MEMBALING BATU KEPADA KERA DI POHON BERBUAH
Menonton drama Indonesia, Aisyah walau ada unsur tidak logik,tetapi dasar ceritanya yg berpaksi atas prinsip keburukan dan kejahatan orang jangan dibalas dg kejahatan tetapi hendaklah dibalas dg kebaikan cukup baik .Prinsip ini adalah ajaran nabi dan ditunjukkan dlm banyak kisah sepanjang hidup nabi.Kejahatan jika dibalas dg kejahatan,maka tidak ada jalan penyelesaian tidak ada noktahnya.Diumpat jika dibalas dg mengumpat,berlarutanlah kata mengata.Fitnah dibalas fitnah,bertaburanlah keburukan.Kemusnahan jika dibalas dg kemusnahan,binasalah kedua-dua pihak.
Kejahatan hendaklah ditangani dg kesabaran kerana janji Allah akan diberi kemenangan.Memadai jika ia jenayah,diambil tindakan perundangan,namun kita masih boleh berbuat baik dg mereka.Kejahatan akan terhenti bila kita tidak bertindak balas,sebaliknya redo dan menasihat serta memperingatkan ke arah kebaikan.Jangan menyimpan dendam untuk membalas,serahkan kpd Allah untuk menentukan.Hati kita akan jadi ringan dan lapang kerana tidak bersusah hati dg kejahatan orang,tidak ada dendam,yg ada hanyalah berfikir untuk berbuat baik kpd semua orang.
Jika anda biasa hidup di kawasan dusun,jika terjumpa kera memakan buah dipokok,baling dia dg batu,kera itu akan baling buah dari pokok kpd kita.Begitulah juga apa yg patut kita pegang,biar batu yg dibaling kpd kita,kita tetap membaling buah kpdnya.Banyak lagi kisah binatang yg mengabdi diri kpd manusia walau ditinya hidup penuh kepayahan.Kisah sahabat nabi yg diumpat oleh seseorang,dia tidak membalas dg umpatan tetapi mengirim sedulang buah korma kpdnya.Apa kata selepas ini jika ada yg mengumpat kita,dikirim sekilo anggur,sekotak biskut,sekeping coklat dll kpdnya.Tak perlulah kata" sebab kau mengumpat aku",biar Allah yg memberi ingatan kpdnya.
Mungkin ada orang kata cikgu pernah buat ka?Banyak kali,ada yg terus berubah,ada yg sikit berubah ada yg lama baru berubah.Biasa saya beri hadiah kpd guru yg mengumpat saya dlm bilik guru ketika jd pengetua,tergamam dia.Ada guru yg mengata keburukan saya,tercengang bila saya ziarah anaknya di wad.Bahkan ada seorang imam masjid yg mengumpat saya di kedai kopi,saya hantar dia melihat kaabah.Saya cerita utk teladan,utk mengukuhkan ajakan,bukan utk riak.
Dalam konteks yg lebih besar,mungkin tidak sesuai parti atau badan yg memperjuang Islam,membalas kata nista dg umpat keji,fitnah dg fitnah,maki hamun dg sumpah seranah,membuka aib peribadi dg membukakan aib juga dsbnya.Jangan puaskan hati,kerana yg menurut hendak hati dari syaitan,sedangkan Allah memberi fikiran,dan sunnah sbg teladan.
Jom mulai hari ini kita letak titik noktah untuk membalas keburukan orang kpd kita,lebih lagi kita tidak bercerita keburukan orang lain.Tingkatkan kesabaran,lebarkan senyuman,mohonlah maaf.utk mengosongkan hati dari dendam.Jom mulai hari ini kita hanya memikir untuk berbuat baik kpd semua insan dan makluk Allah.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment