Sunday, 21 June 2015

JANGAN MENANGGUK DI AIR KERUH

JANGAN MENANGGUK DI AIR KERUH
Seorang kawan berjumpa saya,katanya nak minta tolong.Saya pun bersedia mendengarnya.Rupanya minta tolong rekemen dia dapatkan kontrak kawalan keselamatan di sekolah,kerana dia tahu saya berbisan dg pegawai tertinggi kementerian pelajaran.Nak kata tak mau tolong,nanti kecik hati,nak kata boleh tolong,itu langgar prinsip hidup saya,mengambil kesempatan dari hubungan dan melanggar peraturan kerajaan.Akhirnya kata insyaallah shj,tetapj dlm hati berharap Allah bukakan jalan keluar.

Jika bersahabat dan berkawan janganlah mengambil kesempatan atau keuntungan duniawi.Mentang dia pegawai,ada kenalan maka kita minta rekomen itu ini.Ia seolah meletakkan kawan dlm serbasalah, mengheret kawan turut membuat dosa,mengheret sahabat ke kancah kerakusan kita.Jangan memikir keuntungan diri dlm bersahabat,tetapi fikirkan utk bermanfaat kpd sahabat.Sahabat sebagai jalinan ukhwah,teman berkongsi masalah,saling membina dan membaiki diri.Sehubungan ini juga kekadang kurang elok menjual barangan kpd sahabat kerana ini menjadikan dia dlm situasi serba salah samada nak beli atau tidak,kecuali jika dia sendiri minta diterangkan bahan niaga kita dan dia nak beli.Saya lihat dirumah saya ada beberapa makanan tambahan yg masih berbalut plastik yg dibeli oleh isteri dari kawan yg datang berkempen berbuih mulut dirumah,kalau tak beli takut kecik hati.Dah beli,jadi hiasan kabinet,istana lipas.

Dlm kes yg lebih kecil,jangan kerana ada kenalan,kita minta potong que.Jangan kerana ada kenalan kita yg dapat kemudahan itu ini.Sesungguhnya ini juga satu dosa,orang lain berdiri berjam-jam belum sampai giliran,awak yg baru tiba melompat ke depan atau berkira ikut pintu belakang.Ini merampas hak orang walaupun sekedar hak duhulu dan kemudian.Jangan potong barisan kerana kita ada kenalan,bahkan sebenarnya kenalan yg menjadi pegawai itu pun serbasalah dan terasa titik dosa dari tidak aspek adil dlm tugas.

Jangan juga mengambil kesempatan bila bersahabat,kita meminjam berbagai barangan,kecualilah dipelawa atau sekali sekala.Lebih teruk meminjam duit atau berhutang,tak beri salah,beri pun salah,kerana kita tidak tahu situasi sahabat yg mungkin dia juga perlukan wang.Lebih memeningkan bila hutang tak dibayar pada waktunya,nak minta takut terguris hati,tak minta kita pun perlukan duir..Mungkin bila terdesak yg tidak boleh dielak,bolehlah,itu pun sekali sekala.Bila jadi friend fb,janganlah sesekali minta pinjam duit walaupun friend nampak baik, berduit dan pemurah.Yg ni saya tak perli sapa-sapa.

Ringkasnya,jangan ambil kesempatan dari persahabatan utk kepentingan diri secara duniawi,tetapi ambillah kesempatan dari bersahabat utk membina diri,membaiki sahsiah,menambah ilmu,berkongsi masalah dan penyelesaian,mengutip pandangan dll.Jangan letakkan sahabat dlm serbasalah,jangan seret mereka utk pecah amanah,kronisme dsbnya.Biar diri kita yg memanfaatkan orang.Jangan jadi bonggol ditengah jalan yg kekadang diperlu,kekadang menyusahkan,tetapi jadilah papantanda jalan yg sentiasa menunjuk arah yg betul.
ABD GHANI HARON(kalau nak copy pun,tolong jangan delete nama saya sbg penulis,kesian kat saya)

No comments:

Post a Comment