Monday, 14 December 2015

BERSEDEKAH DENGAN BERSOLAT BERJRMAAH

BERSEDEKAH DENGAN BERSOLAT BERJEMAAH Ketka menghadiri satu usrah,saya terlewat hadir dan ahli usrah lain telah selesai solat berjemaah Maghrib.Bila saya berdiri untuk solat Maghrib, beberapa ahli usrah yg telah bersolat maghrib,menyertai saya bersolat maghrib lagi sekali.Mereka ini faham tuntutan solat berjemaah dan kelebihannya.☺abdghaniharon☺ Walau kita dah bersolat wajib,jika ada yg baru datang nak bersolat,sebaiknya kita bersolat dengannya utk mewujudkan jamaah. Hadis dari Imam Ahmad dari Abu Sa’id Al Khudri berkata; “Seorang laki-laki masuk ke dalam masjid sedang Rasulullah saw dan para sahabatnya telah melakukan shalat, maka Rasulullah saw pun bersabda: “Barangsiapa ingin bersedekah kepada orang ini hendaklah ia shalat bersamanya, ” lalu berdirilah seorang laki-laki dan shalat bersamanya.Dalam riwayat lain diceritakan ada dua orang yg datang ke masjid ketika solat jemaah berlangsung tetapi mereka tidak bersolat bersama kerana telah bersolat dirumah,lalu bila selesai nabi menegur mereka supaya bersolat lagi dengam berjemaah jika mereka temui orang bersolat berjemaah kerana itu nafilah (sunat). Begitu penting dan ditekankan oleh nabi tentang solat berjemaah hingga selagi boleh,hendaklah didirikan jemaah walaupun orang lain telah bersolat.Solat berjemaah itu 27 darjat melebihi solat sendirian,dg itulah dituntut sangat berjemaah.Jika kita disurau atau masjid dan kelihatan orang nak bersolat sendirian,ajaklah berjemaah utk memenuhi sunnah dan suruhan nabi.Jika kita telah bersolat sekalipun, tetapi jika kita dapati ada jemaah bersolat,sertailah mereka. Jika kita singgah di surau R & R dilebuhraya,kita dapati ada orang yg lebih senang memilih solat sendirian,walaupun ada orang lain berjemaah.Bukan tidak sah solat,tetapi mereka memilih ganjaran yg sedikit,sedangkan Allah menawarkan yg banyak.Jika suami isteri singgah di masjid,kekadang mereka solat sendirian kerana tempat solat berasingan,sedangkan mereka boleh bersolat berjemaah. Ubahlah kpd yg lebih baik,kpd mentaati suruhan nabi.Ujudkan solat berjemaah bagi yg nak bersolat.Bagi kita yg telah bersolat,sertailah jemaah yg bersolat jika kita temuinya atau bantulah orang lain yg nak bersolat supaya terjadi jemaah walaupun kita telah bersolat.Akhirnya saya ingin mengulang ayat marilah kita bersama berpimpin tangan ke syurga, kita takkan dapat kesyurga sendirian,kita perlukan insan lain utk bersama kita.Kita perlu oorang lain utk beribadat dg ganjaran lebih besar,kita perlu orang lain untuk berbiat kebajikan,sama seperti orang lain memerlukan kita.abdghaniharon

1 comment:

  1. Dikatakan, apa-apa jua amal kebaikan/ibadah si suami (soleh) lakukan di luar rumah, maka si isteri (solehah) pun dapat pahala sedemikian juga walaupun si isteri hanya tinggal di rumah, tanpa mengurangi sedikit pun pahala si suami. Allahu Akbar.

    ReplyDelete