Tuesday 30 June 2015

CAKAP BIAR SERUPA BIKIN

CAKAP BIAR SERUPA BIKIN

 Saya nak mengajak semua merenungi firman Allah yg berikut:
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Al-Shaff: 2-3

Amaran Allah pada orang yg cakap tapi dia pun tak buat,tak laksanakan.Mungkin kita berkata dlm perbualan,dlm tulisan difb,dlm pekerjaan dsbnya.Ramai orang cenderung memaparkan hadis, ajakan amal makruf, cegah mungkar dlm statusnya sebagai satu usaha yg baik tetapi bila kita baca firman Allah ini, saya rasa kita kena upgrade sikit diri kita,iaitu kita kena amal apa yg kita suruh atau larang orang buat.Nak copy and paste is very simple thing tetapi biarlah kita dah amal atau kita nak mula amal,jangan hanya tinggal disitu.Baca hadis dibawah:

Dari Usamah bin Zaid ra bahwa dia pernah mendengar Nabi saw bersabda: Seorang lelaki didatangkan pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam api neraka, kemudian ususnya berhamburan keluar lalu dia berputar-putar dengannya seperti berputar-putarnya himar dengan batu penggilingannya. Kemudian para penghuni surga berkumpul di hadapannya dan bertanya kepadanya: Apakah yang terjadi padamu?. Tidakkah engkau yang pernah memerintahkan kami kepada Al-Ma’ruf dan yang mencegah kepada yang mungkar?. Dia menjawab: Aku telah memerintahkan kamu dengan yang ma’ruf namun aku sendiri tidak melakukannya dan mencegah kamu kepada dari yang mungkar namun aku mengerjakannya”.

Banyak orang pandai bercakap dg ilmunya apalagi ustaz ,tapi ingat amaran Allah ini.Beramal dulu dg semua yg ada dlm kitab,baru kita mengajar orang isi kitab.Jangan seronok mengajar atau ceramah shj kerana ada bayaran kerana tuhan akan tanya apa yg kita ucapkan.Berceramah bukan main bersemangat,suruh itu,ajak ini,larang itu ini,beralih belakang dia sendiri tak buat apa yg dikata,dia sendiri buat apa yg dilarang.Jangan jd kebanyakan orang politik yg sering menyuruh yg baik,tegah yg jahat tapi....Suruh rakyat sederhana,wasatiyah,mereka tak perlu sederhana,suruh orang pegang Islam cara betul,tetapi isteri mereka pun tak bertudung.Ada pemimpin yg kata "buat apa yg saya suruh,jangan buat apa yg saya buat".

Perhati pula satu lagi hadis:
Dari Anas bin Malik ra bahwa Nabi saw bersbda: Pada saat aku dinaikkan ke langit (dalam peristiwa israk’ mikraj) aku melalui suatu kaum yang bibir-bibir mereka dipotong dengan gunting dari gunting dari neraka, lalu aku bertanya: Siapakah mreka ini wahai Jibril?. Rasulullah saw bersabda: Mereka adalah para dari kaummu yang mengatakan sesuatu namun mereka sendiri tidak mengerjakannya”.

Tetapi tidak bermakna bila kita tak amal,maka terlepas kita dari tanggungjawab amalmakruf nahikungkar.Kita tetap dituntut tetapi tuntutan itu selaras dan selari dg kita kena beramal dgnya kerana amal kebajikan dan meninggal yg ditegah itu wajib dibuat oleh semua orang.Takpa,terusksn post perkara baik,larang perkara mungkar dan setiap kali post terus kita beramal dg apa yg kita kata.Kalau tidak,bersiaplah dg hukuman yg menanti.Awas juga bila bercakap,bila menasihat orang, memberi peringatan.Bercakap memang mudah, nak amal sangat payah.Berhati hatilah. Guru guru mungkin paling banyak menasihat,check kembali kita dah buat apa yg kita kata?Jangan larang budak merokok,awak pula yg merokok.Jangan marah budak mengumpat,awak pula mengimpat dibilik guru.Jangan marah budak mencuri,awak pula mencuri waktu pelajaran dg masuk lewat ke kelas.Begitulah juga pegawai lain yg kerja tangkap kesalahan orang,sprt polis,sprm,jpj,spad,,jangan awak pula yg buat salah.Cakap biarlah serupa bikin.Jangan berpura,itu sifat munafik.ABD GHANI HARON


Monday 29 June 2015

SEDAP HANYA SEJENGKAL

Akaun maybank 102103103954. SEDAP HANYALAH SEJENGKAL

Perasankah anda kebanyakan kita melayan nafsu makan yg amat berlebihan.Dari awal pagi sudah merancang nak makan apa hari ini,bersiap ke market,menjenguk,memilih,tawar menawar ketika membeli,kemudian balik memasak,menggabung berbagai rasa berbagai jenis lauk,untuk makan sedap, untuk mengisi perut.Tak cukup lagi,petang mencari tempat makan yg sedap utk makan malam,utk perut .Tak cukup juga buat barbecue pula ditepi pantai,masak dlm tanah,kerana nak makan sedap.Nafsu manusia mengalahkan harimau,kalau seekor lembu habis semua dimakan hingga dari daging,tulang ke perut,paru,limpa,hati,kidney,kuku bahkan kulit dan kemaluan lembu.Harimau hanya makan daging shj.Musang makan daging ayam shj,menusia makan isi,kulit,kaki hinggalah songgengnya.Siapakah yg lebih dahsyat nafsunya.

Sedap hanyalah sejengkal kerongkong shj.Bila sampai dalam perut,menunggu masa jadi najis yg jijik.Sebaliknya adakah kita pernah berusaha sebegitu gigih utk beribadat?Pernahkah merantau cari tempat ibadat dan masjid macam merantau cari makan?Pernahkah merantau mencari tempat pengajian sebagai santapan jiwa.Pernahkah kita berusaha cari jalan dan kreatif berbuat kebajikan seperti kreatifnya kita untuk makan sedap.Segigih mana pula kita berusaha utk 'sedap' beribadat.Pun begitu,kita nak kata kita hamba Allah yg taat,kehendak nafsu lebih dari tuntutan Allah.Hakikat makan hanyalah utk sihat,utk tenaga bagi berkerja,bukan utk sedap atau utk kenyang,sebab itu nabi kata berhenti sebelum kenyang.Jadi kenyang bukan tujuan makan.Makan malam kadar larat tarik kain selimut takut kesejukan sudahlah!

Sabda nabi”Orang mukmin makan utk mengisi satu usus,sedang orang kafir utk tujuh usus”Jadi makanlah seperti orang Islam bukan seperti kafir.Saiyidina Umar berkata,”Jauhilah dari membuat perut kamu penuh,yg menjadi bebanan ketika hidup dan menjadi daging yg busuk sesudah mati.” Ada ulamak pula berkata meninggalkan sesuap makanan ketika makan malamku adalah lebih baik daripada beribadat sepanjang malam kerana apabila perut kosong ,lebih selesa utk membaca quran,mengurangkan tidur dan melamakan solat malam.
Lebih makan,badan gedempol,lebih minum,perut boroi,lebih gula,kencing manis,lebih lemak darah tinggi dll.Sebahagian besar dari penyakit manusia ialah berpunca dari makan berlebihan.Firman Allah,’Makan dan minumlah kamu tetapi jangan sampai berlebihan,sesungguhnya Allah tidak suka kpd orang yg berlebihan”Al ‘Araf 31.Jika BMI(body mass index)anda terlebih,anda telah terlebih makan.Kurangkanlah meskipun pada kadar sesuap nasi seteguk air sehari,sesudu susu,secamca gula seminggu. ABD GHANI HARON

KITA TIDAK PERNAH SENDIRIAN DI DUNIA INI

KITA TIDAK PERNAH SENDIRIAN DI DUNIA INI

Allahyarham Tuan Guru Hj Abd Rashid Mahang yg mengajar dimasjid saya pernah saya tanya ketika dia nak bertolak balik ke Mahang selepas mengajar,jam dah hampir 11 malam,"Ustaz tak bawa teman ka?"Katanya,"Susah berkawan dengan manusia,banyak kerenahnya,saya berkawan dengan malaikat."Dia menempuh perjalanan berpuluh km dlm gelap malam sendirian selama bertahun.Mereka yg mencapai keyakinan yg tinggi,tidak pernah merasa sendirian walau dimana mereka berada.

Salah satu keadaan mengapa manusia membuat maksiat kpd Allah ialah bila mereka rasa sendirian,tidak ada yg melihat atau tidak ada yg mengetahui.Mencuri pandangan melihat aurat orang,melayari fb lucah,meninggalkan solat,tidak berpuasa,mengambil hak orang dan berbagai dosa lagi bila mereka merasa sendirian.Hakikatnya kita tidak pernah sendirian.Kita sentiasa diawasi oleh malaikat di kiri kanan yg mencatat setiap amal baik dan perkara buruk dan sudah pasti Allah yg Maha Malihat sentiasa melihat kita.Jika kita menginsafi dan menyedari bahawa ada yg melihat kita,pastilah kita terasa malu untuk melakukan maksiat dan kemungkaran.Ini disebabkan Allah memberikan sifat malu kpd manusia.

Malu dikatakan sebahagian dari iman.Jika tidak malu,sebahagian iman telah hilang.Bila manusia membuat maksiat,ketika itu dia hilang imannya,kerana ketika itu dia membesarkan kehendak hatinya lebih dari perintah Allah.Dg itu nabi pernah menyebut ada orang yg beriman waktu pagi,kufur waktu petang.Dia tidak malu..Malu ini dikaitkan dg pandangan.Malu pada manusia tidak dituntut oleh agama kerana setiap perbuatan hendaklah dikembali kpd Allah tetapi malu kpd Allah dituntut hingga menjadi separuh iman.Jadi malulah kpd Allah yg melihat tanpa ada penghadang,malulah kpd malaikat yg diperintah Allah mengawasi kita setiap detik yg mencatat setiap gerak.

Nak ajak pembaca semua,mari kita menanam keyakinan bahawa kita tidak pernah sendirian walau dlm bilik yg berkunci rapat.Pandangan manusia boleh terhalang pandangan malaikat dan Allah tidak pernah terputus sejak kita lahir.Malulah kepada Allah,kpd malaikat yg diperintah menjaga kita.
ABD GHANI HARON.

Saturday 27 June 2015

KOMEN ANDA TAK DIPEDULOKAN

KOMEN ANDA TIDAK DIPEDULIKAN

Pernahkah anda menulis komen pada suatu pos,tetapi tidak disahut oleh adminnya,like pun tidak.Apa perasaan anda.Ia ibarat kita bercakap dg orang lain tetapi orang itu tak mau bercakap dg kita,beri isyarat anggota seperti senyum pun tidak.Pada saya ini tak baik kerana setiap percakapan orang kita kena beri response sebagai menjaga adab.Apa lagi bila orang itu datang ke rumah kita.Situasi ini seperti kita pergi ke page tertentu,pos tertentu dan cuba bercakap dan memberi pandangan atau pujian kpd adminnya.Jika ia buat tak peduli,tentu ada sekelumit kekecewaan kpd kita,tetapi jika ia respon,ada sedikit rasa dihargai.

Berilah response kpd setiap komen walaupun sekedar like sbg isyarat kita dah beri perhatian,sama seperti sekedar memberi senyuman.Mungkin ada orang kata saya ada follower ramai,tak sempat nak tengok semua.Terpulanglah,tapi berusahalah setakat yg boleh,jangan langsung tidak dipedulikan.Bagi saya,saya akan baca semua komen dan like sedapatnya.Jika ada yg tertinggal itu kelemahan saya.Saya amat berbesar hati kerana mereka sudi menjengah,membaca,bertamu dan bercakap dg saya.Buktinya lihat print screen yg saya paparkan ada tulisan "very responsive to massage.Answered 100% and in 5 minute".Ini bukan nak besar diri,nak puji diri,nak bangga,tetapi saya hanya akan berkata sesuatu yg saya dah buat.Bila saya mengajak anda response kpd komen,saya akan buat lebih dahulu.

Bila kita confirm friend,itu satu jalinan ukhwah yg awal tanpa saling melihat wajah.Kesetiaan dan keikhlasan berukwah atau friend ini hendaklah ditunjuk kpd respon yg kita berikan kpdnya yg memberi komen.Apa guna jd friend jika kehadiran mereka tidak dipedulikan.Setiap perkataan yg baik,atau isyarat yg bsik sprt like adalah menggembirakan friend dan dari sinilah Allah memberi pahala.Bandingannya bila kita berkata yg baik,Allah beri ganjaran,bila senyum dapat pahala sedekah.Dg itu apa yg dibuat yg menggembirakan orang lain diberi pahala oleh Allah.Ambil kesempatan dan peluang ini untuk menjana kebaikan dan hubungan sesama insan.

Bagaimanapun,friend yg membuat perkara dosa seperti mengumpat,marah marah, pos perkara lucah dan lagho,eloklah ditegur.Jika segan menegur,jangan pula sepakat memberi komen yg sprt kita bersetuju dg perhuatanmya.Mungkin sampai masa tinggalkan dia supaya kita tak terjebak dosa.

Kesimpulannya,jangan meremehkan ukhwah yg dijalin di alam maya.Ia bolrh membahagiakan,ia boleh mendukacitakan.Dg itu ia boleh menjana pahala dan boleh menjans dosa.Berhati hatilah,ambillah jalan terbaik.ABD GHANI HARON

KENAPA KENA MATI?

KENAPA KENA MATI?

"Apa pasai kita mesti mati aa?"Terpacul satu soalan dari seorang Cina tua yg buat dailisis dg saya."Kita olang caya kita hidup balik, jadi,gua halap bila hidup balik talak sakit buah pinggang lagi oo".

Soalan itu saya fikir berjam jam lamanya,saya menilis di meskn dailisis.Kenapa kita kena mati.Mati adalah penamat hidup kerana tuhan menyebut setiap sesuatu ada pasangannya, hidup pasangannya mati, kecuali Allah, tiada pasangannya kerana ia adalah satu,esa.Hidup sebagai tempoh ujian dan mati adalah penamat masa ujian utk mendapat keputusan.Kita dimatikan utk menerima hukuman dan ganjaran, supaya kita sentiasa berbuat baik dalam hidup.

Tempoh hidup adalah tempoh beribadat.Tuhan jadikan hiasan dan rezeki atas dunia bukan utk kita merebutnya hingga lupa matlamat utk beribadat,ambil apa yg ada pd dunia pd kadar kita tidak lupa utk beribadat,utk bersedia menghadapi mati.Seluruh persediaan hidup sepatutnya dibuat utk taatkan Allah.Tetapi sebahagian besar kita lalai,kita merancang utk diri dan anak supaya mereka hidup senang didunia,berubah dari matlamat asal.Lihatlah betapa mereka berusaha utk memastikan ada makan,ada bekal lagi,ada harta yg disimpan,ada kemewahan,ada kemegahan, ada kuasa dll yg semuanya menyebabkan kita tersasar dari tujuan hidup dan tempoh penamat iaitu mati makin mendekat.

Orang mati akan mengingatkan yg hidup bahawa kita juga akan mati.Tuhan peringatkan manusia dg menjdkan mati itu setiap hari ada,dilaporkan,diberitahu,utk mengingatkan kita.Tuhan boleh tamatkan seluruh hidup serentak,tapi tidak dibuat demikian kerana ia terus ingin memberi peringatan. Berbahagialah siapa yg mendengar berita kematian dg ingatan akan sampai juga masa bagi aku.Sebab itu disuruh menyebut'"dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali'"(innalillah ......)sebagai bukti kita ingat hidup itu masa ujian yg akan ada tempoh tamatnya.

Mati juga juga mengingat yg hidup bahawa kita tidak dpt membawa apa apapun bersama.Meski orang Cina percaya,membakar kereta,rumah,kad kredit kertas sebagai kiriman ke syurga, kita tak mempercayainya.Iskandar Zulkarnain yg menguasai sebahagian dunia,bila saat kematiannya berwasiat supaya sebelah tangannya dibiar terbuka semasa mayatnya dikafan, utk menunjukkan meskipun ia penakluk terbesar didunia,apabila mati tetap pergi dg tangan kosong.Kita masih nak menghambat kekayaan sedangkan berapa ramai yg telah pergi menunjuk tauladan.Harta yg dikaut sumur usia,akan Allah pindahkan kpd orang lain yg belum tentu bermanfaat utk kita.Jadi gunakanlah harta utk keselesaan hidup diakhirat setelah berpenat lelah didunia.

Mati menunjukkan ada kuasa lebih besar dari kita iaitu Allah.Ada orang mendabik diri bahawa dirinya dia yg punya,ikut suka dia,siapa pun tak perlu kacau.Tuhan peringatkan dg betbagai cara,contoh,kuku yg tetap tumbuh dijari meskipun kita tak suka ia menjd panjang,kuku tetap panjang.Ini menunjukkan diri kita dikuasai oleh suatu kuasa lain yg tak termampu kita mengatasainya.Ia pasti datang tanpa ketukan pintu, tanpa menekan loceng pagar.

Mati adalah perpindahan alam dalam perjalanan hidup manusia, kerana kita mempercayai kita akan melaui berbagai alam.Alam kubur akan ditempohi selepas ini sendirian,tiada ibubapa anak isteri, berteman bekalan ibadat yg telah dibuat didunia,jika ada bantuan pun hanyalah dari sedekah jariah yg pernah dibuat didunia,ilmu yg bermanfaat yg diajar kpd orang lain didunia dan anak anak yg soleh yg ditinggalkan didunia. Ingatlah,hidup adalah tempoh ujian dan mati adalah penamat ujian.

Seorang pesara akhirnya menjawab kpd apek itu,"Lu jangan bimbang,lu tentu tak sakit buat pinggang lagi lepas mati,kalau tidak lu kirim siap siap mesin dailisis dg amoi misi cantik punya."Kah!Kah!Kah! ABD GHANI HARON

Thursday 25 June 2015

MINTALAH JALAN UNTUK MENCAPAI TUJUAN

MINTALAH JALAN,UNTUK MENCAPAI HASIL

Seorang teman bertanya,bagaimana cikgu ada banyak idea buat kerja kebajikan? Jawabnya doa,saya berdoa diberi jalan berbuat baik,saya tidak terus meminta syurga,saya minta diberi jalan tambah rezeki,bukan minta tambah rezeki,saya minta jalan untuk supaya diampun dosa,bukan minta terus ampun dosa dsbnya.

Semua orang selalu memohon doa supaya terhindar dari neraka,diberikan syurga,dijauh bala,ditambah rezeki,diberi petunjuk dsbnya,yg keseluruhannya seperti kita meminta kejayaan atau hasil,tetapi kita kena juga berdoa supaya Allah membuka jalan untuk mendapatkan apa yg diminta.Maksudnya kita minta Allah buka jalan dan cara utk kita buat amal kebajikan, kerana amal kebajikan itu luas.Panjatkan doa kpd tuhan moga Ia membuka jalan berbuat amal kebajikan,minta ditunjuk jalan beramal untuk kesyurga,bukan terus minta syurga, minta jalan pengampunan dosa utk kita lakukan bagi Allah mengampun dosa, minta jalan ditambah rezeki utk kita usahakan bagi menambah rezeki,minta jalan utk terjauh dari bencana utk kita berusaha.Ibaratnya meminta galah untuk mengait mempelam muda,bukan terus meminta mempelam muda, meminta joran utk memancing,bukan terus mrminta ikan.

Hakikatnya kita kena usaha baru dapat sesuatu.Jika meminta syurga,anda kena tunggu selepas mati.Meminta rezeki dari Allah, tak akan datang bedebuk depan mata, kena tunggu.Tetapi jika kita minta jalan untuk berusaha,Allah akan ilhamkan,akan buka jalan,insyaAllah.Atas sifat kehambaan,kita kena meminta jalan untuk memenuhi perintah tuhan,kita kena berusaha,berikhtiar.Jika terus minta hasilnya,seolah kita tak perlu buat apa.Duduk tadah tangan saja.Maka itulah ada orang bersungut doanya tak makhbul.Ada orang lagi hebat,baca itu ini,boleh dapat itu ini,tak payah usaha.Saya tak percaya.

Apa yg tuhan datangkan itu adalah hidayah yg kena segera disambut dan laksana tanpa tangguh.Setiap idea berbuat amal kebajikan itu dari tuhan,jangan berlengah.Menangguh satu lintasan berbuat kebajikan itu adalah dari syaitan yg cuba menghalang.Ingatlah, lintasan itu mungkin datang sekali shj,tapi syaitan akan terus berulang kali.

Bila kita melihat orang berbuat baik,nyatakan sokongan,jika dlm fb,komen yg baik dan like,jika diluar,berilah pujian.Tetapi ingat sampai bila kita akan jadi tukang pemerhati,tukang puji,tukang komen.Yang datang ke pengetahuan kita itu adalah dari Allah,bukan utk diperhati shj,dibaca sahaja,itu petunjuk,itu jalan dan hidayah dari tuhan.Jika kita biarkan ianya berlalu bagai angin lalu,scroll tanpa singgah dihati utk memikir,saya bimbang, apakah Allah tidak akan datangkan lagi petunjuk,jalan dan hidayah selepas ini.ABD GHANI HARON

(Saya menulis nama saya dihujung karya supaya yg copy akan tercopy nama saya dan kita berkongsi berbuat baik.Janganlah delete)

Wednesday 24 June 2015

BILA ALLAH TIDAK DINAMPAK DEPAN MATA

BILA ALLAH TIDAK NAMPAK DI DEPAN MATA

Sesekali saya fikir trafic light lebih ditakuti dan diakur perintahnya dari perintah Allah.Hanya dg simbol hijau merah kuning semua akur walau ditengah malam, walau tiada kenderaan.Tetapi peraturan tuhan yg menyuruh berbuat baik sprt lampu hijau, melarang berbuat jahat sprt lampu merah, tetap dilanggar walapun semua orang percaya Allah memerhati kita.Tidakkah kita terasa seperti kita lebih takutkan trafic light dari Allah terutama bila nak tinggal solat,nak mengumpat?

Bila nampak amaran lampu besar dinyalakan dari kerets bertentangan, maka semua pemandu memasang tali pinggang,mengurangkan kelajuan,meninjau roadtax masih hidup ka tidak.Takut pada JPJ, polis trafik dan perangkap laju.Itu baru denda Rm300.Tapi Allah memberi amaran satu waktu solat ditinggal,disiksa dlm neraka 80 tahun, mereka yg mengumpat ibarat memakan daging saudara sendiri dan akan dituntut diakhirat,yg tak berzakat akan diseterika tubuhnya dan berbagsi hukumsn lagi,berapa ramai manusia yg mengabaikannya.

Misi yg jaga kami di dailisis hospital terburu capai itu ini bila mak tiri unifom maroon(matron) tetiba muncul di pintu.Tel canggih pun lempar begitu shj.Takut kat unifom matron yg dipakainya walaupun dia hanya perempuan lanjut usia.Tetapi agama mengajar patuh pada ibubapa,hormati mereka,pelihara mereka bila telah tua,mudahkan hidup mereka bila lanjut usia,berapa ramai yg abaikan.Bahkan ada ibubapa yg menjadi pekerja mengasuh cucu dg daleh dan helah yg berbagai.

Bila ke pejabat,tetap berusaha bangun awal pagi, tak kira sejuk,hujan,ribut,mesti sampai pejabat sebelum waktu ditetapkan takut pada mesin perakam waktu,pada bos.Tapi suruhan tuhan dg waktu yg ditetapkan dilengahkan,suruh bangun malam, diberi alasan sejuk dan mengantuk,disuruh bersedekah, berat hati utk memberi tapi jika jabatan tetapkan yuran itu ini,dg mudah diberi.Tidakkah terasa kita lebih takut pd peraturan kerja dari peratuhan hidup yg ditetapkan tuhan?

Beli insuran hayat,takut mati tak ada bekal,takat sakit tak ada pendapatan,sebagai pelaburan,tambah lagi melabur dlm berbagai saham amanah, tapi tak beli 'insuran' utkk hidup diakhirat dg bersedekah yg janji gangaran ibarat sebiji benih yg tumbuh 7 tangkai yg setiap tangkai ada 100 biji.Kalau lagu negaraku berbunyi,tegak berdiri,kalau azan dilaung,quran dibaca,buat deeeeek dan selamba saja.Makan berbagai vitamin,supplement nak sihat badan,tapi apa yg dibuat utk sihat diakhirat,sedang berbagai dosa kecil dan besar terus dilakukan yg memungkinkan diazab dg kesakitan di akhirat.Sehari berkali mandi,sabun,syampu nak bersih badan,rambut tapi bersihkah diri kita kita mengadap Allah.Sehari berapa banyak isighfar dilafaz untuk membersih diri dari dosa.

Dari contoh ketakutan manusia ini,sudah menampakkan sifat munafiknya manusia,cakap tak serupa bikin.Mengaku sesungguhnya solatku,ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah.Tetapi takutkan manusia dan peraturan manusia lebih dari takutkan tuhan.Mari kita melihat diri sendiri,apakah kita tergolong dlm kalangan mereka yg takut peraturan manusia melebehi peraturan tuhan.

Apakah kerana kita rasa tuhan tiada didepan mata,maka kita boleh lupakannya sekejap.Saya tanya seorang tauke Cina"Apa pasai lu taruh tokong depan sini?" Katanya,"Dia duduk sini boleh tengok saya,jadi saya tarak tipu,saya juga takut mau tipu.Mau bikin tarak baik,saya pi luar laa."Apa beza kita dg dia,bila kita berbuat berbuat dosa kerana merasakan tuhan tidak ternampak didepan mata.?"

Muhasabah diri,betul tidak kekadang kita terbuat perkara seperti yg dicontohkan.Jika anda takut bila melihat polis trafik,JPJ dan SPAD,takut tak sakit,takut hilang pendapatan,takut kekotoran, cubalah sesekali timbulkan ketakutan yg sama kpd Allah dg menunai perintahNya dan meninggalkan laranganNya,supaya menepati janji innasolati wanusuki,wamahyaya wamamati lillahirobbil 'alaamin.ABD GHANI HARON

Tuesday 23 June 2015

PUASA YANG DIKAMBINGHITAMKSN

PUASA DIKAMBINGHITAMKAN

Di pejabat SUruhanjaya Syarikat Malaysia saya mendengar seorang keraninya yg tersilap menyerah sura menyebut,"Puasaaa.Lupa macam-macam."Di market seorang peraih ditegur oleh pelanggannya tersilap bagi jumlah wang baki.Dia berkata,"Eih!Puasa ni dia lupa macam macam."Banyaklah contoh lagi orang mensabitkan puasa atas kesilapan,keterlupaan dan kelalaian mereka.

Nampak remeh,tetapi menyalahkan puasa atas kelemahan diri adalah tidsk betul.Allah memerintahkan puasa kerana berpuasa itu baik,tiada buruknya.Mengapa kita memandai meletak kesalahan kpd puasa.Tidakkah dibimbangi kita seolah memburukkan suatu perintah dari Allah.Kesilapan dan kelemahan diri tidak diakui tetapi menjadikan puasa sebagsi kambing hitam sempena ramadan.Walau nampak kecil,tetapi tanggapan yg bukan Islam mungkin buruk kerana seringnya kita memberi alasan puasa.

Nabi mengizinkan puasa dijadikan alasan atas satu perkara iaitu bila berlaku perbalahan,atau pertengkaran maka kita boleh memberi alasan "Aku sedang berpuasa" untuk menamat perbalahan.Itu bertujuan baik.

Puasa yg sebenar sepatutnya menjadikan kita lebih berhati-hati,kerana memeliharan puasa kita.Percakapan yg dikawal dari mengumpat,berbohong, bercakap perkara sia-sia.Hati dan lidah lebih banyak berzikir.Anggota tangan dan kaki tidak membuat perkara yg tidak elok.Jika seluruh anggota dikerah utk memelihara puasa kita,masakan kita boleh buat silap,buat salah yg nak dibeban kpd puasa.Firman Allah juga menyebut,puasa itu akan menjadikan kita orang bertakwa.Jika dok menyalah puasa pula yg menyebabkan kita tersilap,tersasul,menyebabkan banyak tidur,banyak makan,banyak berbelanja,banyak tuang kerja,maka itu puasa itu ibarat buah konen yg cantik nampak diluar,berulat didalam.Puasa taik kucing.ABD GHANI HARON

TERAWIH DIKERUSI DAILISIS

TERAWIH DIKERUSI DAILISIS
(Nukilan ini disiar semula dg sedikit tambahan)

Senja ini ketika orang lain berduyun ke masjid untuk solat terawih,saya meredah hujan lebat bersama anak ke hospital untuk menyambung nyawa,rawatan dailisis kerana kerosakan buah pinggang.Ketika orang lain khusyuk mendengar imam hafiz dlm solat terawih,ketika alunan selawat memenuhi ruang masjid,ketika ketika ada yg terlentang kekenyangan di sofa selepas berbuka,saya akan sendirian selama 4 jam dikerusi dailisis ditemani misi yg mengulang pertanyaan sekali sekala "Pak Cik ok ka?"Satu pertanyaan routine utk kepastian pesakit tiada masalah.Tusukan dua jarum sebesar dawai pagar yg melekat dilengan menelan semua nikmat hidup,aliran darah serta denyutan pedih sudah menjadi mainan demi kelangsungan hidup,tetapi itulah satu satunya jalan yg ada. .Ketika orang lain berebut meninggalkan masjid lewat malam,isteri saya memandu sendirian dikesunyian tengah malam utk menjemput saya dihospital.Rasa takut sudah lama dihumban demi kelangsungan hidup saya yg barat berulang membeli kehidupan sehari dg nilai tinggi rm 200.Jika tidak dibuat dailisis,insyaallah dlm seminggu berpindshlah jasad ini ke alam yg kubur.

Itulah routine hidup saya dan isteri serta anak diramadan 3 kali seminggu.Yg sakit seorang,yg terseret,anak isteri kerana menghantar dan menjemput.Saya membuat dailisis malam kerana tidak tahan dailisis waktu berpuasa kerana tetap nak berpuasa.Kena bayar tambahan dari rm200 kpd rm322 setiap kali,tetapi apalah sangat nilainya berbanding dat mejunai perintah Allah dg sempurna.

Ambillah pengajaran,kawal pengambilan gula utk mengelak kencing manis yg merosakkan buah pinggang.Kawal tekanan darah yg juga menjadi punca kerosakan buah pinggang.Ambil insulin jika anda telah terkena daibetes utk mengelak kerosakan buah pinggang kerana menelan ubat yg lama akan membeban dan merosakkan buah pinggang.Kos rawatan yg amat tinggi(setahun rm32000) jika anda tidak dibayai kerajaan,perkeso atau insuran hayat.

Pada pembaca saya,ingatlah kami pesakit kegagalan buah pinggang membeli hidup dg harga yg mahal sehari rm200 dan ditambat dikerusi selama 4 jam tanpa berubah.Anda menikmati hidup percuma,Tidak berbayar,tidak ditambat dikerusi,bangun pagi,lihat sinar mentari,berfikir untuk makan apa,buat apa yg di suka.Kami bangun pagi makan makan kena pilih,banyak yg tidak boleh,air sekadar sebotol mineral kecil utk sehari,esok ke hospital lagi menadah lengan kepada misi.Manfaatkanlah waktu sihat dg ibadat,jangan lupa,suatu hari mungkin anda juga akan mengisi kerusi dailisis ini jika makan ikut menurut hati.Kpd rakan dailisis,buat apa menyambung hidup jika hanya utk makan dan rehat shj,gunakanlah sehari yg dibeli dg harga yg mahal itu dg ibadat utk kembali kpd tuhan.
Maafkan saya,kali ini menulis cerita diri.Bukan minta simpati tetapi saya mengharap bait-bait kata saya ini menjadi satu peringatan kerana firman Allah 'berilah peringatan,sesungguhnya peringatan itu berguna'.Yg telah ada daibetes,high blood pressure,patuhilah nasihat doktor.Sesungguhnya penyakit ini akan menyusahkan diri dan menyusahkan anak isteri/suami,menjadi ujian yg berat kpd mereka dan saya melihat banyak anak yg gagal mengharunginya.
ABD GHANI HARON

Monday 22 June 2015

BOOOOM!!!

BOOM!! BOOM!! BOOOOOM!!

Masa menuntut di UM dulu saya ada mengambil pengajian budaya Cina selama 3 tahun.Salah satu fahaman mereka ialah cara menghalau hantu,dg bunyi kuat,letupan atau gendang..Bila tahun baru,mereka bakar mercun utk halau hantu.Sebab itu industri mercun bermula dan banyak di Cina.Bila bawa mayat ke kubur,mereka menakutkan hantu dg paluan gendang sepanjang jalan dan menabur duit syurga dijakan.Kenapa mayat dibawa ditengah hari.ke kubur......lain kali saya cerita.

Itu budaya dan kepercayaan mereka.Dalam Islam nabi tak pernah ajar mengenai hantu, mercun dan letupan.Kalau ada gendang pun utk majlis keramaian tertentu.Tapi orang Melayu Islam telah mengambil budaya Cina ini utk menjadi acara agamanya sedang semua agama lain tidak memerlukan letupan. Hukum mengada-adakan dlm agama adalah sesat,lebih teruk ambik dari agama lain.Jangan pandang ringan atau sambil lewa.Jangan suatu hari nanti Allah datangkan letupan bom,meriam percuma yg lebih kuat hingga meruntuhkan bangunan,kerana kita kan suka letupan,dan ketika itu bersedialah untuk mati.

Mercun,meriam,bunga api dsbnya adalah membazir.Apa faedahnya.Dengar letupan,kemudian seronok,sepatutnya kita takut pd letupan.Ingatlah setiap sen dari rezeki yg dibelanjakan akan ditanya Allah.Jika anda beri wang pd anak utk beli mercun,jika anda beli mercun utk anak,jika anda membeli dan menghadiah mercun utk anak saudara,ingatlah satu hari nanti anda akan dihadap dihadapan Allah.

Mercun,meriam,bunga api adalah membahayakan.Tak perlu saya hurai.Hingga hari ini berapa ramai yg dah jari putus.Setiap yg membahayakan nyawa adalah haram,lebih teruk jika ia petbuatan sia sia.Agaknya itulah hukuman tuhan kpd mereka dan ibubapa yg tidak ambil kisah.Mercun,meriam dan bunga api mempunyai unsur menunjuk dan riak oleh mereka yg berada.Letupan utk menarik perhatian, jika tidak,apa tujuannya,nak halau hantu juga?

Letupan adalah sesuatu yg menyalahi agama dlm meraikan hari raya,sedangkan agama menyuruh menyambut raya dg bertasbih,bertakbir dan bersyukur.Orang Melayu membakar mercun sejak 1 ramadan, sama seperti bersiap nak raya sebelum puasa bermula.Saya melihat usaha pihak kerajaan utk mencegah penyeludupan dan pembakaran mercun dan meriam tidak dibantu oleh masyarakat.Berapa ramai orang islam sendiri menjual mercun,rezeki mereka adalah haram kerana subahat dlm pembaziran dan mengada adakan sesuatu dlm agama.Setiap masjid sepatutnya bertegas hal ini,jdkan bahan qutbah sebagai menegah mungkar,lapor pd polis mereka yg memiliki dan bermain meriam, polis sendiri takkan tak dengar hingga ke balai bunyi meriam,susah sangat ka nak cari atau kita memang tak kisah.Setiap ibubapa mesti tegas menegah hal ini.Ingat kita akan ditanya tuhan.

Mercun,meriam dan bunga api benar benar mencemar ramadan.Apa pandangan orang kpd kita, Islam pun ada halau hantu ka?.Jika anda gagal utk menegah anak sendiri bermain perkara tersebut,anda memang bapa yg tidak takut kpd tuhan, bapa yg takut kpd anak,bapa yg dayus.Maafkan saya,selagi ada ibubapa yg tak ambil berat,penjual mercun akan terus ujud,agama terus tercemar dan generasi mendatang akan menjdkannya budaya agama Islam.Maafkan saya.ABD GHANI HARON

Sunday 21 June 2015

JANGAN MENANGGUK DI AIR KERUH

JANGAN MENANGGUK DI AIR KERUH
Seorang kawan berjumpa saya,katanya nak minta tolong.Saya pun bersedia mendengarnya.Rupanya minta tolong rekemen dia dapatkan kontrak kawalan keselamatan di sekolah,kerana dia tahu saya berbisan dg pegawai tertinggi kementerian pelajaran.Nak kata tak mau tolong,nanti kecik hati,nak kata boleh tolong,itu langgar prinsip hidup saya,mengambil kesempatan dari hubungan dan melanggar peraturan kerajaan.Akhirnya kata insyaallah shj,tetapj dlm hati berharap Allah bukakan jalan keluar.

Jika bersahabat dan berkawan janganlah mengambil kesempatan atau keuntungan duniawi.Mentang dia pegawai,ada kenalan maka kita minta rekomen itu ini.Ia seolah meletakkan kawan dlm serbasalah, mengheret kawan turut membuat dosa,mengheret sahabat ke kancah kerakusan kita.Jangan memikir keuntungan diri dlm bersahabat,tetapi fikirkan utk bermanfaat kpd sahabat.Sahabat sebagai jalinan ukhwah,teman berkongsi masalah,saling membina dan membaiki diri.Sehubungan ini juga kekadang kurang elok menjual barangan kpd sahabat kerana ini menjadikan dia dlm situasi serba salah samada nak beli atau tidak,kecuali jika dia sendiri minta diterangkan bahan niaga kita dan dia nak beli.Saya lihat dirumah saya ada beberapa makanan tambahan yg masih berbalut plastik yg dibeli oleh isteri dari kawan yg datang berkempen berbuih mulut dirumah,kalau tak beli takut kecik hati.Dah beli,jadi hiasan kabinet,istana lipas.

Dlm kes yg lebih kecil,jangan kerana ada kenalan,kita minta potong que.Jangan kerana ada kenalan kita yg dapat kemudahan itu ini.Sesungguhnya ini juga satu dosa,orang lain berdiri berjam-jam belum sampai giliran,awak yg baru tiba melompat ke depan atau berkira ikut pintu belakang.Ini merampas hak orang walaupun sekedar hak duhulu dan kemudian.Jangan potong barisan kerana kita ada kenalan,bahkan sebenarnya kenalan yg menjadi pegawai itu pun serbasalah dan terasa titik dosa dari tidak aspek adil dlm tugas.

Jangan juga mengambil kesempatan bila bersahabat,kita meminjam berbagai barangan,kecualilah dipelawa atau sekali sekala.Lebih teruk meminjam duit atau berhutang,tak beri salah,beri pun salah,kerana kita tidak tahu situasi sahabat yg mungkin dia juga perlukan wang.Lebih memeningkan bila hutang tak dibayar pada waktunya,nak minta takut terguris hati,tak minta kita pun perlukan duir..Mungkin bila terdesak yg tidak boleh dielak,bolehlah,itu pun sekali sekala.Bila jadi friend fb,janganlah sesekali minta pinjam duit walaupun friend nampak baik, berduit dan pemurah.Yg ni saya tak perli sapa-sapa.

Ringkasnya,jangan ambil kesempatan dari persahabatan utk kepentingan diri secara duniawi,tetapi ambillah kesempatan dari bersahabat utk membina diri,membaiki sahsiah,menambah ilmu,berkongsi masalah dan penyelesaian,mengutip pandangan dll.Jangan letakkan sahabat dlm serbasalah,jangan seret mereka utk pecah amanah,kronisme dsbnya.Biar diri kita yg memanfaatkan orang.Jangan jadi bonggol ditengah jalan yg kekadang diperlu,kekadang menyusahkan,tetapi jadilah papantanda jalan yg sentiasa menunjuk arah yg betul.
ABD GHANI HARON(kalau nak copy pun,tolong jangan delete nama saya sbg penulis,kesian kat saya)

ALLAH TIDAK SAHAJA BERABA DI HUJUNG SEJADAHMU

ALLAH TIDAK SAHAJA BERADA DI HUJUNG SEJADAHMU

Ketika menghampiri traffic light, saya mengekori sebuah kenderaan dihadapan mula memperlahan kenderaan.Sebuah motosikal memotong saya dan kereta hadapan.Ketika dia memotong kereta hadapan,tiba-tiba pemandu kereta dihadapan meludah keluar dan terkena penunggang motosikal itu.Saya tak mau cerita apa berlaku selanjutnya,tapi ini adalah satu tabiat buruk pemandu yg kita kena beringat.

 Membuang sampah dari dalam kereta ke jalan juga amalan buruk yg tidak peduli hal kebersihan,pencemaran,buang sampah tak kira tempat.Sampah tetap menyusahkan,,jika tidak dibuang pd tempatnya.Tak rasa bersalah ka?Dari segi adab pun salah,agama pun salah,bahkan mungkin kita zalim kpd seseorang atau binatang atau kpd alam kerana zalim itu meletak sesuatu bukan pd tempatnya.

Selain buruknya perangai buang sampah dijalan,begitulah juga buruk perngai buang sampah tempat parking.Ada pula sesetengan orang yg mencemar jalan dan simpang dg bunga manggar,banner,poster dsbnya yg telah tamat tempoh.Jika kita boleh memasang bunga manggar,banner,poster utk sesuatu tujuan kita,kenapa tak pula berusaha utk menanggalkannya bila telah tamat program.Meninggalkan begitu saja menjd sampah yg menyakit mata,,menyusah orang lain dan memaparkan betapa tidak bertanggungjawabnya kita.

Pernah ketika makan direstoren ayam percik di kota baru,ketika kami sekeluarga masih makan,seorang pelanggan yg sudah selesai datang basuh tangan disingki dan dia khiaaaaak mengeluar gelema dan tuuuuiiiih dalam singki.Saya terhenti menelan dan kami sekeluarga berhenti makan walau lauk masih banyak.Ini soal adab yg juga soal agama.Nak buang kahak,nak buang hingus dimajlis makan,beredarlah ketempat yg jauh.

Dijalan ada adabnya,ada haknya yg semua orang kena hormati utk keharmonian hidup.Memasang lampu led yg mengganggu pandangan orang lain,memandu dilorong kanan ketika tidak memotong,membiar lampu merah motosikal dibelakang tidak menyala waktu gelap,lalai dlm penggunaan signal utk membelok adalah antara hak hak jalan yg kena diberi perhatian supaya tidak menyusah orang lain.

Biarlah kehadiran kita pada satu tempat tidak menyusahkan orang,bahkan jika boleh biarlah membahgiakan orang dg senyuman,sapaan,memberi laluan,memberi penghargaan dan sebagainya.Dg itu dijalan pun kita boleh berbuat perkara baik, perkara kebajikan.Agama bukan diatas sejadah shj tetapi pada seluruh hidup.Jika disejadah tutup aurat,pakaian longgar,begitu juga ditempat lain.Jangan berlakon didepan Allah kerana Allah berada dimana juga,bukan dihujung sejadah kamu sahaja.
ABD GHANI HARON (jika copy,jangan tinggalkan nama saya,kerana copy paste itu dilarang dlm fatwa)

APAKAH SOALAN WAJIB PADA ANAKMU SETIAP HARI

APAKAH SOALAN WAJIB PADA ANAKMU SETIAP HARI?

Selepas solat Isyak malam itu,emak duduk merenung dan mengimbas kata-kata tok tadi.Kelopak mata mula berisi air.Selepas solat Magrib tadi,dia menefon anak di Kuala Lumpur yg masih belajar,tok baru melangkah masuk ruang tamu dan duduk berhadapannya.Bila telefon diangkat.Tipah memulakan bicara dg bertanya sihat tidaknya,dah makan ke belum,duit masih ada ka,bertanya hal motor,hal pengajian,hal kawan- kawan.Akhirnya Tipah menamatkan perbualan dg pesan,"Tidur awal,esok nak ke kelas lagi.".

Sebaik dia menamat perbualan,tok bersuara,"Aku tak dengar pun soalan sudah solat maghribkah.Solat dimana,tak ke surau atau masjid?.Soalan itu lebih utama kerana kamu akan ditanya di akhirat,tetapi soalan lain hanya untuk melegakan hati kita sahaja,dan akan habis pada dunia ini.."
Airmata keinsafan dari kata tok yg jarang bersuara itu mula membasahi pipi bila memikir dia tidak pernah bertanya soalan itu kpd anaknya selama ini.


Kita selalu terkeliru yang mana lebih utama,perlu jadi priority.Dalam konteks anak,soalan solat itu letaknya paling atas dan wajib ditanya,bukan soal makan,sihat tidaknya,soalan lain..Jika non muslim soalanya bila berjumpa,'dah makan' mungkin muslim khusus pada anak yg menjd tanggungjawab ibubapa,soalan solat itu wajib dan didahulukan.Pada saya,soalan dah solat kpd rakan juga sesuai sebagai peringatan secara spontan dan dakwah secara tidak langsung.

Anak yg tinggal bersama telah wajiblab disuruh bersolat,bahkan dipukul bila berumur 10 tahun,diturut kepadang permainan supaya balik bersolat maghrib,letakkan syarat bila beri kebenaran keluar agar tidak meninggalkan solat.Bila anak nak keluar rumah utk shopping atau lainnya,pesanan paling utama bukan jaga diri,tetapi jangan tinggal solat,bersolatlah disurau pusat beli belah dsbnya.Anak pergi camping,mancing,kerabat gunung,tengok bola.....pesanlah tentang solatnya.

Jika anak jauh diperantauan,telefonlah utk mengingatkan hal solat.Itu lebih utama,dan menjadi saksi bahawa kita mengambil berat hal solat anak anak.Bil telefon kerana tujuan ini akan menjd saksi kpd kita diakhirat kelak,susahpayah dan pengorbanan ini moga Allah balas dg kelembutan hati kpd anak dan ganjaran yg baik.Bahkan jika anak diluar negara,hantarlah massage,call,wassap utk memperingatkan solat Anak saya yg jauh diperantauan bila di telefon dan tanya dah solat ka tidak, berkata "Looooo abah telefon nak tanya tuuuu saja."Ini latihan dan penekanan yg baik kpd anak utk mengutamakan solat. .Jika tuhan menyuruh azan 5 kali sehari utk mengingatkan seluruh manusia bersolat,ingatkanlah anak anak tentang solat kerana ibubpanya akan ditanya.Utamakan solat dlm pesanan melebihi yg lain kpd anak.ABD GHANI HARON(copy paste dg meninggalkan nama penulis difatwa haram oleh majlis fatwa Mesir.Share jalan terbaik tak perlu izin)

Thursday 18 June 2015

JANGAN YAKIN ANDA ADA SEJUMLAH WANG

JANGAN YAKIN ANDA HANYA ADA SEJUMLAH WANG
Artikel ini tidak akan difahami jika anda membaca sambil lewa, ia memerlukan tumpuan fikiran dan penghayatan.

Dalam percakapan hari hari,kadangkala kita mendahului takdir Allah bahkan mendahului Allah tanpa sedar.Contoh bila ada yg berkata saya berjaya kerana kerja keras selama ini.Sakit yg demikian tidak ada harapan sembuh.Makan ubat ni tentu sembuh,tentu kurus.Sapu krim ni, tentu bertambah putih.Entah apa lagi percakapan yg tidak dilapik dg keizinan Allah,seperti menafikan tuhanlah yg menentukan.Sebab itu sebelum membuka mulut,berfikir dulu.Bila bersembang , jangan terlajak ikut rentak.Banyak bercakap,banyaklah buat salah.Sebab itu orang yg warak lebih banyak diam,lebih banyak mendengar.

Nak ajak anda fikir satu hal lagi yg berkait dg kekuasaan Allah,tapi ini mungkin ada melibatkan ilmu hakikats,fikiran diluar kotak.Kita selalu berdoa minta Allah tambah rezeki, tambah pendapatan, tambah harta.Dan kita amat meyakini Allahakan beri,tapi kita tak tahu bila dan bagaimana, kerana Allah boleh melakukan hanya dg "kun fayakun"(jadilah,maka jadilah).
Disebalik kita minta tambah rezeki, tambah pendapatan,kita juga seolah membataskan apa yg ada pada kita.Contohnya,kita percaya duit kita ada Rm10000.Kita bilang,kita yakin.ada banyak tu.Maka keyakinan kita itu, menjadikan kita tetap ada sebanyak itu.Lebih teruk jika kita menghitung-hitungnya.Firman Allah,
"Orang yang mengumpulkan harta dan berulang kali menghitungnya, (2) . dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengkekalkannya, (3)(QS. Al Humazah: 2-4)

Membilang hanya utk kadar mengetahui jumlah shj.Jangan yakin sebab keyakinan menyebabkan apa yg kita miliki tak bertambah,tak boleh bertambah,kerana nanti jd bercanggah dg keyakinan.Sebab tu ayat diatas tuhan melarang menghitung harta kerana ia mewujud keyakinan,(lebih teruk utk bermegah,)maka dg itu terbataslah kepercayaan bahawa tuhan boleh menambah.Ini bercanggahlah dg doa dan permintaan supaya tuhan tambah rezeki.Satu pihak kita minta tuhan tambah rezeki,satu pihak lagi kita yakin kita hanya sebanyak itu shj,bukankah ini bercanggahan.?

Secara hakikat,bolehkah tidak Allah menambah duit dlm poket kita,saya kata boleh,Allah mahakuasa.Tetapi Allah tak akan tambah jika kita yakin kita hanya ada satu jumlah dlm poket.Keyakinan menjadikan sesuatu itu demikian.Air sejuk yg dijampi boleh jd ubat jika yakin.Orang yg soleh,yg warak,dan para wali,lebih meletakkan keyakinan kpd Allah dari apa yg mereka ada kerana mereka berkeyakinan secara hakikat.Hj Awang Tok Wali yg saya cerita dulu,bila diberi bekal utk ke Kajang seketul ayam goreng,dia berkata,"saya malu pada Allah ,kerana saya berbekal ayam ini adalah kerana nafsu,saya seperti tidak yakin Allah akan memberi saya makan diperjalanan."Kita mungkin tak sampai tahap dia dlm keyakinan,yakinnya dia hingga malu bawa bekal,kerana percaya Allah yg memberi rezeki akan memberinya makan diperjalanan.

Jadi saya nak bagi fikiran bahawa kita kena menyemai keyakinan selaras doa dan permintaan.Jangan menghiting hitung harta,jangan bina keyakinan kita memang ada sebanyak itu,ini.Buangkan kebimbangan,sana sini tak cukup.Memadailah tuhan yg akan mencukupkan,yakinlah.
Akhirnya saya katakan saya amat jarang membilang wang dlm poket,tetapi saya tanamkan keyakinan ia ada,hingga kini saya ada saja duit bila diperlukan,ada saja jalan yg terbuka utk mendapatkannya.Ingatkah ayat wamaiyattaqillah hayajjal'allahu makhroja......Bukan utk dibaca sbg jampi tapi utk diyakini bahawa tuhan boleh mendatangkan rezeki dari arah yg tak disangka.JANGAN BATASKAN KUASA TUHAN DENGAN KEYAKINAN DENGAN APA KITA ADA, YAKINLAH ALLAH BOLEH MEMBERI DENGAN APA CARA PUN.ABD GHANI HARON

Tuesday 16 June 2015

KEPADA SIAPA AIR MATAMU MENGALIR

KEPADA SIAPAKAH AIR MATAMU MENITIS


Air mata adalah lambang keikhlasan.Bila kita benar benar menghayati situasi,benar benar insaf,benar benar sedih,gembira,maka air mata terbit sebagai satu tanda.Sejak kelahiran kita ke dunia,kita mulakan dg tangisan,dan pemergian kita juga akan ditangisi,dua tangisan yg ikhlas.Mengangislah bila dlm ibadat,doa,membaca quran,menangislah bila melihat atau mengenang wajah ibubapa,bila melihat anak yatim bahkan bila melihat kebesaran Allah sbg tanda takut kpdNya.

Mengikut kajian perubatan tangisan baik utk mencerah penglihatan,membunuh bakteria,mengeluarkan racun pd mata,meningkatkan mood dan mengurangkan stress.Tetapi tidak dihurai kenapa bila sedih,bila terlalu gembira bila insaf,kita kena keluarkan air mata, kenapa pada mata,kenapa tidak pada anggota lain.Mungkinkah kerana mata adalah anggota yg tidak boleh disembunyikan.Bila seseorang menitiskannya,maka ia lahir dari hatinya,fahamilah itu tanda keikhlasannya kerana ikhlas itu tidak boleh dilihat,melainkan melihat tandanya shj.

Bila seseorang menangis , atau menggenang air matanya kerana manusia,jelaslah ia menghayati dan bersimpati yg mendalam,bila ia menangis ketika mengadap tuhan atau mengingati tuhan,jelaslah ia benar benar insaf,takut,bertaubat dan hampir dg penciptanya.Menangislah lebih lebih lagi bila mengadap tuhanmu,carilah ketika yg sesuai yg akan membuat kamu menangis,hayatilah amal ibadatmu supaya tertitis juga juraian airmata kerana takutkan rabbul jalil.Nabi berpesan agar kita mengurangkan gelak ketawa tetapi banyakkan menangis.Berziarahlah melihat kematian,ditimpa malapetaka,melawat pesakit,berada dlm majlis zikrullah,qiyamullail akan melatih kita menitiskan airmata.

Mereka yg sukar menitis air mata adalah tanda keras hati.Latihlah dg banyak menghayati ibadat,melihat kebesaran Allah,melihat musibah,mendengar dan membantu kesusahan orang.Latihlah menggenang air mata bila mendengar quran dibacakan,kerana ada orang dengar lagu Jangan Tinggalkan Daku oleh P Ramlee,Madah Berhelah Ziana Zain pun tergenang air mata.Latihlah melafaz doa dg juraian air mata kerana ada orang merayu kpd kekasih pun bergantang air mata mengalir.9

Ada orang tengok filem hindustan pun membanjir airmatanya,tengok telenovela pun meleleh air mata,dengar lagu pun tergenang air mata,tetapi bila mengadap tuhannya,kering kontang matanya.Sesuatu yg amat terbalik,suatu penipuan syaitan yg berjaya mendodoikannya supaya melekat dikusyen berjam jam lamanya, dan tangisan itu bukan utk tuhan tetapi utk syaitan.Tangisan yg salah tempat.ABD GHANI HARON

Sunday 14 June 2015

UBAT TIDAK BOLEH MENGUBAT PENYAKIT

UBAT TIDAK BOLEH MENGUBATI PENYAKI,YAKINLAH.

Teringat untuk menulis berkongsi satu pandangan dan nasihat pakar buah pinggang yg merawat saya Dr Gan Hau Chau.Katanya,"Ubat untuk penyakit ada 70% pada diri pesakit,hanya 30% pada ubat yg diberi.Pesakit mesti bersemangat untuk hidup,untuk sihat,dan yakin untuk pulih, jika tidak, ubat tak boleh buat apa,boleh kenyang saja."
Nampak mudah,tetapi maksud mendalam.Apa yg diucapnya sebenarnya selari dg Konsep Islam(cuma dia tidak Islam) samada ia sedar atau tidak.Bukanlah ubat yg menyembuhkan,tetapi keyakinan,kekuatan diri,semangat itu yg berperanan penting.Semangat melawan ditambah dg antinodi yg tuhan bina dalam badan setiap manusia akan menjadi ubat yg baik melawan penyakit.Bangkit menentang penyakit pd diri , disertai doa dan keyakinan bahawa Allah yg menjadikan dan menyembuhkan adalah ibarat suatu jihad menentang kemudaratan.

Lemah semangat,terkulai dipembaringsn,menurut rasa dan emosi, menjadikan penyakit bertambah berat.Ubat tak akan mengubah kerana prinsip tauhid ubat itu baharu,yg 'baharu' tidak akan memberi bekas,atau memberi kesan.Hanya Allah yg boleh mengubah,ini hanya berlaku bila ada keyakinan,doa dan disertai usaha, bukan usaha semata mata.Jadi bila anda sakit secara tidak langsung seperti Allah menguji keyakinan kita kepadaNya,menguji keimanan,menguji pronsip tauhid yg kita pegang.

Maaf saya berkata,pengalaman bergaul dg doktor,ada yg mengatakan pesakit kadangkala "menambahkan sakit" atau bahasa mudah berpura sakit terutama bila diziarahi utk menarik perhatian,mendapat simpati,mendapat title sakit teruk.Ini boleh dikesan oleh doktor.Bahkan seperti satu kebetulan bahawa ada satu kaum di malaysia ini yg tak tahan sakit,dan bila sakit akan buat seperti apa yg saya kata,maka seluruh kuturunan dia akan berkampung diwad.Sapa yg biasa buat macam ni,senyum senyumlah.Saya kata kerana saya biasa duduk diwad,lakonan ini boleh dilihat waktu melawat,hanya orang di wad akan tahu kerana lakonan tamat bila semua pelawat meninggalkan wad.Kah kah kah.Seorang bapa pernah berkata pada saya,"Sekali sekala saya suka bila sakit hingga masuk wad kerana semua anak ada masa nak cakap dg abah dia,nak layan abah,picit sana sini,semua kawan datang menjengah,semua yg datang meminta maaf.Kalau tidak,jangan haraplah,semua orang sibuk,semua orang tak peduli dosa yg belum terampun."

Akhirnya,jika tubuh anda sakit,jiwa jangan sakit,semangat jangan sakit,keimanan dan keyakinan kpd tuhan jangan turut sakit.Ubat pada penyakit ada pada diri, ditambah sedikit ikhtiar utk mewujud sebab utk pulih .Akhirnya Dr Gan berkata,"Lu mau hidup , lu minta sama tuhan,saya pun minta sama tuhan.Lu mau sihat,lu mesti lawan ini sakit,bukan serah diri pada ubat."Ringkas tetapi tersirat hakikat hamba dan tuhan yg mendalam.Fikirkanlah.ABD GHANI HARON.

Saturday 13 June 2015

SEBAHAGIAN HIDUP KITA DIHABIS UNTUK MAKAN

SEBAHAGIAN BESAR HIDUP KITA DIHABISKAN UNTUK MAKAN.

Sikap ghuluw (melampaui batas atau berlebih-berlebihan) dalam agama adalah sikap yang tercela dan dilarang oleh syariat dan disebut dlm quran dan hadis,meliputi hal amalan,ibadat dan kehidupan.Nabi menegah sahabat yg nak berpuasa dan tak berbuka,tak mau berkahwin dll kerana itu melampau sunnah rasul.

Bertolak dari ini kita dapati banyak hal lagi yg kita dapati dlm kehidupan kita kena berpandu kpd yg dibataskan oleh Islam.Firman Allah
"Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia. " [Surah Thaha :81].
Tuhan menyebut yg Ia memberi makanan yg baik.Dia menegah melampaui batas ia itu berlebihan dalam makan.Akibatnya berbagai penyakit yg muncul adalah akibat makan berlebihan.Makan banyak menyebabkan obesiti,kegemukan,gula lebih jd kencing manis,kolestrol lebih jd tekanan darah tinggi,sakit jantung,protien lebih jd gout, dll.
Jika diperhatikan,begitu banyak masa kita habiskan utk tujuan makan, dari bersiap ke market hinggalah ke membasuh pinggan di sinki.Bahkan urusan makan menelan separuh hidup seorang suri rumah.Tak cukup dg itu,keluar lagi makan diluar,beli bawa balik makanan segera,snack waktu tengok tv,santai,mengunyah dlm kereta, bawa bekal ke tempst kerja dll.Kadang kita lebih teruk dari kereta yg diisi minyak sekali sekala,tapi kita mengisi perut sehari entah banyak mana.

Tuhan cuba melatih manusia utk mengurangkan makan dg menetapkan puasa sebulan.Boleh makan hanya waktu malam ketika maghrib yg singkat,meletakkan sunat terawih yg panjang waktu dan waktu sahur yg tekak tidak lalu meelan makanan kerana masih ngantuk.Tapi manusia merosakkan sesi latihan oleh Allah bila mereka mencipta berbagai menu,cara masak,berbagai makanan dipasar ramadan,dg itu tetaplah mereka memenuhkan juga perut mereka.Mereka meninggalkan ramadan dg sia-sia.Ramadan ini,mari kita berazam utk memenuhi satu tujuan Allah melatih menahan dari makan minum iaitu utk kesihatan kita,utk menjadikan kita orang yg tidak melampau.

Kenapa kita makan,jawabnya utk tenaga.Sebab itu nabi berkata , "Kami adalah kaum yang tidak makan sampai kami lapar dan jika kami makan maka kami tidak (sampai) kenyang.”Pesanan ini selaras dg firman tuhan diatas.

Jarang orang bersungut kerana berselera makan tetapi amat risau jika tak lalu makan.Bahkan kita amat berusaha utk makan sedap,dg berbagai menu,belajar dibuku,bertanya orang,belajar dg chef di tv.Berpindah dari satu restoren ke restoren lain utk cari yg sedap.Padan muka,kalau kena penyakit.Ada kita pernah merantau dr masjid ke madjid utk ibadat,ada pernah kita fikir hari ini nak buat solat sunat itu ini,nak sedekah apa,nak sampaikan pesanan nabi yg mana,nak ziarah keluarga fakir miskin atau yatim yg mana,nak ziarah ibubapa atau saudara mara yg mana,nak baca itu ini,sama seperti dok fikir hari ni nsk masak apa,nak makan apa,dimana. Sesungguhnya sebahagian kita adalah melampau dlm hal makan.Sekali sekala singgahlah di hospital,tanyalah mereka yg menunggu rawatan,apa penyakitnya,puncanya.Anda akan berada disana suatu hari jika tabiat melampau dlm makan tidak diambil peduli.Tuhan itu Maha Mengetahui.
ABD GHANI HARON

Thursday 11 June 2015

KITA MENGEJAR KEKAYAAN ATAU KEBAHGIAAN

KITA MENGEJAR KEKAYAAN ATAU KEBAHGIAAN?

Ketika memandu sendirian pada panas terik pada suatu hari , terlihat fatamorgana dijalan yg lurus,kelihatan seperti air beolak dihadapan,tiba-tiba terpacul dari mulut kalimah "wamalhaya taddunya illa mata'ulghurur" iaitu sebahagian ayat 20 surah Al Hadid yg membawa maksud" ..dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."
Kesenangan itu relatif,iaitu ia berubah mengikut tafsiran, mengikut apa yg dirasa oleh seseorang.Saya selalu melihat kelompok orang kaya dari Sungai Petani Club yg memanjat bukit tiap hari Sabtu dan Ahad , meredak hutan mencari kepenatan dan kepayahan.Sedangkan saya berfikir kalau aku kaya,aku nak relax saja,duduk dirumah, makan makan.Bila pergi Penang tengok Mat Saleh naik beca,bukan main seronok,sedangkan kita lebih seronok naik teksi dg aircondt.

Ada orang sengaja pakai seluar koyak dilutut,bukan kerana miskin tetapi fesyen.Peminta sedekah tidur berdengkur dikaki lima,kita yg tidur dlm bilik air condt dan tilam dunlop terkebil kebil tak lelap.Kesimpulannya kesenangan itu adalah mengikut tafsiran.Ia bergantung kpd apa yg dirasa bukan apa yg difikir atau dipandang.Kita fikir dan pandang orang yg banyak harta itu senang,bahagia tetapi hakikatnya belum tentu,seperti contoh yg disebut diatas.Itulah yg dikata kehidupan dunia ini tidak lain dari kesenangan yg menipu.

Pandangan dan fikiran tentang kesenangan adalah palsu dan menipu,sama seperti ayat yg tuhan sebut.Yg sebenar ialah apa yg kita rasai.Orang yg tak berada mungkin rasa lebih bahagia dari yg banyak harta.Jadi bersyukurlah dg apa yg kita ada,berbahagialah dg kedudukan kita.Yg menjd tujuan kita bukan kekayaan,tetapi kebahgiaan,dan kebahgiaan bukan mesti kaya, kebahgiaan itu kerana kita memiliki hati yg tenteram,damai,tiada keluh kesah,tiada masalah,tiada kebimbangan.Paling banyak kita berbimbang adalah hal dunia,hal kekayaan.Berbimbang hal dunia adalah menyakitkan, menyusahkan, tetapi berbimbang kpd kemurkaan Allah adalah satu nikmat dan kebahgiaan yg berkekalan.

Saya perturunkan keseluruhan ayat 20 Al hadid.
"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahdi antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."

Jadikanlah ayat terakhir sebagai zikir utk menghilangkan ketamakan dunia....wamalhaya taddunya illa mata'ulghurur. Ini satu dari amalan saya berpada dg apa yg ada,tidak terlalu sayangkan harta tetapi tuhan melimpahkannya tanpa diduga.
ABD GHANI HARON

Wednesday 10 June 2015

DIRUMAH OK,DI LUAR TAK OK

DI RUMAH OK,DI LUAR BANYAK TAK OK.

Perasankah anda hidup ini penuh dg serba salah yg merosakkan istiqamah kita pada sesuatu perkara..Disatu pihak kita berusaha buat yg lebih baik tetapi bila tempat berubah,kita terpaksa buat yg tak baik atau tak terperasan terbuat yg sebaliknya.Tak percaya? Saya senaraikan sebahagian.
Kata tak makan ajinomoto(monosodium glutamate) takut rambut luruh, tak guna sos dan kicap bukan Islam kerana diragui halalnya,tapi warung jualan makanan pakai monosodium glutamate kebanyakannya utk bagi sedap bahkan dari jenis yg murah yg diimpot dari Siam yg belum tentu halalnya.Begitulah hal kicap dan sos buatan bukan Islam yg banyak diguna oleh peniaga kerana murah.Satu nasi kandar di SgPetani,saya lihat sendiri bilnya yg ditinggal di kaunter.

Dirumah minum air bertapis,dikedai, dirumah kenduri, beli air tepi jalan pakai air paip.Dirumah pakai minyak qualiti tinggi,minyak biji bunga matahari,canola ,dll, nak jaga kolestrol,makan dikedai,beli kuih diwarung , minyak dlm plastiklah yg dipakai,entah entah minyak recycle.Dirumah anak dikawal makanan segera,disekolah anak makan nugget,hotdog frankfurter dll yg mungkin juga yg termurah dipasaran yg dikhuatiri diimpot dr sempadan.

Dirumah tak tengok tv,tak dengar muzik dan radio,tapi naik bas ekspress,bot,train,bahkan bila kemajlis kenduri berjam jam kena tengok dan dengar muzik serta video .Dirumah bukan main jaga mata,diluar rumah jenuh jamu mata.

Dikantin,diwarung bukan main ambil makanan pakai penyepit,pakai tong,tapi mulut menyumbat roti canai penuh nikmat walau dicanai bukan dg tangan kanan saja bahkan tangan yg mencuci najis,tangan kiri,belum kira peluh lagi dan semburan air liur melaungkan "Roti satu,siap!"Ini belum bicara soal telur tiruan,beras tiruan,bawang goreng campur straw,gereng pisang rangup perasa plastik dsbnya.

Dirumah telur dibasuh sebelum pecahkan,tapi roti telur, murtabak digerai,tangan itulah pecahkan telur yg tak dibasuh dan tangan itu juga melenyek roti.Eeeeeeeeeeiiiii. Sedaaaaaaaap.
Dirumah bukan main jimat letrik,dipejabat buat tak peduli saja, katanya bukan tanggungjawab aku,bukan aku kena bayar,tapi tuhan pasti tanya.
Dipentas kita hormati dg kalimah Yang Berhormat,Yang Berusaha,Yamg Mulia,Yang Berbahagia, tapi bila dibelakang kita, merekalah perasuah,penyamun harta rakyat,penipu terhormat.

Sebab itulah,bukan senang utk menjaga makanan yg bersih,yg halal.Bukan senang menjaga diri dari kemaksitan mata dan telinga.Bukan senang utk istiqamah pd perkara baik.Sebab itu biasakanlah makan dirumah,bawa bekal,beri bekal pada anak,kurangkan keluar rumah kecuali perlu sangat,kurangkan bercakap,banyak mendengar yg baik.Binalah jemaah kecil dikalangan sahabat utk saling mengingatkan.Terfikir saya mungkin lebih baik memandu dg kenderaan sendiri dg alunan ayat suci mengiringi perjalanan walau kena duit tol dan minyak,walau lebih belanja dari berada didlm bas yg memekak muzik dan filem berbau kemaksiatan,perjalanan yg tidak bersandar kpd doa.Renung sekejap,berazam dan berusahalah utk tetap pd perkara yg terbaik utk diri,bukan cakap tak serupa bikin.
ABD GHANI HARON

Tuesday 9 June 2015

PESANAN YANG LEBIH BAIK DARI PANDULAH DENGAN CERMAT

PESANAN YANG LEBIH BAIK DARI "'PANDULAH DENGAN CERMAT"

Islam bukan agama seperti agama lain tetapi cara hidup.Maksudnya siapa yg menganutnya,kena hidup cara yg diatur oleh Islam.Ok saya nak semak satu aspek kecil dlm cara hidup Islam.Semua pembaca fb rasanya paling lekeh pun ada motor kapcai sbg kenderaan.Sehari kelmarin berapa kali naik motor atau kereta, bas,train.?Berapa kali pula baca doa naik kenderaan yg diajar oleh tuhan sendiri dlm Quran surah Zukhruf ayat 13

سُبْØ­َانَ الَّØ°ِÙŠ سَØ®َّرَ Ù„َÙ†َا Ù‡َØ°َا ÙˆَÙ…َا ÙƒُÙ†َّا Ù„َÙ‡ُ Ù…ُÙ‚ْرِÙ†ِينَ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙ‰ رَبِّÙ†َا Ù„َÙ…ُÙ†ْÙ‚َÙ„ِبُونَ
Maha Suci (Tuhan) yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan

Jika anda melafazkannya setiapkali melangkah keatas kenderaan, alhamdulillah.Mungkin ada yg jawab,tak hafal pun,tak tahu pun,terlupa dan apa lagi.Ini kaedah yg tuhan sendiri mengajar,bahawa dlm memandu pun kita kena melafazkan kesyukuran dahulu kpd Allah,memuji Allah atas nikmatnya,merendah diri terhadapnya dan tuhan mengingatkan bahawa dialah yg menjalankan kenderaan(menundukkan)bagi kita.Dg itu,perjalanan kita adalah atas kehendakNya, keselamatan perjalanan kita atas kehendakNya, dan kita tidak perlu berbangga dg kenderaan yg kita naiki kerana yg menjalankannya adalah Allah.

Kebanyakan orang membaca doa perjalanan ketika diperingat mungkin dlm kapal haji,atau saya pernah menaiki Saudia Airline yg doa ini dibaca oleh pilot.Waktu lain, panjat kenderaan dg siulan,nyanyian kecil,dlm kereta muzik menderam,memotong kenderaan lain dg megah kerana dia cc lebih besar,memandang sinis dg ekor mata kereta kancil disebelah ketika ditrafiic light.Dlm bas dihidang video filem yg tentunya ada unsur maksiat,lagu yg melalaikan dari mengingat tuhan.Pernahkah anda terjumpa driver yg mengajak penumpang mengaminkan doa perjalanan?Jadi mengapa dok sibuk tanya kenapa bas ekspress selalu kemalangan di Malaysia.Jawabnya,kita mengaku negara Islam,orang Islam tetapi kita tidak mengamal cara hidup Islam,dlm kontek ini ialah doa perjalanan dan mengiringi perjalanan dg mengingat Allah.Tolonglah sapa sapa pi jawab kat menteri yg dok pikiak sampai luruh sambut cara nak selesai masalah kemalangan jalan raya,kemalangan bas,suruh mulakan perjalanan dg doa perjalanan.Slogan itu ini ciptaan manusia,tidak akan dapat mengatasi pesanan Allah utk selamat dlm perjalanan,lebih baik dari mengerah beribu polis mengendap tangkap laju.

Siapa mau memulakan mengajak driver dan penumpang bas atau teksi,atau feri atau satu gerabak train bahkan satu penerbangan yg kita tumpangi mengaminkan doa perjalanan yg kita baca sebelum bertolak?Supaya kita dan penumpang lain selamat,supaya mereka mengingati tuhan yg menjalankan kenderaan,supaya mereka kembali kpd cara hidup Islam,supaya menjadi dakwah kpd yg bukan Islam.Saya cuma beri idea.Mudah,bila driver naik,beri salam pd semua,ajak aminkan doa,jika boleh baca terjemahan sekali.Jika rasa malu,itu malu tak bertempat, kalau tak berani,ini bukan boleh mencederakan .

Didiklah diri dg doa ini.Hafal mulai saat ini.Ajar anak setiap kali menaiki kereta,motor.Ajaklah orang lain yg bersama kita.Cegahlah kemungkaran dlm perjalanan,iringilah perjalanan dg iringan bacaan quran,zikir,nasyid,qasidah,selawat,berzanji dll.Jika berlaku kemalangan juga,jika kita terkorban,sesungguhnya kita dlm rahmatNya,dalam kehendakNya dan insyaAllah dlm ampunanNya.

Ini baru satu aspek kecil cara hidup Islam.Kita belum menghayati Islam sbg cara hidup cara menyeluruh.Saya sekedar memperingati diri sendiri.,isteri dan anak anak abah yg jauh di mata dan seluruh muslimin muslimat yg saya kasihi.ABD GHANI HARON.

Monday 8 June 2015

TUHAN SENGAJA MENDUGA KITA

TUHAN SENGAJA, MENDUGA KITA

Bila mendengar lagu Pada Syurga di wajahmu,saya tertarik dg lirik...tuhan sengaja menduga kita....saya cuba mengaitkan dg sakit yg dialami insan.Sakit adalah satu lagi sunatullah yg pasti terjadi kpd semua manusia.Setiap yg dicipta pasti akan sakit pada suatu masa,pasti akan rosak bila tiba masanya,yg mencipta shj iaitu Allah tidak sakit,tidak rosak dan musnah.Itulah dlm ilmu tauhid di sebut setiap yg 'baharu' akan musnah kecuali tuhan yg kekal.Dg yg demikian sakit adalah kehendak tuhan, ketentuannyaNya.Kuman,virus,dan pembawanya adalah alat yg tuhan ciptakan utk menyebabkan sakit, tetapi tuhan juga memberi jalan keluar dg kebersihan yg dikatakan amalan iman..Tuhan sengaja mencipta kita supaya kita boleh ditimpa kesakitan dan diberi juga langkah pencegahan disamping pengubatan.

Sakit menunjukkan kita tidak berkuasa penuh pada diri walau ada orang berkata, diri ini aku yg punya.Ada kuasa lain mengatasi manusia, supaya manusia beringat utk merendah diri kpd tuhan, memohon kpd tuhan.Kita ibarat kerbau yg dilepas dipadang,tetapi tali pencucuk hidung masih dipegang oleh tuan yg berupaya menarik tali bila masa saja.Sakit adalah peringatan utk kita beringat bahawa sihat adalah nikmat yg tak terhingga.Manusia tak akan insaf bahawa sihat itu nikmat selagi ia tidak sakit.Manusia kena diberi peringatan dg pengalaman kerana mereka selalu mengabaikan nasihat dan peringatan lisan.

Sakit sebagai peringatan.Kita dihentikan oleh tuhan seketika ketika kita begitu asyik dg dunia dg 'menghentikan' pergerakan kita.Seluruh jadual hidup kena diubah.Terlantar di katil,mungkin utk kita berfikir,kerana tuhan tak memperolehi apa faedah pun memberi kita sakit melainkan kasihnya supaya kita berfikir.Apa faedahnya kpd tuhan memberi anak kecil yg tak tahu apa tentang hidup,ditimpa kesakitan,melainkan sbg peringatan kpd ibubapanya,tentang pemakanan, kebersihan,mungkin mengubah jadual hidup mereka.

Sakit merencahkan hidup supaya warna hidup lebih berbagai,masalah yg berbeza,ujian yg berlainan antara manusia.Sakit akan menjadikan kita dekat dg tuhan dg bersyukur atas nikmat sihat,menambah kesedaran beribadat bila sakit,menahan kesabaran sebagai satu pengukuhan iman,terbukanya ruang amalan ziarah kpd yg sihat sbg peringatan kpd mereka dan terbuka juga ruang utk berikhtiar,berusaha utk kembali sihat.Semua diberi ganjaran.

Nikmat sihat tak ternilai dg wang,sebab itu klinik pakar meletak harga sesuka hati shj kerana mereka tahu pesakit akan bayar seolah Allah membuka pintu rezeki dari rasa sakit manusia.Bidang ilmu perubatan terus diteroka, diusaha mencari penawar dan kaedah dan sudah pasti mereka menemui kebesaran tuhan dlm kajian mereka seperti yg selalu di sebut oleh pakar mata Dr Muhaya.Pun begitu wang tidak boleh membeli kesihatan kerana tuhan jdkan juga penyakit yg tiada ditemui ubatnya hingga kini.Bahkan penyakit yg ditimbulkan oleh kemaksiatan seperti HIV da AIDS hanya menunggu hari.

Allah menghidupkan manusia kerana utk beribadat kpdNya.Dg yg demikian Allah tidak memperoleh apa faedahpun jika Dia menjadikan manusia sakit melainkan itu sebagai peringatan utk kembali mengingat tujuan hidup manusia,atau mungkin itu satu tempias dari kemurkaannya.Insafkan,bertaubatlah, beristighfarlah,mohonlah keampunan kpdNya.Sihat pasangan sakit.Redolah!
ABD GHANI HARON

Sunday 7 June 2015

IBARAT POHON TIDAK BERCABANG

IBARAT POHON TIDAK BERCABANG

Kali ini nak mengajak semua menyemak diri.Satu kebiasaan beberapa sahabat nabi dulu ialah mereka datang kpd kpd nabi dan berkata , pesan kpd aku ya Rasulullah.Nabi pun berpesan satu perkara,lalu mereka balik dan beramal dgnya.Setelah beberapa lama , mereka akan datang lagi meminta pesanan baru.Maksudnya ialah mereka datang mengambil ilmu,amalan dari nabi dan balik mengamalkannya.Bila dah boleh amal baru mereka datang meminta lagi amalan yg lain.

Iktibarnya ialah ilmu dan amalan yg dicari bukan untuk disimpan,dimegah bahawa aku orang berilmu atau dijelma dlm serban dan jubah,tetapi untuk diamalkan.Siapa yg berilmu tanpa amal ibarat kaldai yg menanggung kitab,ibarat pohon tidak becabang.Kini orang menghambat ilmu dari masjid ke masjid,dari kuliah ke kuliah hingga ke luar negara,berforum sana sini,itu baik kerana menuntut ilmu.Tetapi kebaikan menuntut ilmu bukan sekadar menadah telinga shj,,yg melengkapkan kelebihan menuntut ilmu ialah mengamalkannya ibarat berpuasa dan berbuka,bila berbuka baru lengkap berpuasa,bila ilmu diamal,baru lengkap kelebihan berilmu.

Orang yg berilmu tentu akan ditanya Allah ke mana ilmunya digunakan.Jika ia mengajar,menyampai tapi ia sendiri tak beramal,ingatlah amaran Allah,Wahai orang beriman,jangan kamu berkata apa yg kamu tak buat,kemurkaan Allah keatas mereka yg berkata tetapi tidak melakukannya......Jadi lengkapkanlah ilmu yg diperolehi dg mengamalkannya walaupun sedikit ilmu kita.Menasihat,memperingat dlm fb itu baik,tetapi ingat amaran Allah yg diatas,kita kena amal,jangan pandai menasihat,memperingat saja.Yg jadi cikgu,tiap hari pesan yg baik,jangan diri pula buat yg tak baik.Yg pi mengaji hingga ke timur tengah,minta bantuan sana sini,duit zakat,jangan balik ilmu buat cari makan utk dpt gaji,kuliah utk dpt saguhati,setelah itu ilmu yg dituntut bertahun dibuat pekasam dlm kepala,tidak disibarkan.Kenapa tak menulis,mengajar umum.Kamu pasti ditanya diakhirat.

Duduk sebentar dan fikir apa yg kita sudah tahu,apa yg telah diamal,apa yg belum diamal.Semasa usrah dulu,seorang naqib mencabar ahli usrahnya dg satu hadis yg dipelajari malam itu utk diamalkan,iaitu soal tanggungjawab dan kelebihan mengajak dan mengislamkan orang bukan Islam.Alhamdulillah kami tempuhi cabaran ini dan Allah membuka jalan dan memudahkannya.Saya dan isteri pernah merantau hingga ke Sarawak,bermalam dirumah panjang berhari hari utk memenuhi tujuan ini..Anda pernah mengajak yg bukan Islam kpd Islam,ini satu kerja dakwah yg menjadi tanggungjawab bila kita mengetahui.Saya sarankan kpd semua kerana berbimbang suatu hari nanti di mahkamah akhirat rakan yg kafir akan menuntut kpd kita kerana kita tidak menerang dan mengajaknya kpd Islam dan kebenaran.

Kita telah tahu berbagai amalan iman Ada 72 amalan yg disenarai oleh nabi untuk menyemak mana amalan yg belum kita lakukan.Jadikan senarai semak supaya tidak tertinggal atau supaya boleh melakukan kepelbagaian amalan supaya kita tidak jemu melakukan amalan.Sudahkah mengamalkan salam,bersedekah,memohon maaf dan memaafkan,berkata benar sahaja,membiasakan senyuman,memudahkan urusan orang,membantu mereka yg memerlukan,membantu anak yatim,membantu yg miskin,membantu pendidikan Islam ,..........pernahkah anda membuang halangan dijalan meskipun sekedar duri keman atau semalu.
ABD GHANI HARON

Saturday 6 June 2015

RAMADAN SEPATUTNYA LEBIH SEPI

RAMADAN SEPATUTNYA LEBIH SEPI

Seorang siak masjid saya tanya,"Tak niaga dipasar ramadan tahun ini?."Jawabnya,"Saya rugi banyak tahun lalu,bukan rugi duit,rugi peluang yg Allah beri,rugi kerana menolong orang memuas nafsu makan."Jom kita ulas sikit jawapan ini.

Ada yg melihat ramadan sebagai pintu rezeki sedangkan nabi tidak menyebut sedemikian dan tidak menyuruh merebut rezeki yg kononnya melimpah di ramadan.Berapa ramai orang sibuk nak buka pasar ramadan,nak niaga itu ini,fikir makanan yg unik yg dibulan lain pun tak dijual.Bulan ramadan baru nak niaga,bulan lain tidak pula.Niaga itu sunnah tetapi niaga yg cenderung ke arah merosak amal kebajikan,dg mengambil kesempatan atas nafsu dan memancing nafsu makan dari orang berpuasa,dirasakan kurang elok.Bukankah sepatutnya kita bersama mengekang nafsu.Kenapa bila ramadan baru nak makan itu ini,nak meronda pasar ramadan,sedangkan waktu bulan lain tidak demikian.Itu bukti pengunjung pasarr ramadan adalah penurut nafsu dan penjualnya mengambil kesempatan untuk keuntungan dan menyumbang ke arah meruntuhkan ibadat.

Ramadan sepatutnya menjadi bulan rehat dari merebut dunia,tetapi menumpukan kpd ibadat.Puasa itu satu ibadat mengekang nafsu.Makan sepatutnya dikurangkan quantitinya,dikurang jenisnya sbg bukti menentang nafsu,bukan melayannya dg berbagai juadah.

Ada yg melihat ramadan sebagai bulan perayaan.Bergelutlah dg baju raya,perabut baru,kuih raya dsbnya sedangkan semua perkara ini tidak diberi penekanan oleh nabi.Diserata pejabat,orang dah sibuk tempah kuih raya,telah ada yg meronda mencari baju raya,telah diperuntukan duit utk sambut raya.Hakikatnya bukan raya yg nabi suruh disambut,tetapi mengimarahkan bulan ramadan dg ibadat siang dan malam itu yg disuruh.Ramadan melatih diri selama sebulan utk belajar beristiqamah dg ibadat.Peruntukanlah wang utk sedekah jariah,memberi makanan berbuka,mengkhatam quran,menghidup malam dsbnya.
Kenapa tidak menyediakannya.

Jangan rosakkan ramadan dg budaya yg bercanggah.Membakar mercun,bunga api,meriam karbait bahkan memasang lampu dan pelita yg berlebihan dg fahamsn yg bercanggah adalah memcemar kesucian ramadan.Nabi tidak pernah berbuat demikian.Budaya mercun dan meriam adalah budaya Cina utk mrnghalau hantu, Budaya pasang pelita adalah mirip Hindu.Ramadan sepatutnya sunyi kerana orang beribadat dimasjid,surau dan dirumah,bukannya meriah dg letupan,bunga api.Ramadan sepatutnya bulan yg emosional kerana kita dituntut beribadat,menghisab diri,memohon ampun dsbnya.Hari raya bukan disambut dg nyanyian,tetapi disambut dg pujian kpd Allah.

Jika nak sambut hari jadi,jika nak kenduri sambut menantu, jika nak kenduri cukur jambul,kita sudah bersiap berminggu minggu sebelum,apakah ramadan yg merupakan bulan rahmat tidak mahu kita bersedia menyambutnya.Bahkan nabi bersabda yg bermaksud akan datang kpd kamu ramadan ,ucapkankah selamat datang kpdnya.Buktikan anda bersedia menyambut ramadan dan ramadan tahun ini akan lebih sepi kerana kita sibuk dg ibadat.MARHABAN YA RAMADAN!
ABD GHANI HARON

Friday 5 June 2015

MANA LEBIH UTAMA

MANA LEBIH UTAMA,MANA PATUT DIDAHULUKAN

Ketika bersembang dg kawan,saya bertanya seseorang yg dah bebarapa hari tak berjumpa dgnya,kalau kalau dia sakit."Cikgu tak tau ka,dia pi umrah?Dalam hati saya bersungut juga, pergi umrah boleh,hutang aku tak selesai lagi.

Kita kadangkala terkeliru atau terlalai atas perkara mana patut didahulukan,perkara mana patut dikemudiankan.Jika perkara itu menyentuh hal dunia,hal yg tak berkait dg agama,itu ok.Tapi bila ia berkait dg agama,berkait dg hak orang lain dan ada hukum hakamnya,maka keutamaan kena berikan kpd yg utama.Contoh antara umrah dan bayar hutang,kena bayar hutang dulu,kecuali jika hutang itu terjadual,ada perjanjian tentang tarikh seperti hutang beli rumah,kereta dll.Hutang persendirian yg dibuat dg ikrar bila ada duit akan dibayar,mesti dilunaskan dulu sebelum membuat perkara yg sunat,walaupun umrah.

Banyak lagi contoh perkara yg patut diutamakan.Yusuf Qardhawi menyebutkan adalah lebih baik seseorang mendermakan wangnya ke jalan fisabilillah dari dia berulang-ulang pergi haji dan umrah.Lebih teruk yg melancong sana sini,tour Eropah,US,Japan,Korea,Vietnam dll.Bukan tak boleh melancong,tapi berpadalah,persiapan utk kembali kepada Allah itu perlu lebih banyak bila rezeki yg diberi Allah banyak diterima,kerana soalan dari Allah juga akan banyak.Sekolah agama,rumah anak yatim,pergerakan pengislaman, pergerakan perjuangan Islam dan sebagainya yg memelukan bantuan .Ganjaran pahala nya tentu lebih besar serta berpanjangan.Berpadalah melihat dunia kerana ia sementara,beralihlah utk melihat akhirat,ia berkekalan.

Memberi sedekah kpd yg memerlukan mungkin lebih utama dari menaja satu pasukan bola,berwakaf lebih utama dari berkenduri,menziarah ibu ayah lebih utama dari dari berkunjung ke mall,memenuhi permintaan anal lebih utama dari menyambung tugas overtime,diam lebih utama dari bercakap yg sia sia, membawa anak ke masjid lebih utama dari membawa ke KFC,McD waktu maghrib,membayar pakej haji yg mahal lebih utama dari membeli kereta yg lebih mahal, lebih besar pahala dan berpanjangan jika wang yg ada diwakafkan kpd pelbagai badan amal seperti sekolah agama, rumah anak yatim dari membuat kenduri arwah dan berbagai hal lagi.Melabur berkepuk bertimbun utk tambah harta dunia tidaklah lebih baik dari melabur utk akhirat dg sedekah jariah kerana jnyungnya lebih besar dan berkekalan.

Saya nak ajak semua,mari kita berlapang dada.Jangan bina alasan,carilah kebenaran.Semak semula semua aktiviti hidup, amal kebajikan,perbelanjaan harian dan segalanya,supaya mematuhi keutamaan mengikut agama.Janganlah kita jadi orang yg rugi atau yg untungnya sedikit.Jadualksn semula hidup,jadualkan perbelanjaan supaya yg utama, yg ganjaran lebih besar,diutamakan.Beringatlah,dunia akhirat yg kita akan berpindah akan lebih lama dari dunia jni dan berkekalan.
ABD GHANI HARON

Thursday 4 June 2015

BANDINGAN HIDUP DENGAN GAME KOMPUTER

BANDINGAN HIDUP DENGAN GAME KOMPUTER

Saya pernah melihat anak saya bermain game komputer yg memaparkan watak kartun berlari menuju target sambil mengumpul mata dg cara merempuh beberapa penanda.Setiap kali dirempuh penanda tersebut akan terbit mata ganjaran,lagi banyak yg dirempuh ,banyaklah matanya dan ini akan menentukan kejayaan.Tapi ada juga keadaan dimana mata dipotong bila buat kesalahan.

.Hidup kita pun bagai satu game untuk mengutip mata ganjaran tertinggi.Allah telah menetapkan perkara wajib dan sunat yg dibuat diberi ganjaran sepanjang hidup.Setiap saat,setiap pergerakan,setiap peristiwa semua ditetapkan ganjaran.Ditangan kitalah menentukan kita nak ambil ganjaran atau tidak.
Contoh jika duduk saja dirumah,berzikir mengingat Allah itu ada ganjaran,membaca quran walau sepotong ayat yg diingat pun ada ganjaran,makan,minum,ke tandas,tidur dsbnya dg niat kerana Allah juga diberi ganjaran,melayari internet pun boleh mendapat ganjaran.Tetapi jika duduk saja menonton tv yg ada perkara dosa,melayari internet melihat perkara tidak elok,komen mengumpat,upload profile muka kita yg makin gebu utk dipuji dsbnya,ini kesalahan yg dipotong mata ganjaran.

Jika game itu digambarkan kpd satu perjalanan ke market,ketika keluar rumah membaca doa itu ada ganjaran,menyarung kasut kaki kanan dulu kerana menurut sunnah ada ganjaran,membaca doa perjalanan 'Subhanallazi......'ada ganjaran,memberi salam kpd orang yg ditemui ada ganjaran,melontar senyuman sebagai sedekah diberi ganjaran,membuang halangan dijalan mungkin berupa kayu atau bahan yg membahaya diberi ganjaran.......hinggalah kita sampai ke market.Tetapi ingat juga kesalahan sepanjang ke market yg merupakan penolakan ganjaran..Begitulah seterusnya dalam acara hidup kita yg lain.

Kutiplah sebanyak banyak mata ganjaran dari tuhan.Berkira dan merancang supaya setiap geraklaku kita,dapat mengutip ganjaran.Banyak orang telah lakukan perkara ini tetapi sayangnya mereka tidak berniat atau melakukan tanpa sedar.Saya memperingatkan kerana kita perlu niat kerana Allah barulah satu perbuatan itu menjd amalan.Semua amalan hendaklah disertai niat

Betulkan juga niat.Contoh jika pergi makan kenduri,jangan niat kerana nak makan,kerana dijemput jika tak hadir nanti masam muka,jangan kerana nak tunjuk baju baru,muka kita yg bertambah putih,tanpa jeragat kerana pakai qu putih.Tapi letakkan satu niat shj,kerana Allah menyuruh memenuhi jemputan,menjalin ukhwah,silaturrahim.

Jika anda seorang guru,seorang jurulatih kursus,cuba bentuk perlumbaan dlm mengutip ganjaran ini dg meletak sasaran ganjaran di sana sini dg berbagai kesusahan utk membina kesrdaran bahawa hidup ini satu perlumbaan mengutip ganjaran dari Allah.Mungkin dlm perkelahan keluatga atau hari keluarga,atau muqayyam,boleh dibuat sedemikian supaya permainan kita tidak menjadi perkara lagho shj.
ABD GHANI HARON

Wednesday 3 June 2015

JIKA TULANGKU MASIH BERGUNA

JIKA TULANGKU MASIH BERGUNA.

Bila anak saya memberitahu pihak hospital HUSM Kubang Krian mengambil sebahagian tulang kaki adiknya yg dipotong paras peha untuk tujuan kajian dan penyelidikan,saya bersyukur sangat kerana kaki yg dipotong itu masih dimanfaatkan.Teringatlah saya satu kisah isteri Rasulullah,Siti Khadijah, begitu besar pengorbanan kpd agama sehingga di akhir hayatnya apabila baginda bertanya, "Apakah harta yang masih ada pada dirimu untuk jalan dakwah?Khadijah berkata, “Tiada apa-apa lagi, jika tubuhku dan tulang-tulangku boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam gunakanlah.”

Mari kita merenung sejenak.Siti Khadijah adalah hartawan sebelum berkahwin dg nabi tetapi ketika meninggal,habis hartanya dibelanjakan utk Islam bahkan ia menawarkan tulang temulangnya jika berguna utk Islam.Seluruh hidup dan apa saja baginya dikorban utk agama.

Lihat diri kita.Malu rasanya kerana kebanyakan kita risau memikirkan bila mati apa yg kita nak tinggalkan utk anak anak hidup senang.Kita dok risau anak susah,anak tiada rumah,tak da kerja,nak makan apa.Maka bersiaplah kita seumur hidup mengumpul harta,melabur sana sini, utk bekalan anak.Pada hal tuhan menyebutkan setiap mulut yg Aku jadikan,Aku jadikan rezeki baginya.Kita lupaa kot,tuhan yg memberi rezeki,bukan mak bapa,Allah yg mencipta,Dia juga yg menjamin rezekinya.

Kalau nak simpan bekalan harta utk anak,berpadalah,jangan lupa bekalan kita diakhirat, takut anak anak bersenang lenang dg harta mak bapa didunia, mak bapa papa kedana diakhirat.Dah la didunia pun berhempas pulas sedia bekal utk anak.Jangan jadi satu kisah yg disebut ulamak dialam kubur ada ahli kuhur yg menunggu hadiah pahala dan berebut memungut pahala yg disumbangjan oleh muslimin muslimat didunia yg masih hidup,sedangkan ada orang berehat shj kerana pahala dari amalan anak anak,harta yg diseeekah jariah dan ilmu yg bermanfaat terus mencurah kpd mereka.

Harta kita yg sebenar bukan apa yg ada dlm buku bank,bukan dlm ASN bukan berekar tanah,berbilang rumah,emas berketul..Harta itu akan berpindah milik bila kita tiada, akan hilang, akan habis.Harta yg kekal yg tidak habis,dibawa hingga mengadap tuhan ialah apa yg dibellanakan dijalan tuhan,sedekah jariah,wakaf,sumbangan kpd perjuangan agama,zakat yg ditunai,berbagai infaq dsbnya.Jika demikian kenapa kita begitu berusaha utk menabung , melabur sana sini,ikut penceramah jana wang,cari mana pelaburan untung tinggi,tetapi tidak sedemikian pula kita berusaha utk melabur utk simpanan yg kekal abadi diakhirat.Berapa banyak tangan yg menadah,berapa banyak hati yg mengharap,berapa banyak seruan dan rayuan mengetuk hati tetapi banyak orang masih memilih untuk menabung dan melabur yg untungnya tidak kekal, melabur utk dunia..Jom kira pelaburan kita,yg didunia atau yg akhirat yg banyak,ingat diakhirat kita akan hidup kekal berbanding dunia, bekalnya juga kena baaaanyaaaaaaaak!

Jika Siti Khadijah menawarkan hingga tulang temulangnya, bagaimana kita.Badan sihat berisi,bertenaga,kemana diguna.Tak sedikit pun ditawarkan utk agama?Habis diperah utk kepentingan diri.Bahkan ada orang makan sedap sedap, habiskan tenaga dg berlari,berjoging tiap hari,kalaulsh tenaga itu di guna mengemas masjid,membersih perkuburan,membaki jalan,laluan,dan lain khidmat kebajikan,tentu lebih naik.Kalaulah lima peratus dari gaji diguna utk agama,kalaulah I jam sehari diguna utk menyeru yg baik dr 24 jam yg ada,kalaulah sepotong pesanan nabi disampaikan sehari,; pun mungkin sudah cukup utk menjadi hamba yg baik tetapi kita masih kena malu pd wanita yg bernama Siti Khadijah.
ABD GHANI HARON

CATATAN. Program sedekah jariah kanji (bubur lambuk) utk orang ramai yg saya kendalikan ramadan ini masih dibuka dg sebungkus Rm1 shj.Bank in ke maybank 507415300233 dg catatan kanji.

Tuesday 2 June 2015

DUA PENGORBANAN SEORANG AYAH

DUA PENGORBANAN SEORANG AYAH

Ketika duduk menunggu giliran di klinik kardiologi,hospital Sultanah Bahiyah,seorang lelaki tua yg baru mendaftar masih tercungap kepenatan minta duduk ditepi saya.Bila nafasnya mula reda,saya mula bertanya,"Saya nampak haji turun teksi tadi,tak ada orang hantar ka?"Dia mula bercakap ."Isteri dah meninggal.Anak dah kerja dan dah kahwin,tinggal berasing.Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak,memberi alasan,atau menghantar dg masam muka.Biarlah saya naik teksi."Dia diam sejenak.Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya."La ni saya sedar,kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya.Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita."Dia mula mengesat air mata."Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak,inikan mula menolak,memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu.Biarlah,saya anggap saya sudah menghabiskan tugas membela mereka.Biarlah mereka nikmati hidup tanpa diganggu.Kita kadar bersedia untuk kembali kepada tuhan.."Allahuakbar!.Saya pula yg jadi sedih,tapi saya masih ditemani oleh anak.

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya.Bukan tak pernah menolak permintaan ayah,bukan pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaannya,bukan tak pernah bermasam muka dgnya.Ya Allah.Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya,tetapi melakukan lebih lagi dg mengelak anak anak terjerumus dosa.

Dua pengorbanan ibu bapa.Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua.Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui,akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa,yg terlalpa bila sibuk mengejar dunia,ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan,dg dunia yg perlu dihambat.Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanan kedua seperti orang tua yg saya ceritakan,kali ini bukan lagi utk memberi kpd anak,tetapi berkorban untuk tidak menyusahkan anak,sehingga akhir hayatnya.Betullah kata orang ibubapa mampu membela anak sekawan neru,anak belum tentu mampu membela seorang bapa atau ibu.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!Berpadalah dlm menghambat dunia.Seluruh isi dunia ini jika nak bayar kpd seorang ayah sebagai ganjaran membesarkan kita,tidak akan sama tukarannya.Menolak satu permintaan seorang ayah adalah jauh lebih besar dari menolak perintah seorang raja.Tapi semua ibubapa yg beriman,yg menghadap penghujung hidup akan terus berkorban demi anak dg tidak menyusahkan mereka,bahkan ada yg masih sanggup 'meminjam' RM kpd anak anak.Anda pernah menolak permintaaan ayah?Masih bermadah penuh sendu mengharap pinjam duit abah?Masih mengharap keringat tuanya?Peluru saya tepat ke sasaran.ABD GHANI HARON