Sunday, 17 May 2015

APA YANG TAK KENA

APA YANG TAK KENA?

 "Saya telah banyak berubah setahun dua ini selepas suatu kejadian buruk yg menimpa saya.Saya ikuti kuliah di merata masjid,solat tak tinggal,ditambah solat sunat lagi,puasa pun penuh dan kadangkala tambah puasa sunat,sedekah jariah kadar yg mampu,saya tunai zakat,baca quran,solat malam dan berbagai amalan lagi.Saya benar benar telah bertaubat.Tapi hati saya kadang masih tidak tenang, masih terasa berdosa,apa yg tak kena..Saya masih serba salah.Kenapa,sedangkan orang berkata jika kita beramal soleh,hati akan tenang,jiwa akan tenteram. "Seorang kenalan berkata kpd saya.Jawapan saya,dikongsi kpd anda untuk sama memikirkan.

Bila kita bertaubat, insyaAllah,Allah akan menerima taubat kita yg menyebabkan kita jadi lebih baik dari dulu,istiqamah dg ibadat.Tetapi masih ada dosa kita yg tidak diampun tuhan,yg menyebabkan kita masih rasa berdosa,masih serba salah.Dosa itu ialah dosa sesama manusia,yg tidak diampun tuhan melainkan orang itu sendiri mengampunkan,tidak terhapus dg bertaubat..Berusahalah utk meminta maaf dari semua orang yg pernah kita berdosa.Dosa mengumpat,mengambil tanpa kebenaran,memfitnah,berbohong dll.Jangan bimbang semua dosa sesama manusia boleh ditebus dengan kemaafan orang yang terlibat atau membayar balik apa yang diambil tanpa keizinan atau menebus balik setiap kesalahan dengan hukuman Qisas atau balas balik.

Jika sudah tidak ditemui orang yang berkenaan atau takut membahayakan nyawa jika berdepan dengan mereka, boleh diusahakan menebus kesalahan kepada seseorang dengan bersedekah di atas nama mereka dengan kadar yang sesuai.
 Berkhidmat atau menanggung bebanan keluarga orang yang berkenaan selama kadar yang sepadan dengannya, sebagaimana yang disepakati oleh keluarga mereka mengikut hukum Islam.Hadiahkanlah pahala zikir, dan seumpamanya kepada orang yang berkenaan.Akhirnya mohonlah kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan, mudah-mudahan Allah s.w.t. menerima taubat awak.dengan takdirnya maka akan terlepaslah segala bebanan dosa.

Kepada semua pembaca,saya ingatkan,kepada kita akan tiba waktu seperti kenalan saya ini.Waktu dimana kita mulz menyesali mungkin kerana telah tua,telah sakit,telah tidak berdaya.Waktu itu ibadat bertali arus tetapi dosa sesama manusia tetap menjadi kerikil yg tajam dlm hati.Takutlah berbuat dosa sesama insan kerana sukarnya utk memadam dosa sesama insan berbanding dosa dg Allah, bimbang suatu hari kita sukar menemuinya utk minta maaf,mungkin kerana perpindahan dan ajal maut.Allah tidak akan mengampunkan.Jika terasa kita berdosa kpd seseorang, lapangkan dada,mohonlah maaf segera sebelum beralih tempat,beralih hari atau beralih ketika.Jangan tinggalkan dosa yg tidak tertebus atau amat sukar ditebus,sedangkan memohon maaf itu amatlah mudah.Renungkanlah betapa payah menebus dosa sesama insan berbanding memohon maaf sementara kesempatan masih ada seperti yg diterang di atas.Dosa sesama manusia yg tidak dimaaf akan ditebus diakhirat dg pahala amalan kita,jika telah habis akan dibeban dosa orang kpd kita.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment