Friday 22 May 2015

TEROPONG BULUH UNTUK BACA QURAN

TEROPONG BULUH UNTUK BACA QURAN

Hari ini saya dg ansk pergi masjid awal sikit masa solat jumaat.Lazimnya saya membaca quran hingga azan. Dalam masjid telah ada beberapa puluh orang yg beritikaf,tetapi tidak seorang pun membaca quran.Kerana rak quran ada satu shj di masjid itu dan saya duduk ditepinya,saya merasakan tidak ada siapa pun yg datang mengambil quran untuk dibaca dlm ittikaf.Bahkan ada yg berbual dan lelap sambil duduk.
Teringat saya kisah Hj Me, yg mayatnya saya temui tidak reput walau telah dikebumi 10 tahun lebih.Masa arwah ayah saya masih ada dan kuat lagi,saya membantu kerja menggali kubur jika ada kematian hari tak sekolah.Kebetulan hari itu hari Jumaat seorang wanita mati ketika dlm perjalanan ke masjid utk solat Subuh.Ketika separuh jalan liang digali,tiba tiba cangkul terkena papan keranda lama dan terkopak sedikit.Saya lihat ada mayat yg putih bagai salji.Saya menghulur tangan menyentuhnya,sejuk dan keras.Ayah cepat menyuruh menutup kembali keranda dg papan gantian.

Bila ditanya,siapakah mayat itu,ayah memberitahu Hj Me.Allahyarham sangat baik dg ayah dulu,ayah saya siak masjid.Tabiat Hj Me yg saya ingat,sentiasa diberanda rumah waktu petang membaca quran.Suatu hari dia pernah meminta ayah membawa sepotong buluh berlubang yg panjangnya kira kira sekaki utk dijadikan seperti teropong kerana matanya semakin tidak nampak huruf quran.Jika dibuat demikian,masih boleh kelihatan.Begitu beliau berusaha untuk membaca quran hinggalah membawa kpd kematiannya.Dia bukan guru agama,bukan imam,dia orang biasa shj.

Lihatlah betapa Allah menunjuk kekuasaannya kpd mereka yg membesarkan quran,menjadikannya amalan harian.Mayatnya tidak reput,bahkan kubur orang lain yg disebelahnya juga seorang hebat bila mati dlm bertelekong,dlm perjalanan ke masjid,di pagi jumaat,bulan ramadan.Maka kenapa kita tidak mengutamakan membaca quran bila ada ruang.Kenapa ramai orang yg menunggu waktu solat tidak membaca quran,mengapa ada orang yg hadir majlis kenduri yg ada baca yasin akan buat buat terlewat kerana tak pandai baca quran.Masa jadi PPD dulu saya minta semua sekolah memulakan aktiviti pagi dg baca quran,yg menentang adalah guru Islam,yg tak akur gurubesar dan pengetua Islam,sebaliknya gurubesar SJKC Min Terk datang minta nasihat nak buat bilik khas utk pelajar Islam laksana JQAF.Berapa banyak orang lebih senang mendengar lagu dangdut'"sakitnya tuh disini'"hingga berhinggut kereta dari mendengar bacaan ayat suci dlm perjalanan.

Kita tidak perlu jd orang alim,orang tinggi ilmu,jadi pejuang,pemimpin besar uyk ,enjadi hamba yg dikasihi.Jadilah pembaca quran yg tegar sepanjang hidup.Nikmat mata sebaiknya diguna utk membaca ayat Allah sbg tanda bersyukur.Jom kita semak diri,aku boleh baca quran atau tidak,lancar ke tidak.Kenapa tak berusaha,kenapa bertangguh.Tiada siapapun dilahir terus boleh baca quran,terus lancar,melainkan mereka berusaha,berlatih dan terus berlatih.Bila kali terakhir kita qatam quran,masa bebudak dulu?Berazamlah utk qatam setahun sekali,sebulan sekali, sedangkan ada orang qatam setiap minggu.Jika sejuzuk 45 minit,anda perlu 22 jam untuk qatam.Kalau hendak seribu daya........
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment