Friday 25 December 2015

UTAMAKANLAH YANG RUKUN

UTAMAKANLAH YANG RUKUN Dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah setelah berniat umrah di Bir Ali,mutawif telah mengajak jemaah mengucapkan talbiah labbaikallah hummalabbaik....Setelah itu beliau memaksa semua lelaki pergi seorang seorang ke depan bas,memimpin ucapan ini dg mike.Lintang pukang sebutan,tertinggal perkataan,salah sebutan dsbnya,mungkin kerana tidak biasa,tidak fasih,tidak tahu.Bahkan satu pakcik sampai kesudah tak boleh sebut labbai kala syari kalakalakbaik.Saya menolak,bukan kerana saya tak tahu tetapi saya rasa salah memaksa orang buat yg sunat yg membawa jatuh maruahnya,apa tidaknya kerana dlm bas ada perempusn dan kanak-kanak.Kita kekadang terkeliru yg wajib dg yg sunat,lafaz itu hanyalah sunat,tak sebut tak apa. Bila paksa orang,ada yg termalu kerana bukan semua orang boleh memimpin bacaan,memimpin talbiah.Menjaga maruah orang itu wajib,jangan diwajibkan sesuatu yg sunat..Masa beribadat bukan masa latihan,mencuba.Perkara begini sering berlaku dlm kursus.Ambillah pengajaran. Ada beberapa contoh lagi kekeliruan antara sunat dan wajib dlm ibadat.Ada orang bertanya,masa imam baca surah fatihah,adakah wajib kita dengar atau kita baca doa iftitah.Semasa imam baca surah,mana lebih dituntut mendengar imam atau membaca surah fatihah.Jawapannya, jika imam telah mula baca surah fatihah,kita wajib dengar bukan dok sibok baca doa iftitah kerana hukum diam mendengar quran dibacakan itu wajib berbandi g kita buat yg sunat membaca doa iftitah.Jika imam membaca surah,sedangkan kita belum selesai baca fatihah maka kita kena baca surah fatihah dari mendengar imam baca surah,kerana baca fatihah itu rukun solat,kecuali kita sudah habis baca fatihah.Sebab itu dlm solat berjemaah, tumpu kpd mendengar bacaan surah fatihah oleh imam jika imam telah mula membacanya,tinggalkan doa iftitah. Tumpukan bacaan fatihah kita sendiri,jika belum selesai,daripada mendengar bacaan surah oleh imam. Dalam umrah orang bertanya,perlukah diniat lagi utk tawaf dan saie setelah berniat ihram.Sebenarnya tawaf dan saie adalah rukun umrah,maka bila dah berniat umrah,tawaf dan saie termasuk dlm rukunnya,maka pada dasarnya tak perlu niat lagi untuk tawaf dan saie.Bandingannya ialah jika kita niat bersolat,kita tak perlu lagi berniat pada rukun solat seperti rukuk,sujud,tahiyat dan rukun lain kerana semuanya termasuk dlm niat solat.Begitulah juga dlm ibadat yg lain,jangan rumitkan, serabutkan. Begitulah juga kita suka merumitkan ibadat dg perkara sampingan seperti solat jenazah dg doa yg meleret sedangkan rukunnya amat ringkas.Ini menjadikan orang muda dan baru belajar terasa susah.Rukun nikah juga yg diberatkan dg kaedah jawapan,ayat dan kata yg tetap,kena serentak dg goyang tangantok imam dsbnya.Berbaliklah kpd perkara pokok dan asas.Permudahkanlah.abdghaniharon

KITA HANYA MELIHAT WAKTU PADA JAM

KITA HANYA MELIHAT WAKTU PADA JAM Seorang mutawif dlm program umrah menyebut,"Kita selalu melihat jam hanya untuk mengetahui waktu,tetapi kita tak pernah ambil tahu bentuk jam,warna,guna huruf roman atau nombor, jenamanya dan sebagainya.Kita selalu melihat jam untuk capai maksud sahaja iaitu untuk tahu waktu..Kita tak ambil tahu perkara sekeliling jam itu."Apa yg nak dimaksud dari bandingan ini ialah kita selalu menumpu kepada tujuan sesuatu dilakukan,tetapi tidak mengambil peluang perkara sampingan dikeliling perkara tersebut.Jom kita tengok contoh ini dlm hidup. Bila kita pergi makan kenduri,kita sentiasa berfikir soal makanan yg disediakan,ada makanan sampingan ke tidak,tuan rumah pun bertanya,dah makan atau belum,orang yg kita jumpa pun demikian,kerana makan jadi tujuan.Kita lupa nak bertegur sapa utk merebut peluang berkenalan, menjalin silaturrahim yg besar pahalanya,lebih teruk bila jamuan dibuat secara layan diri,menyebabkan semua orang lebih fikir dirinya dari berinteraksi dg orang lain.Banyak orang lupa dan tak rebut peluang mengucapkan tahniah dan doa kpd pengantin sedangkan itu adalah sunnah. Tercapai niat utk makan kenduri,disia-siakan peluang lainnya yg datang depan mata.Kita balik membawa perut yg berisi. Bila pergi ke masjid untuk solat jumaat,kita betul betul ikut kelaziman dengar qutbah dan sembahyang jumaat.Tidak diambil kesempatan utk beriktikaf, baca quran,bersolat sunat,berzikir,melakukan sesuatu khidmat pada masjid,bersedekah,bertegursapa dsbnya.Bila hadir solat jemaah,ada orang hanya datang dan bersolat,kemudian balik.Peluang ibadat lain yg ujud kerana solat jemaah itu dilupakan kerana menumpu kpd tujuan.Bukan salah,bahkan dapat pahala tetapi dpt pahala sedikit sedangkan kita boleh mengaut pahala lebih dg amalan sampingan yg lain. Bila orang pergi umrah,mereka hanya fikir nak berumrah shj.Dengan itu ada orang tak tahu nak buat apa semasa diluar urusan umrah,pergi solat meneru-neru dan balik.Tak boleh nak duduk lama dlm masjid beriktikaf,bersolat sunat,membaca quran,berzikir,bersedekah dll kerana matlamat hanya umrah dan amalan sampingan itu tidak menjadi kebiasaan.Sedangkan nabi menyebut "umrah kpd umrah,menghapus dosa antara keduanya",itulah ganjaran umrah.Dg itu buat sekali dua cukuplah,tetapi lebihkan masa beriktikaf,membaca quran,bersolat sunat,kerana itu ganjaran lebih berpanjangan dan besar.Kebanyakan orang keliru dg tujuan,terlalu menumpu kpdnya hingga lupa yg disamping kekadang lebih besar ganjarannya.Umrah ada gabjarannya,tetapi kesempatan berada di dua masjid ini lebih besar ganjarannya jika kita mahu merebutnya.Sama juga dg kenduri, beri makan itu ada gabjarannya,tetapi menjalin ukhwah dan silaturrahim dari kenduri itu lenih besar dan luas ganjarannya.😯abdghaniharon☺ Tiap hari kita pergi kerja dg tujuan untuk dapat rezeki,utk bela anak bini.Ini tujuan utama dan kita capai tiap bulan dg gaji yg diperolehi.Tetapi kita mungkin terlupa perkara ganjaran sampingannya seperti jadilah orang yg amanah pada tugas,tepat waktu,tidak mengambil kesempatan, memudahkan,ambil kesempatan untuk berbuat baik,menjalin ukhwah,menyebar dakwah, menegah mungkar,memberi senyuman,memenuhi permintaan orang,menyelesai masalah dll yg diniat kerana Allah,maka seharian bekerja bergunung ganjaran berbanding gaji sehari yg mungkin beratus rm sahaja.Matlamat utk dpt rezeki tercapai,biarlah ganjaran sampingan turut tercapai.Bukankah ini lebih baik.Cuba renungkan,betapa kita mensia-siakan peluang,mungkin kita telah buat petkara sampingan itu,tetapi terlupa berniat kerana Allah,sebaliknya berniat kerana kerja,maka tercapai matlamat kerja terapi tidak menjadi kebajikan. Saya nak ajak anda berhenti sejenak utk memikir hal ini.Ada banyak hal kita hanya memikir tujuannya tetapi terlupa perkara sampingan.Jika nak kedai pun,rebutlah peluang memberi sakam dijalan,membuang halangan walau kecil,senyum pada mereka yg ditemui sbg sedekah,berkata yg baik,bertanya khabar,memberi laluan,menumpangkan seseorang dsbnya.Sebungkus barang tetap diperolehi dari kedai,tetapi mungkin sebukit ganjaran telah dijanji diakhirat nanti dari perjalanan untuk membeli barang tersebut.abdghaniharon (menulis dari Madinah)

SATU EPISOD DUKA SEORANG ISTERI

SATU EPISOD DUKA SEORANG ISTERI Ketika mengagih bantuan bulanan makanan asas kepada keluarga yatim dalam qariah saya minggu lepas,saya didatangi seorang wanita berusia 40an.Dia mengaku tidak memiliki anak,tetapi hidup sebatang kara dirumah sewa kerana ditinggalkan suami.Dia berasal dari Klang, berkahwin,ikut suami dan tinggal dirumah sewa dekat pekan.Suaminya telah menghilang diri.Saya memberi kepadanya beras,minyak,tepung dan gula.Sedih melihatnya. Kelmarin dia menghubungi saya lagi minta tambang untuk balik ke Bukit Raja,Klang, kerana ada saudara disana.Dia telah tidak apa-apa disini,keseorangan.Saya membeli tiket bas dan menyuruh anak saya menghantar ke stesen bas dan dibekal sedikit duit utk belanja.Lafaz syukurnya berulang dengan esakan tangis.Moga dia dapat memula hidup baru di sana.Saya menggunakan peruntukan wang projek sedekah jariah dari rakan fb untuk membantu wanita ini. Satu dari kisah sedih seorang yg bergelar wanita dan isteri,yg banyaknya tersembunyi disebalik sebuah rumahtangga, yg ibarat habis manis sepah dibuang.Satu episod duka kisah isteri yg diperlakukan bagai abdi,dibeli bila perlu,ditinggal bila ada dahan baru.Lebih dasyat ada isteri yg menjd ibarat hamba sahaya yg membanting tulang utk tuannya,suaminya, jika salah dipukul sesuka hati,mengadu di mahkamah syariah,buat tambah beban bukan meringankannya.Jika isteri yg buat perangai,mudah saja,ceraikan kerana kuasa cerai ditangan suami,tetapi bila suami yg buat perangai,si isteri tiada kuasa apa,yg ada pun mahkamah syariah yg rata-rata menceritakan keperitan berurusan,kerenah birokrasi, tangguh menangguh dsbnya.Dengan itu kita seolah melihat seperti wanita berkahwin bagai tidak memiliki apa-apa untuk melindungi hidupnya,bila diserah dirinya oleh walinya kpd seorang lelaki.Hakikatnya,bila akad diucap,maka suami itu sebenarnya berjanji dg Allah,bukan dg tok kadi,dg juru nikah, itulah tukaran kpd diri seorang wanita,tetapi mereka mengabai janji mereka. Jodoh pertemuan itu ditangan Allah.Amanah besar terletak kpd suami dan mereka akan ditanya diakhirat.Isteri hanya perlu taat pada suami,menjaga kesucian diri,melaksana ibadat wajib.Mohonlah kepada Allah diberikan jodoh suami yg amanah,yg beriman,bukan soal handsome dan sasanya.Jika telah berkahwin,rafakkanlah doa yg berterusan agar suami menjadi seorang yg amanah,yg beriman,kerana itu lebih besar dari meminta ditambah rezeki.Jika telah mendapat suami yg baik,selalulah merafak rasa syukur,mohon di kekalkan keimanannya.Jangan selalu merungut kelemahan yg sedikit pada suami,kerana kita mungkin berada dlm situasi jauh lebih baik berbanding orang lain. Hakikatnya dalam hidup kita mohon yg terbaik dari Allah dg doa,jika kita terasa kita berada dlm nikmatnya,dlm kesejahteraan,kita kena rafakkan rasa syukur.Jadi kita sentiada berada dlm situasi berdoa atau bersyukur.Mereka yg tidak berdoa adalah orang angkuh,mereka yg tidak bersyukur adalah orang yg sombong.Mereka yg tidak berdoa dan bersyukur adalah insan yg rendah iman.abdghaniharon

WARNA WARNI ORANG MELAYU BERUMRAH

WARNA WARNI ORANG MELAYU BERUMRAH Di tanah suci saja kita akan melihat manusia berduyun ke masjid lima kali sehari untuk solat dan berduyun pula berjalan balik.Semuanya berjalan kaki,tak kira hang dato,tan sri atau pak tani.Kalau di negara kita ada dua kali nanudia berduyun ke masjid,waktu raya puasa dan raya haji.Tidak ada sejadah vip,tiada tandas vip,semua orang kena bawa kasut sendiri dlm masjid,polis menghalau orang macam menghalau kawanan kambing. Biasanya di tanah suci warna utama adalah putih dari jubah,telekong dan kain ihram , hitam dari jubah dan tudung wanita.Tetapi kebelakangan ini orang melayu dan indonesia khususnya, meletak tompokan warna yg pelbagai dlm lautan hitam putih menerusi tudung berfesyen,bertingkat,berwarna warni macam nak pi makan kenduri.Datang ke mekah utk ibadat bukan utk melaram,nak tayang tudung terbaru Fareeda.Bukankah yg lebih baik wanita itu memilih pakaian dg warna yg tidak nenarik pandangan,jika seseorang memakai warna merah dlm lautan nanusia yg memutih dan kehitaman,seluruh biji mata akan tertarik memandangnya. Tak cukup dg itu orang indon memakai baju batik pada rombongan mereka.Ada pula syarikat pengendali meminta ahli rombongan khususnya wanita memakai skaf besar sbg tudung dan dicetak nama syarikat.Kesian wanita ini menjadi penjaja iklan dikepalanya hingga ke dlm masjid,ke dlm solat.Jika kita biasa mendengar tegahan tidak boleh berniaga dlm masjid,apakah membawa iklan syarikat bukan unsur niaga.Pada saya,guna skaf itu ok utk tujuan pengenalan,tapi tak perlulah mempamer iklan nama syarikat,jika nak letak pun,biarlah tersembunyi sedikit.Berlaku adillah kpd pelanggan anda,jangan jdkan mereka tukang jaja iklan. Ada juga romantisnya di Mekah ini.Orang tua tua jalan bersama,berpimpin tangan,memegang baju,memeluk bahu.Kalau di negara sendiri jalan berasing,depan belakang,bila ditanah suci,jalan seiring,bagai merpati dua sejoli pergi balik masjid,bertawaf,bersaie,shopping.Inilah agaknya satu rahmat berkunjung ke tanah suci,jauh dari keluarga membolehkan orang tua tua mengimbau kenangan lalu yg mengusik jiwa dan menghijaukan kembali jasih sayang yg telah pudar..Lebih nak tergelak orang tua tua makan ice creame dlm kun yg di jilat bagai budak kecik.Kalau di negara kita buat macam ni,habislah title pak haji dan mak aji. Yang menyakit mata pun ada.Rokok murah di sini,maka perokok tegar tetap merokok walaupun haram,walaupun datang nak ibadat.Mutawif umrah saya menyebut hal ini secara langsung dlm taklimat,tetapi saya terserempak selalu mereka merokok ditangga hotel.Tapi bila sembang politik bukan main,"pasai apa tak mau hudud",sedangkan dirinya dg sebatang rokok sudah tewas.Di tanah suci tiada kedai kopi yg ada kerusi meja boleh duduk duduk.Apa yg dibeli,carilah sendiri tempat makannya.Akibatnya adalah orang kita yg makan dan minum berdiri,berjalan.Seperkara lagi di tanah suci tiada ketul ais dijual,tiada teh ais,kopi ais,necafe atau milo ais,tiada boleh beli minuman dlm plastik.Minuman sejuk hanya sejuk shj,tiada ais,jika ada amat sedikit. Pada pengamatan saya,orang Melayu amat kurang beriktikaf dln masjid dan membaca quran.Mereka lebih meneru pergi balik masjid,rajin buat jmrah sampai berkali-kali,tapi quran tak juga qatam walau sekali dan meneru di kedai membeli belah dan suka memandang itu ini dg kekaguman..Bangsa lain biasanya memenuhi masjid utk beriktikaf. Tahun 2012 saya pernah berumrah dan buat dailisis dg mudah di mekah dan madinah.Kali ini saya terpaksa menyemak dibeberapa hospital baru dpt tempat dailisis kerana penuh booking,itupun hingga 2 pagi.Ini menunjukkan pesakit buah pinggang amat ramai,yg rosak buah pinggang seperti saya,anda boleh ke tanah suci,dailisis percuma dan kekadang anda diberi makan juga percuma.Latihlah berjalan sehari 2 km kerana rumah kediaman kebanyakan jauh dlm jaraj 1 km dan masjid yg sangat luas. Nak sampai ke tanah suci ini agak susah,penerbangan 9 jam. Bermacam kerenah lagi.Bila dah ada kesempatan,buatlah yg terbaik.Jangan bawa kebiasaan kita,tetapi pilihlah utk menjd sepeti orang lain yg lebih baik. Saya sambung lain kali.

BUNGA DIPETIK,PERDU POKOK DITERAJANG

BUNGA DIPETIK,PERDU POKOK DITERAJANG Seorang kenalan yg juga mengalami kegagalan buah pinggang merungut,"Saya dah tak ada harapan nak pergi Mekah,Tabung Haji tak izin pesakit buah pinggang dan beberapa penyakit lain menunai haji.Simpan berpuluh tahun, tapi akhirnya tak boleh pergi juga." Tabung haji ditubuh utk membantu urusan menunai haji.Hampir keselurihan rakyat simpan duit dg tabung haji kerana nak pergi haji, bukanlah sebab nak untung.Jadi apa cara pun,tunaikanlah hajat mereka,soal nak mati itu kehendak Allah dan rasanya tidak ada siapa pun akan bersungut,akan saman tabung haji kalau emak bapanya mati ketika mengerja haji. Tabung haji untung banyak,melabur dg duit penyimpan, sepatutnya semua untung dikembalikan kpd penyimpan kerana modal pelaburan mereka dari penyimpan,setiap penyimpan ibarat taukeh.Jika Bank rakyat yg juga mengambil pelaburan orang ramai secara koperasi boleh beri untung 15% bertahun tahun,Tabung haji beri separuh shj dari jumlah itu.Kemana lagi sebahagian untung dibawa ,melabur dan melabur lagi,buat projek itu ini,bagi pinjam pada kerajaan.Sepatutnya duit ini diguna buat hospital ditanah suci utk pesakit malaysia yg mrnyimpan dg tabung haji supaya mereka tetap boleh mengerja haji wslau sakit.Ujudkan pusat dailisis sendiri,kerana bilangan pesakit yg makin bertambah,bermakna lebih banyak orang akan tidak dapat menunai haji jika dasar ini tidak diubah. Pusat dailisis ini boleh diguna diluar musim haji untuk orang malaysia yg berumrah sepanjang tahun.Kini pesakit dailisis seperti saya menumpang dailisis dihospital saudi.Jika mereka sanggup beri perkhidmatan dailisis percuma kepada orang berumrah yg bukan rakyatnya,apakah kerajaan kita sanggup mengambil jalan mudah dg menghalang dan tidak memberi kemudahan kpd rakyatnya untuk menunai rukun kelima.Sedang disatu pihak mengaku kita negara Islam,disatu pihak mengambil simpanan rakyat untuk kerja haji,tapi tidak sanggup berkongsi masalah mereka,penyakit mereka,tidak bantu mereka utk menunai haji, ibarat bunga dipetik,perdu diterajang.☺abdghaniharon☺ Bukan sahaja pusat dailisis,kemudahan perubatan lain juga perlu seperti tekanan darah tinggi,sakit jantung,kencing manis dsbnya.Ringkasnya adakan satu hospital malaysia di mekah,izinkan semua penyimpan tabung haji untuk mengerja haji meski pun sebahagian masa di hospital.Sediakan khidmat ambulan sendiri dan khidmat pemindahan pesakit.Kos memang tinggi,tetapi itu lebih menepati matlamat penubuhan tabung haji dan niat penyimpan dari dok buat bangunan tinggi,buka ladang beribu hektar,bagi pinjam duit kat kerajaan dan sekutunya. Saya telah dua kali datang berumrah dg menumpang dailisis dihospital Saudi.Percuma seluruhnya bahkan diberi makan,minum,layanan dan peralatan cukup sempurna. Terasa juga,dinegara sendiri pun tidak dilayan sebegini.Kepada anda yg ingin berumrah dan memerlu dailisis atau ibubapa saudara mara,datanglah berumrah dan minta pengendali umrah mengurus dailisis di hospital kerajaan Saudi,tak payah pun asal ada visa umrah.Biarlah tabung haji tak izin pesakit dailisis mengerja haji,biar mereka menyedia jawapan didepan rabbuljalil kelak,pergilah berumrah sekurangnya kita dapat berada di baitullah utk seketika ketika hidup.Kepada mereka yg merencana dasar tabung haji,ingatlah,diakhirat kelak semua pesakit seperti saya yg dihalang dari mengerja haji setelah kami menyimpan dg KAMU, akan mengadu dan menunyut hak kami kpd Allah Yang Maha Adil.Semasa haji,kerajaan saudi tidak beri perkhidmatan ini kerana terlalu banyak,sebab itu saya sarankan tabung haji buat sendiri pusat dailisis.abdghaniharon BUNGA DIPETIK,PERDU POKOK DITERAJANG Seorang kenalan yg juga mengalami kegagalan buah pinggang merungut,"Saya dah tak ada harapan nak pergi Mekah,Tabung Haji tak izin pesakit buah pinggang dan beberapa penyakit lain menunai haji.Simpan berpuluh tahun, tapi akhirnya tak boleh pergi juga." Tabung haji ditubuh utk membantu urusan menunai haji.Hampir keselurihan rakyat simpan duit dg tabung haji kerana nak pergi haji, bukanlah sebab nak untung.Jadi apa cara pun,tunaikanlah hajat mereka,soal nak mati itu kehendak Allah dan rasanya tidak ada siapa pun akan bersungut,akan saman tabung haji kalau emak bapanya mati ketika mengerja haji. Tabung haji untung banyak,melabur dg duit penyimpan, sepatutnya semua untung dikembalikan kpd penyimpan kerana modal pelaburan mereka dari penyimpan,setiap penyimpan ibarat taukeh.Jika Bank rakyat yg juga mengambil pelaburan orang ramai secara koperasi boleh beri untung 15% bertahun tahun,Tabung haji beri separuh shj dari jumlah itu.Kemana lagi sebahagian untung dibawa ,melabur dan melabur lagi,buat projek itu ini,bagi pinjam pada kerajaan.Sepatutnya duit ini diguna buat hospital ditanah suci utk pesakit malaysia yg mrnyimpan dg tabung haji supaya mereka tetap boleh mengerja haji wslau sakit.Ujudkan pusat dailisis sendiri,kerana bilangan pesakit yg makin bertambah,bermakna lebih banyak orang akan tidak dapat menunai haji jika dasar ini tidak diubah. Pusat dailisis ini boleh diguna diluar musim haji untuk orang malaysia yg berumrah sepanjang tahun.Kini pesakit dailisis seperti saya menumpang dailisis dihospital saudi.Jika mereka sanggup beri perkhidmatan dailisis percuma kepada orang berumrah yg bukan rakyatnya,apakah kerajaan kita sanggup mengambil jalan mudah dg menghalang dan tidak memberi kemudahan kpd rakyatnya untuk menunai rukun kelima.Sedang disatu pihak mengaku kita negara Islam,disatu pihak mengambil simpanan rakyat untuk kerja haji,tapi tidak sanggup berkongsi masalah mereka,penyakit mereka,tidak bantu mereka utk menunai haji, ibarat bunga dipetik,perdu diterajang.☺abdghaniharon☺ Bukan sahaja pusat dailisis,kemudahan perubatan lain juga perlu seperti tekanan darah tinggi,sakit jantung,kencing manis dsbnya.Ringkasnya adakan satu hospital malaysia di mekah,izinkan semua penyimpan tabung haji untuk mengerja haji meski pun sebahagian masa di hospital.Sediakan khidmat ambulan sendiri dan khidmat pemindahan pesakit.Kos memang tinggi,tetapi itu lebih menepati matlamat penubuhan tabung haji dan niat penyimpan dari dok buat bangunan tinggi,buka ladang beribu hektar,bagi pinjam duit kat kerajaan dan sekutunya. Saya telah dua kali datang berumrah dg menumpang dailisis dihospital Saudi.Percuma seluruhnya bahkan diberi makan,minum,layanan dan peralatan cukup sempurna. Terasa juga,dinegara sendiri pun tidak dilayan sebegini.Kepada anda yg ingin berumrah dan memerlu dailisis atau ibubapa saudara mara,datanglah berumrah dan minta pengendali umrah mengurus dailisis di hospital kerajaan Saudi,tak payah pun asal ada visa umrah.Biarlah tabung haji tak izin pesakit dailisis mengerja haji,biar mereka menyedia jawapan didepan rabbuljalil kelak,pergilah berumrah sekurangnya kita dapat berada di baitullah utk seketika ketika hidup.Kepada mereka yg merencana dasar tabung haji,ingatlah,diakhirat kelak semua pesakit seperti saya yg dihalang dari mengerja haji setelah kami menyimpan dg KAMU, akan mengadu dan menunyut hak kami kpd Allah Yang Maha Adil.Semasa haji,kerajaan saudi tidak beri perkhidmatan ini kerana terlalu banyak,sebab itu saya sarankan tabung haji buat sendiri pusat dailisis.abdghaniharon

Wednesday 16 December 2015

BERCAKAP,BERCAKAP! MANA TINDAKANNYA?

BERCAKAP,BERCAKAP! MANA TINDAKANNYA? Saya ada menawarkan kepada ajk sebuah masjid untuk menguruskan bantuan unifom sekolah kepada anak yatim diqariah mereka.Mereka hanya perlu mengenali keluarga berkenaan dan memaklumkan tarikh program,tetapi alangkah sedihnya saya bila program ini ditolak,bahkan seorang ajknya berkata kepada saya,"Kami tak tau hal -hal bantuan ini."Sayang sekali,masjid ini amat aktif mengadakan ceramah dan kuliah.Apakah mereka tidak terfikir anak yatim itu juga tanggungjawab kita,disebut dlm quran 23 kali.Akhirnya saya bawa bantuan itu ke qariah lain. Saya nak sentuh insiden ini,sampai bila kita nak terus bercakap,berceramah,berkuliah tetapi praktik kpd ilmu yg di kuliah,diceramahkan tidak dilaksana?Tidak bermanfaat ilmu yg tidak diamal, bagai pohon tidak berbuah,tetapi lebih menakutkan bila Allah memmberi amaran jangan kamu berkata sesuatu yg kamu tidak lakukan.Kita perlu program khusus membantu anak yatim dan miskin kerana itu perintah Allah,jangan dok pandai cakap saja.Apa tindakannya.Mereka itu terus terlonta-lonta untuk menerus hidup,kita hanya memerhati dan terus bercakap,bercakap,bercakap, tetapi setapak pun kaki tidak berubah.Ajk masjid adalah badan terbaik utk menggembleng program bagi membantu golongan ini,membantu melepas tanggungjawab anak qariah kpd golongan ini.Ingatlah,amaran tidak beriman mereka yg tidur lena kekenyangan tetapi anak yatim jirannya kelaparan.Janganlah jd ajk dan pegawai masjid kadar nak jaga masjid sahaja, kena jaga juga qariahnya,anak jemaahnya.☺abdghaniharon😊 Kita juga terus bercakap,mengeluh masjid tak ramai jemaah.Berapa ramai penceramah dah dijemput bercakap,tak juga berubah.Apa kata pegawai dan ajk masjid turun padang berkunjung ke rumah rumah untuk mengajak anak qariah ke masjid seperti jemaah tabligh buat ziarah selepas solat Asar.Pasti kesannya lebih terasa jika imam atau bilal dan ajk berlunjung ke rumah.Saya rasa dakwah ini lebih berkesan dari seorang penceramah yg dibayar begitu mahal datang berceramah di masjid dlm kontek mengajak ke masjid.Disamping itu,ziarah ini boleh mengajak berbagai kebaikan,ajak hadir kuliah,program masjid,menjalin ukhwah dan juga menegah mungkar seperti mungkin ada ahli rumah itu tidak menutup aurat dsbnya. Tindakan lain adalah seperti soal tidak hadir solat Jumaat,ini tanggungjawab yg kena ditegah,dipaksa hadir.Pihak masjid kena bertindak,lantik ketua kawasan dlm qariah untuk memerhati anak qariah yg tidak hadir jumaat,lapor kpd ajk masjid.Pihak ajak dan pegawai bertindak bertemu untuk menasihat hinggalah kpd tindakan melapor kpd jabatan agama kerana ada negeri yg telah ada peruntukan undang-undang bagi yv tak solat Jumaat.Orang yg tak solat Jumaat langsung tidak mendengar nasihat agama,mereka akan menjd duri dlm daging kpd masyarakat. Masalah solat jenazah yg tak ramai tolong solatkan bahkan ada yg kena jemput orang luar.Pihak masjid perlu bertindak memberi ilmu solat jenazah kpd anak qariah,misalnya buat kuliah sebelum qutbah untuk beberapa minit mengenai solat jenazah,edarkan risalah,buat praktikal.Masa sebelum qutbah itulah hampir semua lelaki ada di masjid dan kuliah ini ibarat kuliah paksaan.Setelah itu gesa anak qariah utk solat jenazah.Jika ada kematian pada hari jumaat,buat solat jenazah sebaik selesai solat jumaat dan minta semua jemaah bersolat,supaya ada yg 'terperangkap' utk terpaksa juga bersolat jenazah. Pengajian agama mungkin perlu dibawa keluar dari masjid ke tempat berkumpul orang muda untuk mereka belajar sesama mereka,dg ustaz yg sebaya,secara lebih bersantai,lebih bersahaja diperingkat awal,sebelum mereka diajak ke masjid.Kuliah di masjid tidak menepati sasaran golongan ini. Ada banyak perkara lagi yg rasanya kita kena berhenti bercakap tetapi mula bertindak secara praktikal.Ujudkan ajk,ujudkan program,turun padang,kerana nabi dulu pun bukan dok bercakap sahaja bahkan nabi berziarah,bertemu,menasihat,memberi tunjukajar bahkan memberi peringatan serta menegah yg mungkar.Sampai bila kita nak bercakap,berceramah,merungut,menangisi nasib.Saya menyebut peranan masjid kerana masjid menguasai hal agama dlm qariah,tetapi setiap diri kita telah diperintah Allah untuk menyeru yg makruf dan munegah yg mungkar.Tanya diri sendiri apa yg aku dah buat dg perintah ini,apakah aku juga tergolong dlm kalangan orang yg hanya bercakap tetapi tidak bertindak.abdghaniharon

DUIT ADA PUN BELUM TENTU BOLEH PI MEKAH

DUIT ADA PUN BELUM TENTU BOLEH PI MEKAH Seorang lelaki berkata semasa di balai lintang masjid," Aku himpun duit ingat nak pi Mekah,duit dah cukup,tak boleh pi juga lagi.Dulu duit tak ada,tak boleh pi,la ni duit ada,pun tak tak boleh pi juga"Kita sembang sedikit hal ini. Betul lelaki itu telah berusaha untuk pergi Mekah,tetapi ada satu usaha yg jauh lebih utama dari mengumpul duit.Berdoa semoga Allah menjemput dirinya menjadi tetamu Allah itu lebih utama, kerana dengan jemputan Allah kita akan boleh berada di tanah suci,bagaimana,itu terserah kpd kuasa Allah.Usaha mengumpul duit itu hanya sebagai ikhtiar dan bukti kesungguhan kita untuk pergi ke Mekah,tetapi jika kita tidak sertakan doa,berserah kpd Allah,jika kita tidak dijemput Allah,tetaplah kita tidak dapat ke tanah suci.Dulu orang kata ada duit boleh ke Mekah,sekarang ada duit pun belum tentu boleh pergi.Jadi,apa pun doa dibuka jalan,dipermudah henndaklah didahulukan dg diiringi usaha ke arah itu.Jangan yakin Tabung Haji dah bagi tahun akan pergi,kerana kehendak Allah akan mengubahnya,mungkin lebih awal,mungkin langsung tidak sempat. Begitu juga kepada perkara lain dlm hidup.Jangan study siang malam tonggeng terbalik dg yakin kita akan lulus cemerlang,sedangkan doa tidak dirafak kpd Allah.Jangan yakin padi di bendang akan menjadi,pokok di dusun akan berbuah,pukat di laut akan mengena,tanpa berdoa dan berserah kepadaNya.Jangan percaya jualan kita akan terus laris,kerana Allah boleh melakukan apa saja jika kita menafikan kekuasaanNya. Jangan yakin bahawa apa yg ada dlm pinggan didepan menjadi rezeki kita,kerana mungkin ia tercicir sebelum masuk ke mulut.Kembalilah bergantung harap kpd Allah. Kebanyakan kita terlupa dlm keghairahan berusaha,utk berserah kpd Allah.Kita begitu yakin kita boleh,secara tidak sedar kita tidak bersandar kpd kuasa Allah,akhirnya bila gagal baru teringat kpd Allah.Jika kita gagal sedang kita yakin kita boleh berjaya,itu bermakna Allah memberi peringatan bahawa Dia mengatasi segalanya.Sebab itu jika gagal pun kita kena bersyukur,beristighfar bimbang kita tersilap dlm keyakinan.Bukan yakin usaha kita skan berjaya,tetapi yakin bahawa Allah yg akan membantu menjayakannya.😀abdghaniharon😀 Perkara ini melibat akidah yg halusi,yg pakar motivasi kerap tercicir.Mereka yg kecewa kerana gagal,kerapkali adalah kerana tidak memahami bahawa usaha kita tidak menentukan kejayaan (dlm bahasa kitab disebut usaha manusia tidak memberi bekas)tetapi kehendak Allah akan menetukan segalanya.Akhirnya mereka menyalahkan Allah sebagai tidak mengizinkan.Hakikatnya bukan soal izin,itu hak Allah kpd hambanya,itu ketentuanNya.Allah menyebut, kamu merancang dan Aku merancang,perancangan Aku lebih baik. Ayat imi jelas menunjukkan bukan soal izin ,tetapi apa yg Allah tentukan itu lebih baik dari apa yg kita harapkan dan usahakan. Kesimpulannya jangan mengeluh pada setiap perkara yg berlaku,jangan merasa kecewa pada setiap usaha yg gagal, tetapi bersyukurlah pada setiap perkara dan beristighfarlah pada setiap kegagalan dlm berusaha supaya kita kembali mengikut perancangan Allah dan redo kpd ketentuanNya.abdghaniharon