KEPADA SIAPAKAH AIR MATAMU MENITIS
Air mata adalah lambang keikhlasan.Bila kita benar benar menghayati situasi,benar benar insaf,benar benar sedih,gembira,maka air mata terbit sebagai satu tanda.Sejak kelahiran kita ke dunia,kita mulakan dg tangisan,dan pemergian kita juga akan ditangisi,dua tangisan yg ikhlas.Mengangislah bila dlm ibadat,doa,membaca quran,menangislah bila melihat atau mengenang wajah ibubapa,bila melihat anak yatim bahkan bila melihat kebesaran Allah sbg tanda takut kpdNya.
Mengikut kajian perubatan tangisan baik utk mencerah penglihatan,membunuh bakteria,mengeluarkan racun pd mata,meningkatkan mood dan mengurangkan stress.Tetapi tidak dihurai kenapa bila sedih,bila terlalu gembira bila insaf,kita kena keluarkan air mata, kenapa pada mata,kenapa tidak pada anggota lain.Mungkinkah kerana mata adalah anggota yg tidak boleh disembunyikan.Bila seseorang menitiskannya,maka ia lahir dari hatinya,fahamilah itu tanda keikhlasannya kerana ikhlas itu tidak boleh dilihat,melainkan melihat tandanya shj.
Bila seseorang menangis , atau menggenang air matanya kerana manusia,jelaslah ia menghayati dan bersimpati yg mendalam,bila ia menangis ketika mengadap tuhan atau mengingati tuhan,jelaslah ia benar benar insaf,takut,bertaubat dan hampir dg penciptanya.Menangislah lebih lebih lagi bila mengadap tuhanmu,carilah ketika yg sesuai yg akan membuat kamu menangis,hayatilah amal ibadatmu supaya tertitis juga juraian airmata kerana takutkan rabbul jalil.Nabi berpesan agar kita mengurangkan gelak ketawa tetapi banyakkan menangis.Berziarahlah melihat kematian,ditimpa malapetaka,melawat pesakit,berada dlm majlis zikrullah,qiyamullail akan melatih kita menitiskan airmata.
Mereka yg sukar menitis air mata adalah tanda keras hati.Latihlah dg banyak menghayati ibadat,melihat kebesaran Allah,melihat musibah,mendengar dan membantu kesusahan orang.Latihlah menggenang air mata bila mendengar quran dibacakan,kerana ada orang dengar lagu Jangan Tinggalkan Daku oleh P Ramlee,Madah Berhelah Ziana Zain pun tergenang air mata.Latihlah melafaz doa dg juraian air mata kerana ada orang merayu kpd kekasih pun bergantang air mata mengalir.9
Ada orang tengok filem hindustan pun membanjir airmatanya,tengok telenovela pun meleleh air mata,dengar lagu pun tergenang air mata,tetapi bila mengadap tuhannya,kering kontang matanya.Sesuatu yg amat terbalik,suatu penipuan syaitan yg berjaya mendodoikannya supaya melekat dikusyen berjam jam lamanya, dan tangisan itu bukan utk tuhan tetapi utk syaitan.Tangisan yg salah tempat.ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment