Wednesday, 16 December 2015

BERCAKAP,BERCAKAP! MANA TINDAKANNYA?

BERCAKAP,BERCAKAP! MANA TINDAKANNYA? Saya ada menawarkan kepada ajk sebuah masjid untuk menguruskan bantuan unifom sekolah kepada anak yatim diqariah mereka.Mereka hanya perlu mengenali keluarga berkenaan dan memaklumkan tarikh program,tetapi alangkah sedihnya saya bila program ini ditolak,bahkan seorang ajknya berkata kepada saya,"Kami tak tau hal -hal bantuan ini."Sayang sekali,masjid ini amat aktif mengadakan ceramah dan kuliah.Apakah mereka tidak terfikir anak yatim itu juga tanggungjawab kita,disebut dlm quran 23 kali.Akhirnya saya bawa bantuan itu ke qariah lain. Saya nak sentuh insiden ini,sampai bila kita nak terus bercakap,berceramah,berkuliah tetapi praktik kpd ilmu yg di kuliah,diceramahkan tidak dilaksana?Tidak bermanfaat ilmu yg tidak diamal, bagai pohon tidak berbuah,tetapi lebih menakutkan bila Allah memmberi amaran jangan kamu berkata sesuatu yg kamu tidak lakukan.Kita perlu program khusus membantu anak yatim dan miskin kerana itu perintah Allah,jangan dok pandai cakap saja.Apa tindakannya.Mereka itu terus terlonta-lonta untuk menerus hidup,kita hanya memerhati dan terus bercakap,bercakap,bercakap, tetapi setapak pun kaki tidak berubah.Ajk masjid adalah badan terbaik utk menggembleng program bagi membantu golongan ini,membantu melepas tanggungjawab anak qariah kpd golongan ini.Ingatlah,amaran tidak beriman mereka yg tidur lena kekenyangan tetapi anak yatim jirannya kelaparan.Janganlah jd ajk dan pegawai masjid kadar nak jaga masjid sahaja, kena jaga juga qariahnya,anak jemaahnya.☺abdghaniharon😊 Kita juga terus bercakap,mengeluh masjid tak ramai jemaah.Berapa ramai penceramah dah dijemput bercakap,tak juga berubah.Apa kata pegawai dan ajk masjid turun padang berkunjung ke rumah rumah untuk mengajak anak qariah ke masjid seperti jemaah tabligh buat ziarah selepas solat Asar.Pasti kesannya lebih terasa jika imam atau bilal dan ajk berlunjung ke rumah.Saya rasa dakwah ini lebih berkesan dari seorang penceramah yg dibayar begitu mahal datang berceramah di masjid dlm kontek mengajak ke masjid.Disamping itu,ziarah ini boleh mengajak berbagai kebaikan,ajak hadir kuliah,program masjid,menjalin ukhwah dan juga menegah mungkar seperti mungkin ada ahli rumah itu tidak menutup aurat dsbnya. Tindakan lain adalah seperti soal tidak hadir solat Jumaat,ini tanggungjawab yg kena ditegah,dipaksa hadir.Pihak masjid kena bertindak,lantik ketua kawasan dlm qariah untuk memerhati anak qariah yg tidak hadir jumaat,lapor kpd ajk masjid.Pihak ajak dan pegawai bertindak bertemu untuk menasihat hinggalah kpd tindakan melapor kpd jabatan agama kerana ada negeri yg telah ada peruntukan undang-undang bagi yv tak solat Jumaat.Orang yg tak solat Jumaat langsung tidak mendengar nasihat agama,mereka akan menjd duri dlm daging kpd masyarakat. Masalah solat jenazah yg tak ramai tolong solatkan bahkan ada yg kena jemput orang luar.Pihak masjid perlu bertindak memberi ilmu solat jenazah kpd anak qariah,misalnya buat kuliah sebelum qutbah untuk beberapa minit mengenai solat jenazah,edarkan risalah,buat praktikal.Masa sebelum qutbah itulah hampir semua lelaki ada di masjid dan kuliah ini ibarat kuliah paksaan.Setelah itu gesa anak qariah utk solat jenazah.Jika ada kematian pada hari jumaat,buat solat jenazah sebaik selesai solat jumaat dan minta semua jemaah bersolat,supaya ada yg 'terperangkap' utk terpaksa juga bersolat jenazah. Pengajian agama mungkin perlu dibawa keluar dari masjid ke tempat berkumpul orang muda untuk mereka belajar sesama mereka,dg ustaz yg sebaya,secara lebih bersantai,lebih bersahaja diperingkat awal,sebelum mereka diajak ke masjid.Kuliah di masjid tidak menepati sasaran golongan ini. Ada banyak perkara lagi yg rasanya kita kena berhenti bercakap tetapi mula bertindak secara praktikal.Ujudkan ajk,ujudkan program,turun padang,kerana nabi dulu pun bukan dok bercakap sahaja bahkan nabi berziarah,bertemu,menasihat,memberi tunjukajar bahkan memberi peringatan serta menegah yg mungkar.Sampai bila kita nak bercakap,berceramah,merungut,menangisi nasib.Saya menyebut peranan masjid kerana masjid menguasai hal agama dlm qariah,tetapi setiap diri kita telah diperintah Allah untuk menyeru yg makruf dan munegah yg mungkar.Tanya diri sendiri apa yg aku dah buat dg perintah ini,apakah aku juga tergolong dlm kalangan orang yg hanya bercakap tetapi tidak bertindak.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment