Friday, 1 May 2015

ZIARAH YANG SEPI

ZIARAH YANG SEPI

Anak saudara datang berziarah 3 beradik.Selepas masuk,bersalam dan duduk di sofa,saya bertanya khabar.Selepas itu sunyi bila ketiga tiganya mula membelek telefon ditangan.Ziarah yang sepi.Tiada soalan yg terbit dari mereka hinggalah makanan dihidang.Zahirnya nampak sepi tetapi dlm alam maya riuh mereka bersembang,bersimpang-siur mereka menjelajah dunia ini ketimur,barat utara selatan.Jasad disini,pandang dan fikiran menerawang entah ke mana.

Solat jumaat lalu,saya melihat seorang muda disaf belakang penjuru masjid menanggalkan kopiah ketika qutbah dan khusyuk melihat ke dalam kopiah dg sebelah tangan mengais-ngais dalam kopiah yg ditelentangkan.Saya tahu apa dalam kopiah tu,anda pun tahu.
Ketika menunggu berjumpa doktor,sebahagian pesakit yg muda semuanya membelek telefon,suasana cukup sunyi.Dirumah saya walau ada anak lelaki yg ramai,tapi amat sunyi kerana membelek sesuatu ditangan.Dalam mesyuarat,ada orang yg merayau keluar fikiran dan pandangannya menerusi telefon.Dalam kuliah,telefon beroperasi dlm muka buku.

Dimana juga kita pergi hari ini,kita akan berjumpa orang yg membelek telefon ditangan hingga waktu berjalan kaki..Sudah menjadi budaya baru.Seorang teman secara berseloroh berkata,inilah kesan kempen membaca dulu oleh kerajaan,cukup berkesan,sekarang orang suka membaca,tapi bukan baca buku.Membaca juga.Bina displin kendiri bila guna tel pintar.Tetapi penyalahgunaannyalah dibimbangkan seperti dadah yg asalnya dicipta utk perubatan tetapi disalah guna.

Banyak orang menegur penggunaan media utk sebar berita tidak benar,fitnah dan bahan yg buruk serta perkara tidak berfaedah.Ini yg paling banyak berlaku.Berhentilah menulis sesuatu yg tidak berfaedah,yg tak betul,yg mencatat dosa,mengumpat,memapar dosa orang,bahan lucah bahkan perkara yg lagho.Jika Islam melarang salahguna dadah kerana merosakkan diri, salah guna media merosakkan masyarakat sprt disebut tadi,membunuh silaturrahim bila berkunjung tiada lagi perbualan yg panjang,pengabaian dalam tugas dsbnya.Kita bimbang ia menjadi ketagihan yg akan merosakkan lenih banyak perkara.

Apa perkara juga bergantung kpd cara kita guna,jika baik,baiklah jadinya.Ada penceramah dulu berkata,tv ibarat ibu babi dlm rumah,tetapi jika kita kawal kearah baik,ia jd makaikat.Begitulah juga telefon,ia boleh jadi pendakwah,penyeru yg baik,perpustakaan,penghubung silaturrahim,jd bahan al quran dan hadis dan sebagainya.Tapi ia juga boleh menjadi lorong ke lubang neraka.Ingatlah,jika hari ini anda mengumpat seseorang,menunjukkan bahan lucah,itu hanya didengar dan dilihat oleh seorang dua dan habis disitu,tetapi dosa yg sama yg dibuat dg media lebih dahsyat kerana ia dilihat berjuta manusia dan berkekalan beberapa lama.Beringatlah.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment