orang.

Jika anda biasa hidup di kawasan dusun,jika terjumpa kera memakan buah dipokok,baling dia dg batu,kera itu akan baling buah dari pokok kpd kita.Begitulah juga apa yg patut kita pegang,biar batu yg dibaling kpd kita,kita tetap membaling buah kpdnya.Banyak lagi kisah binatang yg mengabdi diri kpd manusia walau ditinya hidup penuh kepayahan.Kisah sahabat nabi yg diumpat oleh seseorang,dia tidak membalas dg umpatan tetapi mengirim sedulang buah korma kpdnya.Apa kata selepas ini jika ada yg mengumpat kita,dikirim sekilo anggur,sekotak biskut,sekeping coklat dll kpdnya.Tak perlulah kata" sebab kau mengumpat aku",biar Allah yg memberi ingatan kpdnya.

Mungkin ada orang kata cikgu pernah buat ka?Banyak kali,ada yg terus berubah,ada yg sikit berubah ada yg lama baru berubah.Biasa saya beri hadiah kpd guru yg mengumpat saya dlm bilik guru ketika jd pengetua,tergamam dia.Ada guru yg mengata keburukan saya,tercengang bila saya ziarah anaknya di wad.Bahkan ada seorang imam masjid yg mengumpat saya di kedai kopi,saya hantar dia melihat kaabah.Saya cerita utk teladan,utk mengukuhkan ajakan,bukan utk riak.

Dalam konteks yg lebih besar,mungkin tidak sesuai parti atau badan yg memperjuang Islam,membalas kata nista dg umpat keji,fitnah dg fitnah,maki hamun dg sumpah seranah,membuka aib peribadi dg membukakan aib juga dsbnya.Jangan puaskan hati,kerana yg menurut hendak hati dari syaitan,sedangkan Allah memberi fikiran,dan sunnah sbg teladan.

Jom mulai hari ini kita letak titik noktah untuk membalas keburukan orang kpd kita,lebih lagi kita tidak bercerita keburukan orang lain.Tingkatkan kesabaran,lebarkan senyuman,mohonlah maaf.utk mengosongkan hati dari dendam.Jom mulai hari ini kita hanya memikir untuk berbuat baik kpd semua insan dan makluk Allah.
ABD GHANI HARON






Friday 22 May 2015

TEROPONG BULUH UNTUK BACA QURAN

TEROPONG BULUH UNTUK BACA QURAN

Hari ini saya dg ansk pergi masjid awal sikit masa solat jumaat.Lazimnya saya membaca quran hingga azan. Dalam masjid telah ada beberapa puluh orang yg beritikaf,tetapi tidak seorang pun membaca quran.Kerana rak quran ada satu shj di masjid itu dan saya duduk ditepinya,saya merasakan tidak ada siapa pun yg datang mengambil quran untuk dibaca dlm ittikaf.Bahkan ada yg berbual dan lelap sambil duduk.
Teringat saya kisah Hj Me, yg mayatnya saya temui tidak reput walau telah dikebumi 10 tahun lebih.Masa arwah ayah saya masih ada dan kuat lagi,saya membantu kerja menggali kubur jika ada kematian hari tak sekolah.Kebetulan hari itu hari Jumaat seorang wanita mati ketika dlm perjalanan ke masjid utk solat Subuh.Ketika separuh jalan liang digali,tiba tiba cangkul terkena papan keranda lama dan terkopak sedikit.Saya lihat ada mayat yg putih bagai salji.Saya menghulur tangan menyentuhnya,sejuk dan keras.Ayah cepat menyuruh menutup kembali keranda dg papan gantian.

Bila ditanya,siapakah mayat itu,ayah memberitahu Hj Me.Allahyarham sangat baik dg ayah dulu,ayah saya siak masjid.Tabiat Hj Me yg saya ingat,sentiasa diberanda rumah waktu petang membaca quran.Suatu hari dia pernah meminta ayah membawa sepotong buluh berlubang yg panjangnya kira kira sekaki utk dijadikan seperti teropong kerana matanya semakin tidak nampak huruf quran.Jika dibuat demikian,masih boleh kelihatan.Begitu beliau berusaha untuk membaca quran hinggalah membawa kpd kematiannya.Dia bukan guru agama,bukan imam,dia orang biasa shj.

Lihatlah betapa Allah menunjuk kekuasaannya kpd mereka yg membesarkan quran,menjadikannya amalan harian.Mayatnya tidak reput,bahkan kubur orang lain yg disebelahnya juga seorang hebat bila mati dlm bertelekong,dlm perjalanan ke masjid,di pagi jumaat,bulan ramadan.Maka kenapa kita tidak mengutamakan membaca quran bila ada ruang.Kenapa ramai orang yg menunggu waktu solat tidak membaca quran,mengapa ada orang yg hadir majlis kenduri yg ada baca yasin akan buat buat terlewat kerana tak pandai baca quran.Masa jadi PPD dulu saya minta semua sekolah memulakan aktiviti pagi dg baca quran,yg menentang adalah guru Islam,yg tak akur gurubesar dan pengetua Islam,sebaliknya gurubesar SJKC Min Terk datang minta nasihat nak buat bilik khas utk pelajar Islam laksana JQAF.Berapa banyak orang lebih senang mendengar lagu dangdut'"sakitnya tuh disini'"hingga berhinggut kereta dari mendengar bacaan ayat suci dlm perjalanan.

Kita tidak perlu jd orang alim,orang tinggi ilmu,jadi pejuang,pemimpin besar uyk ,enjadi hamba yg dikasihi.Jadilah pembaca quran yg tegar sepanjang hidup.Nikmat mata sebaiknya diguna utk membaca ayat Allah sbg tanda bersyukur.Jom kita semak diri,aku boleh baca quran atau tidak,lancar ke tidak.Kenapa tak berusaha,kenapa bertangguh.Tiada siapapun dilahir terus boleh baca quran,terus lancar,melainkan mereka berusaha,berlatih dan terus berlatih.Bila kali terakhir kita qatam quran,masa bebudak dulu?Berazamlah utk qatam setahun sekali,sebulan sekali, sedangkan ada orang qatam setiap minggu.Jika sejuzuk 45 minit,anda perlu 22 jam untuk qatam.Kalau hendak seribu daya........
ABD GHANI HARON

Wednesday 20 May 2015

PACAKLAH JORAN BERUMPAN SEMENTARA MENUNGGU HARI ESOK

PACAKLAH SEBATANG JORAN SEMENTARA MENUNGGU ESOK

Pesan emak saya,"Pacaklah sebatang joran berkail berumpan sementara menunggu hari esok,moga Allah datangkan seekor ikan memakannya"Fahaman kpd pesanan ini adalah satu motivasi hidup yg luas yg saya ingin kongsi bersama.

Pertama buatlah perancangan dan tindakan hari ini supaya kita menunggu hari esok dg penuh harapan.Jika kita memacak joran hari ini,kita akan tertunggu hari esok untuk melihat hasilnya.Tanamlah biji benih hari ini, kita pasti menunggu-nunggu hari esok utk melihat ia tumbuh.Labuhkan tangkul ke sungai hari ini moga esok ada ketam yg menjengah.Lontarkan bubu berumpan ke laut moga esok ada ikan yg singgah.Situasi ini menjadikan kita mengharap hari esok dan seterusnya hidup tidak terasa kosong.Jika anda tidak buat apa tindakan pun untuk dilihat hasilnya ke hadapan, hidup akan terasa kosong,tak bermotivasi,tidak mengharap apa apa utk hari hadapan.

Kedua,jangan remehkan satu langkah yg kecil, meskipun sekedar memacak sebatang joran.Bandingannya ialah setiap usaha akan bermula dg satu langkah,langkah kecil,kemudian menjadi besar.Setiap perubahan mesti bermula dg langkah awal.Jadi ambillah tindakan utk memulakan usaha,utk berubah kpd lebih baik.Jangan hanya bercakap,hanya merancang tetapi mulakan langkah.Mulakan amalan zikir sehari beberaoa kali,mulakan baca quran sehari setengah muka,mulakan bersedekah sehari 50 sen,mulakan solat tahajud walau dipenghujung malam dsbnya.Mulakan niaga kecil bermodal sepuluh dua,mulakan menanam sepokok dua,sebatas dua sayuran.

Ketiga, berusahalah walau sekecil mana pun dan bertawakkal atau berserahlah kpd Allah.Bagaimana Allah hendak tunai hasrat kita,itu adalah hakNya, dan kuasaNya.Tetapi Allah telah menyebut kita kena usaha.Tidak sampai kpd fikiran manusia bagaimana umpan yg begitu kecil boleh ditemui ikan dlm sungai yg luas,tetapi itulah hakikat luasa tuhan.Siapa yg langsung tidak memulakan usaha,tidak akan mendapat apa apa.Saya biasa memulakan kutipan untuk membina masjid dg jualan kalendar sahaja,tetapi Allah membuka jalan lebih luas hingga berjaya mengutip ratusan rinu untuk menyiapkan masjid tersebut.

Kesimpulan jika anda pemancing,hulurkanlah joran,jika anda penjala,tebarkan jala,jika anda pekebun,tanamlah benih,jika anda guru,katakan sesuatu yg baik,jika anda ketua pejabat,gerakkan satu perubahan,jika anda pengusaha,mulakan satu innovasi, jika anda memcari teman,mulakan satu senyuman dan sapaan,jika hendak berubah,mulakan satu langkah....dan berserahlah kpd Allah.
ABD GHANI HARON

Sunday 17 May 2015

APA YANG TAK KENA

APA YANG TAK KENA?

 "Saya telah banyak berubah setahun dua ini selepas suatu kejadian buruk yg menimpa saya.Saya ikuti kuliah di merata masjid,solat tak tinggal,ditambah solat sunat lagi,puasa pun penuh dan kadangkala tambah puasa sunat,sedekah jariah kadar yg mampu,saya tunai zakat,baca quran,solat malam dan berbagai amalan lagi.Saya benar benar telah bertaubat.Tapi hati saya kadang masih tidak tenang, masih terasa berdosa,apa yg tak kena..Saya masih serba salah.Kenapa,sedangkan orang berkata jika kita beramal soleh,hati akan tenang,jiwa akan tenteram. "Seorang kenalan berkata kpd saya.Jawapan saya,dikongsi kpd anda untuk sama memikirkan.

Bila kita bertaubat, insyaAllah,Allah akan menerima taubat kita yg menyebabkan kita jadi lebih baik dari dulu,istiqamah dg ibadat.Tetapi masih ada dosa kita yg tidak diampun tuhan,yg menyebabkan kita masih rasa berdosa,masih serba salah.Dosa itu ialah dosa sesama manusia,yg tidak diampun tuhan melainkan orang itu sendiri mengampunkan,tidak terhapus dg bertaubat..Berusahalah utk meminta maaf dari semua orang yg pernah kita berdosa.Dosa mengumpat,mengambil tanpa kebenaran,memfitnah,berbohong dll.Jangan bimbang semua dosa sesama manusia boleh ditebus dengan kemaafan orang yang terlibat atau membayar balik apa yang diambil tanpa keizinan atau menebus balik setiap kesalahan dengan hukuman Qisas atau balas balik.

Jika sudah tidak ditemui orang yang berkenaan atau takut membahayakan nyawa jika berdepan dengan mereka, boleh diusahakan menebus kesalahan kepada seseorang dengan bersedekah di atas nama mereka dengan kadar yang sesuai.
 Berkhidmat atau menanggung bebanan keluarga orang yang berkenaan selama kadar yang sepadan dengannya, sebagaimana yang disepakati oleh keluarga mereka mengikut hukum Islam.Hadiahkanlah pahala zikir, dan seumpamanya kepada orang yang berkenaan.Akhirnya mohonlah kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan, mudah-mudahan Allah s.w.t. menerima taubat awak.dengan takdirnya maka akan terlepaslah segala bebanan dosa.

Kepada semua pembaca,saya ingatkan,kepada kita akan tiba waktu seperti kenalan saya ini.Waktu dimana kita mulz menyesali mungkin kerana telah tua,telah sakit,telah tidak berdaya.Waktu itu ibadat bertali arus tetapi dosa sesama manusia tetap menjadi kerikil yg tajam dlm hati.Takutlah berbuat dosa sesama insan kerana sukarnya utk memadam dosa sesama insan berbanding dosa dg Allah, bimbang suatu hari kita sukar menemuinya utk minta maaf,mungkin kerana perpindahan dan ajal maut.Allah tidak akan mengampunkan.Jika terasa kita berdosa kpd seseorang, lapangkan dada,mohonlah maaf segera sebelum beralih tempat,beralih hari atau beralih ketika.Jangan tinggalkan dosa yg tidak tertebus atau amat sukar ditebus,sedangkan memohon maaf itu amatlah mudah.Renungkanlah betapa payah menebus dosa sesama insan berbanding memohon maaf sementara kesempatan masih ada seperti yg diterang di atas.Dosa sesama manusia yg tidak dimaaf akan ditebus diakhirat dg pahala amalan kita,jika telah habis akan dibeban dosa orang kpd kita.
ABD GHANI HARON

Saturday 16 May 2015

TIDAK BERNILAI PADA KITA,BERNILAI PADA ORANG LAIN

TIDAK BERNILAI PADA KITA,ADA NILAI PADA ORANG LAIN

Semua orang sedar bahawa pada pada tong sampah di taman perumahan hinggalah ke tempat pengumpulan sampah ada insan yg mencari rezekinya disana.Menyelongkar tong sampah tak kira waktu mencari apa saja yg boleh dijual.Pada kita sudah tiada bernilai,tetapi pada mereka masih boleh diambil hasil.
Jangan memandang mereka sebelah mata,kerana hakikatnya mereka juga menyumbang kpd kehidupan lebih baik.Ketika sebahagian kita membuang apa saja dlm karung plastik,mereka memilih,mengasing utk dijual.Berapa ramai dari kita tidak kisah program kitar semula utk selamatkan alam, akhirnya program ini dijayakan oleh golongan ini yg mengutip kembali plastik,botol,kertas,besi dll dr timbunan sampah utk rezekinya yg halal

Jika sampah kita masih ada nilai,masih ada insan mengais rezeki darinya,buanglah secara lebih baik .Jangan campuraduk dg bahan bernajis.Asingkan bahan plastik,kertas, kaca seperti dlm kempen kitar semula dg niat moga memudahkan pencari rezeki dari sampah ini,moga Allah masih juga memberi kebaikan kpd kita meskipun dari sampah yg kita nak buang.Moga Allah tidak menghukum kita membazir kerana membuangnya, kerana ketertiban membuang sampah ini seolah "memberi" kpd orang lain.Bukankah ini juga satu amal kebaikan.Sayangnya kempen kitar semula tidak dikait sbg amalan mulia pada sisi agama.Jika membuang najis pun nabi beri tunjuk ajar dan tertibnya,maka buang apa yg kita tak mahu mestilah menuruti sunnah ini.

Seperkara lagi ialah,jangan membuang minyak terpakai dlm singki kerana ia akan menyekat saluran dan mencemar alam.Kempen pengumpulan minyak terpakai ini telah dijalankan banyak pihak utk dijdkan biodiesel,bahan sabun dsbnya.Jika kita tak mahu membawanya kpd pusat pengumpulan,atau menjualnya,serah sahaja minyak terpakai kpd pemungut sampah yg pasti akan memanfaatkannya utk dijual.Jika pakaian sudah mahu diguna,berilah kpd mereka yg memerlukan,jangan dibuang kelonggok sampah.Ada benda yg sudah tidak bernilai pd kita,tapi masih bernilai kpd orang lain.Berilah kpd orang,atau berilah kpd pemungut sampah dg cara buang cara teratur.

Kesimpulan,tujuan saya menulis ialah utk menyatakan kita kena manfaatkan apa saja yg ada pd kita hingga kepenghujungnya,ketitisan terakhir.Jangan membazir.Kulit buah-buahan yg dikupas dan sisa sayuran jika disimpan dlm air yg bercampur gulu merah akan menjadi baja yg baik utk pokok bunga dan tanaman..Dalam satu kisah, nabi yg menghadiri satu jamuan,tiba tiba datang seorang peminta sedekah meminta makan,sedangkan jamuan telah habis,Nabi bertanya tuan rumah apa yg masih ada,dijawab hanya kaki kambing,nabi menyuruh memberikan kpdnya.Ini menunjukkan betapa kita kena berhati hati dlm rezeki tuhan,jangan membazir,jika kita telah tidak mahu,berilah kpd orang yg mungkin masih memerlukan,dan berilah dg cara yg baik.
ABD GHANI HARON

Friday 15 May 2015

TERIMA KASIH LEBIH BERAT DARI GUNUNG JERAI

TERIMA KASIH LEBIH BERAT DARI GUNUNG JERAI

Satu ketika saya pernah membuat jamuan untuk sebuah sekolah di mana anak saya belajar sebagai penghargaan.Saya hanya menghantar pekerja menghidang,saya sendiri tidak sempat hadir.Bila perkerja saya balik,saya bertanya apa-apa pesanan dari sekolah,jawapan ringkas,tiada.Bila anak saya balik sekolah hari itu,saya pun bertanya,"Cikgu kata apa?"Jawapannya,"Tak kata apa pun".Saya pun diam.Dihati agak mengkelan.Segera teringat satu kisah masa jadi PPD.Saya juga membuat jamuan untuk kakitangan.Bila selesai,seorang kerani berjumpa saya mengucap terima kasih,yg lain membawa perut yg kenyang bersama kelunya lidah..Esoknya saya menegur mereka dlm morning prayer dg sindirin 'Terima kasih itu rupanya amat berat,lebih berat dari Gunung Jerai.'

Mengucap terima kasih kpd pemberian orang dlm apa bentuk itu adalah adab sopan yg baik,mekambang ketinggian budi bahasa.Sipemberi bukan mengharap tetapi,jika anda pergi dg kelu lidah dari mengucapkan sesuatu yg ringkas dari dua kata 'terima kasih',akan ada suatu rasa kurang selesa kpd pemberi,rasa mengkelan.Sedangkan jika anda mengucapkan terima kasih,ia mencetus suatu rasa hebat pada pemberi,rasa puas.

Sabda Rasulullah,"Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!"( Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218.)Berdasar hadis ini,ucapan terima kasih itu ringan pada lidah,ringkas pada kata,tapi berat pada maksud dan kelebihannya,besar pada tanggungannya hingga dibanding dg bersyukur kpd Allah.

Maka ringankanlah lidah,biasakan mengucap terima kasih kpd semua kebaikan yg kita terima dari orang lain dlm apa bentuk pun.Jika dulu mungkin kita rasa menyebut terima kasih ini sebagai berbudi bahasa,kini ingatlah bahawa ia suruhan nabi.Mungkin ia disebut dlm bahasa apa pun thank you,kamsia, nandri,syukron dll asalkan ia membawa maksud penghargaan kpd pemberi.Namun boleh juga terima kasih disampakan secara mengangkat tangan seperti kpd yg memberi laluan ketika memandu,menulis dlm kiriman surat atau peralatan telefon,massage peti suara dsbnya.Jika anda terpaksa membelanjakan sedikit wang,masa,tenaga untuk menyampaikan terima kasih, itu tentu lebih baik berbanding berdiam diri kerana beratnya perkataan ini pada sisi hadis.

Di sekolah,semua pelajar diajar berterima kasih kpd guru setiap kali guru meninggalkan kelas,sebagai didikan berterusan.Kita semua pernah jadi murid,pernah melalui didikan berterima kasih ini,tetapi kenapa melupakannya bila telah lepas bersekolah,bekerja.Berterima kasih bukan untuk anak anak sahaja,tetapi nabi menyebut kpd seluruh insan.Jangan mengharap orang lain lakukan,aku tak perlu.Orang lain dah ucap,cukuplah.Ini bukan soal cukuplah,tetapi jika kita boleh melakukan sendiri,kita menepati sunnah dan surhan nabi.Jika melibatkan ramai,peringatkanlah ketua jabatan untuk mewakilkan ucapan terima kasih bagi pihak kita, dan mereka yg menjadi ketua,harus mengambil berat hal ini.

Mungkin ada yg 'terlebih' wara' akan berkata,saya lakukan bukan memgharap terima kasih,saya ikhlas.Betullah,saya tidak bercakap dari sisi pemberi,tetapi dari sisi penerima yg disuruh oleh nabi utk mengucap terima kasih.Jika dia berbuat demikian,dia menepati suruhan nabi,kita yg memberi tentu akan bertambah ganjaran kerana membolehkan dia ,elaksana suatu suruhan nabi.

Saya bercerita untuk menegur dan menjadikan contoh,bukan kerana tidak ikhlas tetapi membetul dan mengjak kpd kebenaran itu adalah lebih besar.Ucapakanlah terima kasih kpd setiap pemberian,pertolongan,bantuan dll.Maafkan saya.
ABD GHANI HARON


Thursday 14 May 2015

KESEMPITAN HIDUP WALAU KAYA RAYA

KESEMPITAN HIDUP WALAUPUN KAYA RAYA

Dalam Firman Allah surah Taha ayat 123,disebutkan kehidupan yg sempit.
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Saya cuba menghurai hidup yg sempit dari satu sudut pandangan.Mungkin setengah kita berfikiran bahawa mereka yg engkar perintah Allah biasanya kaya raya,lalai dg kekayaan,kuasa dan pangkat,bagaimana pula dikatakan hidup yg sempit.Ini adalah disebabkan harta kekayaan masih ada kelemahan dan kekurangannya.Bukan kekayaan boleh membeli segalanya.Perhatikan beberapa contoh dibawah ini.

Jika kaya boleh membeli harta dan kemewahan,kekayaan masih tidak boleh membeli kebahgiaan, ketenangan hidup.Mereka hidup penuh ketakutan takut harta dicuri,membina penjara sendiri dirumah mereka,hidup bagai dlm kubu,berjalan ke mana pun penuh kebimbangan.Berbanding mereka yg hartanya sedikit,hidup tanpa ada ketakutan dan kebimbangan.

Jika kaya mereka boleh beli ubat terbaik,rawatan dihospital swasta terbaik,doktor pakar terbaik tetapi kesihatan tak boleh dibeli dg wang meskipun hanya sekedar sakit kepala.Sakit tetap mendatang dan bukan ubat,hospital atau doktor yg boleh menghalangnya tetapi Allah dg sifat kekuasaan saja yg mampu.

Jika kaya kita berupaya membeli makanan yg sedap,yg mahal,makan direstoren terkenal,chef terbaik,suasana makan terbaik.Tetapi selera dan nafsu makan tidak boleh dibeli,tak boleh dibuat.Hidanglah lobster sebesar betis pun didepan mata,jika tiada selera tetap tak boleh makan.

Jika kaya kita boleh beli dan paksa orang tunduk kpd kita dg membayar.Mereka akan hormat kita,tunduk,beri ucapan pujian tetapi itu pada ketika tertentu saja,ketika dihadapan kita sahaja.Semua yg dibuat bukan dg keikhlasan tetapi kerana telah dibayar,dibelakang kita mereka mengeji dan mengutuk,diluar masa kerja, mereka sedikit pun tidak menghormati kita.

Itulah beberapa contoh kelemahan harta.Bukan tak boleh banyak harta,tetapi ia hendaklah disertakan dg ketaatan kpd Allah,mematuhi setiap perintahnya dan harta yg ada ditadbir mengikut perintah Allah.Dg itu kehidupan yg luas,yg bahagia akan dikecapi.Harta tidak dpt membeli fikiran,selera, nafsu,kesihatan, kebahgiaan dan penghormatan orang.Tetapi gabungan harta kekayaan dg ketaatan kpd Allah akan membolehkan kita mengecapi kehidupan yg luas didunia ini.
ABD GHANI HARON

Wednesday 13 May 2015

MELEPAS ANAK DI PADANG PERMAINAN

MELEPAS ANAK DI PADANG PERMAINAN

Seketika dulu,saya biasa membawa anak ke Tambun Lost World.Selepas melepasi pintu utama,saya memulakan arahan dan pesanan.Jaga diri , ikut peraturan yg ditentukan, pakaian ditentukan, makan ditentukan dan diberi bekal, wang,jangan buat itu ini,jangan tinggal itu ini,jelajahlah tempat ini yg disukai.Masuk waktu solat,berhenti solat,beri bantuan jika diperlukan .Kalau perlu bantuan,bertanyalah, dan berbagsi hal lagi.Akhirnya diperingatkan,abah akan datang ambil petang nanti.Mereka cepat menghilang dlm kesibukan.

Bila petang saya datang,suka tak suka,kena balik,walau ada yg meronta,ada yg bermuka masam kerana masih seronok nak bermain..Didalam kereta,saya akan mula bertanya,memeriksa apakah suruhan dan larangannya semua dipatuhi,hinggalah ke rumah.Pujian dan ganjaran diberi kpd anak yg patuh,hukuman pun dijatuhkan kpd yg tidak patuh.

Anda mungkin juga biasa melakukan begini,mungkin ditempat lain.Secara tidak sedar,keadaan ini hampir menyamai hakikat hidup kita di dunia ini.
Allah melepaskan kita didunia ini dg berbagai pesanan, tegahan dan suruhan, nanti Dia akan memanggil pulang,tetapi apakah kita beringat.Kita kebanyakan lalai kerana kita ditinggalkan terlalu lama di taman permainan didunia.Jika tuhan memanggil sejak awal,mungkin kealpaan tak sebanyak mana.Bila lama menjelajah dunia,menikmati berbagai keseronokan,yg makin bertambah,makin lupalah kita bahawa kita akan dipanggil balik,hingga tercacat terluka,baru mengingat jalan pulang.Berapa banyak larangan telah abaikan,berapa banyak suruhan telah ditunaikan,berapa banyak bekal telah dihabiskan.

Pun begitu,ramai yg tak bersedia utk dipanggil balik,bila dijemput,terbelalak mata mereka.Bertuahlah mereka yg diturut,diseru,diajak,diperingat utk kembali,tetapi ramai yg diperingatkan pun terus memekak telinga,buat tak tahu saja.Kita bagaimana,sudah bersedia untuk dipanggil kembali terutama yg harinya hampir senja,matahari telah kemerahan di ufuk barat.
ABD GHANI HARON


Monday 11 May 2015

WARNA MERAH LEBIH DIPATUHI DARI PERINTAH TUHAN

WARNA MERAH LEBIH DIPATUHI DARI PERINTAH TUHAN

Pagi ini pergi dailisis jam 4.30 pagi.Sampai di satu trafic light, warna merah.Saya berhenti dan kereta lain pun demikian.Dijalan bertentangan tiada kenderaan,tapi kami tetap menunggu hingga lampu hijau.Saya rasa semua pemandu tetap patuh pd trafic light tak kira waktu walau tidak ada kereta melintas, tak kira dia siapa,bangsa,agamanya,orang alim,orang jahil,semuaya patuh,walaupun tiada polis.

Sesekali saya fikir trafic light lebih ditakuti dan diakur perintahnya dari tuhan.Hanya dg simbol hijau merah kuning semua akur walau ditengah malam, walau tiada siapa yg ada melainkan dia.Tetapi peraturan tuhan yg menyuruh berbuat baik sprt lampu hijau, melarang berbuat jahat sprt lampu merah, tetap dilanggar walapun diyakini tuhan sentiasa memerhati kita.Tidakkah kita terasa seperti kita lebih takutkan trafic light dari tuhan terutama bila nak tinggal solat,nak mengumpat?

Bila nampak amaran dari kereta bertentangan dg menyalakan head lamp, maka semua pemandu memasang tali pinggang,mengurangkan kelajuan,meninjau roadtax masih hidup ka tidak.Takut pada JPJ, polis trafik dan perangkap laju.Itu baru denda Rm300.Tapi tuhan memberi amaran satu waktu solat ditinggal,disiksa dlm neraka 80 tahun, mereka yg mengumpat ibarat memakan daging saudara sendiri dan akan dituntut diakhirat,yg tak berzakat akan diseterika tubuhnya dan berbagsi hukumsn lagi,berapa ramai manusia yg mengabaikannya.

Bila ke pejabat,tetap berusaha bangun awal pagi, tak kira sejuk,hujan,ribut,mesti sampai pejabat sebelum waktu ditetapkan.Tapi suruhan tuhan dg waktu yg ditetapkan sprt solat, dilengahkan,suruh bangun malam, diberi alasan sejuk dan mengantuk,disuruh bersedekah, berat hati utk memberi tapi jika jabatan tetapkan yuran itu ini,dg mudah diberi.Tidakkah terasa kita lebih takut pd peraturan kerja dari peratuhan hidup yg ditetapkan tuhan?

Dari tiga contoh ketakutan manusia ini,sudah menampakkan sifat munafiknya manusia,cakap tak serupa bikin.Mengaku sesungguhnya solatku,ibadatku,hidupku dan matiku kerana Allah.Tetapi takutkan manusia dan peraturan manusia lebih dari takutkan tuhan.Dalam quran,antara ayat awal dibicarakan dln surah albaqarah ialah mengenai kemunafikan.Mari kita melihat diri sendiri,apakah kita tergolong dlm kalangan mereka yg takut peraturan manusia melebehi peraturan tuhan.

Apakah kerana kita rasa tuhan tiada didepan mata,maka kita tidak terasa takut sprt takutnya kpd penguatkuasa di jalanraya.Jika anda takut bila melihat polis trafik,JPJ dan SPAD, cubalah sesekali timbulkan ketakutan yg sama kpd Allah dg menunai perintahNya dan meninggal laranganNya.
ABD GHANI HARON

Sunday 10 May 2015

KENAPA MEREKA TIDAK SAKIT

KENAPA PENAGIH DAN YANG GILA TIDAK SAKIT?

Dikampong saya ada beberapa penagih dadah yg telah berpuluh tahun menagih,hidup merempat tetapi hidup sihat,tiada darah tinggi,kencing manis,sakit jantung dll.Walaupun tidur dikaki lima,tidur dipondok buruk,dlm belukar.Tidak ada pula yg kena denggi.Makan tidak kisah bersih tidaknya.Pakaian sentiasa kotor.Tapi kenapa mereka tidak sakit?

Penagih dan mereka yg berterusan melakukan dosa,telah menghilangkan akal mereka, dg keseronokan sementara.Jika Allah memberi ujian kesakitan pun,mereka tidak terasa kerana kesakitan itu datang dari perasaan,dari fikiran, yg hilang bersama hilangnya fikiran mereka bila menghisap dadah atau minum arak.Tuhan juga mungkin tidak mengizinkan nyamok menyedut darah mereka yg jijik,bahkan kuman pun tak lalu berada didalamnya,yg menyebabkan mereka tidak sakit.

Seperkara lagi bukti sakit itu satu ujian ialah kita lihat orang yg gila,hidup merempat,tidak berbaju dipanas terik dan kesejukan malam,makan dari tong sampah dan sisa buangan, pakaian compang camping,tetapi sihat dan terus meronds dijalan.Tuhan tidak memberi mereka keuzuran,kesakitan kerana tuhan tidak memberi mereka akal.Sesungguhnya Allah Maha Adil.

Dua perkara diatas menjadi bukti bahawa sakit itu ujian tuhan kpd manusia. Kepada yg beriman,sakit utk mengingat tuhan,utk bersyukur dg nikmat sihat yg diberi tuhan,sakit utk mengingat kematian.Sakit adalah satu tanda kasihnya Allah. Mereka yg masih mahu mengguna akal,masih berpegang kpd tuhan,masih tidak melakukan dosa berterusan,merekalah yg diuji,diberi peringatan dg keuzuran, moga iman mereka bertambah kukuh dan moga mereka bersyukur.Kepada mereka yg engkar perintah tuhan,sakit adalah sebagai peringatan,amaran dari Allah,moga mereka mahu kembali ke jalan benar.Nilailah diri bila sakit,samada ini ujian atau peringatan.Sakit itu dari Allah dan Allah tidak melakukan sesuatu dg sia-sia atau tiada tujuan.

Kanak-kanak yg diberi sakit adalah ujian kpd ibubapa.Kepayahan yg ditanggung itu akan ditunai dg ganjaran di sisi tuhan.Kesakitan pada anak adalah ujian kasihsayang,ujian kpd kesabaran serta pengorbanan.Anak yg belum baligh adalah ahli syurga,berkhidmat kpd mereka seperti berkhidmat kpd ahli syurga.Jika kembalinya mereka kpd tuhan,mereka akan datang di hari akhirat membawa dulang berisi minuman kpd ibubapanya.

Jelaslah akal fikiran yg dikurnia Allah perlu dijaga,diguna dan dimanfaatkan utk menjadi insan yg baik kpd tuhan dan kpd makhluknya.Janganlah menghilangkannya dg sengaja, janganlah membazirkannya tanpa diguna, jangan pula disalahguna.Jika anda sakit atau uzur,itu ujian dan peringatan Allah dan tanda kasihNya.Bersabarlah dan bersyukurlah.Jangan mengeluh berpanjangan,tetapi muhasabah,menilai diri,buat perubahan, penambahbaikan Jika anda tidak sakit,anda pasti diuji dg cara yg lain.
ABD GHANI HARON

JANGAN BERI IKAN,BERI JORAN

JANGAN BERI IKAN,BERILAH JORAN.

Bila keluar pekeliling tidak ada pengambilan pegawai baru dlm JPA, bertepatanlah
 dg pandangan dunia hari tidak boleh lagi mengharap kerja dg kerajaan.We must create our own job or bussiness for our children.Jika kita berbimbang apa anak kita akan kerja suatu hari nanti,binalah pekerjaannya sekarang.Buat niaga,proses bahan keluaran, berladang,menternak,dan apa saja.Tinjaulah berbagai kursus yg disedia oleh berbagai pihak utk memahirkan anak anak.Kita dah melihat ramai lulusan universiti menganggur.Lulus jurutera,guru,akauntan pun menganggur belum kira bidang bussines study,sastera,komputer dll.Bahkan pengambilan doktor ke hospital kerajaan pun sudah tak terjamin.Saya sendiri telah sedar hal ini dan membina perniagaan sejak penghujung 90an dan saya dah bersedia jika anak anak yg gagal mendpt kerja dg pihak lain,boleh terjun ke bussiness abah.Saya rasa boleh pejam mata rapat.Jangan meletak harapan tinggi kpd kerajaan dan pihak lain utk menyedia kerja bagi anak kita.Belajar zaman ini bukan utk dapat kerja,tetapi lebih kepada membina pekerjaan sendiri.

Anak perempuan sekalipun,binalah kerjayanya dlm perniagaan,penghasilan,pembuatan, perkhidmatan supaya ada jalan rezekinya.Niaga itu sunnah..Jika sesuatu berlaku pd dirinya, dia mungkin boleh berdiri sendiri dg kemahiran yg ada.Jika berkahwin mungkin boleh mengusaha utk tambah pendapatan. Perniagaan cake and pastry, kerjatangan,jahitan,catering ,nursery dll.Kolej komuniti dan berbagai tempat boleh melatih mereka mengikut bidang.Apa yg diperolehi di sekolah adalah akademik yg tak boleh memahir seseorang dlm suatu bidang agar menjadi pekerjaannya.Melaburlah dg menghantar anak selepas peperiksaan ke kursus kemahiran jangka pendek kerana ini akan membuka ruang pekerjaan dan pemikiran kpd mereka.Bila berjalan ketempat orang,perhatikan apa yg orang lain buat utk ditiru atau menyuntik idea.

Walaupun anak dihantar ke tahfiz,berilah juga ilmu kemahiran untuk dia membina hidup,jangan hanya bergantung nak jd penceramah,guru agama,imam terawih shj.Ingatlah pesan tuhan sesungguhnya sebaik baik rezeki itu adalah apa yg terhasil dari usaha tangan kamu sendiri.Sehubungan dg pesanan Allah ini,berfikirlah dg mendalam sebelum melibat diri dg aktiviti cipta duit yg tiada jelas,unsur niaga yg meragukan,duit masuk dg tiada usaha,cepat kaya,tak buat kerja duit masuk dll kerana tiada keberkatannya.Bersandarlah kpd hakikat sebaik-baik rezeki itu dari usaha dan titik peluh sendiri.

Jika sayang anak, jangan peram dirumah.Jika sayang anak, berilah ilmu utk dia membina kerjaya sendiri.Jangan bila kita mati,anak isteri seolah kena turut mati kerana tiada sumber pendapatan.Jangan tinggalkan harta untuk menjamin kesejahteraan anak,tetapi tinggalkan ilmu kemahiran kpdnya.Pepatah cina mengatakan jika kamu memberi ikan kpd seseorang,esok ia akan minta ikan lagi,berilah dia joran utk dia berusaha sendiri.Jika telah ada niaga atau sebarang usaha,perturunkan kemahiran kpd anak.
ABD GHANI HARON

Wednesday 6 May 2015

TUTUP KEPALA,KAKI TERBUKA

IBARAT KAIN SESENTUNG,TUTUP KEPALA KAKI TERBUKA

Pesan ayah saya ,"Kita ibarat memiliki kain sesentung,tarik menutup kepala,kaki terbuka,tarik tutup kaki,kepala terbuka."Teringat zaman hidup susah dulu,kain pelekat sehelailah menjadi selimut,kaki kena di lipat atau kerekot utk tutup semua anggota.
Maksud ayah, kita tak mungkin sempurna semuanya.Anak yg dianugerah tuhan takkan semua memenuhi impian kita.Kelapa setandan,bukan semua berisi,pisang setandan bukan semua sama besar,jari ditangan bukan semua sama panjang.Dg yg demikian redalah pd kekurangan yg ada pada anak, bersyukurlah kpd penganugerah tuhan,yg terkurang itu ujian Allah,peluang utk bersabar dan berusaha.

Suami isteri nampak perfect, sempurna segalanya,masa belum berkahwin,bila dah duduk serumah nampaklah kudis sana sini,cacat cela sana sini.Itulah hakikat kekurangan utk kita redha,bersyukur dan bersabar.Jangan melihat isteri saja yg kurang,diri sendiri tetap ada kekurangannya cuma tidak mungkin kita melihat dlm diri sendiri.Kalau nak tahu,bertanyalah kpd isteri yg melihatnya dari luar.

Tidak semua rakan dan pekerja kita sempurna.Terimalah kekurangan mereka dg berlapang dada,membetul apa yg tidak kena,menambah apa yg terkurang.Jika anda seorang guru,ingatlah murid anda ibarat jari tangan yg tidak sama panjang.Pencapai,perangai,kebolehan adalah berbeza, bersabarlah,bertekunlah utk memperbaiki, padamkan percikan api kemarahan,kerana semua mereka juga ciptaan tuhan .Manusia dicipta tuhan tidak sama fizikalnya,tahap pemikiran dan kebolehan.Usah berbangga pd kelebihan kita,usaha mengata pd kekurang orang lain,berlapang dadalah.Tuhan tentu lebih tahu mengspa manusia tidak dijadi serupa seperti kita membuat kuih bahulu acuan ikan yg sama semuanya.

Kita ibarat kain sesentung,tutup kepala kaki terbuka, tutup kaki kepala terbuka.Bersabarlah,berlapang dadalah.Jika anda memarahi anak orang lain,ibubapanya pasti terasa.Jika anda menyatakan kekurangan seorang,ibubapanya akan terasa.Apakah anda tidak takut jika anda memarahi atau menyatakan kekurangan seseorang,anda akan dimarahi oleh tuhan yg mencipta mereka?Inilah hakikat mengapa kita kena mengawal kemarahan , apalagi kpd manusia.Berpada pada dan berhati hatilah, marah mungkin pada perlakuan, jangan marah pada sifatnya .Jika anda merasa anda seorang yg baik marilah kita menjadi insan yg lebih baik.

Kita semua ada kekurangan.Maka dg itu kita kena saling bergantung,saling memerlukan dan melengkapkan,dg itu kita akan mencaiai kesempurnaan.
ABD GHANI HARON


Tuesday 5 May 2015

JIKA MENUNGGU UNTUK MAKAN,SAYA TIDAK AKAN TUNGGU

JIKA MENUNGGU UNTUK MAKAN,SAYA TIDAK AKAN TUNGGU

Hj Awang(seorang yg pernah dianggap mati kerana kemalangan di Mekah dan disimpan dlm petiais mayat selama 11 hari,kemudian didapati hidup semula,berasal dari Patani dan digelar Hj Awang Tok Wali)menziarahi sayadiajak menunggu hingga tengah hari kerana ada jamuan kambing disebuah rumah.Jawapannya saya kongsi utk difikirkan dan menilai diri.
Karanya,"Saya nak balik sekarang.Saya tak mau tunggu makan kambing dah kerana kalau saya tunggu,bermakna saya menunggu makan,untuk memenuhi nafsu.."Subhanallah.Sekalu dengar seperti,kata-kata biasa tetapi bila direnung,tersirat suatu hakikat kemanan yg tinggi.

Perhatikan alasan bahawa dia tidak akan menunggu jika menunggu itu untuk makan.Sebahagian besar dari perbuatan makan adalah nafsu.Orang yg kuat berpegang kpd ilmu tasauf,kpd ilmu hakikat,tidak meletakkan makan sebagai perkara utama,sebagai tujuan.p,sebagai perkara yg kena ditunggu.Contohnya saya pernah menulis kisah Hj Awang yg meminta ayam goreng seketul untuk dibuat bekal dalam perjalanan,dia berkata,ini nafsu kerana saya tidak yakin Allh akan memberi saya rezeki di perjalanan.

Jom kita banding dg diri kita.Kebanyakan kita memang menunggu waktu makan,merancang apa nak dimakan,berusaha menjelajah market,warung,restoren, pasar minggu,pasar ramadan untuk makan yg sedap.Mencampur itu ini,masak kaedah berbagai,diselongkar seluruh isi perut bumi utk makan yg sedap.Lihatlah jarak kita dg Hj Awang ini dari segi keimanan dan keyakinan kpd Allah.Ketika kita meletak agenda makan sebagai wajib,bahkan bertopeng utk kesihatan,tidak juga kita terlepas dari berbagai penyakit berbanding orang tua ini sudah hair 90 tetapi masih boleh merantau kemerata pelusuk dunia dan tak perlu menggendong ubat.

Mungkin ada yg mencebek mulut dg status ini.Mungkin ada orang berkata dia boleh la buat,dia dah tua.Mungkin ada orang berkata bukan semua orang boleh buat,sebagai alasan yg lembut.Bahkan mungkin ada yg akan berkata tuhan beri rezeki,kita makanlah.Buatlah apa pun yg kita fikir,saya cuma ingin berkongsi pengalaman iaitu bila kita berkawan dg orang yg tinggi keimanannya,ilmunya,pegangan agamanya,barulah kita dapat mengukur dimana iman kita,dimana diri kita.Jika berkawan dg puak lembu kita akan menjadi lembu,tetapi jika berkawan dg penjual minyak wangi,kita sekurangnya terkena wangiannya.

Monday 4 May 2015

PERAHU YANG DITINGGAL TANPA PENDAYUNG DAN KEMUDI

PERAHU YANG DITINGGAL TANPA PENDAYUNG DAN KEMUDI.

Dari Mersing,seorang ibu muda yg diceraikan suami atas sebab suami nak kahwin lagi,dg 3 anak,berkirim salam kpd saya sebagai saudara jauh, menyatakan kepayahan dan keperitan hidup.Bekerja sebagai pembantu am rendah untuk menyara 3 anak tentunya memeritkan.Bekas suami yg diarah membayar nafkah,langsung tidak memberi walau sesen walaupun hidup selesa dg bini baru.

Saya hairan bagaimana seorang bapa boleh langsung melupakan anak-anaknya,yg suatu masa dulu ditatang,didukung,dibawa ke sana sini hanya kerana nafsu untuk berbini muda.Kahwinlah tetapi mengapa anak anak ditinggal hingga tidak ada sedikit rasa belas kesihan.Saya biasa memberi tiga ekor kucing kpd seorang rakan fb,ternyata ibunya meroyan berminggu,mencari berkeliling rumah dan akhirnya merajuk hingga tidak lagi mahu bermanja seperti dulu.Jika kucing mengingat anak znak sedemikian rupa,apakah kita manusia dg mudahnya melupakan darah daging hanya kerana nafsu serakah.

Lebih teruk,datuk dan nenek kanak-kanak tersebut sebelah bapa turut melupakan cucu mereka yg dulunya dibelikan berbagai perkara,yg dulunya diriba,disayang sayang.Apakah kerana anak sendiri tidak suka kpd ibu anak tersebut,mereka yg tua turut tak suka.. Mengpapa anak-anak kecil yg menjadi mangsa,terkorban kasih sayang,terkorban masa depan.

Tidakkah sibapa anak ini sedar akan dosanya tidak menanggung nafkah anak?Tidakkah dia sedar suatu hari nanti anak ini terpaksa juga berjumpa dgnya kerana mewalikan nikahnya.Jika bapa anak ini terpesong hidupnya,mengapa datuk dan nenek sanggup membiar darah dagingnya terkontang-kanting dalam hidup.Semua mereka akan diseret ke mahkamah Allah,mereka akan dituntut oleh anak-anak ini.

Jika bercerai,bercerailah dg baik.Selesaikan semua perkara seperti yg diperintah oleh mahkamah syariah,apa yg ditintut oleh agama. Bercerai itu perkara halal yg dibenci Allah,jika terpaksa,tiada jalan,maka biarlah ia berlaku dg sifat halalnya,jangan berlaku zalim kpd mana pihak pun.Mahu tidak mahu mereka tetap anak kita,suatu hari mereka akan datang utk meminta mewali nikah,suatu hari mereka mungkin datang berziarah,suatu hari mungkin kita mengharap doa mereka setelah kita berada dikubur dimana ketika itu semua yg lain tidak dapat membantu melainkan doa anak anak.

Kepada datuk dan nenek yg anak menantu bercerai,jangan tumpang sekaki juga untuk bercerai dg menantu.Biarlah ibubapa anak-anak tersebut putus hubungan,jangan kita juga memutus hubungan kerana kita tidak ada apa sebab utk turut bercerai.Bahkan jika kita mengambil jalan yg sama,kita memutuskan silaturrahim,hubungan kekeluargaan darah daging kita.Ini salah satu dosa yg besar.

Mohon maaf,saya nak mengajak anda semua yg terkait dalam situasi begini untuk bermuhasabah,berlapang dada.Padamkanlah api kemarahan,buangkanlah titik kebencian,kembalilah kpd kebenaran,kembalilah kpd jalan Allah.Jangan putuskan silaturrahim,walau terputus hubungan akad,terputus hubungan oleh jarak rumah,terputus hubungan dalam istilah isteri dan menantu kerana tidak putus istilah anak,bapa cucu,atuk dan nenek.Jangan kerana pipi gebu bini muda,kita menempah jalan ke neraka.Memang mudah berpindah perahu,tetapi apakah tidak ada setitis simpati kpd mereka yg ditinggal dlm perahu yg tiada pendayung serta kemudi?
Luahkan emosi anda disini,moga Allah yg berkuasa membolak-balikkan hati-hati, menitipkan suatu kesedaran.
ABD GHANI HARON

Sunday 3 May 2015

MINTALAH JALAN

MINTALAH JALAN

Semua orang selalu memohon doa supaya terhindar dari neraka,diberikan syurga,dijauh bala,ditambah rezeki,diberi petunjuk dsbnya,yg keseluruhannya seperti kita meminta kejayaan atau hasil,tetapi kita kena juga berdoa supaya Allah membuka jalan untuk mendapatkan apa yg diminta.Maksudnya kita minta Allah buka jalan dan cara utk kita buat amal kebajikan, kerana amal kebajikan itu luas.Panjatkan doa kpd Allah moga Ia membuka jalan berbuat amal kebajikan,minta ditunjuk jalan beramal untuk kesyurga,bukan terus minta syurga, minta jalan pengampunan dosa utk kita lakukan bagi Allah mengampun dosa, minta jalan ditambah rezeki utk kita usahakan bagi menambah rezeki,minta jalan utk terjauh dari bencana utk kita berusaha.Ibaratnya meminta galah untuk mengait mempelam ,bukan terus meminta mempelam , meminta joran utk memancing,bukan terus meminta ikan.

Hakikatnya kita kena usaha baru dapat sesuatu.Jika meminta syurga,anda kena tunggu selepas mati.Meminta rezeki dari Allah, tak akan datang bedebuk depan mata, kena tunggu.Tetapi jika kita minta jalan untuk berusaha,Allah akan ilhamkan,akan buka jalan,insyaAllah.Atas sifat kehambaan,kita kena meminta jalan untuk memenuhi perintah tuhan.

Apa yg tuhan datangkan itu adalah hidayah yg kena segera disambut dan laksana tanpa tangguh.Setiap idea berbuat amal kebajikan itu dari tuhan,jangan berlengah.Menangguh satu lintasan berbuat kebajikan itu adalah dari syaitan yg cuba menghalang.Ingatlah, lintasan itu mungkin datang sekali shj,tapi syaitan akan terus berulang kali.

Bila kita melihat orang berbuat baik,nyatakan sokongan,jika dlm fb,komen yg baik dan like,jika diluar,berilah pujian.Tetapi ingat sampai bila kita akan jadi tukang pemerhati,tukang puji,tukang komen.Yang datang ke pengetahuan kita itu adalah dari Allah,bukan utk diperhati shj,dibaca sahaja,itu petunjuk,itu jalan dan hidayah dari tuhan.Jika kita biarkan ianya berlalu bagai angin lalu,scroll tanpa singgah dihati utk memikir,saya bimbang, apakah Allah tidak akan datangkan lagi petunjuk,jalan dan hidayah selepas ini.

Ya Allah,bukakanlah kepada kami jalan menuju syurga,bukakanlah kepada kami laluan untuk kami berusaha ke arah meraih rezekiMu,berikan kepada kami kekuatan untuk beribada kepadaMu,memohon keampunanMu,mengingatMu, lembutkan hati kami untuk bersedekah jariah,menerima nasihat yg baik..............
ABD GHANI HARON

Saturday 2 May 2015

KENAPA IBADAT DITOLAK WALAU BETUL PERBUATAN

KENAPA IBADAT DITOLAK WALAU BETUL PERBUATANNYA

Saya pernah mengemuka beberapa soalan fekah mengenai masalah solat dalam timeline saya tidak lama dulu.Tidak terkejut bila saya dapati ada yg beri jawapan tak betul,ada yg mengaku tak tau nak jawab,ada yg menjawab dg ragu.Ini bermaksud tidak faham dan tidak mengingat rukun solat,sunatnya,sah dan batalnya.Jika kita memahami rukun,kita akan dg mudah menjawab masalah.Contoh terkentut selepas memberi salam ke kanan,sah atau tidak solat.Sah kerana rukun solat hanya memberi salam ke kanan,tetapi jika disambung memberi salam ke kiri selepas terkentut,batal solatnya kerana dia menyambung solat dlm keadaan telah putus wuduk.Jika terlupa baca tahiyat awal,terlupa pula nak sujud sahwi,sah tidak solatnya?Jawablah!

Apa yg saya nak sebut kali ini ialah jangan buat ibadat cara ikut ikut-ikutan,jangan meniru tanpa ilmu kerana kita mungkin bersolat tanpa ilmu,hanya ikut saja sebab itu tak dapat menjawab masalah..Dalam prinsip ibadat,disuruh belajar dan berilmu kemudian beramal,siapa yg beramal tanpa ilmu,tanpa pengetahuan,amalnya ditolak.Tidak ada dalam prinsip ibadat disuruh meniru,mengikut membuta tuli.Dg itu timbul ilmu fardu ain yg wajib dipelajari utk beribat.Bukan mengikut apa orang buat.

Belajar ilmu bersolat,faham rukun,sunatnya,sah dan batalnya baru beribadat dan diterima.Siapa yg beribadat tanpa tahu rukunnya,sah batalnya,amalnya ditolak kerana itu beramal cara meniru,beramal tanpa ilmu.Berapa ramai orang yg bila imam tersalah,tak tahu cari jalan penyeselaian.Ini kerana tak tahu rukun,sah dan batal.Contohnya seperti soalan diatas.Jika kita faham rukun,masalah itu mudah dijawab..Rukun pada ibadat bukan untuk dihafal tetapi utk jadi panduan ibadat.Kena diingat selalu.Berapa ramai orang yg menyibuk dg perkara sunat seperti nak berusolli walau imam hampir rukuk,sibuk bacaan dlm rukuk dan sujud 3 kali tetapi sebutan tidak jelas,seperti bunyi keretapi zaman koboi 'cepuih,cepuih' dsbnya,kerana tak faham rukun yg dituntut.

Jangan meniru tanpa ilmu kerana yg ditiru belum tentu betulnya,atau itu kelemahannya.Bertanyalah,merujukllah untuk menghadam ilmu.Berusahalah untuk menjawab masalah kerana ini akan memantapkan ilmu dalam sesuatu hal.

Saya nak mengajak semua menilai diri,bermuhasabah,menyemak semua ibadat kita hari ini adakah dibuat dg cara turutan atau dg berilmu.Jika kita merasakan kita benar mengetahui,periksalah diri apa rukunnya,sah batalnya.Contoh apa rukun solat yg jika tertinggal akan batal solat.Apa rukun qauli,rukun fiqli,rukun qalbi (rukun bacaan,rukun perbuatan dan rukun hati)Saya pernah menulis hal ramai orang solat dg membaca fatihah dlm hati,tak terdengar telinga sendiri,tidak sah solat kerana ia rukun bacaan yg mesti disebut dan didengar telinga sendiri.Begitu juga hal takbiratul ihram.tahiyat akhir dan memberi salam.Pokoknya,beramal tanpa pengetahuan rukun,wajib,sunat,sah,batal,adalah ditolak walau betul perbuatannya.Orang bersolat kita bersolat,orang berpuasa kit berpuasa tetapi jangan terbelalak mata kelak bila catatan amal kosong.Belajarlah semula walau kita sudah beramzl supaya kita berilmu.
ABD GHANI HARON

Friday 1 May 2015

ZIARAH YANG SEPI

ZIARAH YANG SEPI

Anak saudara datang berziarah 3 beradik.Selepas masuk,bersalam dan duduk di sofa,saya bertanya khabar.Selepas itu sunyi bila ketiga tiganya mula membelek telefon ditangan.Ziarah yang sepi.Tiada soalan yg terbit dari mereka hinggalah makanan dihidang.Zahirnya nampak sepi tetapi dlm alam maya riuh mereka bersembang,bersimpang-siur mereka menjelajah dunia ini ketimur,barat utara selatan.Jasad disini,pandang dan fikiran menerawang entah ke mana.

Solat jumaat lalu,saya melihat seorang muda disaf belakang penjuru masjid menanggalkan kopiah ketika qutbah dan khusyuk melihat ke dalam kopiah dg sebelah tangan mengais-ngais dalam kopiah yg ditelentangkan.Saya tahu apa dalam kopiah tu,anda pun tahu.
Ketika menunggu berjumpa doktor,sebahagian pesakit yg muda semuanya membelek telefon,suasana cukup sunyi.Dirumah saya walau ada anak lelaki yg ramai,tapi amat sunyi kerana membelek sesuatu ditangan.Dalam mesyuarat,ada orang yg merayau keluar fikiran dan pandangannya menerusi telefon.Dalam kuliah,telefon beroperasi dlm muka buku.

Dimana juga kita pergi hari ini,kita akan berjumpa orang yg membelek telefon ditangan hingga waktu berjalan kaki..Sudah menjadi budaya baru.Seorang teman secara berseloroh berkata,inilah kesan kempen membaca dulu oleh kerajaan,cukup berkesan,sekarang orang suka membaca,tapi bukan baca buku.Membaca juga.Bina displin kendiri bila guna tel pintar.Tetapi penyalahgunaannyalah dibimbangkan seperti dadah yg asalnya dicipta utk perubatan tetapi disalah guna.

Banyak orang menegur penggunaan media utk sebar berita tidak benar,fitnah dan bahan yg buruk serta perkara tidak berfaedah.Ini yg paling banyak berlaku.Berhentilah menulis sesuatu yg tidak berfaedah,yg tak betul,yg mencatat dosa,mengumpat,memapar dosa orang,bahan lucah bahkan perkara yg lagho.Jika Islam melarang salahguna dadah kerana merosakkan diri, salah guna media merosakkan masyarakat sprt disebut tadi,membunuh silaturrahim bila berkunjung tiada lagi perbualan yg panjang,pengabaian dalam tugas dsbnya.Kita bimbang ia menjadi ketagihan yg akan merosakkan lenih banyak perkara.

Apa perkara juga bergantung kpd cara kita guna,jika baik,baiklah jadinya.Ada penceramah dulu berkata,tv ibarat ibu babi dlm rumah,tetapi jika kita kawal kearah baik,ia jd makaikat.Begitulah juga telefon,ia boleh jadi pendakwah,penyeru yg baik,perpustakaan,penghubung silaturrahim,jd bahan al quran dan hadis dan sebagainya.Tapi ia juga boleh menjadi lorong ke lubang neraka.Ingatlah,jika hari ini anda mengumpat seseorang,menunjukkan bahan lucah,itu hanya didengar dan dilihat oleh seorang dua dan habis disitu,tetapi dosa yg sama yg dibuat dg media lebih dahsyat kerana ia dilihat berjuta manusia dan berkekalan beberapa lama.Beringatlah.
ABD GHANI HARON